Cerita ini tiada kena mengena dengan saya..sekadar berkongsi pengalaman kawan2..
Alkisahnya...
Lelaki itu:
Awak nak buat apa dengan kereta ini? Saya
nak amek kereta awak ini balik ke sana.
Dalam
ati perempuan itu: Aik? Kereta aku, aku punya suka la nak buat apa. Yang kau
sibuk nak pakai keta aku apa pasal? nak eksyen depan kawan2 kau la tu konon kau berkereta? *senyum perli*.
Lelaki itu:
Saya nak beli keropok lekor untuk kawan2 saya? ( err kenapa kepok lekor jadi mangsa penceritaan aku..haha..cth je)
Perempuan
itu berkata: So, kawan awak kirim dengan air liur la ye? Semua saya yang nak keluar duit
sampai nak beli kepok lekor pon guna duit saya..Sudah la duit rumah sewa, top
up, makan minum awak saya tanggung.
Aikkk??..Itu pon
harap duit kekasih ke?? Almaklumlah perempuan itu berkerjaya, lelaki itu pula masih mencari2 arah..Mungkin perempuan itu masih buta dengan cinta yang diperkotak katikkan oleh lelaki itu.
Memang
naik lemakkkkk... Barang perempuan itu dibuat mcm barang
dia..Lepas tu curangggg..dah curang tahu salah pastu nak ngamuk.Kantoi ! Perempuan tu rilek ja lepas tu..
Memula lelaki itu ok, tapi semakin lama semakin ambil kesempatan atas kebaikan perempuan itu. Dan satu lagi terlalu obses dengan 3 line nya.
Perempuan itu rajin buat solat istikharah dan Tuhan tunjukkan kebenarannya.
Bersyukur kerana perempuan itu tidak berkahwin dengan lelaki itu.
Akhirnya
perempuan itu mengambil tindakan yang betul dan berkahwin dengan lelaki yang
selayaknya menjadi pelindung dirinya..Bertanggungjawab dan penyayang.
Pengajaran:
Kalau berkasih2an x payah nak over berkorban bagai..buang masa. Kalau bagus
pasangan kita Alhamdulillah..kena yang macam kat atas, hampeh..apa pon x boleh. Jadi berpada2 lah....