Followers

Wednesday 30 October 2013

MIMPI ..DEMI MASA

Assalamualaikum …
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Lamanya tak update blog. Saya nak update sikit ja.

Saya selalu buat tahlil untuk arwah emak dan arwah ayah. Kalau saya baca Al Quran dan berzikir sekali pun saya sedekahkan juga untuk mereka “di sana.”

Selepas emak pergi, saya mimpi arwah ayah sekali dan emak dua kali.  Mimpi paling terkesan dalam hati ialah semalam. Saya mimpi arwah emak. Saya pakaikan emak telekung dan kain sembahyang dan hamparkan sejadah untuk emak bersolat. Emak solat duduk sebab lepas arwah x boleh jalan , emak memang sembahyang duduk.

Selepas sembahyang emak cakap dengan saya. Dia suruh saya ambilkan Al-Quran dan dia nak baca Surah Al Asr. Demi masa….

IMAGE AMBIL DARI GOOGLE IMAGE


Kemudian saya cium tangan dia, saya mohon ampun dan maaf dan saya peluk dia..saya cakap saya rindu dan sayang emak. Emak cakap dengan saya kalau sayang berhenti kerja..Tiba-tiba saya teringat mungkin sebelum dia meninggal saya berhenti kerja untuk jaga dia. Saya terjaga dan waktu Subuh rupanya dan saya dengar Encik Firdaus tengah baca Al Quran. Saya terus ambil air sembahyang dan bila saya menghadap sejadah saya, saya sebak. Say baca sura Al Asr juga masa sembahyang Subuh tadi.

Dua hari lepas mimpi jumpa arwah ayah. wajah ayah gembira sambil cakap “Kita kena kebumikan arwah emak cepat ni.” seolah-olah ayah sedang uruskan pengkebumian emak.. Saya Cuma cakap “Ayah, jangan lupa sampaikan salam saya pada arwah emak. Ayah cakap, “InsyaAllah”..Saya terus terjaga.

Saya ambil kebaikan dari mimpi saya ini. Mungkin arwah emak ingin ingatkan saya bahawasanya masa kita singkat di muka bumi ini, jadi buatlah amalan sebanyak mungkin sebelum kita meninggal. Mimpi memang mainan tidur. Tapi jika mimpi itu membawa kebaikan dan membuatkan kita lebih semangat untuk buat amalan kebaikan , maka itu adalah baik.


Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Sekian.

Friday 18 October 2013

ORANG PALING KAYA IALAH

Bismillahirrahmanirrahim
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.

Ramai manusia yang menjadi orang terkaya di bumi Allah ini. contohnya

Versi Forbes rilis Maret 2013:

1. Carlos Slim Helu
Jumlah kekayaan: 73 Miliar USD 

2. Bill Gates
Jumlah kekayaan: 67 Miliar USD 

3. Amancia Ortega
Jumlah kekayaan: 57 Miliar USD 

4. Warren Buffet
Jumlah kekayaan:  53,5 Miliar USD 

5. Larry Ellison
Jumlah kekayaan: 43 Miliar USD 


Versi Bloomberg Millionaires Index :

1.Bill Gates
Jumlah Kekayaan: 73,7 Miliar USD

2. Carlos Slim
Jumlah kekayaan: 71,4 Miliar USD

3. Warren Buffett
Jumlah kekayaan: 60,4 Miliar USD

4. Amancio Ortega
Jumlah kekayaan: 56,7 Miliar USD

5. Ingvar Kamprad
Jumlah Kekayaan: 55,7 Miliar USD

Akan tetapi orang yang paling kaya sebenarnya di sisi Allah ialah mereka yang melakukan perkara di bawah.Sila baca seterusnya:))

Syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melakukan amalan sebanyak mungkin sebelum maut menjemput kita.

Sebelum datang kerja tadi saya ada mendengar satu kuliah di TV9 mengenai Kelebihan Solat Subuh. Selain itu saya juga tertarik dengan SOLAT SUNAT FAJAR yang dilakukan sebelum kita solat Subuh. Ganjarannya memang besar wahai para sahabatku..

“Nabi tidak pernah menjaga solat sunat melebihi perhatian
Beliau terhadap dua rakaat sebelum subuh.” (Muttafaq ‘alaih)

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya
Daripada Saiyidah Aishah r.a. isteri Rasulullah SAW,
Bahawa baginda telah bersabda:
Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik
Daripada dunia dan segala isi buminya”.


Masa bagi solat Fajar ialah setelah masuk waktu subuh  iaitu selepas azan subuh.

Cara Mengerjakannya

Bilangan rakaat – 2 rakaat 

Lafaz Niat Solat Sunat Fajar




“Sahaja aku solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Bacaan surah selepas Al-Fatihah

Rakaat Pertama – baca surah Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas

Setelah memberi salam  bacalah yang ni:


Ertinya : “Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan, aku mohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan Nur MakrifatMu, Ya Allah! Ya Allah! Wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih: kasih yang pengasih.”


D   Doa selepas solat sunat 



Ertinya : “Ya Allah, ya Tuhan Jibril dan Mikail, dan Israfil dan Izrail dan Tuhan Muhammad s.a.w., selamatkanlah aku dari api neraka.”


Jadi, selagi kita masih bernafas, jomlah solat sunat fajar sebelum kita solat Subuh. Sesungguhnya mereka yang melakukan solat sunat ini lebih kaya daripada mereka-mereka ini kerana ganjarannya tiada tolok bandingnya. Yang pasti yang fardhu jangan ditinggalkan.

Sekian, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk kita semua..InsyaAllah.

Thursday 17 October 2013

KENALI MEREKA

Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam


pic from google
Saya sekadar ingin berkongsi di mana selepas ibu meninggal setiap malam saya suka mendengar bacaan Yaasin yang saya download dari Play Store. Luckily yang saya download itu tak perlu Internet untuk saya mendengarnya. Ada 6 orang Qari yang memperdengarkan bacaan masing-masing. Sungguh syahdu dan mengubat hati saya yang sedih. Sampai sekarang Alhamdulillah setiap hari saya mengamalkan bacaan Yaasin dan sememangnya surah ini memberikan ketenangan. Selain itu amalkan baca Al Quran. Dan selepas itu saya taip di Google nama-nama Qari-qari ini dan Alhamdulillah saya terjumpa laman web ini: 



Laman web di atas ini membolehkan anda mendengar bacaan Al Quran dari Syeikh kegemaran anda. Mungkin anda ada boleh dengar sambil buat kerja di pejabat atau di rumah. InsyaAllah jadikan amalan membaca dan mendengar Al-Quran sebagai amalan harian kita semua. 


Antara Qari yang menjadi kegemaran saya:


Sheikhs AlSudais and Shuraim (Apabila mendengar bacaan Syeikh ini apa yang menyentuh hati saya, beliau menangis kerana sebak)-Maaf tak letak gambar




                                    Mishary Rashid Alafasy


                                           Saad Al-Ghamdi



        Mahir Al-Muaiqly



Dengarkan bacaan Surah Al Mulk daripada Syeikh Mishary Rashid Alafasy :

                                                 


SELAWAT TAFRIJIIYAH

sumber gambar di atas dari SINI

Sumber text di bawah saya copy dari SINI
Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
.
 Imam ad-Dainuri r..a.
  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.




Monday 14 October 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ALLAH MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI..

Alhamdulillah… Saya mendapat tawaran kerja yang baru, Syukur pada Allah. Berita tersebut saya terima pada hari Jumaat 11 Oktober ..10 hari selepas pemergian emak saya selepas saya nekad resign demi emak saya. Alhamdulillah..dan selepas tawaran tersebut datang lagi panggilan temuduga yang lain. Saya masih bekerja di kompeni lama sehingga 31 Oktober ni…x sabar rasanya nak start kerja selepas Maal Hijrah nanti..


Apa yang saya nampak secara jelas dan terang di sini. Jangan takut untuk berbuat sesuatu demi orang tua kita walaupun melibatkan masa depan kita kerana rezeki itu Allah yang tentukan.  Jangan takut untuk berjuang demi Allah, ibu dan bapa kita. Alhamdulillah..

Friday 11 October 2013

SIFAT PERIKEMANUSIAAN

Hidup perlu ada sifat kemanusiaan..Itu sahaja. Tambahan jika kita sebagai seorang ketua. Saya last day keja sini 31 Oktober 2013.

Sebabnya? Sebab saya nak ambil cuti tanpa gaji utk balik kg dan jaga arwah emak pada mulanya. Bos cakap ok u clear kerja atas table boleh balik..Saya pulun kerja..bawak balik rumah…lepas settle hari Rabu saya ckp dengan bos saya nak cuti dah.. Tau apa dia cakap

“Ohh tak boleh ooo…siapa nak buat kerja u? Mesti sampai ozalid.(Ozalid ialah stage yang terakhir sebelum buku diterbitkan)..

Saya terkedu sedih semua ada. Balik rumah saya menangis di pangkuan suami. Saya nekad resign kalau demi emak saya. Esok (Khamis) saya hantar surat resign kepada 2nd boss. Dia terkejut sebab dia tatau apa2. Saya cerita dari Ato Z..Dia tekejut apa yg boss tu buat..Dia cakap kita mesti utamakan family kita dulu. ..Rakan2 yang lain pun sependapat..RAsanya manusia yang ada hati memang akan sependapat..Cuma hati batu ja kot yang x ada sikap kasih pada ibu bapa..

Saya cakap saya rela resign kalau diperlakukan macam ni..Ini nyawa ibu saya. 2nd boss cakap nanti dia akan cakap dengan boss..So dia masuk dalam bilik boss dan bercakap. Kemudian lepas 2nd boss keluar, boss panggil saya masuk.

Now dia putar cerita lain pula. Dia cakap “eh u fikir ozalid tu apa? ozalid tu sampai stage final sahaja. nanti saya tolong u cek ozalid..ini surat resign I keep dulu ok sbb kalau u nak resign x boleh balik oooo..u fikir dulu”

Eh selama saya bekerja x pernah pulak ozalid jadi stage lain..Hmm orang mahu selamatkan diri..Dah pernah kena juga dah sebelum ini..dia selamatkan diri dia dulu sebab salah printing. dikatanya saya yang sign ..x apa itu cerita lama.

2nd boss cakap “u balik dulu jaga emak u..kalau need cuti just let me know..dalam masa tu u boleh fikir sama ada nak resign or tak..”

Jumaat tu 2nd boss kol “ U dah siap kerja? kalau x siap, biarkan ..u balik saja..nanti I ask her (boss) to release u..”

Lepas buat kerja sampai lunch kira dah siap..boss panggil saya masuk.” Ok, u boleh isi form balik kg…eh ini surat resign mcm mana? “

Saya cakap, “Nanti saya balik kg dulu sebab u kata x boleh balik kg kalau nak resign..”

Dia cakap “Eh kalau mau resign kena cepat oooo..saya mau cari orang lain”..

Saya..”Ok, proceed” Saya x ralat sebab rezeki tu di tangan Allah..  dia nak saya resign lepas sy tolong dia siapkan. Tak apa..Allah ada…

2nd boss cakap pada saya boss cakap pada dia yang saya misunderstanding…wah 3 kali cakap perkara yang berlainan…mula2 camni..pastu camni..lepas saya nekad resign ..camni pula..itulah orang yang hanya penting kerja kerja kerja..duit duit duit…ca ya nun alif …hmmm

Tapi Allah bagi saya sekejap sahaja dapat jaga emak..Emak memang tunggu saya..Bila ingat tu saya memang hiba sanga.Tapi saya redha. Semua yang jadi ada hikmah.

5 thn saya bekerja dengan penuh komited tapi ini yg saya dapat…secebis perikemanusiaan sahaja saya minta bukan banyak pon..Dan saya memang x boleh pandang langsung manusia itu sebab hati saya sakit sangat bila kenangkan hal tersebut.

InsyaAllah tahun depan (mungkin hujung tahun) saya dan suami akan pulang ke kampung dan tinggal di sana untuk jaga rumah pusaka dan menjaga kakak dan abang ipar pula..sebab depa dah tolong saya jaga arwah emak dan ayah sepanjang saaya di kl.Ini ialah masa saya pula menjaga dan membalas budi depa.


Thursday 10 October 2013

SEMOGA KITA MENGHADAP ALLAH KELAK DALAM KEADAAN HUSNUL KHOTIMAH.AMIN.

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Maafkan saya para sahabat kerana saya belum ada masa untuk bw...saya xpernah lupa pada semua sahabat..cuma sekarang ini saya belum kuat betul-betul lagi..

Kini saya mengharungi hidup sebagai seorang anak yatim piatu. Terima kasih kepada semua para sahabat yang mengucapkan takziah dan mensedekahkan Al Fatihah kepada arwah ibu saya Hajjah Fatimah binti Haji Salleh. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian.

Cuma sedikit yang ingin saya kongsi dengan semua sahabat..Pemergian emak saya memberikan kesan yang mendalam terhadap saya. Banyak perubahan yang ingin saya lakukan dalam diri saya.Ingin memperbaiki diri saya terutama dalam agama. Dan saya berdoa semoga saya dan semua orang meninggal dalam husnul khotimah. Apa itu husnul khotimah? Boleh baca di SINI.

Hajat saya bila mati kelak dapat saya bertemu kembali dengan arwah emak dan ayah. InsyaAllah. Doakan…

Alhamdulillah emak pergi pun dengan penuh rahmat. Jam 7.40 petang. Sebaik meninggal, azan maghrib pun berkumandang.. Saya tidak mahu berbangga-bangga cuma sebagai pedoman buat saya sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik. itu sahaja..

Dalam keadaan nazak, ibu lantang mengucap syahadah dan doa Nabi Yunus.




Berpeluh-peluh dahi emak dan bacaan Yaasin terus dibaca oleh makcu saya semasa saat saat akhir ibu. Saya kakak dan abang memohon ampun dan maaf dari emak dan kedengaran suara emak berkata-kata..”ampun” ..maknanya emak mengampunkan kami adik beradik..Dan akhir nafas emak, berlinang air mata emak….Air mata terakhir emak..Innalillah..

Apa yang saya terkedu..setelah jenazah ibu diangkat ke atas katil ..saya mencium wajah ibu berkali-kali sepanjang malam..dan terbit bau wangi yang saya taktahu bau apa..Saya bertanya kepada kakak adakah makchaq meletakkan minyak atar kepada ibu…lantas makchaq saya kata mana ada..Allah Maha Besar..Kuasa Allah..

Pagi esok, saya menjalankan amanah yang emak berkali-kali pesan supaya mandikan jenazah dia. Saya lakukan dengan perasaan kasih sayang dan saya mencelakkan wajah ibu cantik-cantik untuk bertemu Allah.  Kemudian saya dan sepupu lain mengangkat jenazah ibu untuk dikafankan.

Dan sewaktu saya membantu ustazah yang bertanggungjawab mengkafankan emak, Alhamdulillah kain kafan terlebih-tebih , Terbit dari mulut Ustazah tersebut..”Alhamdulillah jenazah ini penuh rahmat..”. Saya menaiki van jenazah bersama anak saudara saya untuk menghantar jenazah ibu buat kali terakhir.

Alhamdulillah ramai yang datang sembahyang jenazah emak. Anak saudara yakni cucu emak yang sembahyang kan jenazah emak. Dan satu lagi rahmat , sebaik jenazah sampai di kubur, pakcik yang menggali kubur mengukur sekali lagi keranda dan diukur semula saiz lubang kubur dan kubur itu terlebih luas..

Pakcik yang gali kubur tu cakap..”Alhamdulillah,,ini sudah bagus”.. Jenazah ibu dapat disemadikan di sebelah kubur arwah ayah seperti yang diinginkan emak. Alhamdulillah.

Yang membaca talkin, anak saudara saya iaitu cucu emak, Ustaz Saalim Jaafar, yang membaca Qulhu pula ialah anak saudara saya juga iaitu cucu emak, Umair Jaafar dan doa penutup dibaca oleh abang ipar saya Ustaz Jaafar. Alhamdulillah. Kami dapat sempurnakan dengan lancar.

Mungkin amalan-amalan emak yang saya tahu. Ini bukan untuk dibangga-bangga ya tapi sebagai satu semangat untuk kita buat lebih baik untuk menghadapi kematian kelak..Yang wajib memang wajib emak buat. Selain itu apa yang saya tahu emak sentiasa berpuasa Isnin Khamis, berpuasaa 3bulan 6 hari, solat sunat dhuha setiap pagi, sentiasa membaca Al Quran, mewakafkan tanah /sawah untuk surau dan perkara2 berkaitan agama, suara emak sentiasa lembut ja bila bercakap dgn orang, bersedekah setiap kali Jumaat ke masjid dan amalan2 lain yang saya mungkin tidak tahu. Emak walaupun sakit tak pernah merungut..sentiasa positif ..Dan paling penting, emak menjaga dan mendidik saya dan kakak dengan baik. Terima kasih emak..

Hajat saya berhenti kerja untuk menjaga ibu tidak kesampaian..sempat beberapa ketika sahaja menjaga ibu saya.  Semoga saya mendapat kerja yang lebih baik daripada yang ada sekarang ini. Amin.

Harap2 para sahabat tidak salah sangka sebab apa yang saya cerita ini bukan sebagai satu kebanggaan Cuma sebagai pedoman untuk saya dan sahabat2 sahaja. Tiada langsung rasa riak di hati kecil saya ini.


Ya Allah, Kau matikanlah aku dalam cahaya keimanan. Semoga kami semua pergi menghadap Mu Ya Allah dalam keadaan yang baik dan beriman. Amin Ya Rabbalalamin..

Berbaktilah kepada ibu bapa kita selagi mereka masih ada. 

AL-FATIHAH




Wednesday 2 October 2013

IBUKU TELAH PERGI BUAT SELAMANYA

SUMBER DARI GOOGLE


Tepat jam 7:40 malam bersamaan 1 oktober 2013 ..ibu saya Hajjah Fatimah binti Haji Salleh telah pergi meninggalkan saya buat selama lamanya...


Sebelum arwah pergi saya sempat tukar pampers ..suap arwah mkn..paling saya sedih tatkala memohon maaf dan juga sedikit air mata ibu pada akhir nafas sambil arwah tidak henti mengucap kalimah syahadah.

Seperti yg arwah pesan dia mahukan saya yg memandikannya bila meninggal maka saya tunaikan dari mandi..mengkafankan arwah saya lakukan..sehingga ke liang lahad..tak terperi hiba saya...dan kerana ibu juga saya berhenti sudah dari tempat kerja sebab ibu saya ialah yg utama.. Kerja boleh cari tapi ibu hanya satu..


Al Fatihah buat arwah Hajjah Fatimah binti Haji Salleh...