Followers

Wednesday, 30 October 2013

MIMPI ..DEMI MASA

Assalamualaikum …
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Lamanya tak update blog. Saya nak update sikit ja.

Saya selalu buat tahlil untuk arwah emak dan arwah ayah. Kalau saya baca Al Quran dan berzikir sekali pun saya sedekahkan juga untuk mereka “di sana.”

Selepas emak pergi, saya mimpi arwah ayah sekali dan emak dua kali.  Mimpi paling terkesan dalam hati ialah semalam. Saya mimpi arwah emak. Saya pakaikan emak telekung dan kain sembahyang dan hamparkan sejadah untuk emak bersolat. Emak solat duduk sebab lepas arwah x boleh jalan , emak memang sembahyang duduk.

Selepas sembahyang emak cakap dengan saya. Dia suruh saya ambilkan Al-Quran dan dia nak baca Surah Al Asr. Demi masa….

IMAGE AMBIL DARI GOOGLE IMAGE


Kemudian saya cium tangan dia, saya mohon ampun dan maaf dan saya peluk dia..saya cakap saya rindu dan sayang emak. Emak cakap dengan saya kalau sayang berhenti kerja..Tiba-tiba saya teringat mungkin sebelum dia meninggal saya berhenti kerja untuk jaga dia. Saya terjaga dan waktu Subuh rupanya dan saya dengar Encik Firdaus tengah baca Al Quran. Saya terus ambil air sembahyang dan bila saya menghadap sejadah saya, saya sebak. Say baca sura Al Asr juga masa sembahyang Subuh tadi.

Dua hari lepas mimpi jumpa arwah ayah. wajah ayah gembira sambil cakap “Kita kena kebumikan arwah emak cepat ni.” seolah-olah ayah sedang uruskan pengkebumian emak.. Saya Cuma cakap “Ayah, jangan lupa sampaikan salam saya pada arwah emak. Ayah cakap, “InsyaAllah”..Saya terus terjaga.

Saya ambil kebaikan dari mimpi saya ini. Mungkin arwah emak ingin ingatkan saya bahawasanya masa kita singkat di muka bumi ini, jadi buatlah amalan sebanyak mungkin sebelum kita meninggal. Mimpi memang mainan tidur. Tapi jika mimpi itu membawa kebaikan dan membuatkan kita lebih semangat untuk buat amalan kebaikan , maka itu adalah baik.


Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Sekian.

21 comments:

Aisy Nasiha said...

Bagus ingatan ni... sedihnya kehilangan mak ayah..akak ni kuat semangat... banyak sedekahkan ayat ayat suci kepada aewah, bagus..sejuk roh arwah kat sana...

Kuatkan semangat ye..mak ayah pasti nakkan ank2nya kat sini sihat dan bahagia selalu...

Fiza Rahman said...

Al-fatihah. TErubat rindu kan intan even dpt jumpa dlm mimpi.

Unknown said...

Tersentuh saya baca n3 kak intan. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah.

Unknown said...

kata org, kalo kita mimpikan arwah bermakna kita terlalu rindukan dia.. dan dia tahu.. sbb tu dia dtg jumpa kita dlm mimpi.. deqla pernah juga mimpi arwah ayah.. dlm mimpi tu, deqla sungguh2 bgtau arwah ayah yg deqla dah selmt nikah.. (sbb arwah meninggal 2 minggu seblm deqla nak nikah), pas tu arwah senyum dan berlalu pergi.. deqla menangis x bagi arwah ayah pergi, sedar2 deqla menangis betul2.. T_T

Miss N™ said...

walaupun cuma mimpi, tapi terubat juga rindukan..

al-fatihah buat arwah..

Cik Rose said...

Ya Allha sebaknya Ros baca ni kak.. sabar ye kak.. Al Fatihah..

mimpi tu amat bermakna kan kak.. Akak dapat jumpa jugak walau di alam mimpi.. Terima kasih untuk perkongsian yang baik ni kak..

pinky said...

salam kak... lama jgk akak myepi... alfatihah tuk kedua2 arwah... harap kak intan terus sabar dan tabah... =)

Ibu Lala said...

Akk pulak yg sedih.

ewanthology said...

kita yg hidup ni, jgn leka dan siap sedia mengumpul bekalam untuk hari kemudian.

Anonymous said...

al fatihah buat semua yg telah mendahului kita, ada orng kata kalau kita jumpa arwah mak bapa kita maksudnyer umur kita panjang wallahualam lah !

Unknown said...

terubat rindu jumpa mereka dlm mimpi kan..mg mereka aman di sana

Cik Ai said...

Ai pernah juga mimpi arwah mak..selalu kalo dah terlalu rindu tu mesti mlm tu mimpi..rs rindu tu smp xtahu nk cakap mcm mn kan k.Intan kan..sakitnya rs rindu Allah sj yg tahu..

Al-fatihah

Pykaa Pdott said...

Alfatihah buat arwah mak dan ayah akak .

Disebalik mimpi tuh ada kebaikkannya ;)

Nabilah Rosman said...

sebak saya baca, saya masih ada mak n ayah.. tak dapat bygkan kalau dorang tiada di sisi saya lagi..

terma kasih atas perkongsian ini :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.intan..

semoga arwah ibu & ayah diampunkan segala dosa & ditempatkan dikalangan hambanya yg solihin..

alhamdulillah...

Chic Na said...

walau cuma dalam mimpi mesti terubat rindu akak kan..

sori kak lama tak datang sini.. harap akak sihat2 selalu.. :)

Tie HT said...

as salam intan, apa khabar intan sekarang..akak tak sempat nak bw sini,
sebak baca entry ni..
akak pun kerap juga mimpikan arwah mak,
terubat rindu..
yang last sekali akak mimpi mak sandar kat bahu akak..rasa macam betul2 berlaku..tabahkan hati ya intan..moga kita kuat semangat utk teruskan hidup ni

MulutPayau said...

sayu terasa bila baca ntri ni..sabar ya dik..moga terubat rindu walau hanya jumpa dalam mimpi..

Anonymous said...

singgah dtg blog intan yer !

Syamimi Saad said...

Ya Allah.. smpai macam tu sekali mimpi yang sampai pada akk kan.. insyaAllah.. semua tu peringatan pada kak intan untuk semua kawan2 supaya kita jgn terleka kan kak..

Puan Kutu said...

selalaunya kita mimpi seseorang sbb kita rndu org tu..

ada juga org kata klu kita mimikan org yg dh meninggal,maknanya aruah mahukan kita berda untuk aruah..

Wallahhualam