Followers

Wednesday, 9 November 2011

I LOVE MY KAMPUNG

Pinjam dari Google
      Bila aku dilahirkan ke dunia, aku rasa dunia yang aku kenal, dunia inilah...bagiku inilah tempat yang terbaik dan paling tenang dalam hidup aku. Kampung Sungai Yan, Yan Kechil, Yan Kedah. Pernah dengar Gunung Jerai?? Gunung Jerai tu betu-betul di belakang rumah aku. Ada sawah padi. Ada batas ban . Best. Dulu-dulu lepas orang menuai, kami ramai2 akan turun ke sawah, sebab sawah masa tu penuh dengan ikan.Ada ikan haruan, puyu. Kami budak2 la paling seronok. . Ada yang mengail ikan. dan paling best guna tin biskut yang besar tu untuk tangkap (serkup) ikan. Haa...pengalaman indah wooo...Orang-orang tua memang terror guna tin biskut ni utk tangkap ikan.
Pantai Murni ketika senja -pinjam dari google images
    Kampung  Sungai Yan ni dikelilingi oleh laut, gunung, sawah padi, air terjun..bak kata orang lengkap la...kalau laut tu, boleh ke Pantai Murni, Yan Besar. Kat sana boleh bawa keluarga lepak2, makan,tengok Pulau Dayang Bunting, Telor, Songsong, Bidan. Kalau di Kampung Kuala Sungai Yan, situ tempat nelayan2..dan banyak bot-bot nelayan di situ. Kalau nak cari makanan laut,ikan kering, sotong kering, keropok ikan, belacan, dan lain2 lagi, boleh ke Tanjung Dawai. Dari situ juga boleh naik bot ke Pantai Merdeka.. Dekat sangat.
     Walaupun umah aku betul2 belakang Gunung Jerai, namun apa yg melucukan aku x pernah naik ke puncak. tapi kat atasnya memang lawa.  Kalau ke Yan, jangan lupa untuk bermandi manda di sana. Banyak kawasan air terjun. Kalau yg datang dari jauh, banyak chalet2 yang menanti. boleh pilih..hehe.. Air terjun Batu Hampar (kat sini ada rumah penginapan Sultan Kedah) , Air tejun Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi,. Selain tu , barang siapa yang nak mengeluarkan peluh boleh naik Tangga Kenari. Haaa...berpeluh x hingat punya.. Dulu Kampung di daerah Yan, x silap Kampung Raga pernah memenangi sungai terbersih, tak ingat la pula peringkat apa...tapi dulu kecik2 selalu ronda2 sana..cantik2 rumah dan kawasan persekitaran kat situ..sekarang tataula cemana..dah lama x pernah pi dah.
         
Kalau dari KL, boleh exit Tol Gurun, terus menghala ke Pekan Gurun, lepas tu teru ke Pekan Guar Chempedak. Bila sampai betul2 kat traffic light Pekan Guar Chempedak, belok kiro dan terus, Dari situ anda boleh lihat sawah padi dan Gunung Jerai dari dekat menyambut ketibaan anda. Kalau nak beli buah-buah segar, boleh ke Pasar Tani berdekatan Pekan Guar Chempedak. Pekan Sungai Yan pula ada Pekan Senayan (Isnin) setiap hari Isnin. Paling best bulan puasa. Memang banyak sangat makanan yang boleh anda jumpa dan kadang2 anda x jumpa di KL. huhuhu
     Apa yang pasti, walau ke mana aku pergi pon. dan walau stinggi mana aku berada, Kampung Sungai Yan Kechil, tetap di hatiku.. I LOVE MY KAMPUNG SO MUCH!

8 comments:

Qhaifa Nur said...

salam singgah

best sangat ada kampung kan, akak juga tiada..cedih

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

intanfirdaus247 said...

salam kak...huuhhu..ala jangan cedih2 eh...anggap kampung intan macam kampung akak juga..huhuh....ok, kang intan folow alek..tq kak, follow blog intan..:)

intan morsalin said...

kunjung balas ke sini...tqvm sudi singgah umah i..wah..sonoknyer kg u...mcm2 ade...rupanya byk tempat menarik kat yan yer..bleh suggest kat hubby gi bercuti ke yan ni...hehheh
hehhe...nama kita sama la...suker2

u follow me...i follow u back dear...mmmuah

intanfirdaus247 said...

haha..nama sama...tp real name intan lain..tapi famili panggei nama intan dr kecik ag..huhuhuhu...jom kak g melancong ke yan..hehe//tq kak sudi folo...:)

mama aryan said...

bestnya kampung intan..dekat gunung jerai lg,ada sawah lak tu,akak teringin nak pegi tempat mcm tu,sbb akak ni kg felda je,cuma ada pokok getah ngan sawit je

NaZiRaH @ Ezyra said...

WAH... bestnya, ...;-)

QasehnyaRania said...

ooo..yan ye..

sy masa sekolah slalu ke sebelah sana..telepas ke singkiaq :)

Deq's Qienz said...

lama beno tak lalu area yan nih..rindu pulok rasanya :D