Followers

Monday, 1 September 2014

ASSALAMUALAIKUM SEMUA SAHABAT

Assalamualaikum semua....apa khabar..Salam Merdeka yg ke 57 thn kpd rakyat seluruh rakyat Malaysia..dan syukur kepada Allah kerana Gaza kini bebas..Tahniah kpd semua pejuang mujahidin..Malaysia stand with Palestine

Ok...mmg lama gila dan kekok utk berblog setelah sekian lama tinggalkan dunia blog ni..nak.susun ayat pon rasa kekok..hihi..

Sekarang saya dah kembali dan menetap di kg halaman saya di Kedah..alhamdulillah..dapatlah saya jaga pusaka peninggalan arwah ayah dan mak..kalau saya tak jaga sapa lagi nak jaga..yang bestnya Encik Firdaus pon suka duk.kedah..Buat masa ni kami.masih berjauhan..dia masih di kl..insyaAllah hujung September ni dia balik dan terus menetap di sini.. Rezeki ada di mana mana jd tak perlu takut untuk balik ke kg..bukan kl jer ada peluang kerja..hoho...betul tak?

kan kan..

Ok kawan kawan semua.rindu korang... Lupa nak.ucap tahniah padaBlogger ciksu ..sebab dah dapat babyyyyy! Yeay!:)tahniah daripada Kak intan :)

Monday, 30 June 2014

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum semua sahabat blogger. Lama sangat rasanya tidak update di sini. Apa khabar ya semua? Di kesempatan ini saya ingin ucapkan Salam Ramadhan buat semua sahabat muslimin dan muslimat. Saya ingin memohon maaf andaikata sepanjang berblog ni saya ada buat salah kpd anda semua.
Image from google

Wednesday, 14 May 2014

TESTIMONI TELEKUNG LYCRA

Assalamualaikum semua..huhu...busy busy..hihu..sampai x sempat bw dan buka blog kawan kawan..maafkan saya..
Ini testimoni daripada pelanggan saya mengenai telekung lycra yang dibeli dari saya.  Alhamdulillah.
RM40 postage semenanjung rm7.sabah sarawak tambah rm2 postage..
Untuk order whatsapp or sms only 017-3218351



Sunday, 11 May 2014

Kelas Mekap

Ni EntRy MelekaT. Scroll ke bwh untuk entry baru ye.

Salam semua. Bg area KL dan Selangor yg berdekatan yg ingin belajar asas mekap boleh lah menghubungi saya di talian 013-3392894 @ 017-3218351 (intan). Sabtu dan Ahad.Kalau nak request ke tempat anda di negeri-negeri lain, Intan perlu arrange baik -baik dan jumlah org nak attend pon kena ada ramai  sikit. 

Hendak minta tolong kawan-kawan follow blog andaman /mekap saya FOLLOW BLOG MANIS TOUCH OKEY:)  boleh tak? 

**Jumlah orang sekurangnya 2 orang. Maksimum 6 orang.
**Bayaran RM50 sahaja seorang.
** Saya akan pergi ke tempat anda. Jika jarak tempat anda terlalu jauh, saya akan caj sedikit sahaja duit minyak..sikit jer caj tambahannya ya..heeee..jgn bimbang okeh
** Sediakan barang mekap apa yg anda ada dan boleh guna brg mekap saya juga.
**Sediakan seorang model untuk saya tunjukkan cara cara mekap untuk anda belajar.

** Kalau nak datang dan belajar di rumah saya sila beritahu lebih awal dalam seminggu camtu ker..Rumah saya di Bukit Jalil.

Sunday, 20 April 2014

STEW DAGING LEMBU MASAK SAMBAL MASAM MANIS


Ini ialah resipi yang saya reka..Almaklumlah main campak jer apa bahan yang ada. Jadi tiada sukatan sebagb saya main agak-agak jer.

Bahan-bahan:
Daging lembu bertulang
Kulit kayu manis
Bawang besar
Bawang putih
Sos lada hitam
Cili kering blend
Kicap
Cuka
Sos cili sikit
Serbuk ketumbar
Serbuk kayu manis
Sedikit rermpah kari daging
Garam
Gula
Tomato belah besar-besar
Asam keping satu

Cara-cara: 
Rebus daging dan tulang lembu. Air rebusan jangan buang. ketepikan. 
Tumis bawang putih, besar, kulit kayu manis
Masukkan serba sikit serbuk kulit kayu manis, serbuk ketumbar dan rempah kari. Kacau.
Masukkan sikit cili kering blend. 
Masukkan daging dan tulang. Gaul
Tuang air rebusan.
Bubuh sikit sos cili, kicap, sos lada hitam
Bubuh cuka sikit dan asam keping
Bubuh gula garam secukup rasa
Bubuh tomato.
Reneh sampai daging empuk.
Kuah biar pekat pekat sikit ala ala stew.
Boleh makan dengan nasi dan roti juga..