Followers

Wednesday, 14 November 2012

Laksa Plus Mihun Goreng


Sedang melayan lagu Nera “Hatiku Milikmu” sambil membuat kerja di ofis, teringat kenangan lalu. Ini kisah zaman sekolah rendah. Zaman Sek Keb Yan Kechil (SKYK), Yan Kedah.  Saya darjah 1 tahun 1986 ( haaaa, lama dah kan) . Bila teringat kantin sekolah, macam2 makanan yang sedap berlegar di kotak fikiran saya. Ok, yang ni saya nak cerita pasal makanan ni dulu laksa campur mihun goreng. Nanti bila2 saya top up lagi dengan entry pasal makanan sedap lain yang dijual di kantin sekolah saya.  

Kisahnya makanan ni menjadi satu fenomena atau kegemaran budak2 sekolah saya termasuk saya. Ala, dulu sepinggan kecil comel laksa berharga seposen ja.. beli dua pinggan, dua posen. Maka berduyun2 kami beli sepinggan laksa dan sepinggan mihun goreng yang comel. Kemudian, kami duduk di meja dan kemudian campurkan kedua2 makanan itu dan gaul rata. Makan. Masa tu ramai2 makan sorang sepinggan comel. Kami sebagai kanak2 masa tu cukup enjoy makan tu. Makan2 sambil tarik2 tocang kawan ..haha..Sedap tau rasa bila mix kedua2 tu..

Dan bila saya dewasa dan dah berkahwin, kadang2 saya beli laksa dan mehun goreng, saya akan campur. Bila saya makan, saya tersenyum sendirian, inilah  kenangan manis yg  saya simpan dalam memori saya. Encik Somi pond ah tau makan laksa campur mehun. Sedap juga katanya. Tapia was, jangan makan terlalu banyak..nanti muak. Makan ala2 kenyang x kenyang ja..cubalah…Dan cuba anda kenangkan memori2 zaman sekolah rendah anda, kadang2 boleh buat anda menitiskan air mata sebab rindukan zaman itu.  

1 comment:

Deqla manjew said...

mengimbas memori kan kak...tahun 1986? erkk.. deqla baru 3 tahun...hihi