Followers

Wednesday, 14 November 2012

Laksa Plus Mihun Goreng


Sedang melayan lagu Nera “Hatiku Milikmu” sambil membuat kerja di ofis, teringat kenangan lalu. Ini kisah zaman sekolah rendah. Zaman Sek Keb Yan Kechil (SKYK), Yan Kedah.  Saya darjah 1 tahun 1986 ( haaaa, lama dah kan) . Bila teringat kantin sekolah, macam2 makanan yang sedap berlegar di kotak fikiran saya. Ok, yang ni saya nak cerita pasal makanan ni dulu laksa campur mihun goreng. Nanti bila2 saya top up lagi dengan entry pasal makanan sedap lain yang dijual di kantin sekolah saya.  

Kisahnya makanan ni menjadi satu fenomena atau kegemaran budak2 sekolah saya termasuk saya. Ala, dulu sepinggan kecil comel laksa berharga seposen ja.. beli dua pinggan, dua posen. Maka berduyun2 kami beli sepinggan laksa dan sepinggan mihun goreng yang comel. Kemudian, kami duduk di meja dan kemudian campurkan kedua2 makanan itu dan gaul rata. Makan. Masa tu ramai2 makan sorang sepinggan comel. Kami sebagai kanak2 masa tu cukup enjoy makan tu. Makan2 sambil tarik2 tocang kawan ..haha..Sedap tau rasa bila mix kedua2 tu..

Dan bila saya dewasa dan dah berkahwin, kadang2 saya beli laksa dan mehun goreng, saya akan campur. Bila saya makan, saya tersenyum sendirian, inilah  kenangan manis yg  saya simpan dalam memori saya. Encik Somi pond ah tau makan laksa campur mehun. Sedap juga katanya. Tapia was, jangan makan terlalu banyak..nanti muak. Makan ala2 kenyang x kenyang ja..cubalah…Dan cuba anda kenangkan memori2 zaman sekolah rendah anda, kadang2 boleh buat anda menitiskan air mata sebab rindukan zaman itu.  

JAWS KAT PARKING KERETA DAN DALAM KEDAI


Cemana rasa anda kalau jaws tetiba ada tempat mcm ni. Encik Somi saya rajin betul  mendownload movie dari youtube…Dia tanya saya nak movie apa, saya cakap apa2 jelah yang ..hehehe

Saya suka movie2 yang macam terkejut2 sikit, movie yang adventure, animation stories, kira semua genre saya suka..haha.. Antara movie yang saya suka Sherlock Holmes , Harry Potter, Narnia, Mission Impossible Ghos Protocol, Shrek, Snow white and huntsman..bla bla…
Kecik2 dulu saya suka juga tengok movie Jaws.. Rasanya dah banyak movie Jaws, Jaw 1, 2, 3, Deep Blue Sea dan lepas tu dah lama x tengok dah movie pasal jaws ni..kalau piranha saya x suka tgk..cam mengarut lagi…hehehe..

Dan semalam saya tgk movie BAIT yang husband download..x sangka jaws yg latest Nampak hidup ..x sangka depa boleh relate tsunami dengan jaws masuk dalam kedai.. Dan memang menakutkan juga…walaupun cerita tu dalam kawasan tu ja tapi ada ja scene yg mendebarkan. Kawan2 semua dah penah tengok.. Bak cerita dalam entry blogger Redza REALITI ABADI,   filem seram boleh turunkan berat badan..hehe..ni kira seram gak x? sebab jantungku tersentap jahh..hehhehehe

NYAU NI SELALU MAI LEPAK DI RUMAH

Nyau? Nyau tu kucing..hehehe..kat kawasan perumahan saya ni kan ada la beberapa ekor kucing yg memang saya rasa orang yg tinggal kat area sini kenal. Sebab depa selalu bersantai pepagi dah ada kat bawah jalan2..lepak2 usha orang nak g kerja.. Ada yang waner oren dan ader waner itam.

Dulu nyau oren selalu datang lepak umah saya. Kalau dia mai , kami jamu la apa yg ada mengikut kesesuaian untuk kucing makan. Encik somi saya cukup penyayang. Kalau boleh satu peti ais dia nak bg nyau makan..hoh? hahaha..

Dulu saya pernah kidnap kucing kat PASAR SG BESI. Kami kidnap anak kcg waktu malam.sekali dapat hitam. lekat nama black. Uishhhh punya la sayang beli syampu kat dia, beli makanan dia kat pet shop, beli pasir bagai... tp black ni satu je yg rimas..asyik nak berkepit dgn kita orang ja.. sampai nak tiduq pon masuk join.oiiiiihhh mana boleh..ada satu tali yg ada bebola kecik, dia asyik mennggonggong bola tu bg encik somi lempaq, dia kejar pastu heret bg alek kat encik somi..berulang kali weh...adeh. Tapi saya dah buang black sebab ada satu ketika tu kami dua gatal2 sampai kena amek suntikan kat doc...Saya cuci lantai baju semua dengan dettol. Saya rasa mcm kutu black, walaupun kami dah mandi tiap2 minggu mungkin dia berjangkit dengan kuving lain..sebelum buang dia , saya mandikan dia dengan air suam, buh dettol dan syampu cat ...memang keluar bnyk kutu dia..kesian black tapi kami terpaksa buang. Azab gatal tu sampai seminggu juga la..lepas buang dia , pastu dah ok dah..tataulah nak kata sebab apa..tapi kami terpaksa juga buang black..

Ok2, sekarang ada sekoq nyau tertib selalu datang umah kami. Kadang2 bila bertembung masa duk tunggu lif jadi dia akan sama2 naik lif dengan kami. Ting ! dia pon kluar dan berlari ke arah pintu umah kami. dia dah tau dah sebab selalu datang . kami pon tatau kucing sapa tapi bila dia mai kami jamu dia macam2..Tapi kan dia nyau berhemah sebab apa tau? Dia datang dan hanya duduk satu port ja. X berani nak berjalan merata2 masuk bilik, cakaq apa bagai..dia duk diam ja. jamu makan..tidoq seharian, pastu dia blah. kadang2 dia mai makan ja..pastu blah..Kami namakan dia TAM...Jumpa kami kat bawah pon dia kenai..mcm menyapa kita pula...Apapun  walaupun Tam seekor haiwan, moga dia doakan kebaikan buat kami..

Ni la TAM Tertib..:)

TAM  < NYAU YANG BAIK>

Tuesday, 13 November 2012

TeMpAt PerCuTiaN LuAr NeGaRa Yg MenJaDi IdaMaN

Salam semua..cemana cuti Deepavali hari ni? ada yg pergi berziarah rakan2 yang menyambut perayaan ini? Emm saya? Saya duk rumah je rilex2 dengan encik somi sambil menonton movie kot laptop je..layannnnnn..


Ok, berbalik pada tajuk di atas, rakan2 saya yang saya sayang ni mesti ada tempat percutian yang menjadi idaman dan ingin rakan2 g kat sana...kalau dah pergi pon meh kita sembang2 dan kongsi2 pengalaman..

Kalau saya,saya teringin nak pergi semua tempat..hahaha...Turki pon cantik sebab pertembungan dua buah benua..benua Arab dan Benua Barat...terasa unik sangat...

taken from Google image : wallpaperskd.com



Monday, 12 November 2012

Ikhtiar Anda.


Salam semua..
Ada tak sesiapa kat sini boleh berkongsi dengan saya apa yang usaha2 korang lakukan untuk mendapatkan cahaya mata ..saya tujukan ni kepada mereka yang lambat dikurniakan cahaya mata atau yang belum dan masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Dulu saya pernah makan jus perawan..tapi sempat dua botol sahaja ..lepas tu x continue dah sebab rasa macam cepat ja habis..hahaha… Sekarang saya dan suami mengamalkan makan SK ALKHISBUN dan HULBA..set kesuburan ni untuk suami isteri. Mungkin bulan hadapan nak beli juga Lumiglow dan nak tambah SK nih ..nak wat stok..sapa2 pernah guna lumiglow? Saya dengar ramai juga yg berjaya hamil dengan lumiglow n dan SK  nih… apa yang penting usaha kan..dan x pernah kenal erti putus asa.. Sesungguhnya apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada diri saya sendiri..