Followers

Friday, 15 March 2013

APA ITU PRE SEED?


Salam semua….maaf ya kawan2 lama x bersua dan banyak yang saya belum follow back dan yang belum saya terjah MAAF SANGAT2!… Ok, saya nak langsaikan hutang saya dengan Blogger Deqla… Deqla comel ada request saya untuk buat entry pasal PRE SEED (brand dari USA).  Dan saya beli di Farmasi dalam RM 92.++
BACA DI FORUM INI “HOW TO USE PRE SEED LUBRICANT

Image from google


Pre Seed ni ialah lubricant atau cecair yang digunakan oleh isteri semasa bersama suami..Err yang x kawen lagi sila pejam mata..hahaha dan yang x kawen lagi jangan duk mencuba nooo..Koh koh koh!

Pre Seed ni sesuai untuk orang yang sedang ber TTC… Maksudnya orang yang sedang cuba untuk hamil. Pre Seed n juga sangat sesuai untuk mereka yang cik “V” mereka kering  ketika bersama.

Pre Seed ni sangat mesra sperma. Bukanlah maknanya dia jumpa sperma dia akan berborak sakan dan say “Hai! nak pi mana tu? Mai la singgah sini dulu pekena teh tarik!”koh koh!..tidak yer tuan2 dan puan.! Tidak tidak..!

Maksudnya dia tidak membunuh sperma malah dia akan menyuburkan lagi sperma especially bila vagina kita kering dan berasid, bila sperma masuk, sperma akan cepat mati. Lubricant2 yang lain tidak mesra dan sangat sombong dengan sperma..boleh gitu?? hahaha..yakni, untuk yg TTC anda tidak seharusnya menggunakan lubricant jenis2 tu …yang saya tahu ada dua sahaja yang mesra dengan sperma iaitu PRE SEED dan CONCEIVE PLUS . Harga memang mahal dari biasa2 nyer sebab dia mesra kan kan..Saya beli ni di FARMASI AA SRI PETALING. Kalau nak beli Online, boleh beli di HAMIL COMEL.

Deqla, cara2 nak pakai dia cenggini. Nampak dak yang ala picagari kat gambar tu?? seram okeh!!!…Kak intan beli sekotak dan dalam tu ada 9 tube (picagari) . Picit dalam 3 ml buh dalam tube tu. Pastu suntik bubuh dalam cik V . Pre seed ni pakai dalam 10 minit sebelum bersama katanya…

Akan TETAPI…disebabkan ketakutan nak menyuntik guna tube tu.(Gilerrr   Seraaammmm dikkk pakai benda ni) maka gunakan secara sapu dengan tangan ja di cik V..sapu bagi dalam sikit….pastu sapu ket pada apa ya..alaaa suami nyerr la..(serius malu nak tulis- merah padam rasa nih)…hahahaha…lepas tu boleh la bersama…Dan kalau baca di tenet pasal pre seed ni especially di US, ramai juga yang berjaya hamil. Takpa, kita berusaha kan manalah tahu kan..Yg penting usaha. In Shaa Allah…

Oh tube tu lepas sekali guna sila buang ya..jgn duk hegeh pi basuh pastu guna pulak..euuuuwwwww..tidakkk..akakakakka…

Conceive Plus sama ja fungsi nya dengan Pre Seed..Conceive Plus boleh cari di Farmasi Caring ..Masa saya beli di Farmasi AA saya tanya juga Conceive Plus ada x, dia cakap dulu ada, sekarang mereka stop dulu sebab conceive plus akan come out dengan new product ..so, sesiapa yang sedang ber TTC , boleh juga cuba ni selain cara2 yang lain.

Lagi satu , ada juga yang jenis x ada tube, maknanya dia jual jenis sapu je…tryla yer cari.

So Deqla, hope deqla puas hati walaupun kak intan rasa belum lengkap lagi penerangan ni namun harap puas hati..kalau nak tahu lebih lanjut leh godek2 kat tenet lagi pasal ni.
Doakan kami semua ya!

21 comments:

Anum said...

thanks for sharing

Unknown said...

hihihi... terima ksh kak utk penerangan tu... deqla paham..tp nanti deqla terjah lagi utk cari info psl ni.. haha.. lawak la akak ni..tang merra sperma siap borak2 lagi tu...siyes, gelak deqla kat sini...hahahaha....ye kak..moga usaha kita berjaya yer utk dptkan anak...tak rugi mencuba kan...selebihnya tawakal dan berdoa pd Allah... ;)

nanieydotcom said...

GOOD INFO KAK INTAN.. EVEN NANI BELUM KAWIN NI ILMU BARU.. :) HAPPY DPT ILMU BRU..

SALAM JUMAAT KAK INTAN. ENTRI LAIN NANI TERJAH LATER :)

Farah Waheda Wahid said...

akak...thanks for sharing...memang rasa nak terus ker farmasi jer ni...ngeh ngeh ngeh... x senonoh kan?

Ibu Lala said...

Akk x pernah tau ni before. Tq dor sharing. Klw akk try ni sure esok lekat trus. He he he..

Anonymous said...

tq info ni, walau KA x pernah guna ! Moga bermanafaat utk yg lain ye

suwara entertainment said...

Intan, good info and nice sharing! sue doakan intan dan suami akan perolehi cahayamata nnt. kita hanya perlu berusaha, doa dan selebihnya tawakal kpdNya. in shaa Allah dear, rezeki dari Allah tu ada. cuma lambat or cepat je. sue sentiasa doakan buat kawan2 yg pernah hadapi situasi mcm intan ni. sabar dan teruskan usaha :)

munna said...

ooo tambah ilmu munna.... munna doakan buat semua yg merancang nak dapat baby....

kurus said...

aah akak pun x tahu
benda baru
benda best ! awwwwwwwwwww ngehx3 (gataiii je bunyik) ;))

ap2 punnn yg baik harus sharing ! kenapa nak malu kan , nak2 berinfo macam nie .. ;)

TQ dik .. akak pun nak pi cari .. kasi panasss sikit ranjang ! muahhahahaha pengsan ! kenapa aku cakap macam niee erkkkk

( berlalu sambil kerut2 dahi )

Unknown said...

hihi..cheqkaq merah muke malu-malu bace..tp nice info kak

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak intan..
penerangan yg sangat detail.. hrp dpt mmbantu deqla dan mereka yg sedang TTC ni.
insyallah.. rezeki allah tu pasti ada.. usaha! :)

Tie HT said...

menarik info ni..mekasih intan, satgi nak pi regau carilah..

TiranaAduka said...

salam intan
Kalau guna minyak zaitun leh tak?
P/S
Alhamdulillah dah tiba.sekali lg tirana aduka ucapkan terima kasih pada adik intanku..syukur alhamdulillah..

nadia farahida said...

tak tahan komen kak iedaimmi, kasi panas itu ranjang. kahkahkahkah. ;p

Falsya said...

boleh guna pakai nie...hikhikhik..falsya dh kawen boleh guna kan..ahahahahhaa

Syamimi Saad said...

bagusnya kak intan ni..sudi share ilmu mcm ni walaupun merah padam nak tulis..hehehe.. moga berjaya buat semua yang mencuba..
tQ juga kak intan dah share 1 ilmu.. :)

Unknown said...

x pernah tau psl produk ni la kak..

Unknown said...

erkkk??? malu2..tapi bagus perkongsian ini.

zarith said...

hai, nak tanya awak beli kat farmasi mana pre-seed ni? dan dibahagian mana, saya cari kat bahagian lubricant n c**d*m tapi tak jumpa. dah banyak farmasi saya cari. Thanks..

zarith said...

hai... thanks for your answer... =)

Unknown said...

Mana nak cari ye???