Salam semua….maaf ya kawan2 lama x bersua dan banyak yang
saya belum follow back dan yang belum saya terjah MAAF SANGAT2!… Ok, saya nak
langsaikan hutang saya dengan Blogger Deqla… Deqla comel ada request saya untuk
buat entry pasal PRE SEED (brand dari USA). Dan saya beli di Farmasi dalam RM 92.++
BACA DI FORUM INI “HOW TO USE PRE SEED LUBRICANT”
Image from google |
Pre Seed ni ialah lubricant atau cecair yang digunakan oleh
isteri semasa bersama suami..Err yang x kawen lagi sila pejam mata..hahaha dan yang
x kawen lagi jangan duk mencuba nooo..Koh koh koh!
Pre Seed ni sesuai untuk orang yang sedang ber TTC… Maksudnya
orang yang sedang cuba untuk hamil. Pre Seed n juga sangat sesuai untuk mereka
yang cik “V” mereka kering ketika
bersama.
Pre Seed ni sangat mesra sperma. Bukanlah maknanya dia jumpa
sperma dia akan berborak sakan dan say “Hai! nak pi mana tu? Mai la singgah
sini dulu pekena teh tarik!”koh koh!..tidak yer tuan2 dan puan.! Tidak tidak..!
Maksudnya dia tidak
membunuh sperma malah dia akan menyuburkan lagi sperma especially bila vagina
kita kering dan berasid, bila sperma masuk, sperma akan cepat mati. Lubricant2
yang lain tidak mesra dan sangat sombong dengan sperma..boleh gitu?? hahaha..yakni,
untuk yg TTC anda tidak seharusnya menggunakan lubricant jenis2 tu …yang saya
tahu ada dua sahaja yang mesra dengan sperma iaitu PRE SEED dan CONCEIVE PLUS .
Harga memang mahal dari biasa2 nyer sebab dia mesra kan kan..Saya beli ni di
FARMASI AA SRI PETALING. Kalau nak beli Online, boleh beli di HAMIL COMEL.
Deqla, cara2 nak pakai dia cenggini. Nampak dak yang ala
picagari kat gambar tu?? seram okeh!!!…Kak intan beli sekotak dan dalam tu ada
9 tube (picagari) . Picit dalam 3 ml buh dalam tube tu. Pastu suntik bubuh
dalam cik V . Pre seed ni pakai dalam 10 minit sebelum bersama katanya…
Akan TETAPI…disebabkan ketakutan nak menyuntik guna tube tu.(Gilerrr Seraaammmm dikkk pakai benda ni) maka
gunakan secara sapu dengan tangan ja di cik V..sapu bagi dalam sikit….pastu
sapu ket pada apa ya..alaaa suami nyerr la..(serius malu nak tulis- merah padam
rasa nih)…hahahaha…lepas tu boleh la bersama…Dan kalau baca di tenet pasal pre
seed ni especially di US, ramai juga yang berjaya hamil. Takpa, kita berusaha
kan manalah tahu kan..Yg penting usaha. In Shaa Allah…
Oh tube tu lepas sekali guna sila buang ya..jgn duk hegeh pi
basuh pastu guna pulak..euuuuwwwww..tidakkk..akakakakka…
Conceive Plus sama ja fungsi nya dengan Pre Seed..Conceive
Plus boleh cari di Farmasi Caring ..Masa saya beli di Farmasi AA saya tanya juga
Conceive Plus ada x, dia cakap dulu ada, sekarang mereka stop dulu sebab
conceive plus akan come out dengan new product ..so, sesiapa yang sedang ber
TTC , boleh juga cuba ni selain cara2 yang lain.
Lagi satu , ada juga yang jenis x ada tube, maknanya dia jual
jenis sapu je…tryla yer cari.
So Deqla, hope deqla puas hati walaupun kak intan rasa belum
lengkap lagi penerangan ni namun harap puas hati..kalau nak tahu lebih lanjut
leh godek2 kat tenet lagi pasal ni.
Doakan kami semua ya!
21 comments:
thanks for sharing
hihihi... terima ksh kak utk penerangan tu... deqla paham..tp nanti deqla terjah lagi utk cari info psl ni.. haha.. lawak la akak ni..tang merra sperma siap borak2 lagi tu...siyes, gelak deqla kat sini...hahahaha....ye kak..moga usaha kita berjaya yer utk dptkan anak...tak rugi mencuba kan...selebihnya tawakal dan berdoa pd Allah... ;)
GOOD INFO KAK INTAN.. EVEN NANI BELUM KAWIN NI ILMU BARU.. :) HAPPY DPT ILMU BRU..
SALAM JUMAAT KAK INTAN. ENTRI LAIN NANI TERJAH LATER :)
akak...thanks for sharing...memang rasa nak terus ker farmasi jer ni...ngeh ngeh ngeh... x senonoh kan?
Akk x pernah tau ni before. Tq dor sharing. Klw akk try ni sure esok lekat trus. He he he..
tq info ni, walau KA x pernah guna ! Moga bermanafaat utk yg lain ye
Intan, good info and nice sharing! sue doakan intan dan suami akan perolehi cahayamata nnt. kita hanya perlu berusaha, doa dan selebihnya tawakal kpdNya. in shaa Allah dear, rezeki dari Allah tu ada. cuma lambat or cepat je. sue sentiasa doakan buat kawan2 yg pernah hadapi situasi mcm intan ni. sabar dan teruskan usaha :)
ooo tambah ilmu munna.... munna doakan buat semua yg merancang nak dapat baby....
aah akak pun x tahu
benda baru
benda best ! awwwwwwwwwww ngehx3 (gataiii je bunyik) ;))
ap2 punnn yg baik harus sharing ! kenapa nak malu kan , nak2 berinfo macam nie .. ;)
TQ dik .. akak pun nak pi cari .. kasi panasss sikit ranjang ! muahhahahaha pengsan ! kenapa aku cakap macam niee erkkkk
( berlalu sambil kerut2 dahi )
hihi..cheqkaq merah muke malu-malu bace..tp nice info kak
salam kak intan..
penerangan yg sangat detail.. hrp dpt mmbantu deqla dan mereka yg sedang TTC ni.
insyallah.. rezeki allah tu pasti ada.. usaha! :)
menarik info ni..mekasih intan, satgi nak pi regau carilah..
salam intan
Kalau guna minyak zaitun leh tak?
P/S
Alhamdulillah dah tiba.sekali lg tirana aduka ucapkan terima kasih pada adik intanku..syukur alhamdulillah..
tak tahan komen kak iedaimmi, kasi panas itu ranjang. kahkahkahkah. ;p
boleh guna pakai nie...hikhikhik..falsya dh kawen boleh guna kan..ahahahahhaa
bagusnya kak intan ni..sudi share ilmu mcm ni walaupun merah padam nak tulis..hehehe.. moga berjaya buat semua yang mencuba..
tQ juga kak intan dah share 1 ilmu.. :)
x pernah tau psl produk ni la kak..
erkkk??? malu2..tapi bagus perkongsian ini.
hai, nak tanya awak beli kat farmasi mana pre-seed ni? dan dibahagian mana, saya cari kat bahagian lubricant n c**d*m tapi tak jumpa. dah banyak farmasi saya cari. Thanks..
hai... thanks for your answer... =)
Mana nak cari ye???
Post a Comment