Followers

Saturday, 15 June 2013

RESIPI CENDAWAN GORENG BERSALUT SERBUK ROTI

Hari ini saya buat cendawan goreng bersalut serbuk roti dan nasi goreng campak-campak je bahan2 yang ada. Jadi saya nak kongsi resipi cendawan goreng saya kat sini.. Nasi goreng idok payah la yer koh koh.


 


Bahan-Bahan : 
Cendawan ( carikkan supaya lebih kecil)
Telur dalam sebiji atau dua biji
Serbuk pati ikan bilis Maggi
Serbuk roti ( boleh beli di Pasar Raya Giant)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya: 
Basuh cendawan selepas dicarik-carik
Masukkan sebiji telur
Masukkan 1 1/2 sudu teh serbuk pati ikan bilis Maggi dan gaul sebati
Panaskan minyak
Ambil cendawan yang sudah disalut telur tadi dan oleskan di atas serbuk roti bagi rata
Apabila minyak panas, terus masukkan cendawan tadi 
Goreng sehingga garing
Sedia dihidangkan
Boleh makan dengan nasi atau cicah dengan sos 

26 comments:

Aisy Nasiha said...

Aha..boleh try ni.. Baru tdi says goreng ayam bersalut serbuk Roti.. Anak bujang nak makan ayam, walaupun dh malam kenalah juga masak . Kalau dh baca entry ni awal, tentu dah ada sekali cendawan goreng.. Alahai..xpe, next time

Chic Na said...

simple tapi sedap. janji kenyang kan kak. ;)

Cik Nur™ said...

Gulp...!
nampak sedap...

the malay male said...

cendawan dan sotong goreng tepung mmg fav saya ni.. hihi

umi alya said...

teringinnya cendawan goreng

redza said...

pergh! cendawan goreng sedapp!!!

izan mama mia said...

hok cendawan tu mmg sedak sangat ...mmg dok sedar makan banyok..hihi

Deq's Qienz said...

nmpk sedap la kak..terliur kite tau.huhuu

Deqla Manjew said...

sedap cendawan goreng ni.. deqla suka.. tp slalu beli kat pasar tani sini je..haha.. nnti boleh la try buat sendiri... ;)

Mimi Azirah said...

meleleh air liur sy nih kak time pose mcm nih

Zira Aziz said...

jarang2 mkn cendawan goreng..slalu mst jd sayur air..hehe

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.intan..
cma suka gak mkn cendawan goreng ni..
tp sikit2..coz megren.. huhu..

thanks share resepi :)

qemaishak said...

ringkas tapi sedap :)

nea lopah said...

sedap nya kak....tq share

RedRose said...

salam sis, cendawan ni rangup ke? terasa nak cuba pulak. huhuhu

♥ ROS ♥ said...

Aduhai..mlm2 berbw jd laparlak..haishhh :)

Maria Firdz said...

terliur lak... :)

-meeSUPERGIRL- said...

sedapnyeeeeee . mee tak pandai msk -__-

MaMa Rey said...

nyam..rasa nak cuba resepi ni..mcm sedap..

Tihara said...

ni kalau guna cendawan enoki pun sesuai kan, nanti nak torai :)

ros_reeza said...

cendawan goreng memang sodap!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedap ni Intan..
Kalau dpt Cendawan yg kat tunggul pokok getah lg meletop ni.. rasa mcm ayam goreng. Lama betul tak jumpa Cendawan tunggul getah zmn2 milinium ni. Mana tah nak cari..

Riedaffya ibrahim said...

nak sikit,...lapar nih..

Fiza Rahman said...

Sedapnya.

mama aryan said...

sedap nampak tu akak tak penah buat cendawan goreng sendiri,makan beli penah la

QasehnyaRania said...

menarik resepi cendawan tu ;)
dah lma tak makan cendawan kekdahnya. hihi