Movie Marathon bersama Encik Firdaus:
| Image from Google |
Dark Skies::
Movie ni berkaitan sebuah keluarga yang rumah mereka dah di
mark oleh alien. Banyak gangguan yang depa x sedar berlaku dalam rumah depa.
Alien tu nak amek anak diaorang paling
kecil tapi last sekali anak sulung diaorang yang kena. Habis.
Jalan cerita slow dan saya suggest x payahlah kot g nonton.
Sebab x best.
![]() |
| Image from Google |
Journey To The West ( Arahan dari Stephen Chow) ::
Cerita Cina – Journey To The West memang best! Ketawa
berdekah2. ! Ada juga la part oink2 tapi nak wat cemana dah depa punya citer…abaikan
ja yang tu..tapi cerita yang digarap memang best. Bermula dengan kawasan
perkampungan di tepi air. Tetiba ja awal2 dah berdebar. kampung diserang dengan
seekor ikan yg besar . katanya demon .
Seorang lelaki ala2 pengemis cuba menyelamatkan kampung air itu. Dan muncul heroin yang sangat pandai
menghapuskan demon juga. Selepas tewas demon air tu, pengembaraan pon bermula.
Best. Ada funny , sedih semua ada. Ramai Malay pergi menonton tau. So boleh la
korang g nonton untuk ketawa berdekah2!
| Image from Google |
Dead Man Down::
Ok, citer ni memang x best okeh. . menyampah giler dengan
heroin dalam tu. Kalau ada senduk atau kuali mau kena lempar je kat muka dia. …Yang
belakon jadi mak dia lagi cute okeh. Tatau sebab apa nyampah. Bukan sebab watak
dia bawak muka jadi parut2 sebelah sebab xciden kereta tapi sebab mcm menyampah
dengan gaya dia…eiii..oke2..citer ni berkisar pasal seorang engineer dari
hungary yang terlibat dengan gangster akibat nak balas dendam atas kematian
anak dan isteri dia. Tapi jalan cerita memang payah nak paham. lembap.slow.dan
meluat.jadi jangan tengok.sekian!
![]() |
| Image from Google |
Lawak Ke Der 2::
Haaaa..yg n ketawa non stop. Encik suami sanggup tahan x nak
terkucil takut termissed citer nya.. Dia
bukan movie ada kesinambungan..dia show kat istana budaya. Ada Boboi, Jozan dan
Harith Iskandar. Dan Nabil sebagai pengacara. Dan lawak2 depa memang lawak
giler!!! terutama part Boboi jadi pramugari kat Redha Airways..akakak!
memang mantap.! Korang bayangkan saya gelak sampai air mata
meleleh dan spek mata berwap! dalam panggung tu orang gelak mcm nak pecah
panggung! Encik somi gelak sampai senak perut! Ada yang gelak siap tepuk2
tangan termasuk saya!Macam pesta tau! serius pi la tgk..memang lawak.Tunggu
part Boboi! Harith lawak memang klassss! Jozan kiut jer…so korang pi la tgk!















