Kisah bunyi katak
ni zaman aku kecik2 dulu. Masa tu x silap aku dalam 5 tahun kot…agak2 la..tapi
kisah ni memang aku ingat. Masa tu belakang umah aku ada tanah luas sebelum
sampai ke sawah padi. Kat situ ada tanam banyak daun2 pandan. Satu hari lepas
hujan , aku ikot mak aku g amek daun pandan..lepas tu sebab tanah rumput
masih basah, mak dukung aku sambil kutip daun pandan tu. Sekali aku dengar
bunyi katak..bersahut-sahutan..TAPI MASA TU AKU INGAT
BUNYI KATAK TU BUNYI GERGASI! Apa lagi, aku meronta2 nak turun dari
dukungan mak aku..Aku takut kena makan dengan gergasi. Makin lama makin kuat
katak tu duk Ong! Ong! Ong! Macam makin dekat je Sang Gergasi menghampiri aku..Aku
terus terjun daripada dukungan mak aku, aku lari sekuat hati balik umah.. lepas
tu baru aku tingat aku tinggalkan mak aku kat sana. Aku sedih sebab fikir mak
aku kena makan dengan gergasi..Sekali mak aku balik sambil bawa daun pandan
segenggam .Mak tanya “ awat cek lari?“ aku jawab ”Cek takut gergasi mak, mak x
dengaq ka tadi bunyi gergasi kuat oooo” hahaha…budak2 oh budak2…fikiran jauh
betul….tapi aku ingat balik memang aku tergelak..ada ka boleh pikiaaq bunyi
katak tu bunyi gergasi.haahaha
Followers
Thursday, 8 November 2012
Bunyi Katak Ku Ingat Gergasi
Wednesday, 7 November 2012
Hantu Ikan Keli!
Seram
x tajuk n? ke korang nak tergelak? Akakakakaka…ada ke hantu ikan keli
masalahnya? Cenggini cerita dia…Kawan umah saya ni keja tol kat pasar borong KL
..err Pasar borong ni kat kg selayang ja tapi tatau naper nama dia pasar borong
KL..hhehe..kekadang dia selalu bawa balik ikan , buah atau sayur orang pasar
kasi..
Satu
hari Nisa bawak balik ikan keli yang masih menguet menguet ( bak kata org
kedah duk bergerak2 lagi). Dia suruh saya siang ikan keli tu. Mak
aih..saya bukan reti siang ikan ni..ikan lain reti..ikan keli ni geli ..tp tang
makan x geli..hehhehe..nak tak nak masukkan dalam baldi.orang kata buh
garam nak matikan dia..saya pon buh garam dalam baldi nak bagi mati..punyalah
liat nyawa ikan ni..pastu agak lama sikit saya amek ikan tu..terketaq2
tangan..geli semua ada..pastu saya “sembelih” leher ikan tu…masalahnya tak
putus dan saya lari ketakutan tinggalkan ikan tu..Nisa datang dan dia pon
geli…lepas tu dia yang tolong potong kepala ikan tu..tapi muka Nisa nampak
ketakutan , senget benget semua ada bentuk air muka..pastu kita orang campak ja
kepala ikan belakang rumah..fuh tutup pintu belakang.selamat. pastu terus
goreng kunyit. Dah siap..kitaorang ratah makan dengan sos cili..sedap..tetiba
nisa cakap “ EH, HANTU IKAN KELI TU NANTI DATANG KACAU KITA X? SEBAB KITA
CAMPAK JA KEPALA BELAKANG RUMAH?” aku lak wat muka
seram..erkkkkkk..tapi memang seram la sebab tengah potong kepala ikan tu, ikan
tu masih hidup…sejak tu saya x pernah dah beli dan siang ikan keli..nak makan
ikan tu, makan di kedai je..heheheh
CeriTa TenTang REmbat Buah DuRian
Cerita ni masa saya
zaman bujang dulu. Masa kerja di kompeni lama, saya menetap di Kg Selayang
Lama. Rumah kampung. Bilik satu je..rumah saya pulak bersebelahan dengan rumah
Pakcik Zubir.. Apa yg memisahkan rumah kami hanyalah dinding papan.Jadi kalau
kami gelak, menjerit ka bagai, memang keluarga Pakcik Zubir akan dengar dan
sebaliknya juga kalau depa duk gelak bagai..kami dengaq juga.Saya dulu duk
bertiga dengan Nisa, Kak Ida..pas Kak Ida kawen tinggal saya dengan
Nisa..Lepas tu ada la kuar masuk orang dalam dua orang ja..pastu kami duk dua
ja..umah kecik ja..bilik air pon faham2la umah kampung, sewa pula
tu..hehehe..Nak dijadikan cerita, kami Nampak ada dua biji buah durian dekat
rak kasut umah..Nisa balik terus tanya buah durian sapa ni? Saya cakap tatau.
Lepas tu kami assume Mak teh (mak menakan Nisa duk depan umah kami ja) bagi
durian tu kat kami. Apa lagi kami bawak masuk durian tu dengan hati yang
girang. Mau idak, bau nya pon dah membuka selera kami. Fuh! Buka saja,
terserlahlah isinya..kami makan sambil ketawa riang di depan pintu umah yang
dittutup rapat. Memang sedap betul.Habis buah durian tu kami kekah berdua..Erk
kenyang.. Tidor dengan aman.
Pagi.
“kak nisa, Nampak x buah
durian Pak Cik Zubir? “ tanya sepupu Nisa (anak Mak teh). Gulp ! Upanya kami
dah bedal buah durian orang..Apa lg Nisa terus start moto , aku bonceng deru ke
pasar borong selayang. Operasi- mencari durian terbaik sebagai pengganti..takot
wooooo…lepas ditelek telek, kami dapat durian mahai gred terbaik , kami beli 3
biji..terus balik umah.
Kami ketuk pintu, bini
dia kuar, “ kami minta maaf, semalam kami ingat durian tu mak teh bagi kat
kami, tu kami ambik, n kami beli lain sebagai ganti..” tersipu2 kami
malu..huhuhuhu
Mak cik tu amek dua biji
, sebiji dia bagi kami..dan dia pon x marah , tapi dia tergelak sakan dengan
kelaku kami..hhehehehhehe..petang tu kami dapat bubur durian dari mak cik…owh
sedapnya..terima kasih daun keladi..hehe..banyak lagi aku nak cerita pasal
rumah sewa ku yang satu ni..lepas aku dapat keja kat popular,aku terus pindah
ke Bandar tasik selatan sehinggalah aku kahwin.lepas kahwin pindah duk kat
belah nun, bukit jalil..:)
Soalan SPM BM Membuatkan Pelajar Menitis Air Mata?
Saya
baru je terdengar SURIA FM…Halim Othman menceritakan bahawa satu petikan yang
terdapat dalam soalan SPM telah membuatkan ada pelajar SPM menjawab sambil
menitiskan air mata? HO memberitahu bahawa seorang budak lelaki bernama Amir di
dalam cerita tersebut sering menjadi pemain simpanan dalam bola sepak sejak
sekolah sehingga universiti. Dan datuknya sering menemaninya. Amir masuk universiti
dan sekali lagi dia menjadi simpanan. Satu hari perlawanan bola sepak di
universitinya akan bertanding namun
ditakdirkan datuknya meninggal dunia. Pada hari perlawanan tersebut tetiba Amir
datang dan kebetulan juga pasukan universitinya sedang ketinggalan jauh dari
pasukan lawan. Amir telah dimasukkan oleh coachnya dan apa yg mengejutkan Amir
bermain begitu hebat dan berjaya menjaringkan gol. Pasukan universitinya telah
menang. Selepas game tersebut, Amir duduk di satu corner dan dihampiri oleh
coachnya. Dia berkata mengapa selama ni awak x tunjuk kehebatan awak..(lebih
kurang mcm ni la kot walau ayat x sama dalam petikan) ..sudah tentu awak dah
jadi top sebelum ni kalau awk bermain macam tadi. Amir mengatakan yang dia bermain untuk
datuknya. Datuknya semasa hayatnya ialah seorang buta. Dan bila datuknya meninggal,
dia akan “melihat” Amir bermain…Cerita ini ada makna tersirat. Kan…apapun Good
Luck Untuk pelajar SPM 2012.
Tuesday, 6 November 2012
Saya Gilerkan Cerita Dari Studi Ghibli!
Pernah dengar Studio Ghibli..? Diaorang ni orang Jepun.Diaorang buat cerita cartoon yang sangat best. Setiap cerita durasinya sangat panjang dan saya anggap setiap ceritanya ialah movie. Apa yang diceritakan dalam setiap movie sebenarnya ada benda yang cuba disampaikan? Tak percaya cuba anda tengok satu movie nya dahulu ..
Grave Of Fireflies- saya tengok ni mencurah2 air mata menangis..husband pon tengok terkedu.
My Neighbour Totoro - cerita yang sangat menghiburkan berkaitan kekeluargaan
Howl's Moving Castle
Kiki's Delivery service
dan banyak lagi mcm The Cat Returns. Pom Poko, Princess Mononoke, Only yesterday, Spirited Away dan bla bla...so enjoy:)
Grave Of Fireflies- saya tengok ni mencurah2 air mata menangis..husband pon tengok terkedu.
![]() |
| Cerita yang sangat best! |
Howl's Moving Castle
Kiki's Delivery service
dan banyak lagi mcm The Cat Returns. Pom Poko, Princess Mononoke, Only yesterday, Spirited Away dan bla bla...so enjoy:)
Subscribe to:
Posts (Atom)



