Followers

Monday, 5 November 2012

Oh PBS, Oh KSSR…



Saya belum menjadi seorang ibu tapi saya percaya ramai ibu bapa sekarang yang pening kepada dengan sistem pelajaran terkini. Saya yang terlibat dalam bidang penerbitan buku untuk preschool, SK, SJKC pon serabut kepala…Buku2 prasekolah memang kebanyakan kami sendiri yang tulis di sini..Dah merangkap sebagai author dah ..:) hahaha..Baru nak memahami KSSR dengan sepenuhnya, tetiba tup tup tup dah tambah PBS. Guru-guru pun pening kepala.Pihak publishing pon kalut juga sebab nak kena selaraskan buku2 yang perlu diterbitkan selaras dengan sistem terkini..kang naya x ada sapa nak beli buku sebab x ikut peredaran..hahaha.Sekarang saya tengah focus menulis untuk buku Tahun 1 SJKC . Owh sakitnya kepala!..hehehe…Percaya tak kadang2 nampak buku cth prasekolah nampak mudah dan senang dan murah..tapi masa yang diambil untuk menulis dan menyiapkan buku tersebut dengan lengkap memakan masa berbulan2. Saya sudah dalam bidang penerbitan sejak tahun 2005 sehingga sekarang…memang banyak yang saya belajar dan masih belajar dan sekarang sedang belajar mengenai PBS..duk fikir latihan macam ni nak relate dengan Band mana..wah ada Band 1, 2, 3, 4, 5 dan 6..macam MUET kan budak2 zaman sekarang..Saya rasa, ini pendapat saya lah , bukan x boleh buat , namun kementerian perlulah mengkaji sedalam2nya untuk buat sesuatu perubahan..sebab saya rasa baru sahaja ditukar KSSR namun kini PBS pula..hmmm..apa kata anda ? hehehe..

2 comments:

musang said...

selamat menulis apa yg patut

intanfirdaus247 said...

Redza..terima kasih..:) hehehe