Followers

Tuesday, 16 July 2013

SOALAN YANG TIADA JAWAPAN DARIPADA SEORANG MANUSIA.

Salam Ramadhan semua. Rasa terlalu lama saya tidak berblog dan sudah lama tidak menziarahi rakan-rakan blogger. Maafkan saya... Entahlah banyak perkara yang perlu dibuat, difikir dan lain-lain lagi. Hari kelima Ramadhan baru ni (Ahad) saya dikejutkan dengan berita pakcik (sebelah suami) meninggal dunia. Kami semua terkejut kerana arwah tidak ada sakit yang teruk dan usia dalam lingkungan 50an. Pukul 2 pagi kami bergegas ke Sg Penchala (rumah arwah) . Sebaik tiba, kami menunggu jenazah tiba dari hospital. Dikatakan oleh makcik bahawa arwah tetiba sesak nafas di rumah dalam jam 11 lebih (malam).

Apabila jenazah tiba, dan saya melihat jenazah, terdetik dalam benak hati saya.

Kita sering bertanya kepada sesiapa sahaja  “Apakah perasaan anda...” yakni kita sebagai manusia boleh bertanya kepada seseorang dan akan ada jawapannya..contoh ” apakah perasaan anda apabila berkahwin? apakah perasaan anda semasa melahirkan baby? apakah perasaan anda apabila dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan?”....

Semuanya ada jawapan...”saya berasa gembira...Saya berasa bersyukur...Oh, sangat bahagia...bla bla...

Akan tetapi...kecuali satu soalan dan anda tanya pada org yg anda kenal...”Apakah perasaan anda semasa malaikat maut mencabut nyawa anda?”

Soalan ini tidak mampu dan tidak akan dapat dijawab oleh tuan punya diri dan tiada jawapan yang kedengaran ...Dan bagaimanakah kita menghadapi kematian nanti? Ya Allah ya tuhan kami, matikanlah kami dalam cahaya keimanan....Ameen...

Moga Ramadhan yang datang ini memberi seribu makna dalam kehidupan kita. Ameen Ya Allah...

26 comments:

Nisah Idham said...

Salam Takziah buat kat Intan dan keluarga arwah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan ornga2 yg beriman . soalan yang sungguh kite tidak mampu menjawab. hanya untuk orang2 beriman sahaja akan merasai 100 haris ebelum kematian. itulah jawaban kepada perasaan tersebut. kan kak??

musang said...

semoga kita semua dpt mengucap syahadah di akhir hayat. amin

NaZiRaH @ Ezyra said...

salam ramadhan akak..;-)
mati itu pasti, jangan fikir bila, tapi fikirla bagaimana, huhu
dan adakah kita bersedia...

Unknown said...

takziah kak....semoga ramadhan kali ini mmberi pengertian yg mendalam buat kita

Anum said...

amin :)

ewanthology said...

dikesempatan yang ada ni, teruslah mengumpul bekalan untuk ke Sana kelak. Jangan lalai, lupa dan cuai.

Mimie said...

betul tuh kak..satu2nye soklan yg xdpt dijawab....

slmt berpuasa kak intan

Ibu Lala said...

akk baru je whats app intan. dah lama x dengar berita.

Chic Na said...

kak.. salam ramadhan.. cikna pun lama tak datang sini..

termenung jap baca entri akak.. takut sebenarnya..

Miss N™ said...

alfatihah buat arwah..
takziah dari nur buat akak sekeluarga..

benar, soalan tu tidak pernah ada jawapannya...

moga ramadhan kali ini beri rahmat buat kita semua.. amin.!

Cik Ai said...

amin
moga kita tergolong dlm golongan org2 yg dipermudahkan..

k.Intan sihat?
salam ramadhan akak :)

Aisy Nasiha said...

tingkatkan ibadat selagi kita masih diberi peluang merasa dan menjawab persoalan yg lain...

Unknown said...

pernah jugak terfikir kak.
Salam ramadhan dan Selamat berpuasa.

Unknown said...

al-fatihah bt arwah..takziah utk Intan dn jg keluarga arwah.

tiada kata terkata bila soalan itu diajukan.. mmg tak termapu nak di jawab..

p/s:tak apa Intan..utamakan dl yg penting ya..:)

Unknown said...

salam takziah kak..AL-FATIHAH.. hurm.. soalan yg kita takkan temui jawapannya.. bila tiba masa baru terungkai segalanya..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.intan Berlian..

salam takziah buat akak sekeluarga diatas kembalinya pakcik kerahmatullah..

timbul rasa keinsafan.. kita kah seterusnya?
hmm..persoalan yg mmg tidak jumpa jawapan melainkan kita sendiri merasainya..

salam ramadhan..selamat berpuasa kak intan..

alfatihah buat arwah..

Cikrosecute said...

Salam Takziah Intan...

Umialya said...

Salam takziah..

Si Matatajam said...

Terkedu nak menjawab soalan yg berat tu...moga amalan kita diterima dan nyawa kita diambil ketika kita dalam iman.. Salam Ramadhan....

Fiza Rahman said...

Persoalan yg tiada jawapannya.

Takziah buat intan & family. Al-fatihah buat arwah.

Nora Karim said...

innalillahiwa inna ilaihirojiun... semoga rohnya dicucuri rahmat... amin...

syiela said...

takziah buat keluarga arwah - AL fatihah

Cikrosecute said...

Al-fatihah buat arwah....

Unknown said...

takziah dr akak...

insha Allah moga kita dijemput dlm keimanan nanti

Unknown said...

takziah intan
mmg bayak persoalan yg tak terjawab

Maria Firdz said...

Takziah...

Kalu lah dpt dijawab oleh org tlh mati... Hmmm