Followers

Wednesday, 4 September 2013

HUJAN

Beberapa hari ini hujan sahaja. sejuk melanda.. buka kipas satu pun rasa sejuk macam duk kutub utara je.

Teringat Ahad baru - baru ini balik dari kenduri tahlil dan beraya di rumah saudara ...masa tu dalam jam 8 malam ..saya nampak kemalangan yang dasyat. Keesokan hari masuk paper. mungkin ada yang terbaca di mana 3 pelajar kolej new era meninggal akibat kemalangan kereta. dasyat tau..beberapa btg pokok tumbang akibat dilanggar kereta tu dan kereta tu melambung masuk ke laluan bertentangan pula.. kejadian tu berlaku sekitar 6 lebih masa tu dan mungkin masa tu hujan dan jalan pula licin..

Jadi semua rakan rakan berhati hati memandu semasa musim hujan..malang tidak berbau..

Tuesday, 3 September 2013

CARA UPDATE ENTRY MELALUI HANDPHONE

image from google
Ni request dari blogger kak iedamimie camner nak update blog dengan menggunakan handphone. Semalam intan kerodek kerodek hp intan ni. Pastu Intan pergi dekat “Playstore” taip blogger ataupun blogspot. 
Pastu kuar icon blogger yang first sekali appear ..kira yg ada 4 stars tu..jangan ambil yang icon blogspot.  
image from google
terus intan install kak..Pastu dah boleh hupdate dah blog through handphone kak ieda..hehe…cer kak ieda try..dapat ke x buat.




Intan guna Samsung Ace Duos ja..tecik ja…tapi senang juga update guna ni..tak perlu adjust apa2..nak tulisan italic click ja..nak bold click ja..bila buka kat pc oklah x kecewa …hehe

Monday, 2 September 2013

Testing 123...456..789....

Testing testing...up.entry dari phone..nak tgk jadi camne..korang boleh baca post saya? kalau boleh tinggalkan komen ya..hihi..

tq and gud nite..:)

Selamat bekerja esok hari...

nampak.x gambar tu? itu gambar masa balik ke kl selepas berhari raya di kedah...

Sunday, 1 September 2013

INGIN MENUNAIKAN HAJI /UMRAH.?


Hari ini saya ada sedikit perkongsian..tetiba blog saya jadi blog cam serius..koh koh..:))

Kalau yang mana sudah ada produk yang cover untuk kesihatan (protection) dan mungkin ada plan nak ke Mekah lagi 10 thn ka, rasanya boleh cuba produk nan satu ni..

BOLEH RUJUK DAN CLICK SINI DALAM BENTUK PDF YANG SAYA CARI DI GOOGLE UNTUK INFORMASI LEBIH LANJUT.
image from google

Ok, saya ada satu plan/ produk atau takaful khusus untuk mereka yang ingin menunaikan Haji atau Umrah sambil menikmati manfaat manfaat  lain. . nak kena tgk dan ikut amaun berapa yg dicadangakn/berapa tahun/usia.. xpa, jangan khuatir..

Manfaat2nya byk.. Nak buat untuk anak anda? boleh..Nak buat untuk diri anda sendiri pon boleh juga. Semua boleh. Yang penting niat kita tu..:) 

Antara Manfaat:

Manfaat Ihsan

Manfaat Adha

Badal haji – Yang ni kalau anda meninggal atau menderita TPD (Hilang Upaya Penuh dan kekal maka kami akan melantik mana mana badan atau organisasi untuk melakukan Badal Haji untuk anda.

Perlindungan Tambahan
dan etc.


Apalah sangat saving sikit sikit untuk menjadi tetamu Allah kelak. Kan? Saya x mau cerita panjang lebar la ya..Kalau lah nak tau lebih lanjut atau minat ka silalah noooo hubungi saya cam beberapa orang blogger..Ada yang tanya protection plan la..ada yang nak amek untuk anak depa la..semua ni buat saya terharu dan buat saya bersemangat nak bantu orang. Alhamdulillah.

Sambil menyimpan Sambil beramal Sambil membantu peserta takaful yang lain Sambil mendapat manfaat berkali ganda ..bukan untuk kita saja..untuk keluarga kita juga.. 

SMS / Wasup /call  di 017-3218351 untuk pertanyaan lebih lanjut ya..jgn malu2 ya

Friday, 30 August 2013

NUKILAN DI PETANG JUMAAT

Petang  Jumaat yang damai.
Mindaku melayang-layang
Entah mengapa fikiranku kosong
Kosong-sekosongnya
Ditambah dengan kerdipan mata di sebelah kiri
Hampir seminggu berlaku
IMAGE  FROM GOOGLE

Ah …jangan difikirkan perkara yang buruk
Namun semakin kerap kerdipan tersebut berlaku..
Semakin hati ini tidak tenteram
Hati gundah gulana

Entah mengapa..Entah kenapa…
Pemikiranku sekarang tidak tenteram…
Ku tadah tangan dan berdoa…

Ya Allah Ya TuhanKu
Jauhkanlah kami dari segala bahaya dan bencana
Amin Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah Ya Tuhanku..

Panjangkan umur ibuku Hajjah Fatimah binti Haji Salleh..Amin Ya Rabbal Alamin
IMAGE FROM GOOGLE