Followers

Sunday, 23 November 2014

KEBUN MINI SAYA AYAM SADO SELALU USHA

kebun mini saya 
Assalamualaikum semua..:)

Sejak duk di kampung ni ada ja benda yang saya nak buat..Entahlah rasa seronok ja..Rasa takda tekanan dah. Ok, untuk mengisi masa yang terluang selain berniaga pagi pagi, saya juga buat mini kebun di depan rumah. Saya buat projek ni dengan sepupu saya.

Kami tanam petola, timun, kacang panjang, jagung manis, ubi kayu dan lain-lain lagi. Ada naik tunas dah tapi tak tahulah boleh hidup ka tak. Doakan tanaman saya subur ya..:)

Kami mula-mula tak bubuh jala sebagai pagar, tapi ada satu kisah di pagi hari di mana ayam jantan jiran yang Encik Firdaus panggil "ayam sado" sebab badan dia memang mantap. Satu hari, Enck Firdaus panggil

" Cuk! Ayam sado duk mai kawad atas batas kebun tu..abih lah.."


Ayam sado tu datang berdansa atas batas kebun saya pula! Sayaapa lagi dari dalam rumah berlari terus kejar dia sebab dia cuba nak patuk benih sayur saya. Sekali paling tak menahan tu, dia siap berhenti, dia siap terajang kayu yang saya pacak. Pastu baru dia sambung lari! Cis! Jaga kau ayam sado! Ayam sado tu memang tau! eiiiii geramm ja.. hari hari datang usha kebun saya.


Wednesday, 5 November 2014

KELEBIHAN DAN KHASIAT DOA NABI YUNUS

Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam..Hari ini saya kongsi Doa Nabi Yunus a.s. Amalkan la setiap hari .
image from google

Doa Yunus ~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~

Doa Nabi Yunus a.s ini memang banyak khasiatnya . Teringat doa inilah yang arwah emak saya baca semasa arwah sakit dan juga sehingga nafas terakhir arwah selain ucapan syahadah. Subhanallah...Allahuakbar. 
.

Dikatakan bahawa doa ini juga penawar segala musibah.

Memetik daripada blog KONGSI BERSAMA NORA:

DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah2 kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah2 yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang2nya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat2 memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga2 Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita. - 

Memetik daripada blog ILMU MUTIARA :


Nabi Yunus alayhissalam diutus oleh Allah swt. kepada masyarakat Naynawa, yang terkenal dengan kekafirannya. Nampaknya, Nabi Yunus kurang sabar dengan perlakuan kaumnya. Dalam keadaan kesal, ia pergi meninggalkan kaumnya menuju tepi laut.

Kemudian ia menumpang kapal yang akan berlayar. Di tengah lautan, kapal diterpa badai dan angin kencang. Untuk menghindari kapal karam, muatan kapal harus dikurangi. Semua penumpang kapal sepakat untuk melakukan undian. Siapa yang namanya keluar, maka dialah yang harus dilemparkan ke lautan.

Ternyata, yang keluar adalah nama Nabi Yunus. Akhirnya, Nabi Yunus menceburkan dirinya ke lautan, dan ia ditelan ikan besar. Al-Quran menyebut ikan itu dengan Hut atau Nun. Namun, Allah swt. mewahyukan ikan itu untuk tidak memakan tubuh Nabi Yunus.

Ada yang mengatakan Yunus a.s. tinggal di dalam perut ikan selama 3 hari, 7 hari, bahkan 40 hari. Selama itu ia berdoa kepada Allah swt., ‘Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.


Doa Yunus menembus Arsy, sampai-sampai para malaikat berkata, ‘Ya Rabb, sepertinya ini adalah suara orang lemah yang sudah dikenali, yang datang dari negeri yang jauh dan asing’. Allah bertanya, ‘Tahukan kalian, suara siapakah itu?’

Malaikat menjawab, ‘Suara siapakah itu?’ Allah berkata, ‘Itu adalah suara Yunus, hamba-Ku’. Malaikat berkata, ‘Yunus yang amalnya senantiasa naik ke langit dan doanya dikabulkan? Ya Rabb, tidakkah Engkau menaruh belas-kasih padanya lantaran dia senantiasa memuji-Mu di saat senang, dengan begitu Engkau selamatkan ia di saat terjepit seperti ini?’

Allah menjawab, ‘Ya, tentu saja’. Maka, Allah memerintahkan kepada ikan hut untuk melemparkan Yunus ke daerah tandus.

Yunus terdampar di sebuah pulau yang tandus, dalam keadaan lemah. Lalu, Allah mengembalikan kekuatannya dengan menumbuhkan pohon labu di dekatnya. Bukan hanya itu, Allah mengembalikan seribu umatnya dalam keadaan beriman, dan Allah berikan kemakmuran hidup kepada mereka.

- (Q.s. as-Shaffat/37: 145-148)




Sunday, 2 November 2014

PEMANDANGAN DI PANTAI MURNI, YAN, KEDAH

Assalamualaikum semua..apa khabar hari ini? Yan, Kedah. Sememangnya daerah pelancongan. Ada gunung, air terjun, pulau, laut dan sawah padi.;)

Ok, jom layan pemandangan di Pantai Murni Yan, Kedah. Dekat jer dengan rumah saya.:) Pantai Murni ni kalau hari Jumaat orang ramai la sebab Kedah kan cuti..Jadi ramai lah orang datang bersiar-siar, lepak, makan-makan. Chalet atau homestay pon banyak di sekitar daerah Yan ni jadi x ada masalah untuk mereka yang ingin bercuti di sini. 

Jadi kalau sesiapa yg bercuti ke Kedah, jangan lupa datang ke Yan yer.:)







Saturday, 1 November 2014

REZEKI ALLAH ITU LUAS

Assalamualaikum semua sahabat..semoga semua sahabat dirahmati Allah.. Saya n dah macam biskut sekejap ada sekejap tak ada...hai la bukan apa..masa kadang x mengizinkan..maafkan saya..sob! sob! heheh..

Untuk sahabat yang tak tahu..saya dah berpindah ke Kedah. begitu juga dengan shuben saya..Mula mula dia takut juga. Yer la ..kawan kawan dia di KL cakap " Eh nanti kau mesti nyesal balik kg..kat sana bukan ada kerja sangat." Yerlah ..suami saya ini mmg pure org KL ...lahir sana..kuarga sana..sedaghe maghe semua sana.. Saya faham dia berdebar nak balik menetap di Kedah ni..Yang mungkin dia pon tak terfikir. Tapi disebab kan rumah peninggalan arwah emak ada dan dah bagi pada saya ..apa salahnya kami pulang dan berbakti di tanah yang ditinggalkan..x rugi pon..rumah pon tak payah bayar...

Saya balik dahulu ke Kedah. Lepas suami resign dia balik ke Kedah pula. Tapi itulah rezeki Allah itu luas.. Tak sampai seminggu balik Kedah.terus dia dapat kerja. Dan dekat je dengan rumah! dan salary pon alhamdulillah! Siapa kata duduk jauh dari KL x boleh cari makan? 

Dan saya pula disebabkan saya n memang suka memasak dan mengandam..maka saya gunakan kemahiran saya itu untuk mencari rezeki. Namun seawal pagi saya dah bangun sebab nak kena masak nasi lemak, nasi kerabu dan goreng mihun..Siapa yg tak tahan bangun pagi mmg rasa penat sangat..saya sendiri pon rasa letih sangat..tapi demi mencari rezeki...Dan saya berjaya buka gerai makan kecil di hadapan rumah saya jer. Saya jual nasi lemak daun lemuni, nasi kerabu kelantan, mihun goreng, lauk pauk dan untuk kuih muih saya bg tender kat mak anjang saya buat kuih sbb dia memang pakar. Dan yg bestnya sebelum pergi kerja shuben tolong saya niaga dulu. 

Dari 2 kg beras,..sedikit demi sedikit naik jadi 4 kg beras sehari...dan org mula datang ke gerai saya.. dan ada ketikanya sebelum pukul 8 clear semua..tp biasalah naik turun niaga ni..ada ketika x abes juga..namun sabar itu penting 

Saya teringat antara kata Ustaz Kazim,orang yg berniaga ni mesti jaga solat, sentiasa bersedekah..maka barulah rezeki tu akan lebih banyak..jadi kesimpulannya. Kalau kita bisnes kecil ke besar ke..kita kena berbalik kepada Allah. Itu lah kesimpulan yg paling jelas sebab rezeki itu dtg dari Allah. 

banner gerai saya:))

Saya dan Shuben tengah set up gerai sebelum jualan bermula di awal pagi:)


Wednesday, 1 October 2014

TELEKUNG LYCRA


Assalamualaikum semua. Siapa nak beli telekung lycra?

Haaaa, kat sini ada telekung lycra untuk org dewasa dan kanak-kanak. harga telekung lycra utk dewasa dan kanak-kanak ni ialah RM40. Postage RM 7 utk semenanjung dan tambah rm2 utk sabah dan sarawak. Saiz kanak-kanak bole pakai dari umur 5-8tahun

Pasai apa sama harga? Toksah tanya saya ya..nak buat camner ,harga dah lagu ni dah owner tu bg. I follow ja..rasanya dah murah dah kot..

Saya ialah agen untuk telekung lycra nih..berkenan sgt telekung mcm n.. Saya pakai telekung mcm ni juga lah kat rumah member terus berkenan.. ..:)

Stok insyaAllah sentiasa ada..


Tgk kod kod yg berkenan dan bgtau saya..kod untuk dewasa dan kanak-kanak sama ja ya..jadi sila lah pilih yer mana berkenan di hati. :))


RM 40 POSTAGE RM 7 Semenanjung Malaysia
Sabah Sarawak add RM 2 


POSTAGE HARI ISNIN  jer..

LAST PAYMENT MESTI DIBUAT PADA HARI JUMAAT. JIKA LEWAT PAYMENT,  POST AKAN DIBUAT ISNIN BERIKUTNYA. 
INSYAALLAH SEJUK. SELESA.
TOLONG WHATSAPP ATAU SMS SAHAJA 017-3218351. 

PERHATIAN: WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA SEPERTI YG TERDAPAT DALAM GAMBAR. YERLA KAN MUNGKIN LIGHTING KAMERA BAGAI..
sila rujuk kod ini sama ada untuk dewasa atau kanak-kanak