Followers

Sunday 23 November 2014

KEBUN MINI SAYA AYAM SADO SELALU USHA

kebun mini saya 
Assalamualaikum semua..:)

Sejak duk di kampung ni ada ja benda yang saya nak buat..Entahlah rasa seronok ja..Rasa takda tekanan dah. Ok, untuk mengisi masa yang terluang selain berniaga pagi pagi, saya juga buat mini kebun di depan rumah. Saya buat projek ni dengan sepupu saya.

Kami tanam petola, timun, kacang panjang, jagung manis, ubi kayu dan lain-lain lagi. Ada naik tunas dah tapi tak tahulah boleh hidup ka tak. Doakan tanaman saya subur ya..:)

Kami mula-mula tak bubuh jala sebagai pagar, tapi ada satu kisah di pagi hari di mana ayam jantan jiran yang Encik Firdaus panggil "ayam sado" sebab badan dia memang mantap. Satu hari, Enck Firdaus panggil

" Cuk! Ayam sado duk mai kawad atas batas kebun tu..abih lah.."


Ayam sado tu datang berdansa atas batas kebun saya pula! Sayaapa lagi dari dalam rumah berlari terus kejar dia sebab dia cuba nak patuk benih sayur saya. Sekali paling tak menahan tu, dia siap berhenti, dia siap terajang kayu yang saya pacak. Pastu baru dia sambung lari! Cis! Jaga kau ayam sado! Ayam sado tu memang tau! eiiiii geramm ja.. hari hari datang usha kebun saya.


Wednesday 5 November 2014

KELEBIHAN DAN KHASIAT DOA NABI YUNUS

Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam..Hari ini saya kongsi Doa Nabi Yunus a.s. Amalkan la setiap hari .
image from google

Doa Yunus ~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~

Doa Nabi Yunus a.s ini memang banyak khasiatnya . Teringat doa inilah yang arwah emak saya baca semasa arwah sakit dan juga sehingga nafas terakhir arwah selain ucapan syahadah. Subhanallah...Allahuakbar. 
.

Dikatakan bahawa doa ini juga penawar segala musibah.

Memetik daripada blog KONGSI BERSAMA NORA:

DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah2 kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah2 yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang2nya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat2 memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga2 Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita. - 

Memetik daripada blog ILMU MUTIARA :


Nabi Yunus alayhissalam diutus oleh Allah swt. kepada masyarakat Naynawa, yang terkenal dengan kekafirannya. Nampaknya, Nabi Yunus kurang sabar dengan perlakuan kaumnya. Dalam keadaan kesal, ia pergi meninggalkan kaumnya menuju tepi laut.

Kemudian ia menumpang kapal yang akan berlayar. Di tengah lautan, kapal diterpa badai dan angin kencang. Untuk menghindari kapal karam, muatan kapal harus dikurangi. Semua penumpang kapal sepakat untuk melakukan undian. Siapa yang namanya keluar, maka dialah yang harus dilemparkan ke lautan.

Ternyata, yang keluar adalah nama Nabi Yunus. Akhirnya, Nabi Yunus menceburkan dirinya ke lautan, dan ia ditelan ikan besar. Al-Quran menyebut ikan itu dengan Hut atau Nun. Namun, Allah swt. mewahyukan ikan itu untuk tidak memakan tubuh Nabi Yunus.

Ada yang mengatakan Yunus a.s. tinggal di dalam perut ikan selama 3 hari, 7 hari, bahkan 40 hari. Selama itu ia berdoa kepada Allah swt., ‘Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.


Doa Yunus menembus Arsy, sampai-sampai para malaikat berkata, ‘Ya Rabb, sepertinya ini adalah suara orang lemah yang sudah dikenali, yang datang dari negeri yang jauh dan asing’. Allah bertanya, ‘Tahukan kalian, suara siapakah itu?’

Malaikat menjawab, ‘Suara siapakah itu?’ Allah berkata, ‘Itu adalah suara Yunus, hamba-Ku’. Malaikat berkata, ‘Yunus yang amalnya senantiasa naik ke langit dan doanya dikabulkan? Ya Rabb, tidakkah Engkau menaruh belas-kasih padanya lantaran dia senantiasa memuji-Mu di saat senang, dengan begitu Engkau selamatkan ia di saat terjepit seperti ini?’

Allah menjawab, ‘Ya, tentu saja’. Maka, Allah memerintahkan kepada ikan hut untuk melemparkan Yunus ke daerah tandus.

Yunus terdampar di sebuah pulau yang tandus, dalam keadaan lemah. Lalu, Allah mengembalikan kekuatannya dengan menumbuhkan pohon labu di dekatnya. Bukan hanya itu, Allah mengembalikan seribu umatnya dalam keadaan beriman, dan Allah berikan kemakmuran hidup kepada mereka.

- (Q.s. as-Shaffat/37: 145-148)




Sunday 2 November 2014

PEMANDANGAN DI PANTAI MURNI, YAN, KEDAH

Assalamualaikum semua..apa khabar hari ini? Yan, Kedah. Sememangnya daerah pelancongan. Ada gunung, air terjun, pulau, laut dan sawah padi.;)

Ok, jom layan pemandangan di Pantai Murni Yan, Kedah. Dekat jer dengan rumah saya.:) Pantai Murni ni kalau hari Jumaat orang ramai la sebab Kedah kan cuti..Jadi ramai lah orang datang bersiar-siar, lepak, makan-makan. Chalet atau homestay pon banyak di sekitar daerah Yan ni jadi x ada masalah untuk mereka yang ingin bercuti di sini. 

Jadi kalau sesiapa yg bercuti ke Kedah, jangan lupa datang ke Yan yer.:)







Saturday 1 November 2014

REZEKI ALLAH ITU LUAS

Assalamualaikum semua sahabat..semoga semua sahabat dirahmati Allah.. Saya n dah macam biskut sekejap ada sekejap tak ada...hai la bukan apa..masa kadang x mengizinkan..maafkan saya..sob! sob! heheh..

Untuk sahabat yang tak tahu..saya dah berpindah ke Kedah. begitu juga dengan shuben saya..Mula mula dia takut juga. Yer la ..kawan kawan dia di KL cakap " Eh nanti kau mesti nyesal balik kg..kat sana bukan ada kerja sangat." Yerlah ..suami saya ini mmg pure org KL ...lahir sana..kuarga sana..sedaghe maghe semua sana.. Saya faham dia berdebar nak balik menetap di Kedah ni..Yang mungkin dia pon tak terfikir. Tapi disebab kan rumah peninggalan arwah emak ada dan dah bagi pada saya ..apa salahnya kami pulang dan berbakti di tanah yang ditinggalkan..x rugi pon..rumah pon tak payah bayar...

Saya balik dahulu ke Kedah. Lepas suami resign dia balik ke Kedah pula. Tapi itulah rezeki Allah itu luas.. Tak sampai seminggu balik Kedah.terus dia dapat kerja. Dan dekat je dengan rumah! dan salary pon alhamdulillah! Siapa kata duduk jauh dari KL x boleh cari makan? 

Dan saya pula disebabkan saya n memang suka memasak dan mengandam..maka saya gunakan kemahiran saya itu untuk mencari rezeki. Namun seawal pagi saya dah bangun sebab nak kena masak nasi lemak, nasi kerabu dan goreng mihun..Siapa yg tak tahan bangun pagi mmg rasa penat sangat..saya sendiri pon rasa letih sangat..tapi demi mencari rezeki...Dan saya berjaya buka gerai makan kecil di hadapan rumah saya jer. Saya jual nasi lemak daun lemuni, nasi kerabu kelantan, mihun goreng, lauk pauk dan untuk kuih muih saya bg tender kat mak anjang saya buat kuih sbb dia memang pakar. Dan yg bestnya sebelum pergi kerja shuben tolong saya niaga dulu. 

Dari 2 kg beras,..sedikit demi sedikit naik jadi 4 kg beras sehari...dan org mula datang ke gerai saya.. dan ada ketikanya sebelum pukul 8 clear semua..tp biasalah naik turun niaga ni..ada ketika x abes juga..namun sabar itu penting 

Saya teringat antara kata Ustaz Kazim,orang yg berniaga ni mesti jaga solat, sentiasa bersedekah..maka barulah rezeki tu akan lebih banyak..jadi kesimpulannya. Kalau kita bisnes kecil ke besar ke..kita kena berbalik kepada Allah. Itu lah kesimpulan yg paling jelas sebab rezeki itu dtg dari Allah. 

banner gerai saya:))

Saya dan Shuben tengah set up gerai sebelum jualan bermula di awal pagi:)


Wednesday 1 October 2014

TELEKUNG LYCRA


Assalamualaikum semua. Siapa nak beli telekung lycra?

Haaaa, kat sini ada telekung lycra untuk org dewasa dan kanak-kanak. harga telekung lycra utk dewasa dan kanak-kanak ni ialah RM40. Postage RM 7 utk semenanjung dan tambah rm2 utk sabah dan sarawak. Saiz kanak-kanak bole pakai dari umur 5-8tahun

Pasai apa sama harga? Toksah tanya saya ya..nak buat camner ,harga dah lagu ni dah owner tu bg. I follow ja..rasanya dah murah dah kot..

Saya ialah agen untuk telekung lycra nih..berkenan sgt telekung mcm n.. Saya pakai telekung mcm ni juga lah kat rumah member terus berkenan.. ..:)

Stok insyaAllah sentiasa ada..


Tgk kod kod yg berkenan dan bgtau saya..kod untuk dewasa dan kanak-kanak sama ja ya..jadi sila lah pilih yer mana berkenan di hati. :))


RM 40 POSTAGE RM 7 Semenanjung Malaysia
Sabah Sarawak add RM 2 


POSTAGE HARI ISNIN  jer..

LAST PAYMENT MESTI DIBUAT PADA HARI JUMAAT. JIKA LEWAT PAYMENT,  POST AKAN DIBUAT ISNIN BERIKUTNYA. 
INSYAALLAH SEJUK. SELESA.
TOLONG WHATSAPP ATAU SMS SAHAJA 017-3218351. 

PERHATIAN: WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA SEPERTI YG TERDAPAT DALAM GAMBAR. YERLA KAN MUNGKIN LIGHTING KAMERA BAGAI..
sila rujuk kod ini sama ada untuk dewasa atau kanak-kanak

Tuesday 23 September 2014

RUMAHKU SYURGAKU

Assalamualaikun

Walaupun dah agak lama pindah dari hujung ogos 2014 namun masih belum kemas lg rumah. Bukan apa .. Masih berulang alik ke kl lagi..hujung bulan ni baru husband balik kedah

See ..byk yg x berkemas lg...kotak byk lg x bebuka..tunggu shuben balik la kemas sama sama yg kemas cuma bilik tidur dan ruang tamu je..tu pon kemas sikit sikit je..

Saturday 20 September 2014

SEJUK DI HARI SABTU

Assalamualaikum semua sahabat

Saya masih di kl..hihi..datang kl kejap sebab nak tunggu husband last keja hujung bulan ni nak balik Kedah sekali..sunyi pula duk di Kedah sorang sorang...bila sunyi..maka air mata saya mengalir..sob sob sob...Sbb dulu rumah tu meriah ada arwah ayah..ada arwah emak...Sekarang sunyi..jadi better saya ke kl jap rumah MIL...

Hari ini hujan di area Bandar Tasik Selatan n..grr grrr...sejuk...mau tarik selimut lagi pagi td tp malas la ...jd bangun buat kopi Perla..Perla coffee? Ya ya..saya minum Perla coffee sekarang sbb nak elakkan minuman berkafein... Kalau kulit jd gebu gebas pulak da satu bonus da kan..OK lah.korang APA plan today? Jenjalan ke? Shopping ke?huhu..

OK. Blanjer korang picture buah-buahan sikit..x der motip sebenarnya kah kah kah..ala tgk je lah yek yek...




posted from Bloggeroid

Friday 19 September 2014

APLIKASI CYMERA

Assalamualaikum Dan selamat ptg..

Korang yg suka edit edit picture boleh guns aplikasi cymera yg boleh di install di play store..

Selain melebarkan senyum...mata juga boleh dibesrkan. Hahaaha..ye betol..muka boleh dislimkan Dan mcm mcm boleh korang buat..

Mangsa edit saya sapa lg..Encik Firdaus..redha je la yang oiii..hahaha..







posted from Bloggeroid

Selamat pagi semua!

Assalamualaikum Dan selamat pagi para sahabat semua!!!!

Miss u olllzzz;)

posted from Bloggeroid

Tuesday 2 September 2014

LAGI TESTIMONI TELEKUNG LYCRA

Assalamualaikum dan selamat pagi...semoga pg n lebih ceria ya

Ok saya buat lg testimoni telekung lycra ..selalu saya update saja di entry testimoni..rasa macam penuh pula entry tu..now create new entry

Thanks to BLOGGER FIZA RAHMAN yg sudi beli telekung lycra dari saya ya:) bukan 1 helai but 2 helai tau.Dia hadiahkan utk peserta GA sebab dia jd Sponsor!

Tahniah pada yg menang GA tu:)

Monday 1 September 2014

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT

Assalamualaikum semua....apa khabar..Salam Merdeka yg ke 57 thn kpd rakyat seluruh rakyat Malaysia..dan syukur kepada Allah kerana Gaza kini bebas..Tahniah kpd semua pejuang mujahidin..Malaysia stand with Palestine

Ok...mmg lama gila dan kekok utk berblog setelah sekian lama tinggalkan dunia blog ni..nak.susun ayat pon rasa kekok..hihi..

Sekarang saya dah kembali dan menetap di kg halaman saya di Kedah..alhamdulillah..dapatlah saya jaga pusaka peninggalan arwah ayah dan mak..kalau saya tak jaga sapa lagi nak jaga..yang bestnya Encik Firdaus pon suka duk.kedah..Buat masa ni kami.masih berjauhan..dia masih di kl..insyaAllah hujung September ni dia balik dan terus menetap di sini.. Rezeki ada di mana mana jd tak perlu takut untuk balik ke kg..bukan kl jer ada peluang kerja..hoho...betul tak?

kan kan..

Ok kawan kawan semua.rindu korang... Lupa nak.ucap tahniah padaBlogger ciksu ..sebab dah dapat babyyyyy! Yeay!:)tahniah daripada Kak intan :)

Monday 30 June 2014

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum semua sahabat blogger. Lama sangat rasanya tidak update di sini. Apa khabar ya semua? Di kesempatan ini saya ingin ucapkan Salam Ramadhan buat semua sahabat muslimin dan muslimat. Saya ingin memohon maaf andaikata sepanjang berblog ni saya ada buat salah kpd anda semua.
Image from google

Wednesday 14 May 2014

TESTIMONI TELEKUNG LYCRA

Assalamualaikum semua..huhu...busy busy..hihu..sampai x sempat bw dan buka blog kawan kawan..maafkan saya..
Ini testimoni daripada pelanggan saya mengenai telekung lycra yang dibeli dari saya.  Alhamdulillah.
RM40 postage semenanjung rm7.sabah sarawak tambah rm2 postage..
Untuk order whatsapp or sms only 017-3218351



Sunday 11 May 2014

Kelas Mekap

Ni EntRy MelekaT. Scroll ke bwh untuk entry baru ye.

Salam semua. Bg area KL dan Selangor yg berdekatan yg ingin belajar asas mekap boleh lah menghubungi saya di talian 013-3392894 @ 017-3218351 (intan). Sabtu dan Ahad.Kalau nak request ke tempat anda di negeri-negeri lain, Intan perlu arrange baik -baik dan jumlah org nak attend pon kena ada ramai  sikit. 

Hendak minta tolong kawan-kawan follow blog andaman /mekap saya FOLLOW BLOG MANIS TOUCH OKEY:)  boleh tak? 

**Jumlah orang sekurangnya 2 orang. Maksimum 6 orang.
**Bayaran RM50 sahaja seorang.
** Saya akan pergi ke tempat anda. Jika jarak tempat anda terlalu jauh, saya akan caj sedikit sahaja duit minyak..sikit jer caj tambahannya ya..heeee..jgn bimbang okeh
** Sediakan barang mekap apa yg anda ada dan boleh guna brg mekap saya juga.
**Sediakan seorang model untuk saya tunjukkan cara cara mekap untuk anda belajar.

** Kalau nak datang dan belajar di rumah saya sila beritahu lebih awal dalam seminggu camtu ker..Rumah saya di Bukit Jalil.

Sunday 20 April 2014

STEW DAGING LEMBU MASAK SAMBAL MASAM MANIS


Ini ialah resipi yang saya reka..Almaklumlah main campak jer apa bahan yang ada. Jadi tiada sukatan sebagb saya main agak-agak jer.

Bahan-bahan:
Daging lembu bertulang
Kulit kayu manis
Bawang besar
Bawang putih
Sos lada hitam
Cili kering blend
Kicap
Cuka
Sos cili sikit
Serbuk ketumbar
Serbuk kayu manis
Sedikit rermpah kari daging
Garam
Gula
Tomato belah besar-besar
Asam keping satu

Cara-cara: 
Rebus daging dan tulang lembu. Air rebusan jangan buang. ketepikan. 
Tumis bawang putih, besar, kulit kayu manis
Masukkan serba sikit serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan rempah kari. Kacau.
Masukkan sikit cili kering blend. 
Masukkan daging dan tulang. Gaul
Tuang air rebusan.
Bubuh sikit sos cili, kicap, sos lada hitam
Bubuh cuka sikit dan asam keping
Bubuh gula garam secukup rasa
Bubuh tomato.
Reneh sampai daging empuk.
Kuah biar pekat pekat sikit ala ala stew.
Boleh makan dengan nasi dan roti juga..

Saturday 12 April 2014

REZEKI MEKAP DINNER DI PALM RESORT PUTRAJAYA

Assalamualaikum..salam sejahtera semua sahabat.. sekarang saya merangkak sedikit demi sedikit ke blog kawan-kawan..at least satu entry saya komen juga..:) Maaf ya sangat sangat lama tak bw.

Ok, semalam saya ada job mekap dinner di Palm Resort City. Mula-mula sorang jer, sekali dah siap, sorang lagi minta dia dimekapkan juga. Rezeki dari Allah...:)) Alhamdulillah.

Dua-dua request x  nak pakai eyelashes dan tak nak warna eyeshadow yang terang. Ok, ni hasilnya.:)




KEKUATAN DOA

image from google
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua sahabat. Ya Allah rindunya pada kawan-kawan blog. Dah lama sangat saya tak update blog n. Bukan apa busy dan banyak masalah yang melanda. Namun bila kita berserah kepada Allah dan berdoa pada NYA, maka DIA akan memberi tidak kira cepat atau lambat. 


image from google


Hari ini saya nak kongsi mengenai kekuatan DOA yang saya sendiri rasainya. Ini sebagai motivasi untuk diri saya sendiri juga dan kawan-kawan. Sebelum ini kan saya resign dan saya kerja di tadika. Memang gaji untuk teacher tadika sikit jer lah. Yerlah kita kerja pun half day jer kan. Jadi memang camtu lah bayarannya. Saya kerja cam biasa dan kerja dengan ikhlas sebab itu rezeki kita walaupun sikit ke banyak ke tapi tetap rezeki kan. Cuma saya ada la masalah nak bayar itu ini dengan gaji itu. Walaupun suami membantu byk juga. Saya kata tak apa, ini ujian dari Allah. Jadi tiap kali selesai solat, antara doa yang saya amalkan. Ini bukanlah untuk riak atau menunjuk tapi ini sebagai perkongsian untuk semua. Perkara yang baik kan. 

Antara doa yang wajib saya baca selepas solat:


- Doa tawakkal kepada Allah 
IMAGE FROM GOOGLE

- Ayat Seribu Dinar
IMAGE FROM GOOGLE

- Doa Mohon lepas segala hutang
IMAGE FROM GOOGLE

-Doa Permudahkan segala urusan

image dari saya sendiri

Selain itu, tips tips murah rezeki, seperti solat sunat dhuha, selalu baca surah Al-Waqiah. Ini seperti yang disarankan oleh sahabat saya. 

Lepas beberapa lama saya amalkan memang Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang, Maha Mendengar.. Allah bagi sedikit demi sedikit dan kadang-kadang saya tak jangka rezeki tersebut. 

Contohnya, saya selalu minta kerja dari Jobstreet, kebetulan saya merayau-rayau kat Internet, ternampak iklan sebuah company yg memang saya admire juga dalam bidang penerbitan, iklan kan editor, saya pun emel bertanya dan bagi resume saya. Kebetulan selang beberapa hari, saya dapat call, suruh saya pergi interview. Dan Alhamdulillah saya mendapat jawapan yang menggembirakan walaupun ada saingan. 

Selain tu, tiba-tiba saja tengah saya usaha nak cari income ni, saya dapat kol untuk minta ajar kelas mekap. Subhanallah, rezeki datang tanpa diduga. 
Seminggu lepas tu, saya dapat sms minta saya mekapkan untuk dinner. Seorang saja. Tapi sebaik saya habis mekap, kawan customer minta saya mekapkan, Alhamdulillah memang rezeki yang tak dijangka. Selain itu bukan rezeki duit saja, rezeki makanan, ada satu hari saya teringin sangat makan daging, sekali tiba-tiba jiran saya sedekahkan rendang daging..Tak terhingga saya ucap syukur.

Tapi ingat, yang penting apa-apa kita mesti tanamkan dalam hati bahawasanya rezeki itu daripada Allah, bukan dari manusia. Jadi, jangan susah hati ketika ditimpa musibah. Allah nak uji kita. Tawakkal dan terus berdoa dan solat. Jangan tinggal solat lima watu. Lambat ka cepat ka, buat juga ya. Ikhlaskan diri dalam beribadat. InsyaAllah kita akan mendapat kebaikan daripadanya. Itulah kekuatan DOA , senjata umat Islam..

Saturday 1 March 2014

Offer Brg Mekap- Clearance

Assalamualaikum .. Saya nak clear dan jual brg2 make up ni dgn harga yg berpatutan. Semua ni saya jual RM150  sahaja free postage.

Ada loose powder eyeliner. Lipgloss. Naturactor krim compact powdee dan liptint.

Sesiapa yg nak boleh wasup saya 013-3392894

Sunday 26 January 2014

Smart phone Lenovo k900 Untuk DiJual

Assalamualaikum. Encik firdaus baru menang lucky draw di dinner company dia hari Jumaat baru ini. Lucky draw yg dia dapat ialah smart phone lenovo k900.

Kami nak jual sbb dah ada smart phone dah. Jadi sesiapa yang nak beli sila hubungi saya di talian 013-3392894 ( intan). Baru dan tak guna pun ..hihi..

Jika anda duk Area kl or selangor boleh pick up by hand. Bayaran secara tunai. RM1100.  Harga saya jual di bawah harga pasaran.

Sapa cepat dia dapat. Nak tau kelebihan smart phone ni sila cari di Google.

Cepat cepat!!! Terima kasih

Friday 3 January 2014

BISING TETAPI MENCERIAKAN!

Assalamualaikum semua..Salam Jumaat buat semua rakan-rakan alam maya yang saya kasihi..:))

Alhamdulillah kerja yang saya buat kali ini sangat menceriakan bagi saya . Walaupun bingit dengan suara-suara comel yang licik hati saya gembira melayan kerenah mereka membaca, menyanyi, menulis, dan pelbagai lagi. Mereka sangat comel dan menjadikan hidup saya ceria! itulah kerja saya sekarang..:))

Sekian.