Followers

Friday, 28 June 2013

SALES!! HARGA RUNTUH!! MINIATURE PERFUME SEHINGGA 7 JULAI 2013

Salam semua, sempena ketibaan bulan Ramadhan, KOLEKSI TANTINTUN telah melancarkan SALES bermula hari ini hingga 7 Julai 2013 untuk miniature perfume. Anda boleh pilih perfume-perfume yang anda suka di BLOG KOLEKSI TANTINTUN ( pastikan anda mencari tags berkaitan perfume) ataupun di FANPAGE FB .

HARGA RUNTUH: RM 13 ( MINI 10 ML DAN KE BAWAH) ! FREE POSTAGE!!

HARGA RUNTUH: RM 16 ( MINI 11 ML DAN KE ATAS) ! FREE POSTAGE!!

SATU GAMBAR PERFUME UNTUK TATAPAN KORANGJ.


·        Cantik
·        Cute
·        Gred 3A
· Tahan lama ( mengikut suhu tubuh – (setiap orang berbeza ketahanannya     dan cuaca)
·        Mudah di bawa ke mana2.
·        Sesuai juga dijadikan hadiah


Nota: saya tidak mengubah harga pada blog dan fanpage, jadi jika anda membeli perfume sehingga tarikh 7 Julai 2013, saya akan berikan harga yang ditawarkan . Usah risau ya. Syukran jazilan.

JIKA BERKENAN DI HATI, BOLEH SMS/WASUP 017-3218351 ATAU SEARCH FB “KOLEKSI TANTINTUN” DAN PM SAYA

MARHABAN YA RAMADHAN



                

Tuesday, 25 June 2013

MINYAK ANGIN CAP KAPAK

Tiap kali saya tengok minyak cap kapak, jauh dalam hati saya , rasa sungguh syahdu sangat. Bukan pasai saya ghairah tengok minyak cakap. Tiap kali sapu di hidung ka, di kepala ka , mesti hati ni terusik..bukan pasai pedih sebab tenyeh minyak cap kapak. .Tambah-tambah syahdu kalau tengok minyak cap kapak bersaiz besar..lagi rasa pilu ….

Ni duk tenyeh minyak cap kapak di hidung pasai mengantuk sangat …jadi tingat nak up entry sikit pasal minyak caP Kapak sebelum saya teruskan kerja yang memerlukan mata saya teliti satu persatu huruf, tanda baca, ukuran, artwork, setiap inci saya perlukan ketelitian sehinggakan saya tidak pernah x ada kerja kecuali kalau big big boss x ada barulah saya boleh regangkan  seketika urat2 leher n.

Berbalik kepada mengapa saya syahdu kalau tengok minyak cap kapak..sebab saya pasti teringat arwah ayah.. Tiap2 malam before arwah tidur, arwah pasti sapu minyak cap kapak di tapak kaki sebelum pakai stoking….Tu sebab bila tgk minyak cap kapak, saya terkenangkan arwah..Al Fatihah.


Foot note:
Korang pernah tengok movie Cloud Atlas? saya dah tengok dan satu hape pon saya tak paham walaupun saya dah cuba hayatinya. Pening. dan saya langsung x enjoy tengok cerita ini biarpun dibarisi pelakon hebat seperti Tom Hanks dan Halle Berry ..Selama sy tgk movie Inggeris, inilah movie yang paling saya x enjoy dan x faham walaupun dah perah otak. huhuu

Sunday, 23 June 2013

JEREBU DI KUALA LUMPUR

Tarikh: 23 June 2013 (Ahad)
Tempat : Bukit Jalil

Salam semua.. ni dalam pukul 12 tgh hari tadi di kawasan rumah saya di Bukit Jalil. Jerebu agak teruk, Mula2 keluar rumah Encik Firdaus kata eh ada orang bakar sampah ke, lepas tgk sekeliling rupanya jerebu. Makin lama makin teruk. Ramai yang dah start pakai topeng tutup hidung tu. Encik Firdaus kata dia sakit tekak dah...penangan jerebu..

Harap hujan2 cepat turun dan jerebu ni cepat2 hilang ...

* Mungkin keadaan jerebu dalam gambar kurang jelas.  Maaf ya. Tapi memang agak parah juga kalau dilihat dengan mata sendiri. Berkabus rasanya. 






Saturday, 22 June 2013

BLOGWALKING

 Assalamualaikum semua...

Salam hari minggu...weekend ja penuh aktiviti. Minggu lepas kenduri akad nikah sepupu di Serendah. Minggu ni pulak kenduri kahwin sepupu hari tu yg nikah. hmmm.. letih..

Hari ni sempat beberapa blog saya terjah antaranya blog kak ieda mimie, blog the malay male, blog kak zakie, blog aisy nasiha, blog ciksu, blog kak mirror, blog DQ, blog kak fieda dan blog nisah idham.. 

HARI NI BIRTHDAY BLOGGER KAK FIEDA..HAPPY BIRTHDAY KAK FIEDA!!

Yang lain2 belum lagi saya terjah. Maaf ya.. nanti saya bw ya.. penat nak terjah semua.sebab kena bc juga isi kandungan entry satu persatu..huhuhu..kang salah komen kalau tatau isi nya..maaf nooo ..jgn terasa dan serik singgah ke blog saya sebab saya x pi lagi blog kawan2 semua..huuh..maaf dipinta.

MOOD : X SABAR NAK TUNGGU RAMDAHAN,..:)

jom layan gambar di bawah. Kalau saya ke restoran Mee Tarik Warisan di Sungai Besi, inilah menu yang selalu saya pilih:) Restoran ni memang Orang Cina Muslim dari negara China yang buat dan masak.   

Lamb rice dengan air apa ntah..tapi air ni sihatlah..sedap..hehe..  


Saturday, 15 June 2013

RESIPI CENDAWAN GORENG BERSALUT SERBUK ROTI

Hari ini saya buat cendawan goreng bersalut serbuk roti dan nasi goreng campak-campak je bahan2 yang ada. Jadi saya nak kongsi resipi cendawan goreng saya kat sini.. Nasi goreng idok payah la yer koh koh.


 


Bahan-Bahan : 
Cendawan ( carikkan supaya lebih kecil)
Telur dalam sebiji atau dua biji
Serbuk pati ikan bilis Maggi
Serbuk roti ( boleh beli di Pasar Raya Giant)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya: 
Basuh cendawan selepas dicarik-carik
Masukkan sebiji telur
Masukkan 1 1/2 sudu teh serbuk pati ikan bilis Maggi dan gaul sebati
Panaskan minyak
Ambil cendawan yang sudah disalut telur tadi dan oleskan di atas serbuk roti bagi rata
Apabila minyak panas, terus masukkan cendawan tadi 
Goreng sehingga garing
Sedia dihidangkan
Boleh makan dengan nasi atau cicah dengan sos