Followers

Sunday, 11 November 2012

TENgOk NeWs TV9 BaRu tauuuu...

Hari ni lepas pi umah MIL, balik umah lepak2...cuaca cam biasa...mendung ja..(seronok cuaca macam ni) ..


Kemudian..tepat jam 8 malam. buka TV9 untuk tgk news...sekali ada berita mengenai kereta-kereta di kawasan pangsapuri di Bukit Jalil  disimbah asid oleh individu tidak dikenali, Saya pon  panggil encik somi...

" Tengok nih! ada keta kena simbah kat Bukit Jalil!" (Sebenarnya cuma alert perkataan Bukit Jalil je) Sekali Encik Somi cakap eh, ni kat depan ni ja. Maknanya pangsapuri depan umah kita orang je..Rupanya kita orang sedap je tidur pagi tadi mana la nak sedar tambah2 weekend kan..Kesian ngat kat mangsa2 yang kereta diorang kena simbah tu. Sapa yang buat ni pasti akan terima pembalasannya.. kalau bukan di dunia, di akhirat pasti.

Kat sini ada macam2 bentuk pangsapuri. Ada yang 5 tingkat. Ada yang berbelas tingkat.. Semuanya pagar lain2..Fuh takut pulak lepas tu. Walaupun ada guard dan blok di situ dua blok ja, tapi tetap kena. Blok saya pula, sharp jam 12 malam , kena kunci pintu pagar utama.so semua penghuni memang ada kunci pagar utama..hehehe ..macam kem kan..Tapi sini memang taman tentera punya..Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Actually kawasan sini memang tenang , so green...tapi sayangnya kali ni tercemar dengan benda yang tidak elok ni..hmm..macam2 hal..

Friday, 9 November 2012

HADIAH DARIPADA JEMARI SURI...TQ:)

Entry ni saya buat khusus untuk BLOG JEMARI SURI yang sudi memberi hadiah kepada top 10 pengomen  blognya dan nak tahu saya ialah salah seorang daripadanya! hehehe...terharu giler..Blog JS ni antara blog terawal yang saya follow masa mula2 kenal dunia blog memblog n..hehe.. so sesapa yang nak kenal JS ni bolehlah follow blog dia..

Terima kasih JS atas hadiah itu dan Intan sangat2 menghargainya. Semoga ikatan ukhuwah kita semakin erat. InsyaAllah!

Saya doakan juga semoga JS sentiasa bahagia, ceria dan dilindungi Allah selalu..Ameen! 

Daun Karapole


“ Cikmi (panggilan manja mak saya kat saya) , pi ambik sikit daun karapole belakang rumah.”
Haaa…tu dulu2 rajin tolong mak pi kepak ranting daun karapole bg mak nak buat tumis gulai ikan .. Mungkin ada yang tau apa itu daun karapole..dan mungkin ada yang tak tahu..macam bunyi ala2 India sikit kan..

Saya pon tak tau kenapa nama dia daun karapole dan pasai apa orang utara panggil dia daun karapole..rasanya la ni ramai dah x panggei kot nama ni.

Daun karapole ni sebenarnya daun kari.. saya dah biasa dengan daun karapole ni..tapi sejak dah lama duk kl ni lama dah x panggei daun karapole ni…duk panggei daun kari. Sat g takut orang tak paham lak… hehehe..Daun karapole ni boleh juga dibuat ulam ..bukan makan yang daun tua tu…tapi makan yang pucuk muda..cicah dengan sambal belacan sikit, makan dengan nasi…fuh sedap..ada sikit ikan goreng pon dah cukup.. Saya ni memang kuat berulam. Maklumlah orang kampung dan selamanya saya orang kampung walau da kerja di kl dan kawen dengan orang KL. Dari kecik mak saya memang ajar saya makan ulam..setakat jering kerdas tu selamba ja balun..hehehhehe..sedap…semua jenis ulam saya makan..Di sekeliling rumah arwah ayah banyak tanam ulam2an …nak ja pi petik..Di KL n nak ulam sikit pon kena beli ..

Thursday, 8 November 2012

Al Fatihah Buat Yang Telah Tiada


Malam ni, seorang diri menghadap laptop..buka blog..sekali terpandang blog yang saya follow iaitu blog BICARA MAK DARA, entry nya kali ni buat saya cukup sayu... Kini telah sebulan arwah ayahanda  Mak Dara pergi meninggalkan Mak Dara . Bila saya baca entrynya...saya sebak sebab rupanya sudah 5 tahun arwah ayahanda saya pergi meninggalkan saya..Arwah Haji Othman Bin Haji Ahmad.. Arwah ayah meninggalkan saya pada Hari Jumaat, 2 Ramadhan , 2007...selepas solat Jumaat... saya masa tu tengah bekerja di KL, mendapat panggilan dari kampung mengkhabarkan ayah telah pergi buat selamanya.. Saya sempat bercakap di telefon dengan arwah dua hari sebelum arwah pergi. Arwah tiada penyakit apa2, cuma mungkin sakit tua sahaja. Arwah pergi dalam keadaan yang cukup tenang..sambil duduk di atas kerusi yang macam kerusi malas tu..tangan dalam berkiam...

saya pulang dan sampai ke rumah, dan memandang jenazah arwah ayah, hancur luluh melihat ayah terbaring kaku..namun saya redha..dan sayalah orang yang paling akhir meninggalkan kubur. Saya berkata dalam hati.." Ayah, cek balik dulu" ..Buat Mak Dara, semoga Mak Dara tabah menghadapinya. Al Fatihah

Ding Dang Datang Lagi!

amek dari google naaaa

Uhhhh..zaman kecik selain suka makan ghopok kam kam, cikedis, suka pi kedai cina perabih duit beli ding dang nih..uish mak sampai marah duk pi sedekah duit kat kedai cina …tapi disebabkan aku ketegaq nak juga makan ding dang nih, maka dia beli juga lah..sapa suka makan ni zaman kecik2? Rasanya kan, zaman la sama dak rasa dia mcm dulu? Ka saiz bebola ding dang makin koi kecik?