Assalamualaikum semua...
Lamanya saya tidak menjengah blog ini. Apa khabar semua kawan2ku?
|
image from google |
Rindu pada semua kawan2..Rindu nak blogwalking. Tapi saya memang tak berkesempatan Sebabnya? Saya sudah bertukar kerja. Dan tempat kerja saya memang jauh dari rumah. Bukit Jalil ke Batu Caves. Travel pula by motor kapcai jer. Nak naik kereta mau jammed tak ingat.
Tak apalah kerja dulu, sambil-sambil cari cari kerja berdekatan dengan rumah. So sapa2 yang ada tahu vacancy kat belah2 cheras, puchong, dan berdekatan dengan sana bolehlah roger2 saya. Area KL pon takpa janji dkat dengan LRT, Komuter ke, senang sikit. Ikutkan memang malas nak datang kerja sini sebab jauh sangat. Tapi redha sahaja..semua ada hikmah.
Sepanjang tak berblog ini , saya fokus kerja dan rumahtangga sahaja. Dan saya balik kampung ziarah kubur arwah ayah dan emak. Bersihkan rumah pusaka. Insya Allah nak balik kg dengan segera jika settle semua hutang piutang..huhu..
Siapa suka duduk di kampung ?? Dulu saya konon nak duk KL tapi bila dah duk KL lama rasa memang x boleh, sesak rasa di dada nih..hehe...saya suka duk kampung. Lain orang lain citarasanya kan kan. Yang da beli rumah atau memang famili orang KL memang dah biasa tak apa..Saya ni memang anak kampung sejati.
Jadi kampung tetap di hati saya.
Korang makan apa hari ini?
Kepada yang belum saya bw dan belum saya follow back, bagi saya masa ya...