Followers

Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

JALAN-JALAN DI SUNWAY PYRAMID

Entry ni sepatutnya publish last week ..ni weekend lepas outing.dah lama x ke SUNWAY PYRAMID. Memula nak ke Paradigm Mall.. Lepas tu terlepas jalan. Nak ke One Utama..tapi sesak..U turn balik dan sampai la ke SUNWAY PYRAMID... so jalan2 sambil cuci mata..nak dekat KRISMAS lagi meriah.
nak ke sini tapi x jadi









Sunday, 2 December 2012

XTVT WEEKEND

Sabtu-1 December 2012 - Sebelum tgk movie Life of Pi , kami ke Giant Kinrara. Encik Somi g berurut jap. Sementara menunggu encik somi , staff situ jamu green tea..minum sikit kepala berdenyut.. ohh tak boleh..terus blah. Turun bawah food court minum nescafe sambil makan kuih tunggu Encik Somi.Then baru ke The Mines.


















Ahad- 2 December 2012- Hari ini meredah ke MidValley . Alang2 dah jalan2 ke sana maka operasi mencari Durian Crepe berhantu pon bermula. So cari2 sampai The Gardens akhirnya jumpa. Beratur panjang juga. Macam pisang goreng panas. Disebabkan Krismas semakin hampir maka banyaklah deko-deko yang cantik dan menarik especially Krimas Tree ..So snap snap je..:)





ORANG BERATUR NAK BELI DURIAN CREPE



Saturday, 1 December 2012

BURGER DAN DURIAN SG BESI

Lepas jalan2 ke downtown dekat2 area The Mines , Encik Somi ajak g Pekan Sg Besi nak beli oblong daging kambing. Kat situ burger memang sedap. Ramai orang beli. Saya duk makan2 banyak burger, tetap juga ingat burger kat sini..Mungkin sebab tak pi lagi burger bakar yang glamer tu..hhehe..tapi masalahnya x sempat nak snap oblong..sebab dia ngap cepat benar..tapi sempat le amek gambar gerai burger dia.:) 

Saya pula mengembara g cari durian. Beli sebiji je.:) RM10. Sambil2 tunggu burger sedang dibuat, snap2 ler picture malam di pekan sg besi..









Friday, 30 November 2012

NAMPAK MACAM SEDAP ..

Disebabkan restoran favourite x buka di Puncak Jalil..so decide pergi restoran satu lagi dekat situ2 juga...x pernah lagi masuk kedai ni....order beef steak, encik somi nasi paprik. then sampai..tada...nampak menarik juga ..cube baca sampai abes entry ni..:)



tapi......bila makan daging liat ok lagi... ni daging dia bau x syok..pastu gigi dah sakit dah..try makan mashed potato..sekali suap je..bagi encik somi lak..dia rasa ..diam ...masam!!! saya just makan sayur dia ja..pastu paprik dia encik somi cakap emm..boleh boleh je....sebab x nak membazir kesian encik somi habiskan  beef steak tu..tapi mashed potato mmg x boleh makan....kesian tgk dia kunyah.Huhuhu ..Air sirap limau. semua RM25..saya x kisah bayar banyak tapi biarlah makanan tu berbaloi..dan x pi dah kot..pertama dan terakhir makan di situ. Malas nak cakap nama restoran kang mengaibkan pula. mungkin makanan2 lain sedap kot..entahlah

Sunday, 25 November 2012

Sesuatu Di Pekan Koboi. (Cerita Seram, Sila Baca)

Apa ada di Pekan Koboi? Kat mana pekan koboi ni??

Pekan Sungai Besi Intan panggil kan pekan koboi walaupun x ada koboi naik kuda kat sana...hahaha. Sekarang bukan lagi pekan koboi..Sudah maju dan banyak berubah. Sapa penah pi sana taulah. Ada satu gerai cendol kat sana sedap. Ramai orang pi pekena cendol situ.  Selalu abang2 tentera, kakak2 tentera, orang awam datang makan kat cendol area situ. Ada juga gerai jual rojak. Intan bukan nak ceghita pasai ni..pasai lain..next paragraph ok!:)


*
*
*
*
*
*
*
*
Hari ni Intan pi makan tengah hari di sebuah kedai makan di pekan n. Kedai ni kedai nasi campur, dari pagi dah penuh sampai malam. Lauk dia memang banyak. Tapi Intan mai sini sebab ada sesuatu di pekan koboi ni, kat sini ada ULAM PUCUK BETIK yang disediakan oleh kedai makan ni. Sungguh sedap. Ambil nasi sikit, tuang kuah pajeri nenas, ikan tenggiri goreng, ulam pucuk betik dengan ulam ape ntah dan sikit sambal belacan. Sedap dan berselera intan makan. En Somi s x suka sebab dia kata pahit.Tapi memang pahit pon. 

Antara kebaikan ulam pucuk betik: Sesapa yg first time nak cuba mungkin rasa pahit melampau tapi lama2 ok la..makin pahit makin sedap makan nasi. Seimbangkan la pemakanan anda..Cewah.


  • Boleh mengatasi migrain
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Rendahkan tahap kolesterol dalam badan
  • Dikatakan juga boleh melangsingkan badan jika selalu amalkan (ye ke???) heheh.

Sekianlah, kisah "sesuatu di pekan koboi". sebenarnya x ada pon yg seram..saja suruh kawan2 baca dan tahu khasiat pucuk betik ni je..hehe..jangan marah naaa..:)

Saturday, 24 November 2012

TENGOK TARIKH LUPUT KALAU BERSHOPPING


Tempat: JJCM di Jaya JUSCO Equine Park.
Sebab ke sana: Malas nak keluar ikut jalan besar, JEM x suka! yg ni senang terus dari area rumah kitaorang je..:P
Aktiviti: Makan KFC, beli pizza, beli barang2 dapur..geram tgk sayur fresh, sotong,ikan, kismis.

Masuk kedai apa Entah yg RM5 per brg dari Jepun, sekali nak beli facial mist, tengok punya tengok dan intan pula suka belek tarikh luput. Tengok-tengok bulan 5, 2012, dia ada kat bawah botol. x puas ati nih, pergi ler tanya kat cashier..sekali cashier dia pon cakap, "aah la kak." LOL:P (jadi kawan2 sekalian, sila periksa tarikh luput sebelum membeli apa2 ye  :P)


Wednesday, 21 November 2012

Restoran Beriyani Gam Johor

Giant Kinrara tau x? ok,di belakangnya. Banyak shop lot situ. Kira sebaris dengan Old Town juga. Semalam saya g makan dengan encik somi. Saya order mihun tomyam dan dia tanya nak biasa atau pedas? Konfiden cakap pedas nokss! Encik somi order beriyani gam kambing. Beriyani gam kambing sedap . Saya lak tersilap cakap pedas , mak aih, makan sikit meleleh air mata! tak habis..nyesal lak, tapi sebenarnya sedap kalau x pedas.. lepas ni kena order yg x pedas la. Ni gambar2nya..sikit je amek. :) So sesapa yang nak makan beriyani dan tinggal berdekatan Bukit Jalil or Kinrara boleh la datang sini..Dari jauh pon sila lah..:)

mihun tomyam pedas kaw kaw punya! boleh keriau sapa x tahan

beriyani gam kambing..yummy!

restoran beriyani gam johor, bandar kinrara, belakang Giant