Followers

Friday, 18 October 2013

ORANG PALING KAYA IALAH

Bismillahirrahmanirrahim
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.

Ramai manusia yang menjadi orang terkaya di bumi Allah ini. contohnya

Versi Forbes rilis Maret 2013:

1. Carlos Slim Helu
Jumlah kekayaan: 73 Miliar USD 

2. Bill Gates
Jumlah kekayaan: 67 Miliar USD 

3. Amancia Ortega
Jumlah kekayaan: 57 Miliar USD 

4. Warren Buffet
Jumlah kekayaan:  53,5 Miliar USD 

5. Larry Ellison
Jumlah kekayaan: 43 Miliar USD 


Versi Bloomberg Millionaires Index :

1.Bill Gates
Jumlah Kekayaan: 73,7 Miliar USD

2. Carlos Slim
Jumlah kekayaan: 71,4 Miliar USD

3. Warren Buffett
Jumlah kekayaan: 60,4 Miliar USD

4. Amancio Ortega
Jumlah kekayaan: 56,7 Miliar USD

5. Ingvar Kamprad
Jumlah Kekayaan: 55,7 Miliar USD

Akan tetapi orang yang paling kaya sebenarnya di sisi Allah ialah mereka yang melakukan perkara di bawah.Sila baca seterusnya:))

Syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melakukan amalan sebanyak mungkin sebelum maut menjemput kita.

Sebelum datang kerja tadi saya ada mendengar satu kuliah di TV9 mengenai Kelebihan Solat Subuh. Selain itu saya juga tertarik dengan SOLAT SUNAT FAJAR yang dilakukan sebelum kita solat Subuh. Ganjarannya memang besar wahai para sahabatku..

“Nabi tidak pernah menjaga solat sunat melebihi perhatian
Beliau terhadap dua rakaat sebelum subuh.” (Muttafaq ‘alaih)

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya
Daripada Saiyidah Aishah r.a. isteri Rasulullah SAW,
Bahawa baginda telah bersabda:
Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik
Daripada dunia dan segala isi buminya”.


Masa bagi solat Fajar ialah setelah masuk waktu subuh  iaitu selepas azan subuh.

Cara Mengerjakannya

Bilangan rakaat – 2 rakaat 

Lafaz Niat Solat Sunat Fajar




“Sahaja aku solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Bacaan surah selepas Al-Fatihah

Rakaat Pertama – baca surah Al-Kafirun
Rakaat kedua – baca surah Al-Ikhlas

Setelah memberi salam  bacalah yang ni:


Ertinya : “Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan, aku mohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan Nur MakrifatMu, Ya Allah! Ya Allah! Wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih: kasih yang pengasih.”


D   Doa selepas solat sunat 



Ertinya : “Ya Allah, ya Tuhan Jibril dan Mikail, dan Israfil dan Izrail dan Tuhan Muhammad s.a.w., selamatkanlah aku dari api neraka.”


Jadi, selagi kita masih bernafas, jomlah solat sunat fajar sebelum kita solat Subuh. Sesungguhnya mereka yang melakukan solat sunat ini lebih kaya daripada mereka-mereka ini kerana ganjarannya tiada tolok bandingnya. Yang pasti yang fardhu jangan ditinggalkan.

Sekian, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk kita semua..InsyaAllah.

26 comments:

Rosmawani♥ said...

Kaya harta sgt pun mungkin tak setanding org yg kaya ibadah kan.. Semoga kita amek manfaat... :)

Mimie said...

org kita kaya budi bhsa kan kak

Puan Kutu said...

Besar ganjaran solat sunat fajar ni ye.tq atas perkongsian

Puan Kutu said...

Quran mmg beri ketenangan.itu pasti

wantie said...

In sha Allah. Banyak manfaatnya.

Moga moga bila azan berkumandang idak le tarik selimut lagi.

Anum said...

setuju dengan al-quran ketengan sebenar

Ratu Hatiku said...

Inshaa Allah sama2 kita amalkan.
Tq sharing dear.. :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

trima ksh sudi berkngsi sis =)

lynmunir said...

Sangat bermanfaat entri ini. Mudah-mudahan diberikan kesempatan untuk menunaikan. Terima kasih admin.

Falsya said...

Salam kak intan chomellssss..lama nau rase xjenguk sini..kt opis blog kene blocked..tuh yg ssh nak BW..blk umah pulak mmg xlarat nak ngadap tenet..hehe..bile la nama kite nak tersenaraikan..hehehe

ewanthology said...

selamat beramal

Miss N™ said...

biar kita kaya disana kelak..\insyaAllah....

suwara entertainment said...

Thanks for sharing dear.. ;)

lieyalatif said...

biar le miskin harta tapi yg penting kaya amal ibadah....in sha Allahmoga kite menjadi umat Nabi Muhammad yg diberkatNYA....

amin...

Unknown said...

Kaya belum tentu bahagia kan?? thanks sharing =)

Unknown said...

kak...cd tu satu qari, satu cd. sory lambat reply. hehe

Unknown said...

x nak la kaya harta nih.. sbbkan krn harta manusia bertelagah..hidup kucar kacir..biar besederhana jika itu cukup membahagiakan..kan kak... yg penting kaya budi bahasa, kaya iman.. in shaa Allah.. ;)

Unknown said...

berusaha untuk ttp melakukannya....mg kaya disana

Nabilah Rosman said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ni. saya pertama kali singgah ke sini. :)

eita said...

takpe tak kaya..janji sihat tubuh badan..leh cari rezeki leh beribadat kan..


Unknown said...

salam intan...

baru akak dpt berkunjung,intan sihat?

Unknown said...

hai akak...gud sharing kan..

Cik Rose said...

kaya harta tak bawa ke mana.. yang penting amalan kita.. harus seiring kan ...

Anonymous said...

bersyukur dgn apa yg kita ada kan !

Cik Ai said...

biar kita kaya di sisi Allah nti..kaya di dunia x bertahan lama..

k.intan sihat? lama x watsap dgn akak..

Chic Na said...

betul tu.. segala yg dilangit dan dibumi semuanya milik Allah..