Followers

Showing posts with label mekap pengantin. Show all posts
Showing posts with label mekap pengantin. Show all posts

Sunday, 11 May 2014

Kelas Mekap

Ni EntRy MelekaT. Scroll ke bwh untuk entry baru ye.

Salam semua. Bg area KL dan Selangor yg berdekatan yg ingin belajar asas mekap boleh lah menghubungi saya di talian 013-3392894 @ 017-3218351 (intan). Sabtu dan Ahad.Kalau nak request ke tempat anda di negeri-negeri lain, Intan perlu arrange baik -baik dan jumlah org nak attend pon kena ada ramai  sikit. 

Hendak minta tolong kawan-kawan follow blog andaman /mekap saya FOLLOW BLOG MANIS TOUCH OKEY:)  boleh tak? 

**Jumlah orang sekurangnya 2 orang. Maksimum 6 orang.
**Bayaran RM50 sahaja seorang.
** Saya akan pergi ke tempat anda. Jika jarak tempat anda terlalu jauh, saya akan caj sedikit sahaja duit minyak..sikit jer caj tambahannya ya..heeee..jgn bimbang okeh
** Sediakan barang mekap apa yg anda ada dan boleh guna brg mekap saya juga.
**Sediakan seorang model untuk saya tunjukkan cara cara mekap untuk anda belajar.

** Kalau nak datang dan belajar di rumah saya sila beritahu lebih awal dalam seminggu camtu ker..Rumah saya di Bukit Jalil.

Wednesday, 11 December 2013

Ke Marriot Putrajaya Cek Intan Hari Ini

assalamualaikum..cek nak p otel tu hari ni...cek dpt job mekap dinner...Alhamdulillah..tima kasih pada semua yang selalu bg smangat pada saya especially Cik Nur ,Aisy Nasiha, Deqla Manjew, Fasz, Lin Ratu Hati dan semua kawan kawan yg cukup kuat bg sokongan untuk saya terus mekap org bg santek santek...Allah ja yg dpt balas jasa kalian.amin...

Monday, 9 December 2013

JIKA ADA TEMPAHAN MEKAP DI DAERAH YAN DAN SP

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua, 

JIka ada sesiapa yang nak buat tempahan mekap di daerah yan  dan Sungai Petani boleh call saya dua atau tiga bulan awal untuk buat tempahan awal..Saya boleh get ready untuk pulang ke kampung lebih awal.

Kalau ada yang hendak kahwin masaTahun  BAru Cina di kawasan berkenaan dan memerlukan mak andam, bolehlah hubungi saya di talian 017-3218351(Kak Intan)

Siapa ada jual produk especially foundation giffarine atau supra kroyolan bagitau yer..saya tengah mencari2

Sunday, 8 December 2013

KELAS MEKAP 8/12/2013- PRESINT 18 PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini selesai KELAS MEKAP BERGERAK KE RUMAH ANDA!. Hari ini dua orang sahabat baik dan dua-dua nama Nadia. Maka sorang saya panggil Nad, dan seorang lagi saya panggil Nadia untuk elak kekeliruan. Kelas asas mekap ni saya pergi ke rumah Nad di Presint 18. Alhamdulillah selamat sampai dan yang terharu layanan Nadia dan Nad sungguh baik..Terharu..Tq Nad dan Nadia.:) 

Kelas bermula : Dalam jam 10.30 pagi.
Selesai habis : Dalam jam 1.15 petang
Barang-barang: Barang mereka sendiri yang mana ada ja dan barang saya juga:) 

Cara saya, saya ajar teknik mekap kepada mereka berdua dan mereka aplikasi pada muka mereka sendiri dan mereka saling membantu mekap sesama mereka. Saya tolong mereka sikit-sikit sahaja apply kat muka mereka sebab saya nak diaorang buat sendiri. Pelbagai teknik yang saya ajar pada mereka.  

Tapi saya sangat kagum sebab Nad dan Nadia sangat sabar dan hasilnya bagi mereka yang first time mekap betul sangat menakjubkan bagi saya. Syabas Nad dan Nadia. Jom kita layan gambar mereka. 

Gambar A: Saya ni memang pelupa. Nasib masa tengah bentuk kening saya teringat so baru permulaan mekap maka saya sempat snap gambar mereka. Nad,keningnya agak tebal dan Nadia pula keningnya sangat nipis dan hampir tiada penghujung bulu kening. See , Nad dan Nadia cuba buat kening mereka sendiri dan hasilnya seperti di bawah. Saya guna teknik sorok bulu kening. heheh. Gambar muka sahaja sebab saya menghormati mereka bertudung ya. Pandaikan Nad dan Nadia bentukkan kening walaupun mereka agak kekok..Tapi saya puji mereka, mereka tak putus asa.
Nad

Nadia

Gambar B: Mereka mekap sendiri dan cuba membantu antara satu sama lain. Muafakat la katakan..hehe..Mana mekap yang mereka ada ,mereka gunakan sebab saya nak selepas tamat belajar mereka
boleh guna barang yang mereka ada..  

                                                 





Gambar C: Sebelum memakai bulu mata palsu...Jom bergambar dulu..hehe. 




Gambar D: Selepas pakai bulu mata palsu dan beberapa touch up lagi. DAN INILAH HASIL KERJA TANGAN MEREKA SENDIRI! Kelas Asas Mekap Tamat!  Syabas Nad dan Nadia! 













Sesiapa yang nak mekap kelas/mekap dinner bolehlah hubungi saya di talian 017-3218351 (Intan)

Wednesday, 4 December 2013

AKU PULA JADI PELUPA

Assalamualaikum.

Semalam dalam jam 8.30 malam macam tu, datang Shafira (Fira) yang nak belajar kelas asas mekap. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......aku lupa!!!
image from google

Dah dia balik baru aku teringat aku lupa snap gambar dia!!! Arghhhh...dah whats app dia namun mungkin dia x baca dan dah tentu2 hari ini dia dah cuci muka dia..takkan nak tidur x cuci muka pulak!

Macam tu juga kesnya masa saya g mekap Kakak kepada pengantin di Rumah Tamu Datin Halijah..saya mekap Puan Hana tu, lepas mekap saya balik rumah! Apa daaaaaaa..lupa sajaaaaa..FUh ! Ahad ni jangan lupa snap picture orang yang nak belajar tu,..InsyaAllah

Monday, 2 December 2013

JADUAL KELAS ASAS MEKAP BARU BERMULA.SYUKUR ALHAMDULILLAH

Saya baru jer promote  LINK  dan Alhamdulillah ada feedback yang bagus. 

Ahad 8 /12/213- Presint 18 Putrajaya Jam 10 pagi

Selasa Malam 3/12/2013- di rumah saya Bukit Jalil (yang ni special request dia nak datang belajar seorang di rumah saya) Jadi saya takda hal lah sebab dia yang datang ke rumah saya.

Alhamdulillah..Rezeki di Bumi Allah itu luas!! Kan??


image from google image

AKHIRNYA....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

AKHIRNYA SAYA MENARIK NAFAS LEGA..
Saya sudah beritahu boss untuk resign dan saya rasa lega. 

So ,saya fokus buat part time kelas mekap dengan harga yang murah..So sesapa yang nak belajar mekap boleh cari saya ya. CLICK SINI.

Lepas ini misi mencari kerja..di KL..Mungkin akan cari kerja di Kedah juga...part time pon ok ..so sesiapa ada maklumat, please let me know ok!


Thursday, 28 November 2013

PLAN SAYA

Assalamualaikum…
Cerita saya begini…banyak cerita dalam satu entry…saya mix mix..

Kerja ok di tempat baharu Cuma tidak sistematik dan  jauh. Almaklumlah saya sudah biasa dengan kerja yang sistematik dari ofis lama..dekat 6 tahun kat ofis lama. Jadi bila saya kerja sini yang tak ada sistematik saya jadi blur dan saya kurang berminat dengan kerja di sini. Tapi saya still buat kerja ini sebab kerja ialah amanah untuk kita. Tapi hakikatnya saya tidak akan lama di sini.

Yang best sini  ialah walaupun kompeni ini kecil tapi ada wif! Hehehe…

Plan saya untuk resign maybe next year mungkin bulan 3 atau 4. Kemudian insyaAllah nak balik kg ..atau mungkin akan buat part time sikit dulu d KL.

Sapa ada nak minta saya mekap untuk sebarang majlis boleh cari saya la. Kawan2 blog yang ada kawan2 nak kahwin boleh calling-calling saya.
image from google

Saya juga ada plan nak buat kelas mekap dengan harga yang murah. Rasa rasa ada orang nak tak? Weekend je.

Ok, sekian terima kasih.


Tak sangka Johan nak kahwin dengan Lana Nordin. Tapi itulah rahsia Allah..Jodoh Ajal Maut semua Hanya Allah Yang Mengetahui

Sunday, 2 June 2013

MEKAP PENGANTIN – DEWAN BERLIAN WISMA LJT

Sabtu baru (1/6/2013)  ni berlangsung majlis kahwin Paksu saya  di KL. So kat sini saya mekap sekali lagi. 

Pengantin perempuan request mekap simple and soft sekali lagi. Dan pengantin lelaki pon sy touch up sikit supaya nampak segar. :))

Jika sesiapa ingin dapatkan servis mekap saya boleh contact saya di talian 017-3218351 (area KL/Selangor) ..If negeri lain, masih boleh dirundingkan.:) Harga berpatutan.

sorry gambar bukan dr kamera pro:))








Monday, 27 May 2013

MEKAP PENGANTIN & KENDURI KAHWIN


Salam semua…

Banyak yg belum saya publish lagi dan belum go through satu persatu segala komen kawan2 sekalian.maafkan saya.owh penatnya saya..huhu…

23 hb bertolak dengan mak mertua dan husband ke rumah bakal mak su (rakan saya juga)  di Kg Berchang, Kuala Lipis Pahang. Sampai malam terus terbongkang di rumah yg disediakan untuk family kitaorang.

24 hb Mei..rombongan sedara mara saya sampai di Kg Berchang, Kuala Lipis. Depa sewa bas DBKL untuk 2 hari. penuh bas cik kiah …dan ada lg yg berkereta..Bayangkan dalam rumah yg ala2 homestay tu penuh sedara mara kitaorg dan bergelimpangan tidur.  Saya ramai sepupu lelaki maka husband dan sepupu sepapat lelaki dan bapa2 sedara semua telah terjah ke satu homestay yg lain sebab situ ada kolam ikan. Tapi sepupu sepapat perempuan semua x nak tidor sana..banyak nyamuk..haha..Tapi Pak Su (pengantin) dengan sepupu sepapat semua pulun tidoq sana pastu duk mancing sampai kul 4 pg….amboeh depa..

Okey2 berbalik cerita kenduri ni.

24 hb jam 5 petang saya dah standby rumah maksu.  Dia request untuk make up nikah yang simple and light2 je…so saya buat make up ikut permintaan pengantin.  Guna bulu mata yg simple je..bukan yg lebat sampai leh buat awning ..koh koh…

25 hb  hari bersanding..saya buat tebal sikit tapi make up still lembut dan simple..haa …yg ni guna bulu mata tebal…nampak ler galak sikit matanya ye…saya siap mekapkan pengapit sekali..

Dan 1 hb Jun ni saya akan mekapkan lagi..so tunggu yer..nanti sy upload lagi lepas settle majlis.

So layanlah beberapa keping gambar. Mana yg terlebih terkurang mohon maaf ya. 


Jika sesiapa ingin dapatkan servis mekap saya boleh contact saya di talian 017-3218351 (area KL/Selangor) ..If negeri lain, masih boleh dirundingkan.:) Harga berpatutan.

P/s: maaf ler..ni guna kamera biasa je..dan takder edit apa2..huhu
MALAM AKAD NIKAH
HARI KENDURI




MAK MERTUA DAN MAK2 SEDARA SAYA


HUSBAND DAN OUR COUSINS




PENGAPIT- SIMPLE JE SAYA MEKAPKAN.





Monday, 8 April 2013

REQUEST ENTRY DARIPADA BLOGGER JAAKECHIK YG CUTE

BANYAK LAGI KOMEN BELUM PUBLISH DAN BELUM SAYA REVIEW..(SABAR YE KAWAN2) HUUHU..

Okey berkaitan dengan entry INI , Blogger Jaakechik ada request / tanya saya apa yg menyebabkan mekap tu nampak glowing.


Okey Jaa, yang menjadikan mekap tu glow,inilah rahsianya..ehehhe.. masa finishing mekap tu kak intan gunakan loose powder kat bawah ni. Untuk kulit melayu biasa ni kak intan guna kod 02. Kalau nak beli bgtau kak intan ..kak intan ada jual... cara nak pakai dia, amek sikit dan guna span yang dia kasi, dap dap kat muka lepas sapu foundation bagai lepas tu sapu dengan brush bagi rata pada muka.

RM 18
PEARL WHITENING LOOSE POWDER
TEKSTURNYA YANG LEMBUT DAN HALUS
BUAT WAJAH ANDA LEBIH SHINING , CANTIK DAN GEBU.
KOD 01- KULIT CERAH
KOD 02-KULIT NATURAL
KOD 03- KULIT SAWO MATANG
Dan antara foundation yang kak intan guna ialah Naturactor. Mekap untuk model hari tu kak intan kod 151. kalau kulit cerah boleh guna kod 140. Kalau penggunaan biasa, sapu sikit ja. Kalau  untuk mekap pengantin, kena buh banyak la sikit. yg ni kak intan jual RM30. Sold out buat masa ni kod 151. 


Blusher untuk model tu kak intan guna yg nampak shining, baked blusher 3d. Ni RM12 kak intan jual. No 8 dah sold out. Lain2 masih ada. Memang kalau pakai pipi akan nampak ala2 kilat dan glow gitu... memang santek kaler dia.


Last sekali shading hidung kak intan guna press powder kod 04 (gelap tau) yg ni. Powder gelap ni bukan untuk pakai muka, kak intan buat khusus untuk shading. Sapa nak pakai kat muka pon boleh .Sebelum tu hidung dah shading dengan foundation yg memang gelap. Powder ni pakai masa last sekali lepas dah pakai bedak semua. 



hehe..harap Jaa puas hati dengan sedikit penjelasan kak intan..Kalau nak tau lebih lanjut kena la datang belajar make up class dengan kak intan..hehe..so kalau mana2 yg berkenan boleh la roger2 kak intan. sms/wasup/wechat semua boleh. dialu-alukan

Saturday, 6 April 2013

CONTENG-CONTENG MEKAP DI MALAM HARI

Dah balik kampung , apa lagi langkah parit di malam hari pi rumah kazen.Naseb dekat jer..marathon or lari bawak sebeg alat2 mekap..cam org giler pon ada gak..hahah... Dan anak dia jadi mangsa keadaan. Untuk pengetahuan , saya main2 jer make up. shading hidung tak buat.!!kening pon x buat betul-betul!!!. Tengah2 malam cek oiiii...     

Jadi inilah hasil main2 mekap..ahaks!!

foundation : Naturactor (saya ada jual sapa nak, haha!! sempat lagi) , supra, dan MAC..semua saya blend sekali.
Loose powder Miss Rose
Eyeshadow Miss Rose 
Lipstick & lipgloss Miss Rose

P/s: Debar nak make up org nikah, dan kawen hujung bulan 5 ni..doakan sy buat yg terbaik yer
aucak!!
Ada macam Azean Erdawaty  zaman muda tak? koh koh

**ini mekap di bawah ini semalam saya buat.:))**
tema : hijau