Followers

Sunday, 2 November 2014

PEMANDANGAN DI PANTAI MURNI, YAN, KEDAH

Assalamualaikum semua..apa khabar hari ini? Yan, Kedah. Sememangnya daerah pelancongan. Ada gunung, air terjun, pulau, laut dan sawah padi.;)

Ok, jom layan pemandangan di Pantai Murni Yan, Kedah. Dekat jer dengan rumah saya.:) Pantai Murni ni kalau hari Jumaat orang ramai la sebab Kedah kan cuti..Jadi ramai lah orang datang bersiar-siar, lepak, makan-makan. Chalet atau homestay pon banyak di sekitar daerah Yan ni jadi x ada masalah untuk mereka yang ingin bercuti di sini. 

Jadi kalau sesiapa yg bercuti ke Kedah, jangan lupa datang ke Yan yer.:)







Saturday, 1 November 2014

REZEKI ALLAH ITU LUAS

Assalamualaikum semua sahabat..semoga semua sahabat dirahmati Allah.. Saya n dah macam biskut sekejap ada sekejap tak ada...hai la bukan apa..masa kadang x mengizinkan..maafkan saya..sob! sob! heheh..

Untuk sahabat yang tak tahu..saya dah berpindah ke Kedah. begitu juga dengan shuben saya..Mula mula dia takut juga. Yer la ..kawan kawan dia di KL cakap " Eh nanti kau mesti nyesal balik kg..kat sana bukan ada kerja sangat." Yerlah ..suami saya ini mmg pure org KL ...lahir sana..kuarga sana..sedaghe maghe semua sana.. Saya faham dia berdebar nak balik menetap di Kedah ni..Yang mungkin dia pon tak terfikir. Tapi disebab kan rumah peninggalan arwah emak ada dan dah bagi pada saya ..apa salahnya kami pulang dan berbakti di tanah yang ditinggalkan..x rugi pon..rumah pon tak payah bayar...

Saya balik dahulu ke Kedah. Lepas suami resign dia balik ke Kedah pula. Tapi itulah rezeki Allah itu luas.. Tak sampai seminggu balik Kedah.terus dia dapat kerja. Dan dekat je dengan rumah! dan salary pon alhamdulillah! Siapa kata duduk jauh dari KL x boleh cari makan? 

Dan saya pula disebabkan saya n memang suka memasak dan mengandam..maka saya gunakan kemahiran saya itu untuk mencari rezeki. Namun seawal pagi saya dah bangun sebab nak kena masak nasi lemak, nasi kerabu dan goreng mihun..Siapa yg tak tahan bangun pagi mmg rasa penat sangat..saya sendiri pon rasa letih sangat..tapi demi mencari rezeki...Dan saya berjaya buka gerai makan kecil di hadapan rumah saya jer. Saya jual nasi lemak daun lemuni, nasi kerabu kelantan, mihun goreng, lauk pauk dan untuk kuih muih saya bg tender kat mak anjang saya buat kuih sbb dia memang pakar. Dan yg bestnya sebelum pergi kerja shuben tolong saya niaga dulu. 

Dari 2 kg beras,..sedikit demi sedikit naik jadi 4 kg beras sehari...dan org mula datang ke gerai saya.. dan ada ketikanya sebelum pukul 8 clear semua..tp biasalah naik turun niaga ni..ada ketika x abes juga..namun sabar itu penting 

Saya teringat antara kata Ustaz Kazim,orang yg berniaga ni mesti jaga solat, sentiasa bersedekah..maka barulah rezeki tu akan lebih banyak..jadi kesimpulannya. Kalau kita bisnes kecil ke besar ke..kita kena berbalik kepada Allah. Itu lah kesimpulan yg paling jelas sebab rezeki itu dtg dari Allah. 

banner gerai saya:))

Saya dan Shuben tengah set up gerai sebelum jualan bermula di awal pagi:)


Wednesday, 1 October 2014

TELEKUNG LYCRA


Assalamualaikum semua. Siapa nak beli telekung lycra?

Haaaa, kat sini ada telekung lycra untuk org dewasa dan kanak-kanak. harga telekung lycra utk dewasa dan kanak-kanak ni ialah RM40. Postage RM 7 utk semenanjung dan tambah rm2 utk sabah dan sarawak. Saiz kanak-kanak bole pakai dari umur 5-8tahun

Pasai apa sama harga? Toksah tanya saya ya..nak buat camner ,harga dah lagu ni dah owner tu bg. I follow ja..rasanya dah murah dah kot..

Saya ialah agen untuk telekung lycra nih..berkenan sgt telekung mcm n.. Saya pakai telekung mcm ni juga lah kat rumah member terus berkenan.. ..:)

Stok insyaAllah sentiasa ada..


Tgk kod kod yg berkenan dan bgtau saya..kod untuk dewasa dan kanak-kanak sama ja ya..jadi sila lah pilih yer mana berkenan di hati. :))


RM 40 POSTAGE RM 7 Semenanjung Malaysia
Sabah Sarawak add RM 2 


POSTAGE HARI ISNIN  jer..

LAST PAYMENT MESTI DIBUAT PADA HARI JUMAAT. JIKA LEWAT PAYMENT,  POST AKAN DIBUAT ISNIN BERIKUTNYA. 
INSYAALLAH SEJUK. SELESA.
TOLONG WHATSAPP ATAU SMS SAHAJA 017-3218351. 

PERHATIAN: WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA SEPERTI YG TERDAPAT DALAM GAMBAR. YERLA KAN MUNGKIN LIGHTING KAMERA BAGAI..
sila rujuk kod ini sama ada untuk dewasa atau kanak-kanak

Tuesday, 23 September 2014

RUMAHKU SYURGAKU

Assalamualaikun

Walaupun dah agak lama pindah dari hujung ogos 2014 namun masih belum kemas lg rumah. Bukan apa .. Masih berulang alik ke kl lagi..hujung bulan ni baru husband balik kedah

See ..byk yg x berkemas lg...kotak byk lg x bebuka..tunggu shuben balik la kemas sama sama yg kemas cuma bilik tidur dan ruang tamu je..tu pon kemas sikit sikit je..

Saturday, 20 September 2014

SEJUK DI HARI SABTU

Assalamualaikum semua sahabat

Saya masih di kl..hihi..datang kl kejap sebab nak tunggu husband last keja hujung bulan ni nak balik Kedah sekali..sunyi pula duk di Kedah sorang sorang...bila sunyi..maka air mata saya mengalir..sob sob sob...Sbb dulu rumah tu meriah ada arwah ayah..ada arwah emak...Sekarang sunyi..jadi better saya ke kl jap rumah MIL...

Hari ini hujan di area Bandar Tasik Selatan n..grr grrr...sejuk...mau tarik selimut lagi pagi td tp malas la ...jd bangun buat kopi Perla..Perla coffee? Ya ya..saya minum Perla coffee sekarang sbb nak elakkan minuman berkafein... Kalau kulit jd gebu gebas pulak da satu bonus da kan..OK lah.korang APA plan today? Jenjalan ke? Shopping ke?huhu..

OK. Blanjer korang picture buah-buahan sikit..x der motip sebenarnya kah kah kah..ala tgk je lah yek yek...




posted from Bloggeroid