Followers

Tuesday, 31 December 2013

UCAPAN UNTUK BLOGGER DEQLA DAN BLOGGER NADIAFARAHIDA

Assalamualaikum semua. 

Untuk BLOGGER DEQLA

Salam Takziah dari kak intan untuk Deqla kerana telah kehilangan ibu tersayang tanggal 28 Disember 2013 akibat sakit paru-paru. Al Fatihah. Semoga Deqla terus tabah dan kuatkan semangat ya. Kami semua sayang Deqla. 



Tahniah diucapkan kepada Nadia dan suami kerana penantian mereka selama beberapa tahun untuk menimang cahayamata telah termakbul. Tahniah sekali lagi. Jaga diri baik-baik ya Nadia. 




Monday, 30 December 2013

MANIS PAHIT 2013

ASSALAMUALAIKUM..

Tahun 2013 bakal berlalu pergi beberapa ketika sahaja lagi..sepanjang tahun tu pastinya kita semua melalui pelbagai pengalaman manis dan pahit. 

Namun bagi saya tahun 2013 merupakan tahun yang banyak pahitnya dari manisnya. Masakan tidak bulan 10 saya kehilangan Ibu tersayang...AL Fatihah. 

Sebelum ibu meninggal saya juga tempuhi pengalaman pahit di mana  perlu bertegas antara kerjaya dan ibu dan saya pilih ibu. 

Manis? emmm...rasanya tahun ni biasa sahaja ..tiada yang manis. oh ada ada...Manisnya saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang baik dan support saya..Terima kasih semua. Saya sayang korang semua dan walaupun kita hanya berkenalan di alam maya..saya anggap kalian semua sebagai sebuah keluarga yang besar.. 

Teruskan sokongan antara kita semua dan saya harap hubungan kita berkekalan hingga ke Jannah. Yang lebih dewasa dari saya , saya anggap kakak dan abang, dan yg muda dari saya , saya anggap sebagai adik. :)

Selamat tinggal 2013!
Selamat datang 2014!

Eloklah rasanya tahun baru disambut dengan tazkirah, sembahyang sunat, doa, dan pelbagai perkara yang lebih bermanfaat daripada sambutan dengan konsert nyanyian bagai..ye dok?huhu  

Sunday, 29 December 2013

SALAM AHAD

Assalamualaikum semua..lama pula rasa tak update walhal baru je update minggu lepas rasanya..:))

image from google


Ok, sekarang  dah jadi suri rumah sepenuh masa sampai 1hb ni je.. 2 hb ni dah dapat kerja baru dan yg seronoknya keja ni sampai pukul 12 tengah hari jer. bukan part time ok..hehe..nantilah saya citer keja apa.Tapi ok la boleh bantu suami sikit-sikit walaupun gaji yg saya dapat nnt kecil sahaja dan sangat2 berbeza besar dengan gaji lama tapi entahlah saya rasa happy. 

Jadi waktu petang saya akan manfaatkan untuk attend ke rumah2/tempat sapa2 yang nak belajar kelas mekap...so sekarang ini bukan weekend sahaja boleh buat, weekdays pon da boleh buat..hehe..

Saya tak kisah pasal gaji ni sebab yg penting bagi saya, saya happy sudahlah...bila happy baru boleh kerja dengan perasaan yang tenang. Hidup ini singkat sahaja jadi saya nak hiasi hidup saya dengan perkara2 yang indah dan baik InsyaAllah.  


* saya ada up dua entry baru kat Manis Touch semalam..jemput2 la baca yer.

terima kasih baca entry saya..sayang kamu semua!

Monday, 23 December 2013

KEMALASAN TAHAP MAKSIMA

MOOD: DAH MALAS NAK DATANG KERJA TAPI KU GAGAHI JUA..EHEHE..ESOK LAST DAY!! 

. SO SESAPA YG NAK TEMPAH KELAS MEKAP HARI BIASA DIPERSILAKAN SEMENTARA SAYA MASIH FREE DAN TAK BEKERJA..HEHE


IMAGE FROM GOOGLE

Friday, 20 December 2013

BAHANA MENINGGALKAN SOLAT


Saya copy semua ini dari BLOG NICK NASHRAM 


Secara ringkasnya balasan tinggal solat :

SUBUH : Allah akan mencampak ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun.
ZOHOR : Dosa seperti membunuh 1000 orang islam.
ASAR     : Dosa seperti meruntuhkan kiblat umat islam iaitu Ka'abah. 
MAGRIB : Dosa seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.
INSYA'    : Allah tidak redha tinggal di buminya dan guna segala nikmatnya.

Ada yang dalam kubur menangis meronta-ronta nak kembali hidup sebab nak qada solat-solat yang ditinggalkan..nauzubillah

KUALA LUMPUR ZAMAN SILAM

ASSALAMUALAIKUM..SALAM JUMAAT.
Tarikh hari ini:

20122013..cantik kan 


SUMBER DARI SINI

Wednesday, 18 December 2013

ADA KE KEYWORD GITU CARI KAT BLOG SAYA NIH?


Ish ish ish..sambil geleng kepala..adeh, blog akak ni tak der dik cerita camtu..huhu..sekian.

KUCING VS ENCIK FIRDAUS

Dilarang Copy paste ini picture..ngee:)



Assalamualaikum..hi semua ..Tak menahan nak gelak duk wasup dengan Encik Firdaus.Hari ini saya masak dan tapau. Ikan masak sambal dengan nasi. Tapi Encik Firdaus diganggu oleh kucing..haha..saya dapat wasup dia , duk tahan nak gelak..kang gelak kuat kang kat opis ni orang pandang pelik pula..hehe.Jangan marah ahh Encik firdaus saja nak story kat blog ni..hahah..kesian kucing tu dituduh garit..adoehhhh haih..haha

Tuesday, 17 December 2013

CERITA CAMPUR-CAMPUR

Assalamualaikum…
Selamat Petang. Hari ini saya nak story campur-campur

Cerita 1= Malam Ahad, saya dah tidur, sekali saya dengar bunyi bising-bising macam orang berlari dan seolah-olah macam sedang kalut . Saya celik mata sikit, saya tengok lampu cerah kat bilik dan luar rumah.
“B, kenapa tu?”
“Taka da apa cuk. Cuk bobok ler balik”

Esoknya.

“cuk , B ada pengakuan nak buat.  Semalam B sebenarnya kalut sebab ada lipas. B kalut pukul lipas sebab takut lipas masuk bilik”
Aku terpaku dan ternganga. Encik Firdaus memang takut lipas. Aku? Aku tak takut. Siap boleh pegang lipas. J hehehe…

Cerita 2= Playboy itu suami aku..Sorry tak boleh tengok drama tu..haha..sebab tak boleh masuk dalam kepala otak nih. Encik Firdaus gelak guling-guling tgk drama nih. Sapa yang minat minta maaf ya..heheh..Lain orang lain minat nya.

Cerita 3= Semalam ngantuk yg teramat. Tidur lepas Isyak..Rupanya Encik Firdaus masak nasi , goreng ayam..pagi tadi bangun ada..kesian dia..tapi tabik spring la…sebab pandai masak..hehehe..

sekian.


Monday, 16 December 2013

KELEBIHAN SURAH YUSUF AYAT 4

Assalamualaikum ..

Nak kongsi satu kelebihan Surah Yusuf ayat 4.. Mungkin ada yang sudah tahu,Yang belum tahu meh kita ambil tahu..

Kawan saya selalu suruh saya baca ni ketika bekerja di tempat kerja. Apa kelebihannya? Saya pun search Google dan nyata surah ini bagus diamalkan jika kita selalu berjumpa dengan orang atas urusan kerja.

image from Google

Selain itu kelebihan ayat ini ialah: 

a)  Manis dipandang
b)  Wajah kita sentiasa berseri-seri
c) Kita akan sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja. InsyaAllah.

Setelah membaca surah Yusuf tadi, teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
image from google

Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya :
1. Baca 3 kali kemudian sapulah ke muka wajah anda.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh, cubalah amalkan.

Peringatan :
1- Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

2 - Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi. Jom la para isteri amalkannya..:))


Namun yang pasti sembahyang fardhu jangan diabaikan kerana sembahyang ialah tiang agama. Amalan selebihnya ini sebagai tambahan dan bonus untuk kita . Jom kita amalkan sama-sama. 

Friday, 13 December 2013

TERIMA KASIH DARI KU UNTUK MU

Assalamualaikum..

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada 6 org blogger  terawal ini yang sudi follow Blog Manis Touch. terima kasih .


-Deqla
-Cik nur
-Nazirah
-Kak Atie
-Che kaq
-Mama Aryan



terima kasih daun keladi,
kalau sudi singgahlah lagi...

MANA SATU YANG ANDA SUKA?

Assalamualaikum ..Salam Jumaat semua sahabat-sahabat alam mayaku..

Mana satu yang anda suka?:
image from google

A  - Follower ramai beribu riban tapi entry anda tiada siapa yang membacanya dan komen?

atau

image from google

B  - Follower biasa-biasa saja tapi setiap kali post entry mesti ada yang membaca dan mengomen?

Tapi semua tu terpulang kepada individu masing-masing kan....Ada yang suka follower ramai dan tak kisah entry nya orang baca ke tak ...ada pula yg x kisah sgt pon pasal follower janji ada pembaca setia dan komen entry nya...huhuh..

Apapun selamat berblogginggggg!!


Thursday, 12 December 2013

LESEN TV


Assalamualaikum semua..

Bagi yang baya2 saya dan yang lebih dewasa dari saya mesti ingat akan LESEN TV..Zaman –zaman dulu kena ada lessen tau kalau nak beli tv. Sebabnya saya tatau sebab apa. Tapi dulu pernah tgk lesen TV arwah ayah lekat kat dinding.


Sekarang beli tv dah tak payah ada lessen.   Dulu-dulu tak silap ada orang datang periksa lesen tv kat rumah. Siapa yang ingat nostalgia ni? Saya dah tak ingat sejak bila ia dimansuhkan.

Ini wikipedia tentang lesen TV:


Wednesday, 11 December 2013

Ke Marriot Putrajaya Cek Intan Hari Ini

assalamualaikum..cek nak p otel tu hari ni...cek dpt job mekap dinner...Alhamdulillah..tima kasih pada semua yang selalu bg smangat pada saya especially Cik Nur ,Aisy Nasiha, Deqla Manjew, Fasz, Lin Ratu Hati dan semua kawan kawan yg cukup kuat bg sokongan untuk saya terus mekap org bg santek santek...Allah ja yg dpt balas jasa kalian.amin...

MANIS TOUCH :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sudah lama saya nak wujudkan blog khusus untuk mekap dan servis andaman / mekap. Jadi saya nak minta jika kawan2 free bolehlah follow blog MANIS TOUCH saya ni. Ok tak nama tu? hehe..Senang ingat kan?

Terima kasih ya semua kawan2 atas sokongan dan kata-kata semangat kawan-kawan juga saya kuatkan semangat untuk lebih berjaya!Terima kasih.


Tuesday, 10 December 2013

CARA SENANG TUKAR BLOG TEMPLATE

Salam semua..

Hari ini saya nak kongsi kepada semua geng-geng blogger yang ingin tukar blog template. Mungkin ada yang sudah bosan dengan design design lama kan.  Saya ni malas nak install benda alah ni..jadi cari yg bg kod jer terus.

Sedang saya tercari-cari laman web yang ada bagi code sahaja tanpa perlu install saya terjumpa laman ini . CLICK DI SINI.

Bila korang click, berlambak style design ada situ dan korang copy ja code di bawah design tu dan edit la template korang yek. Boleh cuba macam2 jenis. Copy jer.Tak perlu download dah. Senang cerita kan. Huhuh.

TAPI JANGAN LUPA BACKUP DULU CODE TEMPLATE LAMA KORANG YER. HUHU..hilang cek tak tanggungjawab noooo

Ok, Saya dah cuba satu design di BLOG MANIS TOUCH saya. Amacam? Ok tak? Nanti lunch mungkin nak try lain2 template..syok pulak rasanya. Oh ya, kawan2 jangan lupa ya follow blog khusus untuk mekap saya yer. Terima kasih tau!

Sayang semua!   

Monday, 9 December 2013

SUDAH BERUBAH...

Assalamualaikum...
Sudah berubah...Apa yang berubah??

Mula2 nak resign 27 Disember ni sekali buat surat saya cepatkan tarikh! hahah..saya cepatkan ke tarikh 24 Disember 2013. Huh! Malas mak noks nak tunggu lama-lama kat sini..sakit jiwa..keh keh..

Duk counting days jer ni...dup dap dup dap..
image from google
..apapun happy walaupun x ada keje lagi dan walaupun duk kena bayar hutang lagi setiap bulan tapi wa tetap hepiiiiiiiiiiii..yabeda beduuuuuuuuuuuuuuuu. 
image from Google

JIKA ADA TEMPAHAN MEKAP DI DAERAH YAN DAN SP

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua, 

JIka ada sesiapa yang nak buat tempahan mekap di daerah yan  dan Sungai Petani boleh call saya dua atau tiga bulan awal untuk buat tempahan awal..Saya boleh get ready untuk pulang ke kampung lebih awal.

Kalau ada yang hendak kahwin masaTahun  BAru Cina di kawasan berkenaan dan memerlukan mak andam, bolehlah hubungi saya di talian 017-3218351(Kak Intan)

Siapa ada jual produk especially foundation giffarine atau supra kroyolan bagitau yer..saya tengah mencari2

Sunday, 8 December 2013

KELAS MEKAP 8/12/2013- PRESINT 18 PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini selesai KELAS MEKAP BERGERAK KE RUMAH ANDA!. Hari ini dua orang sahabat baik dan dua-dua nama Nadia. Maka sorang saya panggil Nad, dan seorang lagi saya panggil Nadia untuk elak kekeliruan. Kelas asas mekap ni saya pergi ke rumah Nad di Presint 18. Alhamdulillah selamat sampai dan yang terharu layanan Nadia dan Nad sungguh baik..Terharu..Tq Nad dan Nadia.:) 

Kelas bermula : Dalam jam 10.30 pagi.
Selesai habis : Dalam jam 1.15 petang
Barang-barang: Barang mereka sendiri yang mana ada ja dan barang saya juga:) 

Cara saya, saya ajar teknik mekap kepada mereka berdua dan mereka aplikasi pada muka mereka sendiri dan mereka saling membantu mekap sesama mereka. Saya tolong mereka sikit-sikit sahaja apply kat muka mereka sebab saya nak diaorang buat sendiri. Pelbagai teknik yang saya ajar pada mereka.  

Tapi saya sangat kagum sebab Nad dan Nadia sangat sabar dan hasilnya bagi mereka yang first time mekap betul sangat menakjubkan bagi saya. Syabas Nad dan Nadia. Jom kita layan gambar mereka. 

Gambar A: Saya ni memang pelupa. Nasib masa tengah bentuk kening saya teringat so baru permulaan mekap maka saya sempat snap gambar mereka. Nad,keningnya agak tebal dan Nadia pula keningnya sangat nipis dan hampir tiada penghujung bulu kening. See , Nad dan Nadia cuba buat kening mereka sendiri dan hasilnya seperti di bawah. Saya guna teknik sorok bulu kening. heheh. Gambar muka sahaja sebab saya menghormati mereka bertudung ya. Pandaikan Nad dan Nadia bentukkan kening walaupun mereka agak kekok..Tapi saya puji mereka, mereka tak putus asa.
Nad

Nadia

Gambar B: Mereka mekap sendiri dan cuba membantu antara satu sama lain. Muafakat la katakan..hehe..Mana mekap yang mereka ada ,mereka gunakan sebab saya nak selepas tamat belajar mereka
boleh guna barang yang mereka ada..  

                                                 





Gambar C: Sebelum memakai bulu mata palsu...Jom bergambar dulu..hehe. 




Gambar D: Selepas pakai bulu mata palsu dan beberapa touch up lagi. DAN INILAH HASIL KERJA TANGAN MEREKA SENDIRI! Kelas Asas Mekap Tamat!  Syabas Nad dan Nadia! 













Sesiapa yang nak mekap kelas/mekap dinner bolehlah hubungi saya di talian 017-3218351 (Intan)

Saturday, 7 December 2013

TEMPAT KERJA PALING HORRIBLE !!!!!

image from google
Assalamualaikum..Buat entry dalam 2 pagi lebih. Sebab tak boleh tidur. Saja nak cerita pengalaman kerja paling teruk lah kot semasa bekerja di ofis baru ni.Mana kan tidak , bertahan dua bulan sahaja. Sejarah sungguh! 
image from google

Hari ini saya rasa nak lempang laju laju pada seorang freelancer cina nih. Sudahlah buat kerja kelam kabut gila nak cepat, kemudian asyik minta benda yang bukan2 dari saya.  Sudahlah saya cuti kelmarin kalut cakap sampel dah hantar! Kemudian saya cakap , ok tunggu saya approved dulu baru boleh proceed! Yang editor si cina tu sibuk kol saya salahkan saya kenapa saya tak bagi full manuscript pada freelancer tu? dah kalau x approved lagi nak buat celah mananya??? Tapi di situ cakap kita semua tak betul..cakap dia ja betul..pong pang pong pang! Saya sampai naik fed up.

Saya memang tak boleh blah la sebab last last saya yang dikatakan salah. Macam lah saya ni bodoh terlampau. Tapi di situ kalau korang nak tau, kita nak bertanya apa pun segan sebab apa... Sebab bila tanya saja, suara editor berbangsa cina tu naik setinggi langit..kemudian membebel seolah saya ni budak sekolah baru belajar. Saya bukan nak cakap saya saya hebat. Saya bertanya dengan merendah diri. Tapi saya umpama dipijak kepala!! Seolah saya ni tiada pengalaman langsung!! Hey! Korang punya kompeni mana lah saya tahu style korang!! lain kali ajar baik-baik!!!! Saya  kerja dengan banyak kompeni. kompeni kecik ada, yang besaq pon ada. tapi attitude tak macam kompeni ni!! Big bos  pula suka gesa nak cepat (masuk setting minggu ni, minggu depan nak printing! Tak pernah lagi dalam sejarah kerja penerbitan saya kerja macam ni!) nak kejar duit saja!!!  Bukan aku tatau kita semua kejar duit tapi agak agaklah!!! Ingat edit, nak bgi jurutaip luar buat ..diaorang freelance, malam ja baru free sebab semua kerja full time!! Kau nak kerah orang serupa orang buat kerja kau sorang saja? Hellloooooo...

Staff part time tu pon sendiri mengaku dengan saya dia x boleh lama keja sini sebab terpaksa jadi hipokrit! Dan yang paling x boleh blah, si editor cina tu ckp dengan bos buat apa ambil part time buang masa buang duit.Tapi kau juga suruh dia buat macam2 kerja kau! 

Kemudian, saya dah tak ambil dah minuman 3 in 1 di situ sebab apa? sebab cina tu bising sebab 3-1 tu cepat habis! Masalahnya bukan kau beli guna duit kau! Duit bos! habis pon apa masalahnya? Ala, saya duduk situ bukan ambil sangat pon dulu.kadang2 dua hari pon x minum pon 3-1 opis punya!  Logik akal la dulu kau dengan sorang lagi jer staff duk minum, sekarang dah jadi 4 staff maka 4 mulut lah! Lepas dia bising2 tu , saya dengan staff part time tu dah x sentuh dah! Engkau minumlah 3-1 tu sampai muntah!!! Itulah asyik kerja dengan staff sorang lagi tu ja..tak pernah bekerja dengan orang ramai kot sebab nanti orang bangkang cakap engko! Sebab tu kau tahan lama duk situ. Haa duduklah ko lama-lama..Tak ingin aku kerja dengan budaya negatif nih! good bye! balik kg lagi bagus!!!    

Memang entry saya kali ini saya marah sangat-sangat ..sorry yer...tapi saya tak tahan..kita baik dibuat mcm ni pula.. sebab saya rasa kepala saya dipijak-pijak. Tk sabar saya nak blah dari sini... Saya jarang marah orang tapi mereka di situ mmg mencabar kesabaran saya . Nada saya masih rendah dalam percakapan. masih boleh kawal senyuman. Saya tatau lah kalau orang lain, mungkin si cina tu dah lama kena tengking. Sudahlah tak faham apa kita cuba cakap, lagi dia cakap pong pang pong pang meleret. Saya dah jeling dah tengok sebab bingit telinga tau!  korang dapat imagine tahap kemarahan saya tak?? huhu

Thursday, 5 December 2013

TERIMA KASIH KEPADA BLOGGER IBU LALA A.K.A KAK ANA

Assalamualaikum..pertama kali syukur kepada Allah kerana "rezeki" pada hari ini. Saya cuti tak pergi kerja hari ini. KEbetulan suami saya pulang ke rumah awal hari ini makan tengah hari. KEmudian petang sikit saya dapat whatsapp dari Kak Ana Blogger  Ibu Lala. 
IMAGE FROM GOOGLE

Masa dapat tu terbuntang bijik mata ni haaa. Mau tak terkejut..Kak Ana hantar iklan jawatan kosong di sebuah syarikat penerbitan yang memang saya teringin nak kerja. Sebab beberapa hari lalu saya  pernah tengok di TV Al Hijrah mengenai syarikat ini dan saya ada emel mereka bertanya mengenai jawatan kosong. Saya teruja dan bersyukur sangat  walaupun belum tentu dapat tapi tindakan pantas Kak Ana beritahu saya mengenai jawatan tersebut membuatkan saya sepantas kilat tukar baju  dan suami saya terus pandu kereta ke syarikat tersebut sebab nak hantar resume by hand. Dengan hujan semua tapi saya tak kisah asalkan dapat hantar by hand. Saya hantar sekali sampel -sampel artikel dari majalah dan buku -buku yang pernah saya tulis. Kalau hantar by emel susah la sikit sebab banyak sangat  sampel.

Jadi, kawan-kawan doakanlah semoga saya berjaya dan paling best sebab sehala jer dengan tempat kerja Encik Firdaus. Amin.
Terima kasih KAK ANA!!

Wednesday, 4 December 2013

AKU PULA JADI PELUPA

Assalamualaikum.

Semalam dalam jam 8.30 malam macam tu, datang Shafira (Fira) yang nak belajar kelas asas mekap. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......aku lupa!!!
image from google

Dah dia balik baru aku teringat aku lupa snap gambar dia!!! Arghhhh...dah whats app dia namun mungkin dia x baca dan dah tentu2 hari ini dia dah cuci muka dia..takkan nak tidur x cuci muka pulak!

Macam tu juga kesnya masa saya g mekap Kakak kepada pengantin di Rumah Tamu Datin Halijah..saya mekap Puan Hana tu, lepas mekap saya balik rumah! Apa daaaaaaa..lupa sajaaaaa..FUh ! Ahad ni jangan lupa snap picture orang yang nak belajar tu,..InsyaAllah

Monday, 2 December 2013

JADUAL KELAS ASAS MEKAP BARU BERMULA.SYUKUR ALHAMDULILLAH

Saya baru jer promote  LINK  dan Alhamdulillah ada feedback yang bagus. 

Ahad 8 /12/213- Presint 18 Putrajaya Jam 10 pagi

Selasa Malam 3/12/2013- di rumah saya Bukit Jalil (yang ni special request dia nak datang belajar seorang di rumah saya) Jadi saya takda hal lah sebab dia yang datang ke rumah saya.

Alhamdulillah..Rezeki di Bumi Allah itu luas!! Kan??


image from google image

AKHIRNYA....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

AKHIRNYA SAYA MENARIK NAFAS LEGA..
Saya sudah beritahu boss untuk resign dan saya rasa lega. 

So ,saya fokus buat part time kelas mekap dengan harga yang murah..So sesapa yang nak belajar mekap boleh cari saya ya. CLICK SINI.

Lepas ini misi mencari kerja..di KL..Mungkin akan cari kerja di Kedah juga...part time pon ok ..so sesiapa ada maklumat, please let me know ok!


Sunday, 1 December 2013

Kasut Untuk Dijual

**Kasut baru
**Tak pernah dipakai
**Hitam bunga merah saiz 39 (bhgn tapak ada scratch sikit saja)
**Merah riben batu saiz rm40

Harga RM20.
Postage rm7.
Tiada kotak. Akan dibungkus dengan cara yang selamat semasa pos nanti.jgn risau.
Siapa cepat dia dapat.

Sms or whatsapp saya 017-3218351 intan untuk reply lebih cepat.