Followers

Friday 30 November 2012

NAMPAK MACAM SEDAP ..

Disebabkan restoran favourite x buka di Puncak Jalil..so decide pergi restoran satu lagi dekat situ2 juga...x pernah lagi masuk kedai ni....order beef steak, encik somi nasi paprik. then sampai..tada...nampak menarik juga ..cube baca sampai abes entry ni..:)



tapi......bila makan daging liat ok lagi... ni daging dia bau x syok..pastu gigi dah sakit dah..try makan mashed potato..sekali suap je..bagi encik somi lak..dia rasa ..diam ...masam!!! saya just makan sayur dia ja..pastu paprik dia encik somi cakap emm..boleh boleh je....sebab x nak membazir kesian encik somi habiskan  beef steak tu..tapi mashed potato mmg x boleh makan....kesian tgk dia kunyah.Huhuhu ..Air sirap limau. semua RM25..saya x kisah bayar banyak tapi biarlah makanan tu berbaloi..dan x pi dah kot..pertama dan terakhir makan di situ. Malas nak cakap nama restoran kang mengaibkan pula. mungkin makanan2 lain sedap kot..entahlah

TAKZIAH


Takziah untuk abang saya yang kehilangan FIL pagi semalam. Al Fatihah.

WEBSITE ONDSCENE

HARIAN METRO 

Thursday 29 November 2012

Terima kasih Blogger NurFara Hani

Entry ni khusus untuk blogger NURFARA HANI .. Kerana apa , kerana saya join Pencarian Bloglist Disember yang dianjurkan oleh Fara dan saya bertuah kerana tersenarai di situ. So sapa yg belum terjah Fara boleh la bersuai kenal dengannya. Sweet girl .Terima kasih Fara


nampak blog saya tu? hehehe

Kisah Mimpi


Ni sebenarnya dah beberapa hari dah kisah ni. Hari ni baru teringat nak hupdate sini. Satu malam masa tengah bobok (tidur) , tetiba saya dengar encik somi macam tengah meracau seolah2 tengah fight dengan sesuatu. Saya terjaga terus kejutkan dia.

Bila dia buka mata saja, dia tanya “TV kita ada x?” Saya jawab, “Ada, Kenapa?”

…Rupanya encik somi mimpi..mimpi orang curi TV ..yang kelakarnya tau dia kata apa. “Nampak sorang pak lebai tengah angkut TV kita, duk panggil pak lebai tu..nak kejar tapi x dapat2..” Lagi kelakar dia terus bangun dan pi tutup pintu dapur. Saya gelak sambil cakap, “ Hai , takut pak lebai amek tv sampai bgn pi ttp pintu dapur? “’ hahaha…

Mimpi ni kadang2 mengarut2 kan…kan

Suka Lagu Ella

image google

Saya paling suka lagu2 Ella…sampai sekarang suka kalau dengar lagu2 dia..sebab sedap sedap..Paling suka lagu Permata Biru dan Kesal. Sekian entry nih. :P

Isi Kelapa Dengan Telur Kuning Ayam Kampung

Encik Somi pernah g berurut dkat sorang WaK n..dekat area tol batu9 cheras kajang x silap...Wak ni memang urut untuk lelaki sahaja. Ramai juga yg g berurut dekat dia kawen bertahun2 akhirnya dapat zuriat..Ni salah satu cara kita usaha.Allah suka orang yang berusaha kan. Ada sorang adik tu (lelaki) kawen tapi baru setahun lebih la sebab dia nak anak cepat, dia g berurut dalam 4 , 5 kali juga la..lepas tu lekat. Dia yang suggest dekat saya  denagn Encik Somi g berurut sana. Memang best urutan dia. Bayaran, ikut ikhlas kita la. Saya bagi RM 50. Satu badan ok. Memang kena naked la depan wak tu. Satu badan. Encik Somi saya g sekali ja.. Sambil urut tu dia petua untuk semua yg g berurut dkt dia:

Petuanya:-
"Ambil sikit isi kelapa, cerai2kan, masukkan telur kuning ayam kampung. Telan"

Mula2 suami saya takut tak pernah makan. takut hanyir. lepas sekali makan dia kata sedap. macam lemak2 gitu. Tapi tidak lah amalkan selalu..telur ayam kampung 10 biji pon mahai oiii..heheh..Tapi kita harus mencuba kan. Kadang2 beli sekali 30 biji wat stok.

Sapa nak no wak tu nanti saya tanya encik somi ,kalau nak g berurut la 

Wednesday 28 November 2012

Tahniah

Harimau Malaya kekalkan momentum  macam ni ..Tahniah..kalah ke menang ke adat pertandingan. Janji semangat juang tinggi..:)

MALAYSIA 4 - LAOS 1

Ok, Pengumuman Buat Cayang2 Sekalian..Ehem!

ASSALAMUALAIKUM! PERHATIAN! (MACAM GARANG JE KAN?)

Saya, intan, sebagai seorang blogger baru dan pemilik blog ini, dengan ini mengumumkan bahawasanya saya ingin memberi sedikit cenderahati kepada 10 orang pengomen tegar di blog saya untuk bulan ini. Jadi sila perati nama anda ada dak tang ni? 

Dan disebabkan saya tak reti nak letak macam orang lain buat yg buh gambar cantik punya. maka saya dengan skill saya sendiiri meng "snap" bahagian pengomen terbanyak dan upload di sini. Maaf dehhhh ambo x pandai wehhh...


Pastu hadiah saya tidak lah besar mana dan tidaklah seberapa..harap2 yang dapat ni jangan ketawa ya..kalau nak ketawa, sila tahan nafas okeh! hehe..tapi saya ikhlas nak kasi..sebagai tanda penghargaan saya! Jadi silalah emel kepada saya alamat cayang2 sekalian ya..hehe..ke emel intanfirdaus247@yahoo.com



Survey Hadiah Kegemaran Anda


Salam followers..(cewah , cam ramai je kan ) hehe..orang ramai beratus2 dan beribu2 x kata apapun.

Ok, adik2, kakak, abang sekalian,

Kalau saya buat peraduan, hadiah apa yg paling anda suka? Dan hadiah nya satu sahaja sebab saya akan cari sorang peserta yang dapat meneka dengan betul dan pantas. Owh kalau lelaki tengok mesti menyampah tgk hadiah ni so gurl gurl gitu but u  boleh beri pada kakak. gf, wife kan kan

Survey-survey ..:)

A – 3D eyeshadow 48 colours (ini kaler memang tip top!)
atau

B – Jam tangan
atau

C – Make up set (ada la beberapa barang dalam set ni)
atau

D – perfume

Peraduan ni bukan bulan ni..Mungkin bulan depan bergantung kepada keadaan. Jadi boleh bagi jawapan kegemaran anda? 

Email Dari Nuffnang (Samsung)..:)


Saya  x begitu jelas untuk Nuffnang ni dan saya update je apa yg saya rasa perlu. Di bahagian Evangelist Nuffnang saya pilih brand “SAMSUNG” dan really appreciate sebab tadi buka email SAMSUNG invite saya ke SamsungAppstar 2012..tapi sebab dah last minit dapat email tu maka x dapat la nak attend..apapun TQ Samsung and NuffnangJ

Lepas ni nak study lebih sikit tentang Nuffnang…sebab dari 100 peratus maybe hanya 1 peratus ja yang saya faham..:)

Saya Post Hari Ini Setengah dan Esok Setengah Ok


Semua kawan2 yang saya janji nak hantar cenderahati dan buku saya post hari ini setengah dan esok setengah ya. X sempat betol ..Naseb encik somi tolong beli setem. Minta maaf yer semua..:)..


I’m sorry (bak kata amir) :P

Tuesday 27 November 2012

Tiroid

Tahun: 2011 (awal tahun) pembedahan telah dijalankan
Makan ubat hormon tiroid jer sekarang dengan kalsium
Keadaan kesihatan: Alhamdulillah sihat walafiat dan sembuh sepenuhnya sekarang..:) doakan kesihatan kami agar sihat sentiasa.:)

Bila terbaca entry IntanBerlian dan AkuLerPinky tentang kerisauan mereka mengenai tiroid, rasanya saya pon nak kongsi kisah ini. Apapun saya harap IntanBerlian dan AkuLerPinky tidak menghidap tiroid. Ameen. Encik Somi saya lama juga la dapat kesan tiroid di kedua2 belah lehernya dan menghimpit saluran pernafasannya. Doc cakap kalau nak buat operation kena masuk ICU sebab dah menghimpit saluran pernafasannya. 

Dah masuk ward di HKL dah tapi terpaksa balik. Sedih hati suami saya masa tu diberitahu wad ICU penuh. mcm g bermalam kat hotel pulak. Tak lama lepas tu , tetiba encik somi saya mcm sesak nafas sikit. Lepas tu ok..Kebetulan esok tu kami ke PJ dan terjumpa Doctor Zam (muda lagi) yang merawat encik somi dan saya beritahu keadaan en.somi saya yang tetiba sesak nafas dan dia terus cakap ," u datang HKL (hari apa tak ingat) ni untuk kita teruskan dengan operation, x boleh biar macam ni". Dan kami pon pi sana. Yang sedihnya encik somi saya x bg saya follow dia cakap nanti sia2 jadi mcm hari tu kena balik pulak bila dah g bermalam. Esok saya g kerja, saya try kol encik somi tapi hp dia dah off..Terus saya kol HKL ward sekian2 dia cakap encik somi saya dah masuk bilik pembedahan. Sedih wooo bila ingat dia masuk bilik bedah sowang2. Saya terus ke hospital dgn MIL. Hampir 5 jam tunggu baru dia kuar dari wad bedah. First dia buka mata dia pandang saya, terus saya menangis .Syukur , selamat. Sekarang dah tak risau apa2 dah dan dah sihat..hehehe..Ni sekeping gambar yang saya upload..nampak tak kat lehernya tempat dibedah tu?

Kisah Benar Lagi Nih



Disebabkan hujan saya masih di ofis jadi reply ler semua komen kawan2 dan terjah blog yang saya belum komen entry depa dan terjah org yg baru follow saya..(kalau blogger glamer, depa terjah dak kita balik kalau kita komen depa nyer entry?:) hahahaha

Ni kisah saya dengan encik somi pi satu rumah hantar barang pada seseorang ..di KL..Teman encik somi la ni.. Dalam bulan 9 tahun ni juga la..masa hari tu saya cuti sebab ada interview..da orang panggil kita, kita p la . Lagi satu x apply pon, dia kata search kot jobstreet dan saya sesuai dengan jawatan tu..Tapi sebnarnya dah x mau pi mana dah sebab selesa dah kat sini..haha

Okeh, berbalik ke rumah tadi, kami sampai depan umah yang besar (x derlah besar sangat), kami tengok ada anjing besaq giler.. encik somi tengok alamat dan nama berulang kali..genyeh mata 4 juta kali..Nama Islam ..X dan nak pikiaq anjing besaq tu mai serbu kat pagaq..naseb pagaq katup rapat..Saya jelling siep siep kat anjing tu…jeling tajam. Encik somi kata, ni rumah cina kot..tp nombor rumah semua betol tau!

Encik somi amek tepon dan tepon,”Hello Assalamualaikum..Encik…”
Penjawab “ Waalaikumsalam..ye saya betul tu rumah saya..x apa, wife saya bangsa lain (sebenarnya dia sebut bangsa apa tapi malas nak sebut)..x ada sapa di rumah..”

Encik somi dan saya berpandangan dan saling memandang dengan perasaan yang tak terkata apa.. Tapi rajin kan dia menyamak..Anjing tu tidak diikat langsung ya…ehhehe..dunia oh dunia sekarang..macam2..

“X” Sempat Reply Semua Komen


Jap2 jer tengok blog ni. Minta maaf semua..Yang dah FOLLOW terima kasih ya. Ada yang saya dah follow balik tapi belum sempat komen entry atau say “hai” ..nanti malam saya go through one by one ok if saya x mengantuk awal..:)…Maaf yer semua…

Nasihat berguna Daripada Blogger Nick



Add caption
Salam petang..kepada semua kawan2, kena berhati kalau nak click nuffnang nyer iklan …saya pon x berapa paham namun sebab saya baru giler dalam dunia blog ni namun nasihat daripada blogger Nick saya amik sebagai panduan. Apa yg saya paham ialah bahaya click iklan macam mana eh..alaa..sy x tau nak terangkan..help help tapi jgn duk click sewenang2 main hentam je semua..gitu ke nick? …hehe..Terima kasih Nick atas nasihat itu.. J


Tapi x pernah la pulak pi click iklan sendiri..iklan kawan ada la click..:)


Anak patung daripada kain batik

Zaman dulu nak main mainan macam patung ni agak susah sikit walaupun ada dijual.  Jadi inisiatif dulu buat anak patung guna kain batik. Sesetengah orang guna kain sapu tangan pon boleh.. Sapa ingat dan pernah buat cara lipatannya. Dan sapa pernah main anak patung kain batik ni?? Dan sapa yang tatau langsung benda macam ni pernah wujud.


Tapi bila dah lipat bukanlah jadi sebijik anak patung yang comel..Namun bentuknya kami ,budak2 kecik zaman tu dah anggap itu dah ala2 anak patung..boleh kendong bagai..hehe
Tetiba kenangan ni masuk ke dalam kepala otak.  Cara lipatannya tak lah susah. Perlu dua orang untuk menarik sesetengah bahagian. Tetiba nanti balik rumah macam nak try buat lah. Nak mengimbau zaman dulu kala..Rindunya zaman kecik..

Maaf ler x ada picture, kalau saya masih ingat cara lipatannya saya balik buat di rumah dan upload ok.kalau x jadi minta maaf la ye


Sunday 25 November 2012

Sesuatu Di Pekan Koboi. (Cerita Seram, Sila Baca)

Apa ada di Pekan Koboi? Kat mana pekan koboi ni??

Pekan Sungai Besi Intan panggil kan pekan koboi walaupun x ada koboi naik kuda kat sana...hahaha. Sekarang bukan lagi pekan koboi..Sudah maju dan banyak berubah. Sapa penah pi sana taulah. Ada satu gerai cendol kat sana sedap. Ramai orang pi pekena cendol situ.  Selalu abang2 tentera, kakak2 tentera, orang awam datang makan kat cendol area situ. Ada juga gerai jual rojak. Intan bukan nak ceghita pasai ni..pasai lain..next paragraph ok!:)


*
*
*
*
*
*
*
*
Hari ni Intan pi makan tengah hari di sebuah kedai makan di pekan n. Kedai ni kedai nasi campur, dari pagi dah penuh sampai malam. Lauk dia memang banyak. Tapi Intan mai sini sebab ada sesuatu di pekan koboi ni, kat sini ada ULAM PUCUK BETIK yang disediakan oleh kedai makan ni. Sungguh sedap. Ambil nasi sikit, tuang kuah pajeri nenas, ikan tenggiri goreng, ulam pucuk betik dengan ulam ape ntah dan sikit sambal belacan. Sedap dan berselera intan makan. En Somi s x suka sebab dia kata pahit.Tapi memang pahit pon. 

Antara kebaikan ulam pucuk betik: Sesapa yg first time nak cuba mungkin rasa pahit melampau tapi lama2 ok la..makin pahit makin sedap makan nasi. Seimbangkan la pemakanan anda..Cewah.


  • Boleh mengatasi migrain
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Rendahkan tahap kolesterol dalam badan
  • Dikatakan juga boleh melangsingkan badan jika selalu amalkan (ye ke???) heheh.

Sekianlah, kisah "sesuatu di pekan koboi". sebenarnya x ada pon yg seram..saja suruh kawan2 baca dan tahu khasiat pucuk betik ni je..hehe..jangan marah naaa..:)

^Saya Pernah Jatuh Cinta Dengan Dia^ uiiiiiii..ayatttt

Gedik dan jiwang tak tajuk entry ni? Ke belum baca dah muntah hijau?? hahaha :) Ok,sila baca dulu naaaa.Jangan duk pikiaq bukan2.Macam ni, dulu2 zaman sekolah menengah suka sangat baca novel, tp bila dah makin dewasa jadi cemuih sebab apa hampa nak tau? Sebab cerita dia lebih kurang sama ja, kaya, miskin jatuh cinta, kawin tapi mula2 tak cinta lepas tu jatuh cinta, "Haris nampak segak dan tampan hari ini ditambah pula dengan tali leher zebra, errrk! (ayat ala2 dalam novel)bla bla bla...lepas tu stop teruih baca novel! 

Kemudian, masa duk lepak2 dengan ex officemate dulu dia tanya, "Kau percaya tak sekarang ni, ada dunia yang lain, maksudnya zaman dulu?" Masa tu ternganga dan x faham. Then dia letak atas tangan dan cakap, "Nah, kau baca novel ni" ..Balik rumah sambil tergolek manja atas katil, bancuh ayaq kopi letak sebelah maka bermulalah acara membaca, ku selak satu persatu novel ni dan habis.Dan masa tu anak mata dah jadi bentuk LOVE!!! Lain dari yang lain sungguh aih nak habaq mai. Dan rasanya ramai pernah baca novel ini dan sambungannya yg kedua dan ketiga.

Lepas baca novel tu terus kalut g beli sebab nak buat koleksi sendiri. "Owh Laksamana Sunan, aku cinta padamu," ayat dalam hati nih. gatai sungguh kan..haha. Masa tu beberapa hari juga la macam angau sorang2 kat Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin walhal watak dalam novel ja.. Dan penulisnya ialah RAMLEE AWANG MURSHID.  Dan lepas tu intan dah x baca dah novel..Itu sahaja novel yg berjaya buat intan nak baca novel balik. Tengoklah masa depan kalau ada lagi novel yg penulisannya bagus macam n mesti  baca punya. Dan kawan ofis baca baru ni, dia duk panggei laki dia "Saifuddin @ Sunan" ! Ni pon lepas dia baca novel yg intan bagi pinjam! hadoeh..haru! Marah laki dia sebab duk koya ke Sunan!

Sapa nak tau kisah dalam novel ni pi cari sendiri, pastu tau la apa yg intan duk habaq ni..x kan nak cerita dalam ni pulak kan. Banyak cik oiiiii kalau nak cerita  balik...





Saturday 24 November 2012

Habis Cucur Keriaku Terpelanting!

copy dari : rasa.karangkraf.com
Ini kisah yang benar terjadi..Kisah ni waktu intan dah besar la, x silap dalam umur 23 atau 24 mcm tu.. Di kampung intan di Kedah kejadian ni terjadi.  Tengah syok duk goreng cuq (cucur) keria kat dapurq, (pintu dapur terbuka ok) , sekali kaki rasa sejuk ja..sejuk sungguh! Masa tu tengah duk kaut slow2 cucuq keria dari kuali. 

Bila pandang ke bawah tokojut sungguh! Ular! Ular air lalu kat kaki cek! Di sebabkan terkejut melampau, habis cucuq keria dalam pinggan intan lempar dan terpelanting ke cerok dapur.Menjerit macam orang gila sat! Yang ular tu terkejut pecut (ular pecut?? macam kayuh beskal ala pocket rocket man pulak) keluar rumah juga la kot sebab intan menjerit mak aih kuat gila, .duk pikir dia masuk dari mana. 

Nasib ular air je..kalau yang lain dan berbisa la, tatau laaa. Uish seram dan geli dan takut sungguh! Habis cucuq keria ku terpelanting atas lantai..nak kutip x gamak dah..biru sekejap muka ku..kui kui

TENGOK TARIKH LUPUT KALAU BERSHOPPING


Tempat: JJCM di Jaya JUSCO Equine Park.
Sebab ke sana: Malas nak keluar ikut jalan besar, JEM x suka! yg ni senang terus dari area rumah kitaorang je..:P
Aktiviti: Makan KFC, beli pizza, beli barang2 dapur..geram tgk sayur fresh, sotong,ikan, kismis.

Masuk kedai apa Entah yg RM5 per brg dari Jepun, sekali nak beli facial mist, tengok punya tengok dan intan pula suka belek tarikh luput. Tengok-tengok bulan 5, 2012, dia ada kat bawah botol. x puas ati nih, pergi ler tanya kat cashier..sekali cashier dia pon cakap, "aah la kak." LOL:P (jadi kawan2 sekalian, sila periksa tarikh luput sebelum membeli apa2 ye  :P)


INtaN Nak KUar , KanG SaYa RePLy Yer

SALAM TENGAH HARI...
ASSALAMUALAIKUM, :)

SORRY SEMUA ESPECIALLY TO  BLOGGER TIRANA ADUKA DAN DRZIRAKUDO YG BARU FOLLOW DAN TINGGALKAN KOMEN UNTUK ENTRY2 SAYA....:) TQ REALLY APPRECIATE, KANG BALIK KANG SAYA REPLY SATU2 YER..BUKAN SOMBONG TAU! HEHEH...NANTI JUGA SAYA MERAYAP KAT RUMAH KAWAN2 SEMUA YE...MUAHKS! HAPPY WEEKEND!! NI PON KEAP JE NI ON9..:)

PEACE! 

AARON AZIZ MUNCUL KAT BLOG NI..SEMPOI AIH!

WAH SUSPEN DAK???


Tak sat ni duk kelebek2 blog ni, sampai kat entry bawah kat iklan Nuffnang ada iklan ASTRO...sekali Bang Aaron Aziz muncul..terkesima jap..tu je nak gtau hampa...Bengang dak? ??? Nyampah dak?? Rasa nak tampaq laju2 dak?? pastu dalam hati hampa  mesti kata "Eleh! Aaron Aziz pon ada kat blog aku, ceh!" hahaha..jangan marah naaa...saja ja teruja tengah malam n...

Friday 23 November 2012

Tembikai ke Tembikal?

sumber: gethealthinformations.com

Ini kisah benar..Terjadi pada tahun 1988 masa Intan darjah 2. Masa tu exam untuk BM ..tp x ingat exam akhir tahun ka, awal tahun ka atau pertengahan tahun. Tapi exam lah..

Ada satu soalan gambar tembikai dan cikgu suruh isi tempat kosong dengan ejaan yang betul. Mula2 dah eja tembikai dah betul. Sekali dekat akhir2 boleh pulak terpk “rasanya orang KL cakap tembikal kot” sebab saya org Kedah, jadi dulu zaman kecik dulu ingat bahasa KL ni bahasa betul. Jadi padamlah huruf “i” dan gantikan dengan huruf “L” ..memang kena pangkah la…

Lagi satu sebab apa tau , sebab org kedah sebut perkataan“kapal” dengan “kapai” jadi duk rasa perkataan “tembikai” perkataan yg betul ialah “tembikal”! hohoho

Zaman huruf e’ dan e…


Intan masuk darjah 1 kat sekolah rendah tahun 1986. Mungkin rakan blogger yang dah lahir (makna kata kakak2 atau abang2 la kan) atau yang belum lagi lahir tahun ni (makna kata adik2 saya ler) J. Intan ditempatkan di kelas 1U. Guru kelas namanya Cikgu Bashah Yunus. Garang dan tegas. Ajar subjek BM.

Zaman tu ada dua huruf e iaitu  e dan e’ ketika belajar..pakat2 la sebut ramai a, b, c , d e, e’ bla bla… dua2 bunyi berlainan. Darjah 2 dah x ada dah ejaan tu..tapi sempat ler merasa huruf macam tu. Tapi sangat unik kan ejaan kalau ada 2 huruf yang berbeza sebutan tapi bentuk yang sama. Lepas tu kan kalau bagi salam kat cikgu ada satu nada yang ala2 lanjut ja bagi salam..Assalamualaikum Cikgu….hehehe..korang sama x macam ni?

Kalau time rehat serbu kantin x hingat punya. Lapor..pastu yg x leh lupa sampai la… duk minum air paip tepi bangunan..ramai la pulak duk tadah tangan minum tapi yg peliknya, x ada sapa pula yg kena cirit birit atau sakit perut..

Tiap kali periksa sama ada no 1 hingga 2 sahaja kebanyakannya. Ada juga tak silap dua kali dapat no 3..Mak marah pasai main2.. Seronok betul naik pentas terima hadiah..Dan ada hadiah2nya sampai sekarang intan simpan dan bawa kat rumah di KL lepas dah kahwin..sangat sentimental value. Terima kasih guru2 yang telah mengajarku dari tidak mengenal huruf sehingga menjadi seperti sekarang antaranya Cikgu Bashah Yunus, Cikgu Rusmah, Teacher Hasanah, Teacher Gayah Aris, Cikgu Mat Isa, Cikgu Md Rodzi, Cikgu Samsudin, dan lain2 lagi. Terima kasih cikgu!

KENALI BLOGGER NICK NASHRAM YG RAMAH !!!


Ni sebuah entry terharu garu sebab Nick tempek komen intan kat entry dia hari ni..so ramai2 leh ler terjah NICK NASHRAM!!! yang ramah tamah walaupun kita x kenal secara berdepan…jom serbuu..
Entry ni pendek jew okeh!

Offer Terbuka Untuk 5 Orang TERAWAL SAHAJA!!

UPDATE TERKINI!! BUKU DAH HABIS DAHHH..LAKUUU..KIH KIH..

Kepada blogger yg ada anak darjah 1 atau below 6 years atau darjah 2 atau 3 tapi masih nak juga, atau sesapa yg nak dan nak bg kata anak buah dipersilakan..hehe..apa benda yg saya nak bg? (gambar malam kang lerrr intan upload yeargh!)

Okey, hari ini atas table saya  yang semak sudah ada 5 buah buku yang baru saja dipublish oleh Education Publication House  anak sykt popular bhd, idak ler glamer macam sasbadi , pelangi bagai..Latihan Asas Mengarang SJKC (MENULIS AYAT) Tahun 1 dan penulisnya intan sendiri ye (poyo kan), tak yah g beli kat POPULAR Bookstore dah..ni baik hati nak bg…Tahun 2 dengan 3 x leh ler bg pasai itu author (cikgu) yang tulis so complimentary copies dia la yang dapat..hehe

Actually untuk SK pon boleh guna sebab untuk murid Tahun 1 ja kan… basic latihan menulis ayat ok.. 36 pages ..answer 2 pages.. so anyone interested please do not hesitate to komen and say I WANT IT..( wah cakap omputih ) hhaahahaha.. ala SAYA NAK pon ok..I NAK pon ok..NAK pon ok..ape2 je lah…5 PERSON TERAWAL YG MEMBERIKAN KOMEN OK! SAYA AKAN POS HUJUNG BULAN NANTI OKEY !!:)

Thursday 22 November 2012

Errrmmm….CeMaNa Eh??


Apa punya tajuk camni? Tapi itu yg memula terlintas di kepala ku ni…kan orang duk bagi hadiah kat top commentor kan kan kan… pastu kadang2 bg untuk 10 orang , 5 orang,…kalau intan bagi sorang atau dua orang je boleh tak??? (kelakar ke atau soklan bodo pi tanya hampa tataulah)..takut sat lagi bagi sorang ja paling top, hat lain marah pastu x mai singgah sini dah…owhhhhh tidakkkkk…ambo x mau kehilangan kawan ambo!!!!  huhuh.contohla kan..ni contoh ja okey..bulan depan komentor paling top intan hadiahkan minyak wangi..contohlaaaa…tapi bg untuk paling top ja…pastu next month org lain lak…walaupun org tu yg sama top komentor, dia x leh dapat dah, bg kat orang x dapat lagi..makna kata org bawah dia…ka lagu mana?????? Nak la juga bg kat kawan2 nih..kui kui kui..apa pandangan otai2 blog sekalian???

PENCARIAN BLOGLIST DISEMBER

Sapa yang belum join jom ler join reramai..moh ler kita,,ni first time nih join tau!





betul tak letak cenggini FARA HANI..ni first time letak nih


PENGALAMAN BERHARGA YG TAK ADA GALANG GANTI..


TENGOK TAJUK ATAS TUH MACAM GEDEBUK GEDEBAK X? AKAKAKAKAKA..EH APASAL INTAN NULIH HURUF BESAU NIH..OKEY CHANGE CHANGE! Ok x? J
Pengalaman ni kecil lagi. Tak silap umur 5 tahun x silap. Actually intan dibesarkan oleh mak saudara (kakak sulung arwah abah) dan ayah saudara (Allahyarham Haji Othman).

Mak sedara dengan ayah sedara ni diaorang tak der anak, jadi dari baby lg depa jaga intan, jadi celik2 dah Nampak depa, jadi depalah mak ayah kandung bg intan..Ok ok sabar yea nak citer la ni..hehe..
Masa umur 5 tahun (if I’m not mistaken la) …sebab belum masuk darjah 1 lagi…tahun 80an, pengalaman sy pertama kali nek kapal terbang. Ke mana? Mak dengan arwah ayah bawak saya gi Mekah mengerjakan Haji! Wihuuuuu..walaupun saya x kan bergelar Hajah tapi bila saya balik dari Mekah, depa panggei saya hajjah kecik..boleh gitu??? Hehe…

Sedikit sebanyak pengalaman saya masih kuat dalam ingatan ni. Masa keliling Kaabah, arwah ayah angkat saya letak atas bahu dan dia bawa saya keliling Kaabah.Pastu saya juga dapat cium Hajarul Aswad..puas disuruh mula2 x nak cium sebab saya kata geli…yelah tengok ramai yang cium…saya geli kata nanti ada ayaq liur..tapi saya cum juga .lepas tu skrg rasa bertuah …hehe..

Masa saie di Bukit Safa dan Marwah..saya rasa saya saie melebihi 7 kali,…yelah kanak2…orang berlari2 anak ..saya pula dah macam marathon..lariiiii..pastu patah balik..mak tak sampai2 lg…
Pengalaman yang paling saya rasa syahdu semasa nak ke Padang Arafah. Naik bas waner kuning yang macam bas sekolah kat oversea tu…pastu ramai2 sebut Labbaikallah…pastu saya dengan mak ada amek gambar,,,tapi tataula gambar tu ke mana…masa tu mana nak amek gambar sangat..skrg kalau g jenuh duk prap sana prap sini la… Tapi zaman dulu padang Arafah mana macam sekarang..pokok banyak..khemah pon cantik..sebab terlalu panas, mak amek payung dan buka dan dia arahkan yang bhgn yg kembang tu kebawah…lepas tu dia letak air dalam payung.,,air dari dalam payung tu menitis nitis kena badan saya yang tidur berbaring dengan buka baju..opppsss…! heheehe.. Kasih seorang ibu pada anaknya.

Macam2 pengalaman di sana. Pengalaman yang cukup berharga menjejakkan kaki di bumi Anbiya dan melihat sendiri kaabah. Subhanallah! Bila saya ingat balik, saya sedih sebab rindukan suasana di sana dan saya gembira sebab kecik2 lagi dah dapat ke sana.. Bila melihat ibu yang sudah tua, saya rasa terharu dan sangat brterima kasih padanya. Terima kasih..
Nanti entry lain saya cerita pasal tak nak turun kapal terbang lepas balik dari Mekah..jenuh :P

LANJUTAN DARIPADA KISAH BOBOK SEMALAM


BOBOK itu bermaksud tidur..entahlah nape guna perkataan ni.. x silap ni perkataan orang Indon dari bangsa apa saya tak pasti.. ni terikut dengan kakak la…Masa memula kawen , encik somi tenganga apa kebenda la bobok tu…skrg dia lak duk cakap bobok ..bobok…akakakakaka..

Ok , berbalik kepada perihal ngantuk tahap gaban z potong dua semalam,  intan kan sampai pening kepala..yg tak tahan tu masuk toilet pon leh terpejam..macam layan je ngantuk tu..petang tu pas makan, ngantuk juga dan dah x boleh buat apa dah..pening kepala, g toilet lagi pastu termuntah sikit…adoeh..pelik tol..x pernah ku alaminya…ngantuk sampai muntah..dahhhhsyaaattt...message encik somi, dia pulak leh wat lawak tapir “ maybe ada baby kot” humang aihhhh…masalahnya x ada..ni kisah hormone mengantuk menyerang..mungkin hormone yang tahap paling paling ganaz menyerang.. minum kopi x jalan oooooooooooooooo!!

Nota: ingatkan saya jer ngantuk kat opis , upernya kawan sebelah pon ngantuk sampai pi tidoq dalam toilet..x caya jer..tp hakikatnya memang p tidoq sekejap…

Wednesday 21 November 2012

Restoran Beriyani Gam Johor

Giant Kinrara tau x? ok,di belakangnya. Banyak shop lot situ. Kira sebaris dengan Old Town juga. Semalam saya g makan dengan encik somi. Saya order mihun tomyam dan dia tanya nak biasa atau pedas? Konfiden cakap pedas nokss! Encik somi order beriyani gam kambing. Beriyani gam kambing sedap . Saya lak tersilap cakap pedas , mak aih, makan sikit meleleh air mata! tak habis..nyesal lak, tapi sebenarnya sedap kalau x pedas.. lepas ni kena order yg x pedas la. Ni gambar2nya..sikit je amek. :) So sesapa yang nak makan beriyani dan tinggal berdekatan Bukit Jalil or Kinrara boleh la datang sini..Dari jauh pon sila lah..:)

mihun tomyam pedas kaw kaw punya! boleh keriau sapa x tahan

beriyani gam kambing..yummy!

restoran beriyani gam johor, bandar kinrara, belakang Giant



INI LAH KEYCHAIN ITU..:)

HADIAH DARIPADA KAK JEMARI SURI...SO KAWAN2 YG BELUM KENALI JS LEH LA TERJAH KAT BLOG DIA..SANGAT BAIK DAN MESRA..:)

TERIMA KASIH JS.:)

Hari Ini Saya Sangat Mengantuk Jadi Saya Nak…


Minta MAAF kawan2 blogger yang saya sayang! terutama yg komen2 entry intan hari ini. Intan mengantuk tahap gaban sampai tadi tekan mouse pon boleh terlelap, pandang skrin dah tembus ke dalam..Malam nanti intan g merayap ya dan komen kawan2 intan tersayangnyer entry.. I LOVE U ALL MY DEAR FRIENDS!!! MUAHKS! Sayang saya x? hehe..kalau sayang jangan marah nehhhh..:P

Hadiah Dah Sampai

Hadiah keychain dari JEMARI SURI dah sampai pada tangan 

Cik Intan, tapi x dapat nak upload gambar , pc kat opis ni x 

berapa nak cergas...kang malam kang InsyaAllah akan upload 

gambar ye..Sangat cantik dan comel hasil kerja tangan 

JS...Terima kasih sekali lagi. Dan daku sangat menghargainya! :)

Tuesday 20 November 2012

KEnaNGAN JER


TETIBA rindu masa zaman kerja dulu..skrg sepanjng hari duk opis je..Dulu, selalu keluar buat tugasan ke merata tempat..Kadang2 seminggu x ada kat opis asyik kuar je…kejar dateline pon rasa syok ja walaupun penat..paling best bila time refreshment bila pi utk press release …makan ajerrr dikk..apa lagi, kami ramai2 hentam selagi ado dik..hehe..ni sikit je gambar cik intan bg tengok..yg lain2 cik intan simpan jer…ni masa g TV3 untuk interview wardina untuk cover magazine..satu lagi kat umah Maizurah Hamzah masa g wat photoshoot dan interview kat umah dia…kenangan semua n,..:)



Tengok Berita Semalam Tangan Jadi Ringan Jerrrr Nak Tampaq Laju2 Si Obama Neh!

Semalam lepas tengok berita Obama kata " Israel mempertahankan diri" masa dia buat lawatan kat Thailand...Terus tangan saya jadi ringan saja taip kat facebook "Obama Bodoh" dan ramai yg like nyer jahhhh...Memang la dia ni...Kempen dia apa tu change change apa kebendanya..Penakut dan pengecut upernya si obama nih .. Errr, buat entry ni saya kena serang tak dengan polis dunia tu??? hahaha..sebab kata kat presiden depa bodoh..tapi dah memang bodoh.. 

Tapi satu hari nanti Islam pasti menang .Itu PASTI!

Monday 19 November 2012

Susah Senang Jerih Payah


Saya  orang kampung dan saya bangga jadi anak kampung.
Pengalaman saya macam2 dan ianya sangat berharga. Sebab zaman sekolah rendah tahun 80an hingga awal 90 an, kira banyak la pengalaman yang dapat tngok dan ada yang budak2 zaman la x dapat tengok dan rasa dah.
1)      Pokok kabu. Dulu selalu tengok arwah ayah kait pokok kabu.fuh tinggi tau pokok kabu tu. Pastu ramai2 buang biji kabu untuk sumbatkan kekabu nak buat bantal dan tilam.memang best dan empuk.
2)      Tengok dan tolong arwah ayah pasang tangguk depan rumah. Dulu depan rumah ada parit yang luas dan dalam airnya. Jernih lagi. Jadi arwah ayah pasang tangguk depan rumah dan ikat di pokok. Letak tangguk dalam air, biar lama sikit. Letak di celah dahan pokok dan ikat. Saya asyik ulang pi tengok ja..seronok punya pasal.  Bagi yang tak tahu apa itu tangguk, ni saya sertakan gambar nya. Cilok kat google image.
amek dari fotomedia.com.my


3)      Rumah bersulamkan anyaman dari buluh dan berlantaikan batang buluh? Pernah tengok dan naik duduk atas rumah macam tu? Saya pernah .Dulu di belakang rumah saya ada satu keluarga duduk rumah macam tu. Jadi saya selalu pi dan anak2 Cik Endut memang sebaya saya.
4)      Main tuju tin. Owh ini favourite saya. Bola dia kami buh batu kecil dan balut dengan plastik yang banyak. Ikat. Tin2 kumpul banyak. Lepas tu budak2 mai main di halaman rumah saya ataupun kami pi main depan halaman rumah kawan lain. Dalam satu geng ramai. Bila tin dilempar kena maka berterabur kami lari. Kah kah kah..kenangan tu
5)      Pukul berapa datuk harimau. Permainan yang sangat best juga
6)      Batu tujuh atau batu seremban. Uish ni pakat duk tayang batu sendiri..ada yang bawak jenis putih semua. Siap bawak pi sekolah tu. Bila rehat ja, ramai2 buat bulatan tepi koridor sekolah. Sampai game ja, masuk game pangkoq (tataula hampa panggei apa, tapi kami panggei pangkoq bila masuk game baru) masa lambung tu kan , masing2 nak tunjuk power lempar atau baling setinggi yang boleh..akakaka..lawak tol ..game ni bertambah hangat time puasa.
7)      Tolong ayah dengan mak jemur padi depan rumah. Jemuq padi ni atas kanvas. Duk hambat ayam kalau ayam mai patuk padi. Ligan sakan. Berterabur ayam lari. Bila petang ja, kais padi simpan, dan esok jemuq pulak.
8)      Tumbuk emping padi. Penah tengok mak and the geng tumbuk ramai2. Sedap emping padi ni.
9)      Pernah tengok orang menanak minyak dari kelapa? X silap air kelapa. Orang tua2 dulu buat minyak nyoq sendiri. Depa goreng ikan pon dengan minyak nyoq buatan sendiri. Saya tengok proses nya sangat panjang. Kena jaga api . Dulu guna dapur kayu nak buat ni sebab banyak.
10)  Pernah tengok mak kisar beras dengan pengisar batu dan sampai sekarang ada lg. Lepas kisar beras dan jadi putih macam susu, mak buat bedak sejuk. Mak titik atas kain. Potong daun pandan dan simpan sekali bedak sejuk lepas bedak sejuk kering. Wangi.

Dan sekarang saya sebak pula ingat kenangan2 ni dan saya  x boleh patah balik lagi. Yg penting sayangilah ibu bapa kita semasa depa masih ada.

Sunday 18 November 2012

HoBi PaRt TiMe (KiRa2 CiTa2 JuGeKkkkLErr)

Ni lah salah satu hobi cik intan, dan juga cita2 nak jadi MUA...antara mangsa2nya ialah kawan opis dan merangkap exhousemate cik intan dan diri cik intan sendiri..ahaks.ni before cik intan g kursus make up kat jurumekap yg betul2 pro ye..lepas make over cik intan amek gambar..tp lupa pula la nak amek before make over laks...ni la hasilnya...guna barang2 make up cik intan je..eh.






Mataku terkebil2 Jadi Nak Ceritalah Sikit

selamat pagi....sekarang jam 4.26 pagi..mata ni x leh pulak nak lelap..dah tawaf dapur makan kurma, x jadi jugak..pastu goreng telur ayam kampung makan x jadi juga..badan lak dah lenguh2..pagi2 nanti nak ke Lipis pahang..uhhhh penatnya...nak kira biri biri cam Mr Bean pon x ada ...hmmm

Nak cerita apa2 pepagi cenggini..Hah, cerita masa zaman UiTM lah.. ada sorang kawan ni orang Kedah juga. Dia nak keluar ke pekan Machang . Dia tanya la budak bilik dia nak beli atau pesan apa2 x...kawan dia pon pesan suh beli coklat.

Lepas balik dari pekan Machang, dia pon bagi la coklat kat kawan sorang lagi tu..Kawan sorang lagi tu tercengang.

"Eh, aku bukan bukan pesan gula-gula, aku pesan coklat!"
"Eh, ni la cekelat, kami belah kedah panggei ni cekelat"
"Mampus nak makan sepeket besar gula-gula nih..hahahaa"

Rupa-rupanya disebabkan pemahaman yang berbeza mengenai istilah coklat ni maka terjadilah perkara ini..heheh..yelah saya pon orang Kedah.Dulu2 masa x keluar lagi dr kedah , semua jenis gula-gula atau coklat kami panggil coklat ja..

Ini Bukan Entry atau statement Perasan Ok..

Ini bukan entry perasan ya, sekadar berkongsi..sebab apa, perkara ni dari zaman muda remaja lagi, ada orang kata dan tidak semua ya..yg duk kelebek perati muka saya lama2 kot org2 gitu kot yang duk kata kot..hahha...sampai yg latest ni ada member husband inbox kat Fb dan tag satu gambar org tu kat fb dia (encik somi) kata muka  saya mcm org tu..tu yg tetiba nak buat entry ni..ok, dia kata muka saya  cam cam cam ....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

_______________ ogy ahmad daud..oh tidak....tatau nape...sy tengok x sama langsung..adeh..kang perasan pulak..tapi saya tak pernah perasan...dan x akan perasan sampai bila2 sebab memang beza hokeh...haha..sampai exhousemate dulu tgk mentor, dia duk pk muka ogy mcm sapa2, last2 dia kata saya...tapi part yg sama ogy saya rasa , cuma badan dah chubby je hahahaahhaha....tu je kot..

So Kawan2 please jangan cebik dan muntah yer baca entry nih..hahaha...kalau nak muntah boleh g cari baldi siap2 ya..dan jangan baca sambil ngumpat saya dalam hati ya..dosa tau! hahaha

Saturday 17 November 2012

LORI PASIR TERBALIK DI SIMPANG TRAFFIC LIGHT BUKIT JALIL

Hari ini dan esok cik intan busy sikit..bukan apa, bapa saudara (sebelah suami cik intan) nak bertunang dengan kawan opis cik intan..Bapa saudara Cik Intan ni duk cari calon isteri, last2 Cik Intan bg kenal dengan kawan opis merangkap ex housemate Cik Intan dulu,dan sangkut..Esok ramai2 akan ke Kuala Lipis la bawak rombongan cik kiah g minang. 

ok2. berbalik kepada tajuk entry, tadi dalam kul 2 lebih gitu Cik Intan dengan En. Somi nak bertolak ke Serendah umah mak sedara, elok kami keluar ja , dekat traffic light berdekatan umah Cik Intan (berdekatan Balai Bomba Bukit Jalil), satu kemalangan berlaku. Sebuah lori pasir terbalik, dan yang kesiannya, sebuah kereta besar x sempat nak ngelak sebab betul2 simpang traffic light dan mungkin tengah tunggu lampu hijau kot, BUM! terbalik pasir..Nasib orang dalam kereta x ada apa2 dan nasib lori tu tak hempap kereta tu..dan ini kejadian kali kedua lori terbalik dan cara pon sama. Malang tidak berbau..Jadi berhati2lah di jalan raya.


Nampak tak?kalau tengok kereta ni dari depan teruk juga la...hmm

Friday 16 November 2012

TeriMa KaSih DaUn KeLaDi, KaLau BoLeh Nak SkoDeNg Lg..


Saya Nak buat Entry Ni untuk Ucap TeriMa Kasih Kepada Blogger2 Ini 
dan yang lain2..

Yg Mana Saya Banyak Belajar daRi mereka Cara2 untuk MengindahKan Blog2 saya yg Tak berapa nak indah ini sejak beberapa Hari Yang Lalu.haha..pening , juling semua ada punya la nak bg blog santteeeekkk...tp biasa2 jer..xleh lawan korang yg dah lama berblog.hehehe. Segala Tunjuk ajar mereka saya hargai dan ingin ucapkan jutaan terima kasih..hehe..ni belajar lagi ni…So nanti saya sekodeng lagi ye blog U ollssss..hehehe

Terima kasih sekali lagi..

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah untuk semua kawan2  blogger... semoga kita semua akan mendapat lebih keberkatan daripada Allah. InsyaAllah

Wednesday 14 November 2012

Laksa Telok Kechai (Zakaria Laksa Telok Kechai)


Rasa2 nya orang Kedah tau kot laksa Telok Kechai ni sebab ianya sungguh istimewa dan lain dari yang lain. Sapa yang pi Kedah rasanya elok pi pekena laksa ni. Telok Kechai ni senang ja nak cari, dia satu jalan nak pi Kuala Kedah. Jalan dia straight ja..Telok Kechai ni dalam daerah Alor Star. Kecik2 dulu arwah ayah kalau pi Kuala Kedah, dia akan singgah beli laksa telok kechai. Rasa dia unik.

Sebab dia letak sambal nyoq ( sambal kelapa) waner kuning2 kat atas laksa tu. So sebelum makan, gaul dulu dengan laksa dan kuahnya. Baru ada rasa umpph!! Terliur pula saya bila duk teringat laksa ni sambil menaip nih..tp kena balik Kedah dululah ..hehehehe..So kalau kawan2 blogger pi Kedah, jemput singgah ke kedai nih. Tapi saya tatau la kena ke tak dengan selera kawan2 , tapi so far, laksa ni memang ramai peminat dia…So apa lagi, sila terjah.:)  

Nampak tak dekat2 sudu tu ada sambal kuning? yg tula penyedap dia

Taken from google image. ( samlee86.net)

Laksa Plus Mihun Goreng


Sedang melayan lagu Nera “Hatiku Milikmu” sambil membuat kerja di ofis, teringat kenangan lalu. Ini kisah zaman sekolah rendah. Zaman Sek Keb Yan Kechil (SKYK), Yan Kedah.  Saya darjah 1 tahun 1986 ( haaaa, lama dah kan) . Bila teringat kantin sekolah, macam2 makanan yang sedap berlegar di kotak fikiran saya. Ok, yang ni saya nak cerita pasal makanan ni dulu laksa campur mihun goreng. Nanti bila2 saya top up lagi dengan entry pasal makanan sedap lain yang dijual di kantin sekolah saya.  

Kisahnya makanan ni menjadi satu fenomena atau kegemaran budak2 sekolah saya termasuk saya. Ala, dulu sepinggan kecil comel laksa berharga seposen ja.. beli dua pinggan, dua posen. Maka berduyun2 kami beli sepinggan laksa dan sepinggan mihun goreng yang comel. Kemudian, kami duduk di meja dan kemudian campurkan kedua2 makanan itu dan gaul rata. Makan. Masa tu ramai2 makan sorang sepinggan comel. Kami sebagai kanak2 masa tu cukup enjoy makan tu. Makan2 sambil tarik2 tocang kawan ..haha..Sedap tau rasa bila mix kedua2 tu..

Dan bila saya dewasa dan dah berkahwin, kadang2 saya beli laksa dan mehun goreng, saya akan campur. Bila saya makan, saya tersenyum sendirian, inilah  kenangan manis yg  saya simpan dalam memori saya. Encik Somi pond ah tau makan laksa campur mehun. Sedap juga katanya. Tapia was, jangan makan terlalu banyak..nanti muak. Makan ala2 kenyang x kenyang ja..cubalah…Dan cuba anda kenangkan memori2 zaman sekolah rendah anda, kadang2 boleh buat anda menitiskan air mata sebab rindukan zaman itu.  

JAWS KAT PARKING KERETA DAN DALAM KEDAI


Cemana rasa anda kalau jaws tetiba ada tempat mcm ni. Encik Somi saya rajin betul  mendownload movie dari youtube…Dia tanya saya nak movie apa, saya cakap apa2 jelah yang ..hehehe

Saya suka movie2 yang macam terkejut2 sikit, movie yang adventure, animation stories, kira semua genre saya suka..haha.. Antara movie yang saya suka Sherlock Holmes , Harry Potter, Narnia, Mission Impossible Ghos Protocol, Shrek, Snow white and huntsman..bla bla…
Kecik2 dulu saya suka juga tengok movie Jaws.. Rasanya dah banyak movie Jaws, Jaw 1, 2, 3, Deep Blue Sea dan lepas tu dah lama x tengok dah movie pasal jaws ni..kalau piranha saya x suka tgk..cam mengarut lagi…hehehe..

Dan semalam saya tgk movie BAIT yang husband download..x sangka jaws yg latest Nampak hidup ..x sangka depa boleh relate tsunami dengan jaws masuk dalam kedai.. Dan memang menakutkan juga…walaupun cerita tu dalam kawasan tu ja tapi ada ja scene yg mendebarkan. Kawan2 semua dah penah tengok.. Bak cerita dalam entry blogger Redza REALITI ABADI,   filem seram boleh turunkan berat badan..hehe..ni kira seram gak x? sebab jantungku tersentap jahh..hehhehehe

NYAU NI SELALU MAI LEPAK DI RUMAH

Nyau? Nyau tu kucing..hehehe..kat kawasan perumahan saya ni kan ada la beberapa ekor kucing yg memang saya rasa orang yg tinggal kat area sini kenal. Sebab depa selalu bersantai pepagi dah ada kat bawah jalan2..lepak2 usha orang nak g kerja.. Ada yang waner oren dan ader waner itam.

Dulu nyau oren selalu datang lepak umah saya. Kalau dia mai , kami jamu la apa yg ada mengikut kesesuaian untuk kucing makan. Encik somi saya cukup penyayang. Kalau boleh satu peti ais dia nak bg nyau makan..hoh? hahaha..

Dulu saya pernah kidnap kucing kat PASAR SG BESI. Kami kidnap anak kcg waktu malam.sekali dapat hitam. lekat nama black. Uishhhh punya la sayang beli syampu kat dia, beli makanan dia kat pet shop, beli pasir bagai... tp black ni satu je yg rimas..asyik nak berkepit dgn kita orang ja.. sampai nak tiduq pon masuk join.oiiiiihhh mana boleh..ada satu tali yg ada bebola kecik, dia asyik mennggonggong bola tu bg encik somi lempaq, dia kejar pastu heret bg alek kat encik somi..berulang kali weh...adeh. Tapi saya dah buang black sebab ada satu ketika tu kami dua gatal2 sampai kena amek suntikan kat doc...Saya cuci lantai baju semua dengan dettol. Saya rasa mcm kutu black, walaupun kami dah mandi tiap2 minggu mungkin dia berjangkit dengan kuving lain..sebelum buang dia , saya mandikan dia dengan air suam, buh dettol dan syampu cat ...memang keluar bnyk kutu dia..kesian black tapi kami terpaksa buang. Azab gatal tu sampai seminggu juga la..lepas buang dia , pastu dah ok dah..tataulah nak kata sebab apa..tapi kami terpaksa juga buang black..

Ok2, sekarang ada sekoq nyau tertib selalu datang umah kami. Kadang2 bila bertembung masa duk tunggu lif jadi dia akan sama2 naik lif dengan kami. Ting ! dia pon kluar dan berlari ke arah pintu umah kami. dia dah tau dah sebab selalu datang . kami pon tatau kucing sapa tapi bila dia mai kami jamu dia macam2..Tapi kan dia nyau berhemah sebab apa tau? Dia datang dan hanya duduk satu port ja. X berani nak berjalan merata2 masuk bilik, cakaq apa bagai..dia duk diam ja. jamu makan..tidoq seharian, pastu dia blah. kadang2 dia mai makan ja..pastu blah..Kami namakan dia TAM...Jumpa kami kat bawah pon dia kenai..mcm menyapa kita pula...Apapun  walaupun Tam seekor haiwan, moga dia doakan kebaikan buat kami..

Ni la TAM Tertib..:)

TAM  < NYAU YANG BAIK>