Followers

Wednesday, 27 November 2013

JIKA HENDAK MEMBERI/ BERSEDEKAH

Image from GOOGLE
Selamat pagi semua..Untuk tidak membiarkan blog saya ni sunyi sepi, saya cuma nak kongsikan sedikit je..Sebelum tu kawan-kawan semua dah makan pagi? Jangan lupa makan pagi ya...penting tu..


Ok, sedikit perkongsian sahaja... kalau kita ni nak bagi sesuatu especially makanan kepada orang biarlah makanan itu dalam keadaan yang baik. Sebab saya kalau nak bagi orang makan, saya takkan bagi makanan yang dah basi, lemau atau expired ya..hehehe..

Cerita ringkasnya begini: 

Suatu hari hamba Allah mempelawa kawan saya biskut. Kawan saya pun terimalah dengan hati yang gembira. Namun biskut tersebut lemau dan hamba Allah ini sendiri tahu dan dia sememangnya dah tak nak makan.  Dan kuantitinya cukup banyak. Dan kawan saya tidak menghampakan hamba Allah ini, maka kawan saya makan juga, kawan saya cakap sedap juga. Namun, yang kelakarnya, hamba Allah ni nak bagi semua biskut lemau ini  kepada kawan saya. Kawan saya tolak secara baik. 

image from google
Kemudian, suatu hari yang lain pula, hamba Allah ini memberi kawan saya buah epal pula. Dia cakap buah epal ni dah lama. Mungkin buah epal tu dia nak dah tak nak makan kot.. Apabila kawan saya kokak buah epal ni  sememangnya sudah lama dan sudah lebam-lebam. .Ermm...redha sahaja lah. 

Kesimpulannya, jika hendak memberi makanan, biarlah makanan tersebut berada dalam keadaan baik. Kalau tak elok, jangan bagi kepada orang, sendiri makan sudahlah. Bukan apa, kang orang tu sakit perut ke, cirit birit ke habislah kita..hehe...tu je..keh keh...:)) 


19 comments:

Aisy Nasiha said...

betul ni kak intan..
kalau nak memberi, biarlah ikhlas..
bagi yang terbaik yang kita ada, bukannya bagi sesuatu yang kita pun dah tak nak atau tak sanggup makan atau jaga....
buat tambah dosa oarang yg dapat pula, sebab terpaksa mengata orang tu... haa...

redza said...

nampak sangat hamba Allah tu x ikhlas

the malay male said...

ish tak patut la mcm tu...

aanie said...

hehe...mcm2 manusia ni...kesian kwn awk tu...

NaZiRaH @ Ezyra said...

betul tu akak, mana boleh kita nak bagi kat org benda yg kita sendiri tak sanggup nak makan, lain la kalau benda tu terlebih ka, terbanyak ka, hmm, ada juga hamba Allah yg macam tu, moga dia diberi petunjuk dan hidayah..

CeqGu said...

hmm dalam islam pun sarankan kita bagi kat orang benda yang baik....tengok saja dalam ibadah qurban....betapa allah ajar kita supaya menghadiahkan sesuatu yg terbaik...

pssttt...anis pun dah lama tak berblog. ni sebab tgh cuti sekolah. sekolah dah bukak, blog sunyi la hehe

nea lopah said...

kak intan...ni bukan nk sedekah...ni nak clearkan stok dia tak habis. Lagi satu biasa nya org gini jenis kedekut akar jering. Teringat kisah pengarah opis lama saya, terkenal sifat kedekut....kuih raya dia bawah bila dh habis syawal...lepas tu tart ndah berkulat. Macamtu jugak dgn kek ke satay yg dia bawak semuanya yg anak2 dia tak habis makan. Dia letak kat pantry harap staff makan, tapi kitorang campak dlm tong sampah. mesti dia ingat org makan habis licin...heheheh

Kesuma Angsana said...

betul tu, kalau niat kita tu nk bersedekah biarlah dr benda2 yang masih elok kan !

mama aryan said...

betul tu..sepatutnya kalu nak bg dekat org bg lah barang yg elok, pernah dgr kalu nak bg brg yg kita syg itu yg lebih baik kan

Ibu Lala said...

Peringatan utk diri sendiri jugak..

Mama Darwiish said...

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...in sha allah

Cik Nur™ said...

sedih bila baca...mmg tak nafikan..mmg ade tau manusia mcm tu...huhuhu

Zira Aziz said...

..mmg tak berhati perut betul la..dia pn xnk mkn..betul, bila nk bg makanan/brg kat org lain, biarla brg tu msh elok..bkn bg sbb dh x elok..ish3..

wantie said...

kalau akak, terus je ckp biskut tu lemau, then memang akak tak makan. memang geram ngan manusia gini. lebih baik bagi makan burung je biskut tu buat pe la nak bagi kat org kan..hat tak habis kita baru nak bagi. hampeh...

betul tu, kang org yg makan tu sakit tak ke punca dari kita kan. kalau nak bagi biar yg sedap dan yg kita sayang

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ermmm tak baik laa dia buat gitu...

huhuhu...

kita kalo nak bg org, biarlah bg yg elok...

Sayangku Zie said...

emm betul tu... kalau nak bagi bagilah yg masih elok baik.dan boleh dimakan tanpa was was yg penting halal

QasehnyaRania said...

betul tu.pikir la dulu kan.kalau kita sendiri tak mkn yg lemau, pastu bg kat org.

hainom OKje said...

Sebaiknya memang begitukan...cari yg terbaik dan bagi pada mereka yg memerlukan...tapi kalu masih baik dan sedap cuma kita tak mampu dah nak habiskan...kalau okje ok jerr heheh

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.intan.

huhu..mak cma selalu terkena mcm ni..bila kwn bg biskut ke..ape2 mkn ke,, mak amek aje tnpa byk soal..bila balik cek tgk...dah expired.. sedih btl..