Followers

Thursday, 8 November 2012

Ding Dang Datang Lagi!

amek dari google naaaa

Uhhhh..zaman kecik selain suka makan ghopok kam kam, cikedis, suka pi kedai cina perabih duit beli ding dang nih..uish mak sampai marah duk pi sedekah duit kat kedai cina …tapi disebabkan aku ketegaq nak juga makan ding dang nih, maka dia beli juga lah..sapa suka makan ni zaman kecik2? Rasanya kan, zaman la sama dak rasa dia mcm dulu? Ka saiz bebola ding dang makin koi kecik?

Bunyi Katak Ku Ingat Gergasi


Kisah bunyi katak ni zaman aku kecik2 dulu. Masa tu x silap aku dalam 5 tahun kot…agak2 la..tapi kisah ni memang aku ingat. Masa tu belakang umah aku ada tanah luas sebelum sampai ke sawah padi. Kat situ ada tanam banyak daun2 pandan. Satu hari lepas hujan , aku ikot mak aku g amek daun pandan..lepas tu sebab  tanah rumput masih basah, mak dukung aku sambil kutip daun pandan tu. Sekali aku dengar bunyi katak..bersahut-sahutan..TAPI MASA TU AKU INGAT BUNYI KATAK TU BUNYI GERGASI! Apa lagi, aku meronta2 nak turun dari dukungan mak aku..Aku takut kena makan dengan gergasi. Makin lama makin kuat katak tu duk Ong! Ong! Ong! Macam makin dekat je Sang Gergasi menghampiri aku..Aku terus terjun daripada dukungan mak aku, aku lari sekuat hati balik umah.. lepas tu baru aku tingat aku tinggalkan mak aku kat sana. Aku sedih sebab fikir mak aku kena makan dengan gergasi..Sekali mak aku balik sambil bawa daun pandan segenggam .Mak tanya “ awat cek lari?“ aku jawab ”Cek takut gergasi mak, mak x dengaq ka tadi bunyi gergasi kuat oooo” hahaha…budak2 oh budak2…fikiran jauh betul….tapi aku ingat balik memang aku tergelak..ada ka boleh pikiaaq bunyi katak tu bunyi gergasi.haahaha

Wednesday, 7 November 2012

Hantu Ikan Keli!



Seram x tajuk n? ke korang nak tergelak? Akakakakaka…ada ke hantu ikan keli masalahnya? Cenggini cerita dia…Kawan umah saya ni keja tol kat pasar borong KL ..err Pasar borong ni kat kg selayang ja tapi tatau naper nama dia pasar borong KL..hhehe..kekadang dia selalu bawa balik ikan , buah atau sayur orang pasar kasi..
Satu hari Nisa bawak balik ikan keli yang masih menguet menguet  ( bak kata org kedah duk bergerak2 lagi).  Dia suruh saya siang ikan keli tu. Mak aih..saya bukan reti siang ikan ni..ikan lain reti..ikan keli ni geli ..tp tang makan  x geli..hehhehe..nak tak nak masukkan dalam baldi.orang kata buh garam nak matikan dia..saya pon buh garam dalam baldi nak bagi mati..punyalah liat nyawa ikan ni..pastu agak lama sikit saya amek ikan tu..terketaq2 tangan..geli semua ada..pastu saya “sembelih” leher ikan tu…masalahnya tak putus dan saya lari ketakutan tinggalkan ikan tu..Nisa datang dan dia pon geli…lepas tu dia yang tolong potong kepala ikan tu..tapi muka Nisa nampak ketakutan , senget benget semua ada bentuk air muka..pastu kita orang campak ja kepala ikan belakang rumah..fuh tutup pintu belakang.selamat.  pastu terus goreng kunyit. Dah siap..kitaorang ratah makan dengan sos cili..sedap..tetiba nisa cakap “ EH, HANTU IKAN KELI TU NANTI DATANG KACAU KITA X? SEBAB KITA CAMPAK JA KEPALA  BELAKANG RUMAH?”  aku lak wat muka seram..erkkkkkk..tapi memang seram la sebab tengah potong kepala ikan tu, ikan tu masih hidup…sejak tu saya x pernah dah beli dan siang ikan keli..nak makan ikan tu, makan di kedai je..heheheh

CeriTa TenTang REmbat Buah DuRian



Cerita ni masa saya zaman bujang dulu. Masa kerja di kompeni lama, saya menetap di Kg Selayang Lama. Rumah kampung. Bilik satu je..rumah saya pulak bersebelahan dengan rumah Pakcik Zubir.. Apa yg memisahkan rumah kami hanyalah dinding papan.Jadi kalau kami gelak, menjerit ka bagai, memang keluarga Pakcik Zubir akan dengar dan sebaliknya juga kalau depa duk gelak bagai..kami dengaq juga.Saya dulu duk bertiga dengan  Nisa, Kak Ida..pas Kak Ida kawen tinggal saya dengan Nisa..Lepas tu ada la kuar masuk orang dalam dua orang ja..pastu kami duk dua ja..umah kecik ja..bilik air pon faham2la umah kampung, sewa pula tu..hehehe..Nak dijadikan cerita, kami Nampak ada dua biji buah durian dekat rak kasut umah..Nisa balik terus tanya buah durian sapa ni? Saya cakap tatau. Lepas tu kami assume Mak teh (mak menakan Nisa duk depan umah kami ja) bagi durian tu kat kami. Apa lagi kami bawak masuk durian tu dengan hati yang girang. Mau idak, bau nya pon dah membuka selera kami. Fuh! Buka saja, terserlahlah isinya..kami makan sambil ketawa riang di depan pintu umah yang dittutup rapat. Memang sedap betul.Habis buah durian tu kami kekah berdua..Erk kenyang.. Tidor dengan aman.

Pagi.
“kak nisa, Nampak x buah durian Pak Cik Zubir? “ tanya sepupu Nisa (anak Mak teh). Gulp ! Upanya kami dah bedal buah durian orang..Apa lg Nisa terus start moto , aku bonceng deru ke pasar borong selayang. Operasi- mencari durian terbaik sebagai pengganti..takot wooooo…lepas ditelek telek, kami dapat durian mahai gred terbaik , kami beli 3 biji..terus balik umah.
Kami ketuk pintu, bini dia kuar, “ kami minta maaf, semalam kami ingat durian tu mak teh bagi kat kami, tu kami ambik, n kami beli lain sebagai ganti..” tersipu2 kami malu..huhuhuhu
Mak cik tu amek dua biji , sebiji dia bagi kami..dan dia pon x marah , tapi dia tergelak sakan dengan kelaku kami..hhehehehhehe..petang tu kami dapat bubur durian dari mak cik…owh sedapnya..terima kasih daun keladi..hehe..banyak lagi aku nak cerita pasal rumah sewa ku yang satu ni..lepas aku dapat keja kat popular,aku terus pindah ke Bandar tasik selatan sehinggalah aku kahwin.lepas kahwin pindah duk kat belah nun, bukit jalil..:)

Soalan SPM BM Membuatkan Pelajar Menitis Air Mata?


Saya baru je terdengar SURIA FM…Halim Othman menceritakan bahawa satu petikan yang terdapat dalam soalan SPM telah membuatkan ada pelajar SPM menjawab sambil menitiskan air mata? HO memberitahu bahawa seorang budak lelaki bernama Amir di dalam cerita tersebut sering menjadi pemain simpanan dalam bola sepak sejak sekolah sehingga universiti. Dan datuknya sering menemaninya. Amir masuk universiti dan sekali lagi dia menjadi simpanan. Satu hari perlawanan bola sepak di universitinya  akan bertanding namun ditakdirkan datuknya meninggal dunia. Pada hari perlawanan tersebut tetiba Amir datang dan kebetulan juga pasukan universitinya sedang ketinggalan jauh dari pasukan lawan. Amir telah dimasukkan oleh coachnya dan apa yg mengejutkan Amir bermain begitu hebat dan berjaya menjaringkan gol. Pasukan universitinya telah menang. Selepas game tersebut, Amir duduk di satu corner dan dihampiri oleh coachnya. Dia berkata mengapa selama ni awak x tunjuk kehebatan awak..(lebih kurang mcm ni la kot walau ayat x sama dalam petikan) ..sudah tentu awak dah jadi top sebelum ni kalau awk bermain macam tadi.  Amir mengatakan yang dia bermain untuk datuknya. Datuknya semasa hayatnya ialah seorang buta. Dan bila datuknya meninggal, dia akan “melihat” Amir bermain…Cerita ini ada makna tersirat. Kan…apapun Good Luck Untuk pelajar SPM 2012.