Followers

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

STEW DAGING LEMBU MASAK SAMBAL MASAM MANIS


Ini ialah resipi yang saya reka..Almaklumlah main campak jer apa bahan yang ada. Jadi tiada sukatan sebagb saya main agak-agak jer.

Bahan-bahan:
Daging lembu bertulang
Kulit kayu manis
Bawang besar
Bawang putih
Sos lada hitam
Cili kering blend
Kicap
Cuka
Sos cili sikit
Serbuk ketumbar
Serbuk kayu manis
Sedikit rermpah kari daging
Garam
Gula
Tomato belah besar-besar
Asam keping satu

Cara-cara: 
Rebus daging dan tulang lembu. Air rebusan jangan buang. ketepikan. 
Tumis bawang putih, besar, kulit kayu manis
Masukkan serba sikit serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan rempah kari. Kacau.
Masukkan sikit cili kering blend. 
Masukkan daging dan tulang. Gaul
Tuang air rebusan.
Bubuh sikit sos cili, kicap, sos lada hitam
Bubuh cuka sikit dan asam keping
Bubuh gula garam secukup rasa
Bubuh tomato.
Reneh sampai daging empuk.
Kuah biar pekat pekat sikit ala ala stew.
Boleh makan dengan nasi dan roti juga..

Tuesday, 6 August 2013

JUS ALPUKAT

Serius saya tak pernah minum jus ni, tapi saya imagine resipi ni..Orang yang pernah gi Bandung mungkin tahu jus ni ..Saya tak pernah pergi jadi terpaksalah saya imaginasi sendiri. Tapi suami saya suka sangat lepas saya try buat.

Bahan-bahan: 
Satu avocado (buang biji semua) 
Susu kotak kecil 
2 atau 3 sudu susu pekat manis
Ais batu
Coklat cair.( SAYA GUNA CHOKI CHOKI JE)

Cara-cara :
Blend semua kecuali coklat cair
Lepas dah blend tuang dalam cawan ..buh coklat cair.. saya buh choki choki je..x kuasa nyah nak g beli cekelat cair bagai..
Minum.argghhh sedappp

RESIPI OMELETTE BERKEJU

Omelette ni saya buat semalam untuk buka puasa. Apa bahan yang ada dalam peti saya masukkan je..jadilah omelette versi saya. 
sebelum digulung

Bahan-bahan : 
4 biji telur
Sosej
Bawang besar potong halus
Keju (sebarang jenis keju la yang ada)
Seaweed (boleh beli kat pasar raya) ( kalau x ada pon x apa)
Black pepper
Garam
Gula 
Minyak masak 

Cara-cara: 
  • Pukul telur dan masukkan sedikit garam. 
  • Goreng bawang besar dan masukkan sosej..sosej tu potong sederhana besar ..buh garam dan gula sikit bg ada rasa.. Lepas tu angkat dan ketepikan. 
  • Masukkan telur dalam kuali. Buat goyang inul bagi telur tu rata..hak hak hak.
  • Kemudian letakkan seaweed, letakkan sosej dengan bawang tadi, dan last sekali taburkan keju dan black pepper.
  • Kemudian telur da agak garing, golekkan telur tu supaya dia jadi bulat dan bergulung, Saya tak jadi bulat pun...hehe..janji dapat makan..boleh makan begitu saja dengan cicah sos cili atau pun makan dengan nasi..kanak-kanak mesti suka tau..cubalah..
    gulungan yang tak jadi..haha

Selamat mencuba!

Friday, 2 August 2013

RESIPI MINUMAN AVOCADO

Saya memang suka try. Saya x pernah makan avocado tapi sejak tgk org makan , saya teringin juga. Curious juga nak tau apa rasanya. Rasa? x ada rasa apa..Cuma lemak ja. Saya beli pon 3 biji ja..tu pon sebab nak juga rasa..sebelum ni bubuh dalam burger. Kemudian saya cuba buat minuman.

Saya kalau teringin saya cuba juga cari tapi kalau dah mahal gila makanan tu ,idakla saya tergedix2 nak. Biarlah kita guna bahan-bahan yang murah tapi kita pandai olah sendiri agar nampak menarik. 

Saya buat ni beberapa hari yang lalu. Ni pon sendiri sendiri je try.

Bahan-bahan:

Sebiji buah avocado buang bijinya
Susu pekat dalam 2 – 3 sudu besar
Air                                   
Alternatif lain (mungkin boleh combine sekali dengan pisang)
Ais sedikit

Cara-cara:
  • Blend semuanya sekali. Pastu tuang dalam cawan.
  • Saya taktau nak kategori minuman ni kategori jus ke. smoothie ka…x apa lah..janji boleh minum.
  • Kalau tak kena dengan selera korang, maaf la ya..selera saya ok …sebab rasa lemak2 berkrim..hehe..

RESIPI SUP KIMCHI DAGING DAN BIBIMBAP

Salam semua!! Haiii..mesti berkobar-kobar korang nak raya kan kan? Saya ala kadar ja…serius this year simple sahaja..

Ok, semalam saya ada plan nak masak sup kimchi dan bibimbap kan. Saya masak memang saya olah version saya ya. Untuk nasi bibimbap saya guna bahan yang mana ada ja ya. Kalau ikutkan nasi ni banyak guna sayur-sayuran. Tapi saya ada pun x banyak. So simple ja. Semalam buka puasa makan ni lah..hehe

Seperti yg saya janjikan, ini lah resipinya.

SUP KIMCHI DAGING LEMBU


Bahan-bahan:
Kimchi ( boleh didapati di pasar raya seperti Giant, Tesco dan lain-lain)
Daging lembu
Cili padi (saya tambah sendiri untuk dapatkan kepedasan)
Sedikit cuka
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis

Cara-cara masaknya:
  • Ambil daging dan masukkan air juga ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan kimchi (agak-agak ..nak lebih masuk lebih)
  • Masukkan cili padi (tak perlu potong, just ketuk2 ja)
  • Masukkan sedikit cuka, gula , garam dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa
  • Tutup periuk dan biarkan mereneh. Agak2 daging dah empuk ok lah. Tutup api dan hidangkan.


NASI BIBIMBAP (VERSI SAYA)


Bahan-bahan:
Nasi
Daging kisar @ daging burger yang dihancurkan
Terung dihiris nipis
Tauhu
Bawang putih
Black pepper
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasaknya:
  • Masak nasi
  • Goreng telur mata kerbau. Ketepikan.
  • Terung digoreng. Semasa goreng terung taburkan black pepper dan garam. Ketepikan
  • Goreng tauhu. Garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih. Masukkan daging kisar @ daging burger hancur. Masukkan lada hitam, sedikit garam dan gula dan serbuk pati ikan bilis. Goreng seketika sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan sedikit nasi dalam mangkuk. susun semua bahan-bahan yang digoreng tadi dengan cara anda. Boleh juga letak sedikit kimchi yang beli tadi di atas nasi.


Pilihan lain, anda boleh hiris nipis nipis lobak merah, timun jepun atau sayur-sayur lain yang anda inginkan. Olahkan sendiri resepi anda! hehe…

Cara makan:
Gaul semua bahan-bahan tadi dengan nasi. Makan dengan sup kimchi daging!..Saya suka! Mungkin sesetengah orang x suka kimchi jadi mungkin boleh tukar kepada sup tomyam kan! Yang penting selera anda.  





Wednesday, 31 July 2013

BURGER TUNA (HOME MADE)

Bahan-bahan:
Tuna dalam tin . (tuna kosong ja. X mau yang ada mayonis bagai)
Serbuk roti
Sebiji telur
Black pepper
mayonis
salad (bawang besar, tomatod dan daun salad)
Telur untuk buat telur mata kerbau
Serbuk pati ikan bilis
sos cili
Sedikit minyak

Cara-cara membuatnya:
Tuna dihancurkan
Masukkan telur dan gaul sebati
Masukkan black pepper dan sedikit serbuk pati ikan bilis
Masukkan serbuk roti
Gaul bentuk bulat bulat guna dua belah tangan
Kemudian leperkan
Panaskan minyak sedikit dan gorengkan . Apabilan bahagian bawah keperangan atau sudah garing, alih pada bahagian sebelah lagi.
Angkat.

sorry gambar x clear


Sesuai dimakan dengan roti , letak salad ( boleh guna tomato, bawang besar yang dipotong macam onion ring tu), telur mata kerbau , sedikit sos, sedikit mayonis, layannn..

SANDWIC BURGER MY STYLE







Salam semua..wah wah dah dekat lebaran dah kann kan kan ..kejap je masa berlalu...Baru ini saya ada up entry berkaitan hobi saya yang suka tengok food channel..especially 727 dan 709... 


Disebabkan minat dan terpengaruh dengan gaya chef chef tu masak,  maka saya pon ubah2 la resipi sendiri sebab rasa cam boring makan burger cam sama ja...Ada sekali tu buka puasa makan burger nyah..tapi versi mak lah..eheh...

Bahan-bahan  dan cara masak; 

  1. Daging burger dihancurkan  campur dengan sosej yang ada cendawan-goreng semuanya. letak serbuk pati ikan bilis dengan black pepper. Gaul rata dan ketepikan lepas dah masak. 
  2. Then goreng cendawan. Cendawan salut telur dan serbuk roti. Goreng garing. Tuang sedikit kicap manis dan sos cili, Gaul.  Ketepikan. 
  3. Ambil timun dan daun bawang. Potong nipis timun dan daun bawang agak2 ja la panjangnya. Lobak merah sikit. 
  4. Ambil baked beans ( ada jual dalam tin)
  5. Kemudian guna sos cili sikit, mustard, dan sesame soy sos sebagai sos. 
  6. Ambil roti panjang, letak daging dan sosej, buh cendawan, buh baked beans, buh sayur, dan buh ketiga2 sos.

Rasa sedap macam duk Amerika..kah kah kah..ada sedikit sour,sedikit manis dan mcm2 rasa lah.
Selamat mencuba. 

Saturday, 15 June 2013

RESIPI CENDAWAN GORENG BERSALUT SERBUK ROTI

Hari ini saya buat cendawan goreng bersalut serbuk roti dan nasi goreng campak-campak je bahan2 yang ada. Jadi saya nak kongsi resipi cendawan goreng saya kat sini.. Nasi goreng idok payah la yer koh koh.


 


Bahan-Bahan : 
Cendawan ( carikkan supaya lebih kecil)
Telur dalam sebiji atau dua biji
Serbuk pati ikan bilis Maggi
Serbuk roti ( boleh beli di Pasar Raya Giant)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya: 
Basuh cendawan selepas dicarik-carik
Masukkan sebiji telur
Masukkan 1 1/2 sudu teh serbuk pati ikan bilis Maggi dan gaul sebati
Panaskan minyak
Ambil cendawan yang sudah disalut telur tadi dan oleskan di atas serbuk roti bagi rata
Apabila minyak panas, terus masukkan cendawan tadi 
Goreng sehingga garing
Sedia dihidangkan
Boleh makan dengan nasi atau cicah dengan sos 

Monday, 10 June 2013

RESIPI AYAM KICAP DARI REMPAH MASAK HITAM KAK IZAN MAMA MIA

MULA2 SEKALI MINTA MAAF GAMBAR X ADA SEBAB RUPANYA DAH TERDELETE DARI ALBUM DALAM LAPPY SAYA. SORRY KAK IZAN:(


Tapi serius sedap.!!!

Bahan-bahan:
Ayam (sebab daging x ada jd sy tukar kepada ayam).
Rempah Kak Izan
Kicap
Kerisik
Minyak
Bawang untuk menumis
Daun bay
Gula / aram

Cara-cara nak masak ada di peket rempah daging masak hitam yang kak izan sediakan. jadi jangan risau.follow je..
Selebih tu korang pandai2 la reka atau nak tambah pape..

Cara-cara:
Perapkan ayam dengan rempah tu dan kicap
lepas tu tumis segala bawang semua dan masukkan ayam tadi
lepas tu masukkan la bahan-bahan lain, ada kentang ke apa ke
Siap dihidangkan. resipi ni sgt mudah dengan adanya rempah tu. 

Suami saya bertambah2 makan nasi tau..sedap katanya. Ada pedas..ada manis. Cukup rasa! Saya memang syorkan siapa nak beli rempah daging masak hitam, silalah cari KAK IZAN MAMA MIA. servis memang mantap.:)) Tq kak atas rempah ni..In Shaa Allah akan beli lagi.. 

  



Tuesday, 30 April 2013

RESIPI SUP FUCHUK DENGAN RUMPAI LAUT

Bahan-bahan :
Sikit je rumpai laut. dalam secoet je ya. 
Telur dua biji
Fuchuk goreng (g je Giant, ada jual yg org selalu makan yong taufu tu)
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Udang kering
Sedikit serbuk pati ayam
Minyak
bawang goreng

Cara-cara:
Tumis semua bahan bawang dan halia serta udang kering. 
Masukkan air
Biar menggelegak
Masukkan fuchuk yang dipotong tadi
Kacau seketika
Pastu masukkan telur dua biji. 
Pastu masukkan garam/gula/ srbuk pati ayam
Masukkan sikit je rumpai laut
Kacau dan tutup api
Hiaskan dengan bawang goreng
Hidangkan.

Kalau nak tahu kelikatan kuahnya sama  macam kuah ala2 sup sirip yu. akaka..saja ja..Leh makan mcm tu saja..Selamat mencuba!

Sejak saya makan rumpai laut waner purple ni, yg kerabu rumpai laut tu... haid saya berjalan lancar selancarnya serius tau sbb sblm ni period saya sikit je...maaf ya tulisan ni mungkin kurang senang sikit sapa yg baca.

Sunday, 28 April 2013

KERABU RUMPAI LAUT DENGAN TUNA


Bahan-bahan: 

  • Rumpai laut purple dipotong kecil2  (rendam semalaman, jangan lupa bilas airnya beberapa kali) 
  • sebelum potong rumpai laut tu saya lalukan air suam pada rumpai laut tu baru potong. 
  • Tuna dalam air (tin) -alternatif lain boleh guna ikan rebus, kerang, atau apa sahaja yg korang rasa sesuai)
  • Cili padi dipotong halus
  • Daun bawang - (alternatif lain boleh guna bawang besar potong nipis atau apa saja jenis daun ulaman)
  • Taugeh
  • Kerisik
  • Serbuk pati ayam
  • Racik sedikit kulit Lemon halus
  • Perahan air lemon (boleh guna limau nipis juga)
  • Garam /gula
  • Black pepper

Cara-cara:
  • Gaulkan semuanya sekali!! 
  • Boleh makan macam tu saja
  • Boleh makan dengan roti
  • Boleh makan dengan nasi
  • Kalau x nak makan lagi , boleh simpan dalam peti ais. Kalau buat maggi goreng , boleh makan dengan kerabu ni juga..
  • Encik firdaus yg x suka makan rumpai laut ni jadi suka dan serius x ada hanyir dah. 


Tips saya :
  • Jika memasak , jangan terikat dengan resipi. Anda ciptakan resipi sendiri berasaskan bahan yg ada. Kita yang memasak. Bukan bahan memasak yg kontrol kita:))
  • Dan lagi satu jangan takut untuk mencuba bahan2 yg baru. Dan jangan anggap pelik sebab semua masakan manusia yg cipta so we can create sendiri our own menu! rite??

*****
*****
*****



Rumpai laut ini saya ada jual juga sebab MIL saya bawa balik dr Sabah. Jadi 100 gram sepeket . Tapi saya guna sedikit ja sebab rumpai laut n kan ceepat kembang. Memang x abes makanlah semua 100 gram tu. 

ni lah kerabu rumpai laut dengan tuna saya


boleh makan dengan roti serat juga

Friday, 26 April 2013

RESIPI SOSEJ dan EPAL


Semalam saya dah buntu nak masak apa ..last2 buka peti ais, ada buah epal..Selalu tgk dalam Astrp Food Chanel orang putih masak cam best je guna bahan2 yg lain dr yg lain..so saya decide nak cuba.

So resipi semalam

Bahan-Bahan:
Bawang putih
Bawang merah
Udang kering
Sosej
Buah epal sebiji potong dadu
Serbuk cili sikit
Black pepper sikit
Garam sikit
Serbuk  kulit kayu manis

 Cara-cara:
Tumis bawang putih , merah dan udang kering
Masukkan sosej
Masukkan epal
Masukkan sedikit serbuk cili
Masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan black pepper
Perisakan dengan sedikit garam

Hidangkan
-Rasanya manis2 , masin ..nak sedap boh potong cili dan perah lemon dan Ngappp!!!-

Friday, 19 April 2013

RESIPI SUP KAMBING DENGAN PERIA

Malam kelmarin buka peti ais masih ada balance lamb.. Sebenarnya lamb ni lebih kepada lamb untuk grill..tapi saya malas nak grill bagai jadi tukar kepada sup. Guna bahan-bahan yang ada di rumah. Boleh makan dengan nasi atau cicah roti. Rasanya ada pahit-pahit, manis-manis, masin-masin, pedas-pedas. Saya campak je apa bahan yang ada nyahhh..:)


 


Bahan-bahan:
Daging kambing
Bawang putih dan merah
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
Serbuk kulit kayu manis sikit
Halia
Lemon dan sedikit hirisan kulit lemon
Cili padi
Peria dipotong nipis
Tomato dibelah
Daun thyme (n sbb tgk ada, x ada pon x apa)
Serbuk lada hitam
Gula batu ( x ada x apa)
Garam 
Gula 
Cili padi
Minyak


Cara-cara: 
Panaskan minyak
Tumiskan semua bahan menumis tu. Tau kotkan bahan apa.
Pastu da agak garing, masukkan serbuk kulit kayu manis.
Pastu kacau bubuh lamb 
Pastu buh air.
Pastu campak segala macam bahan-bahan selebihnya.
Kacau dan biar direneh secara slow la kalau leh, kalau dah lapor gunakan api yang marak...akakakaka..
Sekian! 

Monday, 8 April 2013

GULAI IKAN ALA PAJERI DENGAN MANGGA

Sebab baru balik kampung, maka ada banyak buah mangga muda yang dibawa balik. Jadi dapat idea buat gulai ikan ala2 pajeri.  Saya guna bahan2 yang ada di rumah sahaja. Buka selera sebab mangga kan masam-masam kan, so sedapla sikit. Lagipun mood memasak ada ari ni sebab masih bercuti..esok baru start kerja.




Bahan-bahan

  • ikan
  • rempah kari ikan
  • bawang merah dan putih
  • minyak
  • asam keping
  • kerisik
  • mangga muda yg dipotong memanjang- basuh bersih (tidak perlu buang kulit) 
  • gula
  • garam
  • tomato potong 4
  • santan


Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dan merah
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air
  3. Agak pecah minyak , masukkan mangga tadi
  4. masukkan  sedikit air biar tenggelam sedikit mangga tadi
  5. masukkan kerisik. jangan terlalu banyak.just untuk bg lemak2 sikit je
  6. kemudian, masukkan ikan
  7. kemudian masukkan santan dan asam keping
  8. selepas seketika, masukkan tomato
  9. gula dan garam untuk seimbangkan rasa
  10. lepas tu masak dan tutup api
  11. sedia dihidangkan

Tuesday, 2 April 2013

I LOVE LAMB

Me dan Encik Firdaus suka lamb..jadi kalau nak p makan luar hari2 jenuh la..so beli lamb kat Giant banyak2 ..murah je..pastu simpan dalam peti ais wat stock.

Cara saya masak:
Lamb diperap dengan sos..(sos perapan ni boleh beli kat supermarket.macam2 perisa dan jenis ada) 
letak minyak zaitun sikit
garam 
black pepper
perap dalam 30 miniit
pastu boleh gril atau goreng je dalam pan.letak minyak zaitun sikit supaya x melekat.
kuah perapan tu leh palit2 kat daging tu masa duk bakar  atau goreng .






RESIPI AIR BUNGA KEKWA

Saya suka juga minum air ni. Jadi nak share sikit cara nak buat air bunga kekwa style saya.


Bahan-bahan:
Air panas
Bunga kekwa (boleh beli di kedai ubat cina -rm 11.50)
Kurma merah yang kering
Gula batu
Boleh juga letak buah laici kering juga

Cara-cara:
Ni untuk segelas ye kawan2
Masukkan bunga kekwa, agak2 la banyaknyer ye..:))
Masukkan kurma merah kering dalam 3  biji 
Gula batu

* manis ikut kesukaan anda. Saya bunga nyer lepas dah lembik saya makan dua tiga kuntum
Minum panas - panas sambil menonton Tv...layannn..kalau jenis susah nak buang air, mungkin ini boleh membantu:))


Wednesday, 9 January 2013

RESIPI MAKARONI GORENG VERSI CIK INTAN


Bahan-bahan:
Dah tentu macaroni..x kan nak guna siput gondang pulak kan..
Minyak
Bawang merah/putih- dimayang halus
Cili (guna cili boh puteri pon ok..)
Kiub ayam
Kicap manis
Sos cili
Sos tomato
Garam
Gula
Telur dua biji
Serbuk lada hitam
Sayur (ikut selera nak tambah sayur apa)
Potongan ayam jika ada

Cara-cara:
  • Rebus macaroni. Jangan sampai terlalu lembik. Biar lembut2 pejal kasi toink2 toink bila makan nanti. Toskan. Letak tepi
  • Tumis bawang merah/putih hingga naik bau. Masukkan potongan ayam. Biarkan seketika, Kemudian, masukkan 3  hingga 4 sudu cili boh (ikut pada kuantiti macaroni anda).
  • Lepas cili dah pecah minyak sikit, masukkan telur.. Kacau. Lepas tu masukkan sos cili, sos tomato, kicap.
  • Masukkan garam, gula, kiub ayam. Rasa bagi balance okeh
  • Masukkan sayur. Gaul rata. Masukkan macaroni.  Kacau sehingga agak kering. Taburkan serbuk lada hitam sedikit.  Kacau lagi. dah masak angkat  ler..


Dah masak apa lagi ngap ler..hehehe..nak sedap buat telur dadar dan taburkan bawang goreng. Simple dan mudah kan?

Saturday, 15 December 2012

PINGGAN ANTIK


Kalau di kampung memang penuh almari pinggan-pinggan antik ni..mak simpan je ..saya ambil beberapa biji bawak balik KL.

Tapi bila makan dalam pinggan antik ni kan, feel makan macam sedap je ..walaupun lauk x berapa sedap. Saya dengan encik somi la rasa macam tu..Tak tahulah orang lain..haha

Saya selitkan resipi ikan bawal stim :

Bahan-bahan: 
sekor ikan bawal
cili api
lemon (perah lemon kat atas ikan)
gula
garam
taucu masin (sikit je)
kicap soya manis (tuang sikit)
tomato
Halia
bawang putih
bawang besar

Cara-cara:
Campur je semua bahan, stim kan..haha..mudah kan..dalam 30 minit ke. Api perlahan.






Sunday, 9 December 2012

TIPS BUAT SAMBAL TUMIS (TAHAN LAMA) DAN UNTUK PELBAGAI GUNA

Salam semua.  Hari ini saya nak share sedikit ilmu masak ..(kah kah..gaya macam chef je ) .ni saya buat sebab dulu saya buat meehun goreng (bungkus( setiap hari untuk letak di sebuah kiosk di sebuah menara di opis encik somi saya di KL. Lepas tu saya stop sebab penat sangat mana nak tumpu pada opis lagi.. hehe...tapi saya memang minat masak. Arwah abang memang chef dulu. Arwah abah dengan mak memang masak ..dulu ada kedai makan..huhuhu...ada la sikit2 turun dekat saya..keh keh..:P

OK, sape yg suka makan sambal tumis mesti suka yg cili kering kita blend sendiri kan, x suka yg beli cili boh kan kan. Ni boleh buat kuantiti yang banyak dan simpan. Boleh guna untuk tumis buat meehun goreng, mi goreng , lauk pauk dan sebagainya.

Bahan-bahan:
cili kering blend
bawang putih
bawang merah ( saya lebih suka bawang merah daripada bawang besar sebab aroma dia sangat wangi)
air asam jawa
garam
gula
minyak

Lepas tumis bawang, masukkan cili.
Lepas pecah minyak, masukkan air asam jawa
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa

Kalau rasa x sedap maksudnya kurang masin ke, kurang manis ke, terlebih pedas ke, TAK MENGAPA.. sejukkan sambal tadi. Kemudian, masukkan dalam bekas tupperware, simpan dalam peti sejuk. 

Bila nak buat sambal, cedok dalam bekas dalam 3 , 4 sudu besar. Tumis bawang merah putih, dan masukkan sambal yang disejukkan tadi. Bubuh garam gula dan biarkan seketika. Nak masuk ayam goreng ke, ikan goreng ke, bilis ke...atau nak masak apa je yg guna sambal tumis ni boleh cedok je sambal yang kita sejukkan. Tak percaya? cuba try


Saturday, 8 December 2012

RESIPI ROTI TELUR SPECIAL

Saya suka mix and match bahan2 dalam dapur untuk create new menu. So jom try resipi saya ni. Actually dah lama dah buat. Hari ni baru nak tulis entry nya. 

Bahan-bahan:

  • Roti (ikut ler korang nak berapa keping, saya buat untuk dua orang makan je)
  • 3 biji telur (ikut banyak roti korang)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam 
  • Gula
  • Taugeh (jangan terlalu banyak)
  • Daun bawang (hiris halus)
  • Timun Jepun  (yg timun dia hijau gelap, kalau x ada guna la timun biasa pon ok. Tapi timun jepun ni lagi sedap tau!)
  • Thousand island
  • Sos cili
  • Minyak/mentega


Cara-cara: 

  • Pukul telur. Masukkan garam dan gula Masuk lada hitam, garam dan gula sikit.  Kemudian, bubuh taugeh dan daun bawang. Pukul sampai sebati.
  • Panaskan minyak/mentega atas kuali leper. Kemudian tuang bahan telur tadi. Kemudian tekapkan sekeping roti atas telur tadi. Biar sehingga garing. 
  • Kemudian terbalikkan seketika. Angkat. 
  • Hiaskan dengan sos cili, thousand island dan hirisan timun. 
  • Rasanya kan anak-anak kecik pasti suka. Korang boleh modify sendiri bahan2 nya kan.simple .


-SELAMAT MENJAMU SELERA-