Followers

Tuesday, 6 August 2013

RESIPI OMELETTE BERKEJU

Omelette ni saya buat semalam untuk buka puasa. Apa bahan yang ada dalam peti saya masukkan je..jadilah omelette versi saya. 
sebelum digulung

Bahan-bahan : 
4 biji telur
Sosej
Bawang besar potong halus
Keju (sebarang jenis keju la yang ada)
Seaweed (boleh beli kat pasar raya) ( kalau x ada pon x apa)
Black pepper
Garam
Gula 
Minyak masak 

Cara-cara: 
  • Pukul telur dan masukkan sedikit garam. 
  • Goreng bawang besar dan masukkan sosej..sosej tu potong sederhana besar ..buh garam dan gula sikit bg ada rasa.. Lepas tu angkat dan ketepikan. 
  • Masukkan telur dalam kuali. Buat goyang inul bagi telur tu rata..hak hak hak.
  • Kemudian letakkan seaweed, letakkan sosej dengan bawang tadi, dan last sekali taburkan keju dan black pepper.
  • Kemudian telur da agak garing, golekkan telur tu supaya dia jadi bulat dan bergulung, Saya tak jadi bulat pun...hehe..janji dapat makan..boleh makan begitu saja dengan cicah sos cili atau pun makan dengan nasi..kanak-kanak mesti suka tau..cubalah..
    gulungan yang tak jadi..haha

Selamat mencuba!

Monday, 5 August 2013

REBAN AYAM TERBAKAR KE?

Kisah ini berlaku baru -baru ini masa bukan puasa, sorry x sempat nak snap gambar .


“Cuk, reban ayam terbakar ke?” tanya Encik Firdaus.

“Hoh!? mana ada reban? camner leh boleh b kata reban ayam terbakor ni ha?” sambil mata aku bulat-bulat terkejut..(camner eh mata bulat2 terkejut tu..haha)

“Ni ha, kaki ayam cuk goreng semua ni hangit2 belaka…” kata Encik Firdaus sambil pegang kaki ayam sambil wat gaya cam ayam nak cakar..

Kot kot ayam tak sempat lari dari reban abes terbakar termasuk kakinyaaaa… adeh laki aku nihhh…

Adeh adeh……kaki ayam tu jadi gitu sebab aku perap dengan pelbagai rempah termasuk kicap tu jadi cam hangit lepas digoreng..koh koh koh…

Esok lusa kalau buat sup kaki ayam, aku nak cakap kat Encik Firdaus..” Ni ha, reban ayam tenggelam dalam banjir!” hehe..


Oklah, ni mungkin entry saya yang terakhir untuk minggu hari raya..lepas balik bercuti barulah saya sambung balik up entry..jadi mungkin dalam bercuti berhari raya tu saya memang tak bw ke rumah kalian..jadi jangan marah naaa.;))


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan:


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 

Friday, 2 August 2013

RESIPI MINUMAN AVOCADO

Saya memang suka try. Saya x pernah makan avocado tapi sejak tgk org makan , saya teringin juga. Curious juga nak tau apa rasanya. Rasa? x ada rasa apa..Cuma lemak ja. Saya beli pon 3 biji ja..tu pon sebab nak juga rasa..sebelum ni bubuh dalam burger. Kemudian saya cuba buat minuman.

Saya kalau teringin saya cuba juga cari tapi kalau dah mahal gila makanan tu ,idakla saya tergedix2 nak. Biarlah kita guna bahan-bahan yang murah tapi kita pandai olah sendiri agar nampak menarik. 

Saya buat ni beberapa hari yang lalu. Ni pon sendiri sendiri je try.

Bahan-bahan:

Sebiji buah avocado buang bijinya
Susu pekat dalam 2 – 3 sudu besar
Air                                   
Alternatif lain (mungkin boleh combine sekali dengan pisang)
Ais sedikit

Cara-cara:
  • Blend semuanya sekali. Pastu tuang dalam cawan.
  • Saya taktau nak kategori minuman ni kategori jus ke. smoothie ka…x apa lah..janji boleh minum.
  • Kalau tak kena dengan selera korang, maaf la ya..selera saya ok …sebab rasa lemak2 berkrim..hehe..

RESIPI SUP KIMCHI DAGING DAN BIBIMBAP

Salam semua!! Haiii..mesti berkobar-kobar korang nak raya kan kan? Saya ala kadar ja…serius this year simple sahaja..

Ok, semalam saya ada plan nak masak sup kimchi dan bibimbap kan. Saya masak memang saya olah version saya ya. Untuk nasi bibimbap saya guna bahan yang mana ada ja ya. Kalau ikutkan nasi ni banyak guna sayur-sayuran. Tapi saya ada pun x banyak. So simple ja. Semalam buka puasa makan ni lah..hehe

Seperti yg saya janjikan, ini lah resipinya.

SUP KIMCHI DAGING LEMBU


Bahan-bahan:
Kimchi ( boleh didapati di pasar raya seperti Giant, Tesco dan lain-lain)
Daging lembu
Cili padi (saya tambah sendiri untuk dapatkan kepedasan)
Sedikit cuka
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis

Cara-cara masaknya:
  • Ambil daging dan masukkan air juga ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan kimchi (agak-agak ..nak lebih masuk lebih)
  • Masukkan cili padi (tak perlu potong, just ketuk2 ja)
  • Masukkan sedikit cuka, gula , garam dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa
  • Tutup periuk dan biarkan mereneh. Agak2 daging dah empuk ok lah. Tutup api dan hidangkan.


NASI BIBIMBAP (VERSI SAYA)


Bahan-bahan:
Nasi
Daging kisar @ daging burger yang dihancurkan
Terung dihiris nipis
Tauhu
Bawang putih
Black pepper
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasaknya:
  • Masak nasi
  • Goreng telur mata kerbau. Ketepikan.
  • Terung digoreng. Semasa goreng terung taburkan black pepper dan garam. Ketepikan
  • Goreng tauhu. Garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih. Masukkan daging kisar @ daging burger hancur. Masukkan lada hitam, sedikit garam dan gula dan serbuk pati ikan bilis. Goreng seketika sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan sedikit nasi dalam mangkuk. susun semua bahan-bahan yang digoreng tadi dengan cara anda. Boleh juga letak sedikit kimchi yang beli tadi di atas nasi.


Pilihan lain, anda boleh hiris nipis nipis lobak merah, timun jepun atau sayur-sayur lain yang anda inginkan. Olahkan sendiri resepi anda! hehe…

Cara makan:
Gaul semua bahan-bahan tadi dengan nasi. Makan dengan sup kimchi daging!..Saya suka! Mungkin sesetengah orang x suka kimchi jadi mungkin boleh tukar kepada sup tomyam kan! Yang penting selera anda.  





Thursday, 1 August 2013

DAGING LEMBU, KIMCHI, BIBIMBAP DAN AVOCADO

Salam Semua..Korang plan nak masak apa hari ini untuk berbuka? ke nak beli kat bazaar Ramadhan ja?

Semalam saya ke Giant. Saya ada beli daging lembu yang ada lemak dan bertulang..ala yg dipotong bentuk empat segi tu…tau? tatau buat buat tau la..x reti nak explain oowhh..

Saya duk fikir apa nak masak hari ini. Kemudian saya teringat kat Channel 728 x silap pasal makanan Korea. Orang Korea suka makan sup kimchiKimchi ni merupakan sayuran sawi putih yg dijerukkan..ada juga sayur2 lain..makanan tradisi orang Korea..

image from google : Kimchi

Kalau rajin ingat nak g beli kimchi masak dengan daging yang dibeli tu. Mereka panaskan sup kimchi dengan daging, ada sayur-sayuran dan pelbagai bahan lagi. Nampak sedap. Bila masam-masam ni boleh buka selera kan? Saya dengar Kimchi ni dikatakan baik untuk kesihatan menurut sumber dari WIKIPEDIA

Dan saya teringin nak buat nasi ni version saya. Nasi favourite orang-orang Korea. BIBIMBAP! Sihat kan..banyak sayuran di atas nasi tu..sampai x nampak nasi.. Insya Allah saya akan olah cara saya.. Nanti kalau saya buat saya up entry okeh..:))
image from google : bibimbap


Haaa lupa …semalam saya ada blend avocado dengan susu pekat..sedap juga macam avocado smoothie!
image from google

Avocado tu saya selalu taruk dalam burger atau sandwich je..sebab tgk  especially orang orang eropah suka sgt dengan buah avocado ni..Buah avocado ni banyak khasiatnya antaranya ada asid folik dan vitamin B6 ..ada banyak lagi khasiatnya saya je malas nak taip..haha.. orang barat ni, mereka masukkan avocado dalam makanan seperti:

·       buritto
buritto : image from google
·       burger
·       sandwich

Cubalah..mana lah tau sedap dan kena tekak korang..tekak saya ni ok ja....:)

Selamat Berbuka semua!