Followers

Sunday 25 November 2012

^Saya Pernah Jatuh Cinta Dengan Dia^ uiiiiiii..ayatttt

Gedik dan jiwang tak tajuk entry ni? Ke belum baca dah muntah hijau?? hahaha :) Ok,sila baca dulu naaaa.Jangan duk pikiaq bukan2.Macam ni, dulu2 zaman sekolah menengah suka sangat baca novel, tp bila dah makin dewasa jadi cemuih sebab apa hampa nak tau? Sebab cerita dia lebih kurang sama ja, kaya, miskin jatuh cinta, kawin tapi mula2 tak cinta lepas tu jatuh cinta, "Haris nampak segak dan tampan hari ini ditambah pula dengan tali leher zebra, errrk! (ayat ala2 dalam novel)bla bla bla...lepas tu stop teruih baca novel! 

Kemudian, masa duk lepak2 dengan ex officemate dulu dia tanya, "Kau percaya tak sekarang ni, ada dunia yang lain, maksudnya zaman dulu?" Masa tu ternganga dan x faham. Then dia letak atas tangan dan cakap, "Nah, kau baca novel ni" ..Balik rumah sambil tergolek manja atas katil, bancuh ayaq kopi letak sebelah maka bermulalah acara membaca, ku selak satu persatu novel ni dan habis.Dan masa tu anak mata dah jadi bentuk LOVE!!! Lain dari yang lain sungguh aih nak habaq mai. Dan rasanya ramai pernah baca novel ini dan sambungannya yg kedua dan ketiga.

Lepas baca novel tu terus kalut g beli sebab nak buat koleksi sendiri. "Owh Laksamana Sunan, aku cinta padamu," ayat dalam hati nih. gatai sungguh kan..haha. Masa tu beberapa hari juga la macam angau sorang2 kat Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin walhal watak dalam novel ja.. Dan penulisnya ialah RAMLEE AWANG MURSHID.  Dan lepas tu intan dah x baca dah novel..Itu sahaja novel yg berjaya buat intan nak baca novel balik. Tengoklah masa depan kalau ada lagi novel yg penulisannya bagus macam n mesti  baca punya. Dan kawan ofis baca baru ni, dia duk panggei laki dia "Saifuddin @ Sunan" ! Ni pon lepas dia baca novel yg intan bagi pinjam! hadoeh..haru! Marah laki dia sebab duk koya ke Sunan!

Sapa nak tau kisah dalam novel ni pi cari sendiri, pastu tau la apa yg intan duk habaq ni..x kan nak cerita dalam ni pulak kan. Banyak cik oiiiii kalau nak cerita  balik...





14 comments:

Chic Na said...

dari dulu lg mmg tak minat novel. kalau baca pun pinjam kawan. tak pernah beli. huhu.. best sgt la agaknya novel ni sampai boleh jatuh cinta. ;)

nanieydotcom said...

RAM punye citer best tp nani suke yg relate ngn thrillel/psycho je. Tu pun pinjam yg adik :)

intanfirdaus247 said...

cikna ..best novel ni..hehe.lain dr yg lain

intanfirdaus247 said...

tombiro kan , pastu yg tajuk bunga tu apa ntah, bunga karmila kot x silap

musang said...

sy xsuka baca novel tp nvel tombiro, semangat hutan pernah baca..itu pun 5,6 tahun dulu kot

Si Matatajam said...

Akak ni x dak da masa nak baca novel dah Intan..asyik berbelog ja..

Tie HT said...

as salam

antara novel RAM yang akak baca tombiruo tu..mmg best..laksamana sunan tk penah lagi..title dia dah hebat dah tu:)

intanfirdaus247 said...

intan dulu suka..dah makin dewasa x suka..hanya novel ram yg betul2 intan suka intan baca,,yg redza sebut tu pon intan baca tp x der lah suka cam novel atas

intanfirdaus247 said...

akakaka...saya pon sama.novel ni dah lama dah dekat saya..saya simpan sebab sayang sangat..:P

intanfirdaus247 said...

Waalaikumsalam kak tihara..:) yg tu intan baca juga tapi intan x berapa suka sgt tapi better la juga..:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani suka baca novel..siap kumpul buat koleksi lg eheee

Mimie said...

wah....sy peminat setia RAM.....saya ada semua koleksi cerita psl Laksamana Sunan nih....

intanfirdaus247 said...

wah..dulu kak intan ada banyak simpan dalam almari..pas2 tatau cemana leh x ada..ada kawan2 pinjam , ada yang anak buah amek..adeh

intanfirdaus247 said...

Hehe..jatuh cinta xkat sunan?