Followers

Monday, 16 December 2013

KELEBIHAN SURAH YUSUF AYAT 4

Assalamualaikum ..

Nak kongsi satu kelebihan Surah Yusuf ayat 4.. Mungkin ada yang sudah tahu,Yang belum tahu meh kita ambil tahu..

Kawan saya selalu suruh saya baca ni ketika bekerja di tempat kerja. Apa kelebihannya? Saya pun search Google dan nyata surah ini bagus diamalkan jika kita selalu berjumpa dengan orang atas urusan kerja.

image from Google

Selain itu kelebihan ayat ini ialah: 

a)  Manis dipandang
b)  Wajah kita sentiasa berseri-seri
c) Kita akan sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja. InsyaAllah.

Setelah membaca surah Yusuf tadi, teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
image from google

Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya :
1. Baca 3 kali kemudian sapulah ke muka wajah anda.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh, cubalah amalkan.

Peringatan :
1- Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

2 - Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi. Jom la para isteri amalkannya..:))


Namun yang pasti sembahyang fardhu jangan diabaikan kerana sembahyang ialah tiang agama. Amalan selebihnya ini sebagai tambahan dan bonus untuk kita . Jom kita amalkan sama-sama. 

14 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah..mmg ilmu baru ni kak. Saya tak tahu.. insya Allah akan amalkan ayt ni pula.. thanks kak..

Mimi Azirah said...

Terima kasih kak sharing nih

Wirda Amir said...

Salam intan...

Bagus ni...menggunakan ayat2 dr alQuran...teimaksih intan...pendek je...in sya Allah blh amalkn ni

Nurzakiah Hanum said...

terima kasih

Chic Na said...

pernah jugak dengar ayat ni dalam semanis kurma.. boleh amalkan.. hehe..

redza said...

indahnya islam

ros_reeza said...

memang bagus untuk diamalkan ni :)

Cik Nur™ said...

terima kaseh share..:)

msredcheesecake said...

thanks for sharing...

msredcheesecake said...

thanks for sharing

Deqla Manjew said...

sgt berguna ni kak.. moga sama2 kita manfaatkannya.. thanks sharing yer.. =)

Cheq Kaq said...

wow..patutlaa akak cantik dan berseri2..:)

mama aryan said...

bagus ni intan..boleh diamalkan

QasehnyaRania said...

thanks akak