Salam semua. Hari ini saya nak share sedikit ilmu masak ..(kah kah..gaya macam chef je ) .ni saya buat sebab dulu saya buat meehun goreng (bungkus( setiap hari untuk letak di sebuah kiosk di sebuah menara di opis encik somi saya di KL. Lepas tu saya stop sebab penat sangat mana nak tumpu pada opis lagi.. hehe...tapi saya memang minat masak. Arwah abang memang chef dulu. Arwah abah dengan mak memang masak ..dulu ada kedai makan..huhuhu...ada la sikit2 turun dekat saya..keh keh..:P
OK, sape yg suka makan sambal tumis mesti suka yg cili kering kita blend sendiri kan, x suka yg beli cili boh kan kan. Ni boleh buat kuantiti yang banyak dan simpan. Boleh guna untuk tumis buat meehun goreng, mi goreng , lauk pauk dan sebagainya.
Bahan-bahan:
cili kering blend
bawang putih
bawang merah ( saya lebih suka bawang merah daripada bawang besar sebab aroma dia sangat wangi)
air asam jawa
garam
gula
minyak
Lepas tumis bawang, masukkan cili.
Lepas pecah minyak, masukkan air asam jawa
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa
Kalau rasa x sedap maksudnya kurang masin ke, kurang manis ke, terlebih pedas ke, TAK MENGAPA.. sejukkan sambal tadi. Kemudian, masukkan dalam bekas tupperware, simpan dalam peti sejuk.
Bila nak buat sambal, cedok dalam bekas dalam 3 , 4 sudu besar. Tumis bawang merah putih, dan masukkan sambal yang disejukkan tadi. Bubuh garam gula dan biarkan seketika. Nak masuk ayam goreng ke, ikan goreng ke, bilis ke...atau nak masak apa je yg guna sambal tumis ni boleh cedok je sambal yang kita sejukkan. Tak percaya? cuba try
33 comments:
Entri bgus ni kak intan..
Bleh la M try nanti..mudah gak yek buat banyak2 simpan dlm peti sejuk...nak guna panaskan ja...
sy suka makan je..masak malas..bukan malas tp xreti haha
setuju dikk
gud tips
lepas tuu nak grg nasi guna sambal tuu pun dah sedap kan .. akak kalau rajin buat macam tu lah ;)
singgah follow sini dr blog kak m :)
tak pernah masak sambal tumis.kalau tolong masak tu adelah..bolehlah nak gune tips akak ni kan.
terima kasih nani..
a;ah M...simpan dan buat banyak..nak buat sikit malas pulak rasa..huhu
xpa..org laki ..heheh
kan kak ieda....senang sekali masak banyak2..
salam..selamat berkenalan...salam ukhuwah
boleh fiza...sila sila,..:)
mesti akak terer masak kan. sedap la kalau guna sambal tumis yg fresh mcm ni. selalu guna cili giling instant je. :)
akak, thanks tau. hadiah dah sampai. suka sangat. tunggu reviewnya nnti. ;)
memang taj suka cili bo. tips yg bagus
hehe..cikna..biasa2 je...akak cuma x suka cili boh..rasa dia macam x boleh masuk tekak..hehe..ye ke dah sampai..Alhamdulillah..
ye ke..dah pegi..tp x ada pon...cuma cakap page ni does not exist
hahaha...tq wantie
sedapppnyaa..nice sharing..rajin masak ek..
sy mmg org alor star,akak org kedah ke??kedah area mana??
tips yang bagus. lepas ni bolehlah miza praktikkan :)
Akak~! aina pun x suka cili boh. Lagi suka cili kering blend sendiri. =) simpan dalam peti sejuk. tahan lama.
senang kalau rushing nak masak terus capaiiii je kan kak intan!
boleg gak cuba ni...saya mmg gemar sambal...
terima kasih chef intan!
bese buat sambal bilis..memang tahan sebulan...
boleh cube nih...thanks kak
wahhhh...tq kak intan, gud info...
kak intan mak wani pun buat cmni juga...simpan dlm fridge..nk guna senang kan
mak kina pom elalu buat..dan memang mudah bila na masa cepat2..:)
Bagus ni..tq share ye intan
bagus tips ni... munna mmg masak wajib ada sambal tapi bila time nak blend cili malas sgt .... bagus juga mcm mudah di buatnya
bagus ni. boleh try.. kak, selalunya tahan berapa lama dalam petia ais sambal ni?..
Senang buat banyak2 sekali harung. Bila nak masak boleh gunakan terus
Post a Comment