Followers

Wednesday 7 November 2012

Soalan SPM BM Membuatkan Pelajar Menitis Air Mata?


Saya baru je terdengar SURIA FM…Halim Othman menceritakan bahawa satu petikan yang terdapat dalam soalan SPM telah membuatkan ada pelajar SPM menjawab sambil menitiskan air mata? HO memberitahu bahawa seorang budak lelaki bernama Amir di dalam cerita tersebut sering menjadi pemain simpanan dalam bola sepak sejak sekolah sehingga universiti. Dan datuknya sering menemaninya. Amir masuk universiti dan sekali lagi dia menjadi simpanan. Satu hari perlawanan bola sepak di universitinya  akan bertanding namun ditakdirkan datuknya meninggal dunia. Pada hari perlawanan tersebut tetiba Amir datang dan kebetulan juga pasukan universitinya sedang ketinggalan jauh dari pasukan lawan. Amir telah dimasukkan oleh coachnya dan apa yg mengejutkan Amir bermain begitu hebat dan berjaya menjaringkan gol. Pasukan universitinya telah menang. Selepas game tersebut, Amir duduk di satu corner dan dihampiri oleh coachnya. Dia berkata mengapa selama ni awak x tunjuk kehebatan awak..(lebih kurang mcm ni la kot walau ayat x sama dalam petikan) ..sudah tentu awak dah jadi top sebelum ni kalau awk bermain macam tadi.  Amir mengatakan yang dia bermain untuk datuknya. Datuknya semasa hayatnya ialah seorang buta. Dan bila datuknya meninggal, dia akan “melihat” Amir bermain…Cerita ini ada makna tersirat. Kan…apapun Good Luck Untuk pelajar SPM 2012. 

1 comment:

musang said...

semoga berjaya kpd semua pelajar spm & fikir2kan maksud tersurat cerita itu hihi