Followers

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Wednesday, 24 April 2013

DIA IBUKU YG TERSAYANG

Inilah ibu , emak, mak saudara (kakak arwah abah) yang menjaga saya sejak saya bayi sehinggalah sekarang. Dialah ibu saya dunia akhirat. Saya sayang sangat kat emak walaupun saya ni jenis x ucap dengan kata tapi dalam ati saya , saya terlau sayangkan emak...rindu dekat emak hari2..

Emak saya kini dah x boleh berjalan. Kalau nak berjalan, emak akan kesot2..Emak tamau guna sebarang jenis tongkat atau apa pon..Emak lebih selesa bergerak dengan mengesot. Emak tinggal dengan kakak dan abang ipar sekarang. RUmah saya kosong jer sekarang. Anak buah jer rajin pergi cuci2 dan tengok2 apa2 yang patut. Sedih tgk rumah sebab rumah saya banyak simpan kenangan pahit manis namun itulah peredaran zaman.

Kalau balik ke kampung, kami akan ambil mak di rumah kakak dan  bawak balik ke rumah..Syukur encik firdaus suami yang baik. Dia akan mendukung emak kalau emak nak berjalan ke mana2 mcm g umah sedara, ambil ubat.. Dia sangat manjakan emak..Suap emak..Kadang2 saya lihat dari jauh, bergenang air mata saya.

Ya Allah, sihatkan lah ibuku HAJJAH FATIMAH BINTI HAJI SALLEH dan panjangkanlah umur ibuku.. Ameen ...
EMAK, SAYA SAYANG EMAK...TERLALU SAYANG

gambar emak semasa muda2 dulu..:)


Tuesday, 12 February 2013

SIBUK DI HARI CUTI


  • Mak datang ke rumah termasuk  ke rumah abang dan kakak. Jadi entertain famili cuti raya cina ni. Kita x balik pun kg..maybe next month..

  • Ni gambar kucing kat umah kakak..nama dia Tomok..errrkkk..


  • Malam 2nd chinese new year, g tgk rakaman Rockers Apa Khabar di Stadium Putra Bukit Jalil. Oh, seronoknya dapat dengar lagu rock lama2..:) 

  • Hari ini top up segala barang2 dapur , update FB dengan stock2 baru masuk kat fan page. 

  • BW sekejap. Update entry. 

Wednesday, 6 February 2013

APA NAK JADI- IKLAN PETRONAS RAYA


TENGOK BALIK IKLAN NI ...MEMORI

Sunday, 20 January 2013

ALOR SETAR, KEDAH

Pelbagai pemandangan di pinggir Bandar Raya Alor Setar, Kedah yang saya ambil masa pulang ke Kedah, my hometown baru ini. Hometown saya di daerah lain. Ni jalan2 ke Alor setar .
So enjoyyyyssss..:)



















Friday, 18 January 2013

AKU BERLARI UMPAMA USAIN BOLT KERANA…


Ada satu kisah BENAR masa saya baru masuk darjah 1 dulu. Kes ni masa awal2 masuk dulu. Dengan ikat tocang dua kat rambut, pakai unform skirt tu..(cute ja rasa masa tu..koh koh..pasan jap!!)

Saya nak terkucil.. Terkulat2 menahannya.  Cakap dengan cikgu nak gi tandas..Lepas cakap lari pecut 100 meter kalah Usain Bolt tu..sebab fuh dah hujung2 dahhh…

Saya berlari walau selaju Usain Bolt tapi dah sebab tak tahannya terus masuk TANDAS KAUM ADAM @ LELAKI. Sebab sebelum TANDAS KAUM HAWA @ PEREMPUAN, akan jumpa tandas kaum ADAM dulu kemudian barulah tandas kaum Hawa. 


Saya dah tak kira mana yang sempat saya bedal masuk. Al maklumlah darjah 1.Pedulik hape masa tu difikiran! 

Fuh Legaaa den…Tapi ada masalah baru timbul!

Saya  dengar sora kaum adam yakni budak2 lelaki. Suara mcm abang2 darjah atas je..mungkin 4,5 atau 6. Saya diam dalam tandas tu.Lama jugak. Bila dah tak tahan, saya buka pintu!! 

Terkojut humang aih dak2 laki kat situ. Depa bukan gelak tapi terkejut! Saya pulak dengansekuat tenaga yang ada berdezuppp saya lari x hengat punya dan sekali lagi aksi Usain Bolt berlaku!Zaaassss lariii.. Malu wehhhhh…. Pengajaran tol!

Thursday, 17 January 2013

COMPACT POWDER SAYA TELAH..

Kisah tahun 2007 mcm tu..masa tu masih keja kompeni lama. Saya baru beli compact powder maybeline .. :epas beli terus masuk tandas opis! Tandas opis kecil ja...lg pon tandas tu x cermin bagai. 

Saya masuk toilet , buka compact powder nak touch up di muka. Sekali lepas buh di muka, berdezzzzzuuuuup jatuh dalam lubang jamban!

Sedih dan hanya mampu melihat lubang jamban itu! (Korang bayangkan saya sedih sambil diiringi lagu2 sedih macam dalam filem hindustan gitu!) 

Sekali je dapat pakai..selebihnya masuk jamban!

Tuesday, 25 December 2012

SEDIKIT KENANGAN:: MEMORIES::

BUKAN ANNIVERSARY PUN LAGI..24.7 NANTI BARU ANNIVERSARY TAPI TETIBA RASA NAK JUGA SHARE SEDIKIT MOMENT2 INI DENGAN KAWAN2.ANNIVERSARY NANTI BARU SAYA UPLOAD GAMBO2 LAIN YER..KOH KOH...DOAKAN KAMI BAHAGIA, DIKURNIAKAN ANAK2 YG SOLEH DAN SOLEHAH, DAN BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT..AMEEN!






Monday, 17 December 2012

LESUNG BATU

P/S: MALAM KANG SAYA BW YE DAN REPLY COMMENT OKEH..:)

Kisah ni semalam. Saya nak masak. Saya ada letak lesung batu tepi dapur. Sekali saya tengok dalam lesung batu ada air.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Nak pergi buang dekat singki. Sekali tengok MINYAK MASAK  NYAH!!!

Arghhhh!!!! Ini mesti keja encik somi saya. Dia tolong saya goreng nugget hari itu, mesti minyak yg lebih tu dia nak masuk dalam bekas. Apa ja depan mata dia rembat. Sekali LESUNG BATU MAK JADI MANGSA NOKKKKSSS!!! hai la encik somi....tapi kot mana pon I LAP U la bebeh..kih kih

PENGAJARAN: Sila jauhkan lesung batu anda dari encik somi anda..kang dia letak kari lak dalam tu..haha

Sunday, 16 December 2012

JALAN-JALAN JUMPA SI COMEL NI

Selamat petang semuaaaa..:) apa khabar anda di sana??? harap sihat  semuaaaa..:) (Ceh, bajet artis tanya khabar penonton kat stage, wahahaha) 

Hari ini masa makan kat sebuah restoran, sekali encik somi terjumpa dengan kawan lama dia. Yg best kawan dia ada baby! Baby tu tengah bobok (tidor) ..sekali dia bangun, terus saya mintak nak pegang!..dia x nangis..good girl ..duk senyum2 lagi..syok bukan main saya. Nama baby ni Damia.

Damia ni pon ibu dia tunggu hampir dua tahun baru dapat. Saya pegang dan dukung Damia nak ambik berkat...hehe. Maaf ler muka saya , saya letak lens flare sikit..sebab saya shy2 cat.:) toink! toink!

Saturday, 15 December 2012

PINGGAN ANTIK


Kalau di kampung memang penuh almari pinggan-pinggan antik ni..mak simpan je ..saya ambil beberapa biji bawak balik KL.

Tapi bila makan dalam pinggan antik ni kan, feel makan macam sedap je ..walaupun lauk x berapa sedap. Saya dengan encik somi la rasa macam tu..Tak tahulah orang lain..haha

Saya selitkan resipi ikan bawal stim :

Bahan-bahan: 
sekor ikan bawal
cili api
lemon (perah lemon kat atas ikan)
gula
garam
taucu masin (sikit je)
kicap soya manis (tuang sikit)
tomato
Halia
bawang putih
bawang besar

Cara-cara:
Campur je semua bahan, stim kan..haha..mudah kan..dalam 30 minit ke. Api perlahan.






Friday, 14 December 2012

TEKA TEKI ZAMAN KECIL DULU

Zaman kecik2 dulu duk lawan teka teki dengan kawan2..antara teka teki yang saya ingat.


Dalam banyak2 jam, jam apa paling busuk?

Jawapan: Jamban

Ada sebuah kereta terjatuh ke dalam belukar. kereta tu warna apa? 

Jawapan : Blue Car (Belukar) -biru

Selak kain nampak bulu, selak bulu nampak batang . (tolong jangan kuningkan otak anda ah)

Jawapan : Jagung

Alif Fa Dal Ya, Apadia?

Jawapan: Apadia la.. (duk lawan tanya apa dia  apa dia sampai ke sudah..hadoehhh)



Thursday, 6 December 2012

ASSALAMUALAIKUM CIKGU!

Kenapa tajuk entry macam ni ye? sebab teringat zaman sekolah rendah dulu kalau cikgu masuk kelas bagi salam dalam NADA BERLAGU....lanjut2 gitu.. Pastu ucap terima kasih pon ada ton dan nada.. Rasa2 kita sama x ? :P

Dah lepas sekolah rendah masuk sekolah menengah , x bagi salam macam tu lagi. Lebih formal..maklumlah dah besar dah..haha..

Sekian entry pagi ni.hehe. So kawan2 bekpes tak lagi? please do not skip ur breakfast ok..huhuhuhu..

Saturday, 1 December 2012

DRAMA JEPUN - CHIAKI

Kalau Chiaki suka Cikgu Hiroshi dia akan nyanyi lagu macam ni..

Cikgu Hiroshi cikgu yang baik hati..
Perangainya pon baik sekali...
la la la la...
bla bla bla..

Kalau Chiaki tak suka Cikgu Hiroshi dia akan nyanyi lagu macam ni..

Cikgu Hiroshi cikgu yang kami benci..
Perangainya pon buruk sekali..
la la la la...
bla bla bla...

So, sapa ingat drama Chiaki ? Drama Jepun alih suara ke bahasa Melayu. Cerita mengenai seorang gadis yang bernama Chiaki yang menjadi pramugari. Dalam tahun 80an cerita ni. Lepas tu ada sorang perempuan yang asyik tunjuk tangan PALSU dia..Nama dia watak dia, Mariko Shinto x silap. Marah je buka sarung tangan tunjuk tangan palsu dia..kenangan zaman dulu..duk cari gambar di Google tapi x jumpa

Thursday, 29 November 2012

Kisah Mimpi


Ni sebenarnya dah beberapa hari dah kisah ni. Hari ni baru teringat nak hupdate sini. Satu malam masa tengah bobok (tidur) , tetiba saya dengar encik somi macam tengah meracau seolah2 tengah fight dengan sesuatu. Saya terjaga terus kejutkan dia.

Bila dia buka mata saja, dia tanya “TV kita ada x?” Saya jawab, “Ada, Kenapa?”

…Rupanya encik somi mimpi..mimpi orang curi TV ..yang kelakarnya tau dia kata apa. “Nampak sorang pak lebai tengah angkut TV kita, duk panggil pak lebai tu..nak kejar tapi x dapat2..” Lagi kelakar dia terus bangun dan pi tutup pintu dapur. Saya gelak sambil cakap, “ Hai , takut pak lebai amek tv sampai bgn pi ttp pintu dapur? “’ hahaha…

Mimpi ni kadang2 mengarut2 kan…kan

Tuesday, 27 November 2012

Anak patung daripada kain batik

Zaman dulu nak main mainan macam patung ni agak susah sikit walaupun ada dijual.  Jadi inisiatif dulu buat anak patung guna kain batik. Sesetengah orang guna kain sapu tangan pon boleh.. Sapa ingat dan pernah buat cara lipatannya. Dan sapa pernah main anak patung kain batik ni?? Dan sapa yang tatau langsung benda macam ni pernah wujud.


Tapi bila dah lipat bukanlah jadi sebijik anak patung yang comel..Namun bentuknya kami ,budak2 kecik zaman tu dah anggap itu dah ala2 anak patung..boleh kendong bagai..hehe
Tetiba kenangan ni masuk ke dalam kepala otak.  Cara lipatannya tak lah susah. Perlu dua orang untuk menarik sesetengah bahagian. Tetiba nanti balik rumah macam nak try buat lah. Nak mengimbau zaman dulu kala..Rindunya zaman kecik..

Maaf ler x ada picture, kalau saya masih ingat cara lipatannya saya balik buat di rumah dan upload ok.kalau x jadi minta maaf la ye


Friday, 23 November 2012

Tembikai ke Tembikal?

sumber: gethealthinformations.com

Ini kisah benar..Terjadi pada tahun 1988 masa Intan darjah 2. Masa tu exam untuk BM ..tp x ingat exam akhir tahun ka, awal tahun ka atau pertengahan tahun. Tapi exam lah..

Ada satu soalan gambar tembikai dan cikgu suruh isi tempat kosong dengan ejaan yang betul. Mula2 dah eja tembikai dah betul. Sekali dekat akhir2 boleh pulak terpk “rasanya orang KL cakap tembikal kot” sebab saya org Kedah, jadi dulu zaman kecik dulu ingat bahasa KL ni bahasa betul. Jadi padamlah huruf “i” dan gantikan dengan huruf “L” ..memang kena pangkah la…

Lagi satu sebab apa tau , sebab org kedah sebut perkataan“kapal” dengan “kapai” jadi duk rasa perkataan “tembikai” perkataan yg betul ialah “tembikal”! hohoho

Zaman huruf e’ dan e…


Intan masuk darjah 1 kat sekolah rendah tahun 1986. Mungkin rakan blogger yang dah lahir (makna kata kakak2 atau abang2 la kan) atau yang belum lagi lahir tahun ni (makna kata adik2 saya ler) J. Intan ditempatkan di kelas 1U. Guru kelas namanya Cikgu Bashah Yunus. Garang dan tegas. Ajar subjek BM.

Zaman tu ada dua huruf e iaitu  e dan e’ ketika belajar..pakat2 la sebut ramai a, b, c , d e, e’ bla bla… dua2 bunyi berlainan. Darjah 2 dah x ada dah ejaan tu..tapi sempat ler merasa huruf macam tu. Tapi sangat unik kan ejaan kalau ada 2 huruf yang berbeza sebutan tapi bentuk yang sama. Lepas tu kan kalau bagi salam kat cikgu ada satu nada yang ala2 lanjut ja bagi salam..Assalamualaikum Cikgu….hehehe..korang sama x macam ni?

Kalau time rehat serbu kantin x hingat punya. Lapor..pastu yg x leh lupa sampai la… duk minum air paip tepi bangunan..ramai la pulak duk tadah tangan minum tapi yg peliknya, x ada sapa pula yg kena cirit birit atau sakit perut..

Tiap kali periksa sama ada no 1 hingga 2 sahaja kebanyakannya. Ada juga tak silap dua kali dapat no 3..Mak marah pasai main2.. Seronok betul naik pentas terima hadiah..Dan ada hadiah2nya sampai sekarang intan simpan dan bawa kat rumah di KL lepas dah kahwin..sangat sentimental value. Terima kasih guru2 yang telah mengajarku dari tidak mengenal huruf sehingga menjadi seperti sekarang antaranya Cikgu Bashah Yunus, Cikgu Rusmah, Teacher Hasanah, Teacher Gayah Aris, Cikgu Mat Isa, Cikgu Md Rodzi, Cikgu Samsudin, dan lain2 lagi. Terima kasih cikgu!

Sunday, 18 November 2012

Mataku terkebil2 Jadi Nak Ceritalah Sikit

selamat pagi....sekarang jam 4.26 pagi..mata ni x leh pulak nak lelap..dah tawaf dapur makan kurma, x jadi jugak..pastu goreng telur ayam kampung makan x jadi juga..badan lak dah lenguh2..pagi2 nanti nak ke Lipis pahang..uhhhh penatnya...nak kira biri biri cam Mr Bean pon x ada ...hmmm

Nak cerita apa2 pepagi cenggini..Hah, cerita masa zaman UiTM lah.. ada sorang kawan ni orang Kedah juga. Dia nak keluar ke pekan Machang . Dia tanya la budak bilik dia nak beli atau pesan apa2 x...kawan dia pon pesan suh beli coklat.

Lepas balik dari pekan Machang, dia pon bagi la coklat kat kawan sorang lagi tu..Kawan sorang lagi tu tercengang.

"Eh, aku bukan bukan pesan gula-gula, aku pesan coklat!"
"Eh, ni la cekelat, kami belah kedah panggei ni cekelat"
"Mampus nak makan sepeket besar gula-gula nih..hahahaa"

Rupa-rupanya disebabkan pemahaman yang berbeza mengenai istilah coklat ni maka terjadilah perkara ini..heheh..yelah saya pon orang Kedah.Dulu2 masa x keluar lagi dr kedah , semua jenis gula-gula atau coklat kami panggil coklat ja..

Ini Bukan Entry atau statement Perasan Ok..

Ini bukan entry perasan ya, sekadar berkongsi..sebab apa, perkara ni dari zaman muda remaja lagi, ada orang kata dan tidak semua ya..yg duk kelebek perati muka saya lama2 kot org2 gitu kot yang duk kata kot..hahha...sampai yg latest ni ada member husband inbox kat Fb dan tag satu gambar org tu kat fb dia (encik somi) kata muka  saya mcm org tu..tu yg tetiba nak buat entry ni..ok, dia kata muka saya  cam cam cam ....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

_______________ ogy ahmad daud..oh tidak....tatau nape...sy tengok x sama langsung..adeh..kang perasan pulak..tapi saya tak pernah perasan...dan x akan perasan sampai bila2 sebab memang beza hokeh...haha..sampai exhousemate dulu tgk mentor, dia duk pk muka ogy mcm sapa2, last2 dia kata saya...tapi part yg sama ogy saya rasa , cuma badan dah chubby je hahahaahhaha....tu je kot..

So Kawan2 please jangan cebik dan muntah yer baca entry nih..hahaha...kalau nak muntah boleh g cari baldi siap2 ya..dan jangan baca sambil ngumpat saya dalam hati ya..dosa tau! hahaha

Wednesday, 14 November 2012

NYAU NI SELALU MAI LEPAK DI RUMAH

Nyau? Nyau tu kucing..hehehe..kat kawasan perumahan saya ni kan ada la beberapa ekor kucing yg memang saya rasa orang yg tinggal kat area sini kenal. Sebab depa selalu bersantai pepagi dah ada kat bawah jalan2..lepak2 usha orang nak g kerja.. Ada yang waner oren dan ader waner itam.

Dulu nyau oren selalu datang lepak umah saya. Kalau dia mai , kami jamu la apa yg ada mengikut kesesuaian untuk kucing makan. Encik somi saya cukup penyayang. Kalau boleh satu peti ais dia nak bg nyau makan..hoh? hahaha..

Dulu saya pernah kidnap kucing kat PASAR SG BESI. Kami kidnap anak kcg waktu malam.sekali dapat hitam. lekat nama black. Uishhhh punya la sayang beli syampu kat dia, beli makanan dia kat pet shop, beli pasir bagai... tp black ni satu je yg rimas..asyik nak berkepit dgn kita orang ja.. sampai nak tiduq pon masuk join.oiiiiihhh mana boleh..ada satu tali yg ada bebola kecik, dia asyik mennggonggong bola tu bg encik somi lempaq, dia kejar pastu heret bg alek kat encik somi..berulang kali weh...adeh. Tapi saya dah buang black sebab ada satu ketika tu kami dua gatal2 sampai kena amek suntikan kat doc...Saya cuci lantai baju semua dengan dettol. Saya rasa mcm kutu black, walaupun kami dah mandi tiap2 minggu mungkin dia berjangkit dengan kuving lain..sebelum buang dia , saya mandikan dia dengan air suam, buh dettol dan syampu cat ...memang keluar bnyk kutu dia..kesian black tapi kami terpaksa buang. Azab gatal tu sampai seminggu juga la..lepas buang dia , pastu dah ok dah..tataulah nak kata sebab apa..tapi kami terpaksa juga buang black..

Ok2, sekarang ada sekoq nyau tertib selalu datang umah kami. Kadang2 bila bertembung masa duk tunggu lif jadi dia akan sama2 naik lif dengan kami. Ting ! dia pon kluar dan berlari ke arah pintu umah kami. dia dah tau dah sebab selalu datang . kami pon tatau kucing sapa tapi bila dia mai kami jamu dia macam2..Tapi kan dia nyau berhemah sebab apa tau? Dia datang dan hanya duduk satu port ja. X berani nak berjalan merata2 masuk bilik, cakaq apa bagai..dia duk diam ja. jamu makan..tidoq seharian, pastu dia blah. kadang2 dia mai makan ja..pastu blah..Kami namakan dia TAM...Jumpa kami kat bawah pon dia kenai..mcm menyapa kita pula...Apapun  walaupun Tam seekor haiwan, moga dia doakan kebaikan buat kami..

Ni la TAM Tertib..:)

TAM  < NYAU YANG BAIK>