Followers
Sunday, 11 November 2012
TENgOk NeWs TV9 BaRu tauuuu...
" Tengok nih! ada keta kena simbah kat Bukit Jalil!" (Sebenarnya cuma alert perkataan Bukit Jalil je) Sekali Encik Somi cakap eh, ni kat depan ni ja. Maknanya pangsapuri depan umah kita orang je..Rupanya kita orang sedap je tidur pagi tadi mana la nak sedar tambah2 weekend kan..Kesian ngat kat mangsa2 yang kereta diorang kena simbah tu. Sapa yang buat ni pasti akan terima pembalasannya.. kalau bukan di dunia, di akhirat pasti.
Friday, 9 November 2012
HADIAH DARIPADA JEMARI SURI...TQ:)
Entry ni saya buat khusus untuk BLOG JEMARI SURI yang sudi memberi hadiah kepada top 10 pengomen blognya dan nak tahu saya ialah salah seorang daripadanya! hehehe...terharu giler..Blog JS ni antara blog terawal yang saya follow masa mula2 kenal dunia blog memblog n..hehe.. so sesapa yang nak kenal JS ni bolehlah follow blog dia..
Terima kasih JS atas hadiah itu dan Intan sangat2 menghargainya. Semoga ikatan ukhuwah kita semakin erat. InsyaAllah!
Saya doakan juga semoga JS sentiasa bahagia, ceria dan dilindungi Allah selalu..Ameen!
Daun Karapole
“ Cikmi (panggilan
manja mak saya kat saya) , pi ambik sikit daun karapole belakang rumah.”
Haaa…tu dulu2 rajin
tolong mak pi kepak ranting daun karapole bg mak nak buat tumis gulai ikan ..
Mungkin ada yang tau apa itu daun karapole..dan mungkin ada yang tak
tahu..macam bunyi ala2 India sikit kan..
Saya pon tak tau kenapa nama dia daun karapole
dan pasai apa orang utara panggil dia daun karapole..rasanya la ni ramai dah x
panggei kot nama ni.
Daun karapole
ni sebenarnya daun kari.. saya dah biasa dengan daun
karapole ni..tapi sejak dah lama duk kl ni lama dah x panggei daun karapole ni…duk
panggei daun kari. Sat g takut orang tak paham lak… hehehe..Daun karapole ni
boleh juga dibuat ulam ..bukan makan yang daun tua tu…tapi makan yang pucuk
muda..cicah dengan sambal belacan sikit, makan dengan nasi…fuh sedap..ada sikit
ikan goreng pon dah cukup.. Saya ni memang kuat berulam. Maklumlah orang
kampung dan selamanya saya orang kampung walau da kerja di kl dan kawen dengan
orang KL. Dari kecik mak saya memang ajar saya makan ulam..setakat jering
kerdas tu selamba ja balun..hehehhehe..sedap…semua jenis ulam saya makan..Di
sekeliling rumah arwah ayah banyak tanam ulam2an …nak ja pi petik..Di KL n nak
ulam sikit pon kena beli ..
Thursday, 8 November 2012
Al Fatihah Buat Yang Telah Tiada
Malam
ni, seorang diri menghadap laptop..buka blog..sekali terpandang blog yang saya
follow iaitu blog BICARA MAK DARA, entry
nya kali ni buat saya cukup sayu... Kini telah sebulan arwah ayahanda Mak
Dara pergi meninggalkan Mak Dara . Bila saya baca entrynya...saya sebak sebab
rupanya sudah 5 tahun arwah ayahanda saya pergi meninggalkan saya..Arwah Haji
Othman Bin Haji Ahmad.. Arwah ayah meninggalkan saya pada Hari Jumaat, 2
Ramadhan , 2007...selepas solat Jumaat... saya masa tu tengah bekerja di KL,
mendapat panggilan dari kampung mengkhabarkan ayah telah pergi buat selamanya..
Saya sempat bercakap di telefon dengan arwah dua hari sebelum arwah pergi.
Arwah tiada penyakit apa2, cuma mungkin sakit tua sahaja. Arwah pergi dalam
keadaan yang cukup tenang..sambil duduk di atas kerusi yang macam kerusi malas
tu..tangan dalam berkiam...
saya
pulang dan sampai ke rumah, dan memandang jenazah arwah ayah, hancur luluh
melihat ayah terbaring kaku..namun saya redha..dan sayalah orang yang paling
akhir meninggalkan kubur. Saya berkata dalam hati.." Ayah, cek balik
dulu" ..Buat Mak Dara, semoga Mak Dara tabah menghadapinya. Al Fatihah
Ding Dang Datang Lagi!
![]() |
| amek dari google naaaa |
Uhhhh..zaman kecik
selain suka makan ghopok kam kam, cikedis, suka pi kedai cina perabih duit beli
ding dang nih..uish mak sampai marah duk pi sedekah duit kat kedai cina …tapi
disebabkan aku ketegaq nak juga makan ding dang nih, maka dia beli juga lah..sapa
suka makan ni zaman kecik2? Rasanya kan, zaman la sama dak rasa dia mcm dulu? Ka
saiz bebola ding dang makin koi kecik?
Subscribe to:
Posts (Atom)
