Followers

Thursday 10 October 2013

SEMOGA KITA MENGHADAP ALLAH KELAK DALAM KEADAAN HUSNUL KHOTIMAH.AMIN.

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Maafkan saya para sahabat kerana saya belum ada masa untuk bw...saya xpernah lupa pada semua sahabat..cuma sekarang ini saya belum kuat betul-betul lagi..

Kini saya mengharungi hidup sebagai seorang anak yatim piatu. Terima kasih kepada semua para sahabat yang mengucapkan takziah dan mensedekahkan Al Fatihah kepada arwah ibu saya Hajjah Fatimah binti Haji Salleh. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian.

Cuma sedikit yang ingin saya kongsi dengan semua sahabat..Pemergian emak saya memberikan kesan yang mendalam terhadap saya. Banyak perubahan yang ingin saya lakukan dalam diri saya.Ingin memperbaiki diri saya terutama dalam agama. Dan saya berdoa semoga saya dan semua orang meninggal dalam husnul khotimah. Apa itu husnul khotimah? Boleh baca di SINI.

Hajat saya bila mati kelak dapat saya bertemu kembali dengan arwah emak dan ayah. InsyaAllah. Doakan…

Alhamdulillah emak pergi pun dengan penuh rahmat. Jam 7.40 petang. Sebaik meninggal, azan maghrib pun berkumandang.. Saya tidak mahu berbangga-bangga cuma sebagai pedoman buat saya sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik. itu sahaja..

Dalam keadaan nazak, ibu lantang mengucap syahadah dan doa Nabi Yunus.




Berpeluh-peluh dahi emak dan bacaan Yaasin terus dibaca oleh makcu saya semasa saat saat akhir ibu. Saya kakak dan abang memohon ampun dan maaf dari emak dan kedengaran suara emak berkata-kata..”ampun” ..maknanya emak mengampunkan kami adik beradik..Dan akhir nafas emak, berlinang air mata emak….Air mata terakhir emak..Innalillah..

Apa yang saya terkedu..setelah jenazah ibu diangkat ke atas katil ..saya mencium wajah ibu berkali-kali sepanjang malam..dan terbit bau wangi yang saya taktahu bau apa..Saya bertanya kepada kakak adakah makchaq meletakkan minyak atar kepada ibu…lantas makchaq saya kata mana ada..Allah Maha Besar..Kuasa Allah..

Pagi esok, saya menjalankan amanah yang emak berkali-kali pesan supaya mandikan jenazah dia. Saya lakukan dengan perasaan kasih sayang dan saya mencelakkan wajah ibu cantik-cantik untuk bertemu Allah.  Kemudian saya dan sepupu lain mengangkat jenazah ibu untuk dikafankan.

Dan sewaktu saya membantu ustazah yang bertanggungjawab mengkafankan emak, Alhamdulillah kain kafan terlebih-tebih , Terbit dari mulut Ustazah tersebut..”Alhamdulillah jenazah ini penuh rahmat..”. Saya menaiki van jenazah bersama anak saudara saya untuk menghantar jenazah ibu buat kali terakhir.

Alhamdulillah ramai yang datang sembahyang jenazah emak. Anak saudara yakni cucu emak yang sembahyang kan jenazah emak. Dan satu lagi rahmat , sebaik jenazah sampai di kubur, pakcik yang menggali kubur mengukur sekali lagi keranda dan diukur semula saiz lubang kubur dan kubur itu terlebih luas..

Pakcik yang gali kubur tu cakap..”Alhamdulillah,,ini sudah bagus”.. Jenazah ibu dapat disemadikan di sebelah kubur arwah ayah seperti yang diinginkan emak. Alhamdulillah.

Yang membaca talkin, anak saudara saya iaitu cucu emak, Ustaz Saalim Jaafar, yang membaca Qulhu pula ialah anak saudara saya juga iaitu cucu emak, Umair Jaafar dan doa penutup dibaca oleh abang ipar saya Ustaz Jaafar. Alhamdulillah. Kami dapat sempurnakan dengan lancar.

Mungkin amalan-amalan emak yang saya tahu. Ini bukan untuk dibangga-bangga ya tapi sebagai satu semangat untuk kita buat lebih baik untuk menghadapi kematian kelak..Yang wajib memang wajib emak buat. Selain itu apa yang saya tahu emak sentiasa berpuasa Isnin Khamis, berpuasaa 3bulan 6 hari, solat sunat dhuha setiap pagi, sentiasa membaca Al Quran, mewakafkan tanah /sawah untuk surau dan perkara2 berkaitan agama, suara emak sentiasa lembut ja bila bercakap dgn orang, bersedekah setiap kali Jumaat ke masjid dan amalan2 lain yang saya mungkin tidak tahu. Emak walaupun sakit tak pernah merungut..sentiasa positif ..Dan paling penting, emak menjaga dan mendidik saya dan kakak dengan baik. Terima kasih emak..

Hajat saya berhenti kerja untuk menjaga ibu tidak kesampaian..sempat beberapa ketika sahaja menjaga ibu saya.  Semoga saya mendapat kerja yang lebih baik daripada yang ada sekarang ini. Amin.

Harap2 para sahabat tidak salah sangka sebab apa yang saya cerita ini bukan sebagai satu kebanggaan Cuma sebagai pedoman untuk saya dan sahabat2 sahaja. Tiada langsung rasa riak di hati kecil saya ini.


Ya Allah, Kau matikanlah aku dalam cahaya keimanan. Semoga kami semua pergi menghadap Mu Ya Allah dalam keadaan yang baik dan beriman. Amin Ya Rabbalalamin..

Berbaktilah kepada ibu bapa kita selagi mereka masih ada. 

AL-FATIHAH




9 comments:

ewanthology said...

Subhanaallah.

Anum said...

sama2

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Berkat amalan didunia. Al-fatihah buat arwah.

Ratu Hatiku said...

Salam Takziah dear.. Al Fatihah. Semoga roh mak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin

Nadia Elena said...

Banyakkan amalan di dunia, insya Allah amalan2 kita tu nanti akan bantu kita di akhirat. Mudah-mudahan..

Unknown said...

yup.. sgt berhrp kan kita dipertemukan dgn insan yg melahirkan dan membesarkan kita kat sana nanti..juga dgn suami tercinta & saudara, sahabat tersyg..Al-fatihah buat arwah ibu akak, arwah ayah deqla & smua yg terdahulu meninggalkan kita..

Unknown said...

p/s: kak, deqla x dpt nak bkk blog kibas akak tu.. boleh bg link x??

RIZZNA said...

Subhanallah.....

Intan....syahdu CiM baca petang2 hari Arafah ni. moga kita semua dimatikan dlm keadaan yg baik.

ibu Intan semestinya seorang wanita yg tinggi amalnya. begitu mudah dia pergi, impian semua ummat.

terkesan dlm diri.....

Unknown said...

Semoga Roh arwah dicucuri Rahmat.