ASSALAMUALAIKUM..
Tahun 2013 bakal berlalu pergi beberapa ketika sahaja lagi..sepanjang tahun tu pastinya kita semua melalui pelbagai pengalaman manis dan pahit.
Namun bagi saya tahun 2013 merupakan tahun yang banyak pahitnya dari manisnya. Masakan tidak bulan 10 saya kehilangan Ibu tersayang...AL Fatihah.
Sebelum ibu meninggal saya juga tempuhi pengalaman pahit di mana perlu bertegas antara kerjaya dan ibu dan saya pilih ibu.
Manis? emmm...rasanya tahun ni biasa sahaja ..tiada yang manis. oh ada ada...Manisnya saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang baik dan support saya..Terima kasih semua. Saya sayang korang semua dan walaupun kita hanya berkenalan di alam maya..saya anggap kalian semua sebagai sebuah keluarga yang besar..
Teruskan sokongan antara kita semua dan saya harap hubungan kita berkekalan hingga ke Jannah. Yang lebih dewasa dari saya , saya anggap kakak dan abang, dan yg muda dari saya , saya anggap sebagai adik. :)
Selamat tinggal 2013!
Selamat datang 2014!
Eloklah rasanya tahun baru disambut dengan tazkirah, sembahyang sunat, doa, dan pelbagai perkara yang lebih bermanfaat daripada sambutan dengan konsert nyanyian bagai..ye dok?huhu