Followers

Monday, 14 November 2011

Daun Lemuni

gambar diambil dari Google
          Pernah dengar nama daun lemuni? Dulu masa saya kecil, halaman rumah saya ada arwah ayah tanam pokok lemuni. Warna daun macam nak purple and green .Sekarang dah tak ada dah pokok tu. Dah lama dah arwah ayah tebang. Walaupun pahit namun banyak juga khasiat daun lemuni ni. Daun lemuni ni sinonim dengan perubatan tradisi orang Melayu.Dikatakan air rebusan daun lemuni yang muda boleh mengubati muntah darah. Arwah ayah dulu pernah mandi dengan air rendaman daun lemuni. Dikatakan juga jika kita mandi dengan air rendaman daun lemuni ni, boleh memulihkan anggota badan yang lemah.
           Selain tu, nasi daun lemuni pon sedap tau. Saya tak tahu resipinya namun masa kecil dulu juga, pernah makan nasi daun lemuni kakak buat. sedap sangat! Makan dengan ayam masak merah atau sambal ikan bilis yang pedas tu! Fuh! Memang menjilat jari. Apapun, banyak lagi khasiat2 yang boleh kita temui dan kaji yang terdapat di muka bumi ini. Allah Maha Besar!

2 comments:

Alin Marlini said...

Nasi daun lemuni? tak penah tengok on..trylah buat intan..

intanfirdaus247 said...

Alin: X silap dulu ada dalam episod masakan dari istana x silap, kerabat Raja Perak buat..intan x reti buat..hehe..tapi kalau cr dalam internet ni pasti jumpa resipinya...sedap..pahit2 tapi berkhasit..:)