Followers

Monday, 5 November 2012

Ayam Stim Habatus Sauda dan Serbuk Kayu Manis.



Semalam saya lari dari kebiasaan masak ayam stim. Lagipun husband suka ayam stim. Jadi sy createkan resipi baru supaya rasa sikit berlainan.
Ini resipi style sy..Kalau korang nak ubah ikut cara korang terpulang la ye,hehehe..
perap ayam dahulu bersama bahan2


sedia untuk di stimkan

tadaaaaa! da siap...

Bahan-bahan:
Ayam ( saya ambil dua ketul besar dan potong kecil, lebihkan bahagian yang ada tulang sebab sy  x suka sangat bahagian isi).
Sedikit serbuk perasa – boleh juga guna half kiub ayam
Secubit garam
Sedikit gula
Secubit serbuk habatus sauda
Sedikit serbuk kayu manis
Cilia padi dalam 3 biji (potong besa2)
Tomato (potong 4)
Herba hei zao (macam kurma bentuk tapi bukan kurma)
Bawang putih (potong nipis)
Bawang merah (potong nipis)
Bawang besar jika ada leh tambah


Cara-cara
-        Gaul ayam dengan semua bahan tadi.
-          Perap dalam 30 minit.
-         Masukkan air dalam periuk. Panaskan.
-        Ayam diletakkan dalam kertas aluminium. Bungkus dan lipat kemas. Buatkan sedikit lubang di kertas itu untuk mudahkan ayam masak.
-        Letak ayam tadi dalam bekas pengukus. Stim ayam tersebut selama 40 minit dengan api yang perlahan. Nak cepat masak buka api kuat..kuwang kuwang..hehe..terpulang la pada anda berapa lama nak masak..kalau dah agak masak tu angkat dan hidangkan..:)
-        So siap makanan sihat anda.:)

4 comments:

redza said...

boleh masuk masterchef ni hihi

intanfirdaus247 said...

redza..mana ada..heheh..intan biasa2 je..,master kat umah ja.:P

Nurfara Hani said...

fuhh.sedapnya.. terasa lapa pulak sekarang ni.

QasehnyaRania said...

msti sdap kan kak.sbb guna herba ;)