Followers

Tuesday 24 September 2013

::::JIWA SAYA BUKAN LAGI DI SINI::::

Maafkan saya semua sahabat.. Saya sudah lama x online ..x blogwalking..maafkan saya ya para sahabat..

Saya agak stress sekarang. Ibu saya sudah tak sihat dan kesihatannya makin teruk sejak dua minggu lalu. Selepas pulang ke Kedah baru-baru ini saya pulang semula ke KL dan buat keputusan untuk cuti tanpa gaji untuk menjaga ibu di kampung.

Saya Cuma rasa sedih sekarang ini sebab saya sudah bincang dengan bos untuk cuti tanpa gaji dan dia benarkan..Cuma saya agak sedih sebab dia suruh saya habiskan kerja yang berlambak atas meja saya. Sampai bawa balik rumah namun apa yg paling sedih, bila dah hantar kerja, dia pulang balik kepada saya beberapa manuskrip untuk diolah balik dan semakin berganda kerja saya seolah kerja ini tiada penghujungnya. Saya ingat bila dah hantar dan tinggal beberapa kerat lagi kerja saya dapat selesaikan kerja saya tuu..

Memang ikutkan hati saya , saya nak resign sahaja tapi banyak hutang piutang yang perlu saya selesaikan dan kalau tak ada kerja camner saya nak bayar..every month mesti settle banyak perkara jadi tak boleh tak kerja. Tapi sekarang jasad saya sahaja di sini. Jiwa saya sudah di Kedah dengan ibu saya.

Semalam saya terlalu tertekan, saya telah  tulis surat resign. Saya sudah tak tahan. Tapi Maksu saya tahan saya supaya jangan hantar lagi. Kalau saya nak harap Encik Firdaus sorang saja kerja x boleh juga sebab gaji dia pun bukan gaji seperti engineer..bukan gaji seperti pensyarah…jadi saya sebagai isteri patut membantu suami meringankan bebannya.

Sesiapa yang ada peluang kerja biarlah gaji biasa2 sahaja, informlah saya..Saya rasa saya perlu resign dari kerja saya sekarang dan bekerja dengan hati yang lebih tenang dan paling penting ada tempat solat. Sekarang, kami sembahyang di stor brg (bawah tangga) dan tempat cleaner rest..Ada kerja area Kedah pun boleh inform saya juga..


Walau apapun, ini minggu terakhir saya kerja..habis je kerja ni saya blah balik kg..x kiralah kerja masuk lagi ke lepas ni.. 

Thursday 12 September 2013

TOLONG KUTIP PAHALA B

Tajuk pelik kan? Short story je hr ni before continue buat kerja.  Nak naik motor ke tempat kerja pagi ini, Encik Firdaus start motor sambil kemas2 apa yang ada dalam raga motornya. Sekali dia buang plastik ke tanah.

Saya: B, tak baik B buang sampah. Allah catat ni dosa tau. Bukan setakat sembahyang kita kena jaga tapi kebersihan pun kena jaga. haaaaa..

Encik Firdaus: Alamak, Cuk boleh tolong  tak? Tolong kutip pahala B balik letak dalam raga motor. hmm..

Saya dengan serta-merta angkat plastik tu semula dan bubuh dalam raga moto dia..


Tetiba saya ketawa kuat..boleh yer camtu? tolong kutip pahala pon boleh? erkk..hai lah Encik Firdaus..Encik Firdaus pon senyum simpul …koh koh…J

Wednesday 11 September 2013

SESI LUAH PERASAAN

Fuh!! Fuh!! Kadang2 rasa sesak je nafas sekarang apabila melihat projek atas meja. Serius banyak. Saya rasa mcm nak pengsan!! Bukan apa, yang menjadi masalah kepada saya ialah apabila “ Kita handle projek orang yang resign dan serah kosong pada kita tanpa dia buat apa2.  Cuba bayangkan 10 projek dia! 

Dan saya ambil 4 projek dia dan dua editor lagi bahagi la sorang sedikit lebih-lebihan kerja keja dia yang lain yang dia x buat..bukan 10 tu sahaja..banyak lagi…huhu..tak apalah..kita terima sajalah..dah tugas kita..hehe..Mak tak marah cuma rasa sesak nafas je..keh keh…

Lepas tu pulak projek saya dah la hampir 10 ..ditambah dengan projek dia tinggalkan..jadi 14 projek!! mau pengsan!! semua bulan NOVEMBER DATELINE! Mak rasa nyah, Iron Man pun x boleh tolong selesaikan projek editing ni dalam masa yang singkat..second boss pun mengakui bahawasanya projek saya sangat2 tight! Ditambah pulak sekarang projek yang dah nak siap kena gubal balik sebab perlu tambah soalan HOT! haaa ni ibu bapa yg anak2 dia sekolah rendah mesti dah dapat info kan..oh mak dah HOT nyahhh….

Saya nak balik kg  jenguk mak weekend ni naik kereta api je sebab penat nak travel jauh, jadi boss kerah tenaga saya suh siapkan 4 projek yg editor tu tinggalkan suh submit Jumaat ini..wahh, kalau boleh edit cam laju laju x apa..ini setiap inci segala titik, koma, ejaan, tatabahasa, panjang garisan, artwork match ke x, bla blab la..semuanya kena lihat dengan terperinci..tapi saya redha…bukan saya x redha..Cuma saya manusia biasa..Saya bukan Robocop…huwaaaaaa…:))


Semalam terpandang foot note di skrin tv semasa BERITA TV9..
Lebih kurang mcm ni lah

“ Bil perubatan akan meningkat 10 peratus pada setiap 

tahun 

–Datuk Dr Helmi”


Haa apa nak dikata tuan2 dan puan2…?? Yang kaya sampai harta tarah banyak mana pon x abes ok la..hehe ..Ni yang mcm ala ala diri saya ni..jenuh... Sebab tu saya sarankan semua orang ada takaful perlindungan. Ramai yang sudah ada,..dan ramai lagi yang belum ada..Usahlah berlengah lagi.  Saya tau ada yang masih negative tentang perkara ini. Sebut sahaja takaful, terus diam.terus lari..kan kan kan? heheh

Tapi yang belum kukuh kewangan dan banyak yang perlu diselesaikan, itu saya ketepikan dulu..x apa..Yang  duk belanja sakan duit tatau ke mana tu apa kata mai belanja untuk kebaikan anda dan orang2 yang anda sayang…huhu..Saya anggap saya sedang membantu saudara sesame Islam dalam memperjuangkan nasib mereka. Mungkin dengan cara ini sahaja saya boleh bantu ..Bantu dengan bagi kesedaran betapa pentingnya takaful insurans sekarang…Jadi hubungi saya di talian 017-3218351 untuk informasi lebih lanjut.

Tetiba saya bertarbiah kan..?? hahaha… emosiii...hehehe.. sebab rasa tanggungjawab untuk bagi kesedaran pada orang especially orang Melayu mengenai perihal takaful ini. ....hehehee..peace!

X DAPAT BW LAGI YA..SORRY U OLLSSS..NANTI2 OKEH


Sunday 8 September 2013

NGEDATE DGN BLOGGER CMA

         Salam semua..Alhamdulillah hari ini dapat juga saya berjumpa dengan blogger yg tinggi lampai orangnya iaitu blogger Shima @ Cma  yang cantik manis dan yg bestnya Cma dtg dua orang putera dan puteri cilik dia iaitu Seri dan Faiz.
          Mmg meriah rumah kami dengan keletah Faiz dan Seri. Yang bestnya Encik Firdaus mmg syok duk layan depa dua. Memang meriah tau..hehe..
         Cma ...orang yg lemah lembut je..hihi.. tp dalam lemah lembut terselit ketegasan di wajah dia..hihi dan  Cma orang yg sangat independence. salute to cma. nnt nak pergi pulak rumah cma dan dpt Encik Firdaus berkenalan dgn husband cma pulak. hihi..
          Selain tu Cma datang untuk sign form sebab cma ambil takaful plan dari saya. Syabas Cma sbb bakal ada perlindungan untuk diri cma kelak. Dan Cma ialah orang pertama yg ambil takaful dari saya dan saya sangat menghargai Cma atas kepercayaan cma pada saya.

** Alhamdulillah dapat bantu kwn dgn takaful dan nendapat kawan yg baik dan semoga cma dan keluarga dilimpahi rahmat selalu.amin..***

Jom layan sedikit gambar yang sempat saya snap..hehe..
ME AND CMA  COMEL!!:))
CMA TENGAH BELEK KAMERA CANGGIH DIA..HEHE
ENCIK FIRDAUS DAN FAIZ DAN SERI..:))LIKE!
ANAK ANGKAT ENCIK FIRDAUS..HAHA
MANJANYAAA..:))
KELUARGA BAHAGIA
FAIZ, MANA PEACE? HEHEHE

Wednesday 4 September 2013

L.A COFFEE KOPIKO

Korang pernah rasa? sedap tak? kakak saya whatsapp pagi tadi dia cakap dapat sample L.A Coffee ni..katanya sedap. Nak cubalah nanti.:)

Antara kelebihan kopi ini ialah kopi rendah asid. Kopi ini minuman berasid dan kalau minum berlebihan mulalah perut akan meragam tau..jadi kopiko telah melancarkan L.A Coffee ini yg rendah asid..Tetiba buat iklan kannnn..:))


RASA RASA MUKA DIA IRAS SIAPA?

Yg pakai baju putih tu? ada iras iras sape korang rasa?

HUJAN

Beberapa hari ini hujan sahaja. sejuk melanda.. buka kipas satu pun rasa sejuk macam duk kutub utara je.

Teringat Ahad baru - baru ini balik dari kenduri tahlil dan beraya di rumah saudara ...masa tu dalam jam 8 malam ..saya nampak kemalangan yang dasyat. Keesokan hari masuk paper. mungkin ada yang terbaca di mana 3 pelajar kolej new era meninggal akibat kemalangan kereta. dasyat tau..beberapa btg pokok tumbang akibat dilanggar kereta tu dan kereta tu melambung masuk ke laluan bertentangan pula.. kejadian tu berlaku sekitar 6 lebih masa tu dan mungkin masa tu hujan dan jalan pula licin..

Jadi semua rakan rakan berhati hati memandu semasa musim hujan..malang tidak berbau..

Tuesday 3 September 2013

CARA UPDATE ENTRY MELALUI HANDPHONE

image from google
Ni request dari blogger kak iedamimie camner nak update blog dengan menggunakan handphone. Semalam intan kerodek kerodek hp intan ni. Pastu Intan pergi dekat “Playstore” taip blogger ataupun blogspot. 
Pastu kuar icon blogger yang first sekali appear ..kira yg ada 4 stars tu..jangan ambil yang icon blogspot.  
image from google
terus intan install kak..Pastu dah boleh hupdate dah blog through handphone kak ieda..hehe…cer kak ieda try..dapat ke x buat.




Intan guna Samsung Ace Duos ja..tecik ja…tapi senang juga update guna ni..tak perlu adjust apa2..nak tulisan italic click ja..nak bold click ja..bila buka kat pc oklah x kecewa …hehe

Monday 2 September 2013

Testing 123...456..789....

Testing testing...up.entry dari phone..nak tgk jadi camne..korang boleh baca post saya? kalau boleh tinggalkan komen ya..hihi..

tq and gud nite..:)

Selamat bekerja esok hari...

nampak.x gambar tu? itu gambar masa balik ke kl selepas berhari raya di kedah...

Sunday 1 September 2013

INGIN MENUNAIKAN HAJI /UMRAH.?


Hari ini saya ada sedikit perkongsian..tetiba blog saya jadi blog cam serius..koh koh..:))

Kalau yang mana sudah ada produk yang cover untuk kesihatan (protection) dan mungkin ada plan nak ke Mekah lagi 10 thn ka, rasanya boleh cuba produk nan satu ni..

BOLEH RUJUK DAN CLICK SINI DALAM BENTUK PDF YANG SAYA CARI DI GOOGLE UNTUK INFORMASI LEBIH LANJUT.
image from google

Ok, saya ada satu plan/ produk atau takaful khusus untuk mereka yang ingin menunaikan Haji atau Umrah sambil menikmati manfaat manfaat  lain. . nak kena tgk dan ikut amaun berapa yg dicadangakn/berapa tahun/usia.. xpa, jangan khuatir..

Manfaat2nya byk.. Nak buat untuk anak anda? boleh..Nak buat untuk diri anda sendiri pon boleh juga. Semua boleh. Yang penting niat kita tu..:) 

Antara Manfaat:

Manfaat Ihsan

Manfaat Adha

Badal haji – Yang ni kalau anda meninggal atau menderita TPD (Hilang Upaya Penuh dan kekal maka kami akan melantik mana mana badan atau organisasi untuk melakukan Badal Haji untuk anda.

Perlindungan Tambahan
dan etc.


Apalah sangat saving sikit sikit untuk menjadi tetamu Allah kelak. Kan? Saya x mau cerita panjang lebar la ya..Kalau lah nak tau lebih lanjut atau minat ka silalah noooo hubungi saya cam beberapa orang blogger..Ada yang tanya protection plan la..ada yang nak amek untuk anak depa la..semua ni buat saya terharu dan buat saya bersemangat nak bantu orang. Alhamdulillah.

Sambil menyimpan Sambil beramal Sambil membantu peserta takaful yang lain Sambil mendapat manfaat berkali ganda ..bukan untuk kita saja..untuk keluarga kita juga.. 

SMS / Wasup /call  di 017-3218351 untuk pertanyaan lebih lanjut ya..jgn malu2 ya