Assalamualaikum …
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian
Alam.
Lamanya tak update blog. Saya nak update sikit ja.
Saya selalu buat tahlil untuk arwah emak dan arwah ayah.
Kalau saya baca Al Quran dan berzikir sekali pun saya sedekahkan juga untuk
mereka “di sana.”
Selepas emak pergi, saya mimpi arwah ayah sekali dan emak dua
kali. Mimpi paling terkesan dalam hati
ialah semalam. Saya mimpi arwah emak. Saya pakaikan emak telekung dan kain
sembahyang dan hamparkan sejadah untuk emak bersolat. Emak solat duduk sebab
lepas arwah x boleh jalan , emak memang sembahyang duduk.
Selepas sembahyang emak cakap dengan saya. Dia suruh saya
ambilkan Al-Quran dan dia nak baca Surah Al Asr. Demi masa….
IMAGE AMBIL DARI GOOGLE IMAGE
|
Kemudian saya cium tangan dia, saya mohon ampun dan maaf dan
saya peluk dia..saya cakap saya rindu dan sayang emak. Emak cakap dengan saya
kalau sayang berhenti kerja..Tiba-tiba saya teringat mungkin sebelum dia
meninggal saya berhenti kerja untuk jaga dia. Saya terjaga dan waktu Subuh rupanya
dan saya dengar Encik Firdaus tengah baca Al Quran. Saya terus ambil air
sembahyang dan bila saya menghadap sejadah saya, saya sebak. Say baca sura Al
Asr juga masa sembahyang Subuh tadi.
Dua hari lepas mimpi jumpa arwah ayah. wajah ayah gembira
sambil cakap “Kita kena kebumikan arwah emak cepat ni.” seolah-olah ayah sedang
uruskan pengkebumian emak.. Saya Cuma cakap “Ayah, jangan lupa sampaikan salam
saya pada arwah emak. Ayah cakap, “InsyaAllah”..Saya terus terjaga.
Saya ambil kebaikan dari mimpi saya ini. Mungkin arwah emak
ingin ingatkan saya bahawasanya masa kita singkat di muka bumi ini, jadi
buatlah amalan sebanyak mungkin sebelum kita meninggal. Mimpi memang mainan
tidur. Tapi jika mimpi itu membawa kebaikan dan membuatkan kita lebih semangat
untuk buat amalan kebaikan , maka itu adalah baik.
Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datang
daripada diri saya sendiri. Sekian.