Followers

Thursday 7 March 2013

SERIOUSLY REMOVED OR HIDE ALL POST FROM SHE/ HE

Apabila membaca entry dari Blogger Falsya pasal INI,  tetiba rasa saya pun  nak habaq bagi, saya di FB sesiapa yg melampau sangat dan taksub dengan mana2 parti politik yang dia sertai,  hari2 posting dan share segala mcm bentuk sama ada berbentuk kata2 atau gambar yang boleh mengaibkan sesama Islam, memang saya removed or hide semua posting dia.. Seriously dah hilang sabar sebab hari2 nak share segala benda buruk , kutuk mengutuk, perli sana sini.. Sesungguhnya memang manusia akhir zaman , beginilah agaknya ya..suka melaga2kan sesame umat Islam. dan akhirnya permusuhan terjadi, syaitan bersorak kegembiraan melihat apa yang kita telah lakukan. Hebat…

Saya BerFB untuk melihat kebaikan, share perkara yang mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama Islam, ber FB untuk tersenyum melihat perkara yang baik bukan nak baca , lihat  caci maki dan benda2 negatif. Memang takkan bersatu umat Islam jika keadaan macam ini sebab apa, segala macam benda /perkara semuanya nak dipolitikkan. Kadang2 saya melihat FB atau medium yang lain dah menjadi tempat memecah belahkan umat bukan tempat untuk mengeratkan umat Islam. Seriously saya rasa sangat jelak dengan semua ini. Berpolittiklah namun janganlah ada cercaan, hinaan, tuduhan..Islam x pernah mengajar kita untuk menghina sesama Islam. Islam x pernah mengajar kita untuk mencaci, memaki, dan segala juga perkara yang negative.

Sebarkanlah perkara yang baik. Jika ingin menarik orang ke mana2 parti politik yang anda taksub sekalipun , ajaklah dengan baik, ceritakan perkara kebaikan, jangan mengumpat atau mencaci maki orang lain. Berpolitiklah  dengan tenang dan sewajarnya.  Dalami Islam dengan sedalam2nya. Jangan dalami politik sedalam2nya kerana kita  xkan ke mana dengan ketaksuban politik.  

Dulu2 saya suka tengok bila tiba pilihan raya sebab orang pasang2 bendera  sebab rasa mcm pesta…Tapi.. Sekarang saya dah x syok langsung. Dulu, habis pilihanraya semuanya masing2 buat kerja yang terbaik namun kini habis pilihanraya nak tunggu 5 tahun lagi, sepanjang tu lah hidup ni disajikan dengan pelbagai posting, share yang semuanya mengaibkan umat Islam sendiri. Maaf andai sapa2 yang terasa tapi inilah yang saya rasa dan saya x suka umat Islam berpecah belah dek kerana haluan politik yang berbeza,

Ya ALLAH ya Tuhanku, satukanlah kami umat Islam di dalam satu bahtera dan jauhilah kami daripada perpecahan.. Ameen.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum. 

29 comments:

Falsya said...

kan kak intan..sama la ngan falsya..falsya bkn takat hide..falsya remove terus org tuh dr fb..sedih bile sesama melayu,sesama islam kite berpecah belah..kaum lain belakang2 tepuk tangan..kenapa lah dieorg nie masih lagi xsedar yg kaum lain tuh cume nak merpergunakan/memperalatkan kite org melayu nie...patutnye kite bersatu bkn berpecah..xsalah kalau nak berpolitik tp berpada2 laaaa..

nur said...

betul tu..
kena pandai pilih kawan..

salam kenal..

Chic Na said...

betul tu. semua benda nak dijadikan isu pastu bergaduh. sesama islam kot. hmmm..

Tie HT said...

betul pendapat intan tu..maki2 sangat tak elok..tak puas hati gi je pangkah undi esok2 kan aman :)

Aisy Nasiha said...

tahla, mcm2 sekarang ni... tak terfikir dgn akal yg waras ni kadang2...
tak boleh dibiarkan perkara mcm ni berterusan....

yongpropaghandi said...

Mungkin ada la sedikit kaitannya dengan politik, tapi bila dah tengok di wall FB ni..sesetengah tu yang cuba ambil kesempatan untuk berkempen la kononnya. Ade jugak yg buat lawak.. terlalu melampaui batas.mungkin tak ada kot darah daging mereka yang hilang nyawa di sana. Itu yang tak sedar diri sangat tu

Unknown said...

berfb hanya untuk berbisnes..sebab tu dah tak pakai fb personal..malas nak baca bab-bab macam tu..

TiranaAduka said...

salam adikku intan
Baiknya intan sudi kogsikan bersama..

Unknown said...

sy pun paling tak suka dgn benda2 mcm ni..sbb tujrg on fb..lebih suka berblog..

mummyrinazone beauty said...

nasiblah daku takder fb kak..mmg tak tahupun ada hal2 cenggini..hukhuk

nadia farahida said...

ntah pape semua benda nak share dekat fb kan kak. ntah betul ntah tidak.

wantie said...

terbaik. saya nak duduk aman. tak mo serabut kepala ngan politik. sokong mana pun dendiam sudah tak yah heboh mcm ayam bertelur tu.

Unknown said...

akak terus unfriend je org mcm tu..tak minat la tulis2 pasal politik yg melampau nih

Unknown said...

hurm... fb tu kalo kita guna sebaiknya baik la jadinya.. kalo tak.. buruk la jadinya..

Mrs Velentine said...

kena kembali berpegang pada Tali Allah

QasehnyaRania said...

betul tu kak.saya tak berminat benda2 yg tak berpa nak elok.nak share yg baik2 aje..yg sama2 boleh dapat ilmu :)

Unknown said...

sama laa kak..diorang ni betol2 menakutkan..taksub sangat..bila org post nk jual produk kena marah..tapi baik laa pos iklan2 produk daripada post yang bukan2 ni..tak syok dh rasa nak mengundi

Unknown said...

yeah..kasi delete trus rakan fb camtu..kita baca,..kita sekali dapat dosa

Ena's Stories said...

Hishh...Btul tu intan semakin rimas baca benda2 tu semua...dia kata dia..dia kutuk dia...lagi nak pru nih...menjadi2 la dorang...semua nye tak betul nth sape yg btul pun xtau la...

Si Matatajam said...

Sama la ngan M..M pun tak suka hal2 yg mampu pecah belahkan umat islam masa kini..

Mimie said...

baetul tuh kak intan...sy nih kdg2 naik fedup bce psl politik2 sume nih

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.intan..
hmm...btl tu kak.. bila dah masuk bab politik ni mmg spoiled btl la..cma pangkah terus.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

a'a skang ni nengok org buat status kt fb alahai rasa meluat nk baca...share yg baik2 xper juga

Cik Ai said...

paling x suka kalo berpolitik kat fb..siap mcm fanatik bagai..koy ye pun pilih yg mn pun dendiam je lah kan..

fieda said...

tu la..makin melampau lampau dorang ni..terlalu taksub dgn politik..

Mia Kassim said...

Setuju....meluat tengo politik sekarang..sesama islam tapi kutuk mengutuk...

suwara entertainment said...

huhuhu..kerana fahaman politik lain2, diorg ni sanggup bertelagah. x kemane la kalau dok bergaduh je kan. pttnya bersatu, bkn berpecah. bangsa lain suka tgk org Islam berpecah. huhuhu

nanieydotcom said...

Nani hide je.. Tp if yg jenis hye2 bye2 ni remove je.

Unknown said...

sy pun remove jugak...menyampah!