Followers

Tuesday, 6 November 2012

Saya Gilerkan Cerita Dari Studi Ghibli!

Pernah dengar Studio Ghibli..? Diaorang ni orang Jepun.Diaorang buat cerita cartoon yang sangat best. Setiap cerita durasinya sangat panjang dan saya anggap setiap ceritanya ialah movie. Apa yang diceritakan dalam setiap movie sebenarnya ada benda yang cuba disampaikan? Tak percaya cuba anda tengok satu movie nya dahulu ..

Grave Of Fireflies- saya tengok ni mencurah2 air mata menangis..husband pon tengok terkedu.


Cerita yang sangat best!
My Neighbour Totoro - cerita yang sangat menghiburkan berkaitan kekeluargaan




Howl's Moving Castle

Kiki's Delivery service


dan banyak lagi mcm The Cat Returns. Pom Poko, Princess Mononoke, Only yesterday, Spirited Away dan  bla bla...so enjoy:)

USaha TangGa KEjAyaaN

Ermm..dari kecik kata2 ni kita dah biasa dengar..huhuh...tapi ini bukan usaha dalam subjek pelajaran dan kerjaya...tapi usaha saya dan encik somi untuk menimang cahaya mata. Sudah dua tahun lebih kami kahwin tapi belum dikurniakan lagi dan sehingga kini kami masih berusaha..apatah lagi "bendera merah" saya selalu ting tong....hahah..ting tong ni sejak masuk UiTM..dulu masuk2 ja ada macam minggu wawasan siswa x silap..ala macam sesi meraging juga la..hahaha...mungkin sebab terlalu penat terus x stabil..lepas tu kena g klinik amek ubat hormon.. 

Sekarang saya dengan encik somi baru 3 hari mengamalkan makan set kesuburan SK ALkhisbun. Ada Hulba sekali. Susu kambing yang dicampur dengan herba2 dari Tanah Arab. Nak tau lebih lanjut cer GOOGLE..mesti ada punya..hehehe..ada kawan2 pernah cuba x yg n? Yang penting usaha kan..Doa...dan tawakkal..Moga2 ada lah rezeki kami. Ameen..Kawan2 yang lain ada pengalaman x sebelum mendapatkan cahaya mata, apa yg korang cuba makan, cuba telan..cer  cerita sikit..hehehehe...

Monday, 5 November 2012

SRA Popular Bhd 2012

Hari Penganugerahan kepada staff Popular setiap tahun memang meriah..Sejak intan masuk sini tahun 2008 -sehingga tahun ini 2012, acara2 yg diadakan semakin meriah, paling best of course cabutan bertuah 

Grand lucky draw this year dapat percutian ke Bali, Indonesia selama 4 hari 5 malam untuk 2 org dan pocket money RM1000 .haaa..Tahun ini SRA Popular Bhd buat di Hotel Price Court bersebelahan Pavilion. So sini intan letak beberapa picture ye..sikit jew:)



Ayam Stim Habatus Sauda dan Serbuk Kayu Manis.



Semalam saya lari dari kebiasaan masak ayam stim. Lagipun husband suka ayam stim. Jadi sy createkan resipi baru supaya rasa sikit berlainan.
Ini resipi style sy..Kalau korang nak ubah ikut cara korang terpulang la ye,hehehe..
perap ayam dahulu bersama bahan2


sedia untuk di stimkan

tadaaaaa! da siap...

Bahan-bahan:
Ayam ( saya ambil dua ketul besar dan potong kecil, lebihkan bahagian yang ada tulang sebab sy  x suka sangat bahagian isi).
Sedikit serbuk perasa – boleh juga guna half kiub ayam
Secubit garam
Sedikit gula
Secubit serbuk habatus sauda
Sedikit serbuk kayu manis
Cilia padi dalam 3 biji (potong besa2)
Tomato (potong 4)
Herba hei zao (macam kurma bentuk tapi bukan kurma)
Bawang putih (potong nipis)
Bawang merah (potong nipis)
Bawang besar jika ada leh tambah


Cara-cara
-        Gaul ayam dengan semua bahan tadi.
-          Perap dalam 30 minit.
-         Masukkan air dalam periuk. Panaskan.
-        Ayam diletakkan dalam kertas aluminium. Bungkus dan lipat kemas. Buatkan sedikit lubang di kertas itu untuk mudahkan ayam masak.
-        Letak ayam tadi dalam bekas pengukus. Stim ayam tersebut selama 40 minit dengan api yang perlahan. Nak cepat masak buka api kuat..kuwang kuwang..hehe..terpulang la pada anda berapa lama nak masak..kalau dah agak masak tu angkat dan hidangkan..:)
-        So siap makanan sihat anda.:)

Oh PBS, Oh KSSR…



Saya belum menjadi seorang ibu tapi saya percaya ramai ibu bapa sekarang yang pening kepada dengan sistem pelajaran terkini. Saya yang terlibat dalam bidang penerbitan buku untuk preschool, SK, SJKC pon serabut kepala…Buku2 prasekolah memang kebanyakan kami sendiri yang tulis di sini..Dah merangkap sebagai author dah ..:) hahaha..Baru nak memahami KSSR dengan sepenuhnya, tetiba tup tup tup dah tambah PBS. Guru-guru pun pening kepala.Pihak publishing pon kalut juga sebab nak kena selaraskan buku2 yang perlu diterbitkan selaras dengan sistem terkini..kang naya x ada sapa nak beli buku sebab x ikut peredaran..hahaha.Sekarang saya tengah focus menulis untuk buku Tahun 1 SJKC . Owh sakitnya kepala!..hehehe…Percaya tak kadang2 nampak buku cth prasekolah nampak mudah dan senang dan murah..tapi masa yang diambil untuk menulis dan menyiapkan buku tersebut dengan lengkap memakan masa berbulan2. Saya sudah dalam bidang penerbitan sejak tahun 2005 sehingga sekarang…memang banyak yang saya belajar dan masih belajar dan sekarang sedang belajar mengenai PBS..duk fikir latihan macam ni nak relate dengan Band mana..wah ada Band 1, 2, 3, 4, 5 dan 6..macam MUET kan budak2 zaman sekarang..Saya rasa, ini pendapat saya lah , bukan x boleh buat , namun kementerian perlulah mengkaji sedalam2nya untuk buat sesuatu perubahan..sebab saya rasa baru sahaja ditukar KSSR namun kini PBS pula..hmmm..apa kata anda ? hehehe..