Followers

Friday, 30 August 2013

NUKILAN DI PETANG JUMAAT

Petang  Jumaat yang damai.
Mindaku melayang-layang
Entah mengapa fikiranku kosong
Kosong-sekosongnya
Ditambah dengan kerdipan mata di sebelah kiri
Hampir seminggu berlaku
IMAGE  FROM GOOGLE

Ah …jangan difikirkan perkara yang buruk
Namun semakin kerap kerdipan tersebut berlaku..
Semakin hati ini tidak tenteram
Hati gundah gulana

Entah mengapa..Entah kenapa…
Pemikiranku sekarang tidak tenteram…
Ku tadah tangan dan berdoa…

Ya Allah Ya TuhanKu
Jauhkanlah kami dari segala bahaya dan bencana
Amin Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah Ya Tuhanku..

Panjangkan umur ibuku Hajjah Fatimah binti Haji Salleh..Amin Ya Rabbal Alamin
IMAGE FROM GOOGLE

ALHAMDULILLAH…TERCAPAILAH NIAT SAYA….



Alhamdulillah…Syukur padamu Ya Allah..Sebenarnya saya gembira sangat sebab niat saya untuk tolong orang tercapai..Niat saya untuk tolong orang bukan dengan bagi duit tapi untuk saya tolong demi masa depan depa.  

Saya sudah lulus exam untuk takaful pada 24.8.2013 baru2 ni! Alhamdulillah.. Sebenarnya saya sudah ada insurans untuk diri saya sendiri sudah lama. Biasalah dulu saya negative dengan insurans ni..korang pon saya yer dok...hehehe.tapi bila saya tengok arwah ayah kandung saya sakit dulu  semasa masuk hospital….semua tu bg pengajaran pada saya..

Jadi setelah lama saya ambil insurans, dan agen yang jaga saya sangat baik dalam memberi perkhidmatan kepada saya maka saya terbuka hati untuk menolong orang ramai dalam memberi kesedaran betapa pentingnya insuran di zaman sekarang. Saya ingin berkhidmat kpd masyarakat.  Ramai sekarang yang dah sedar..malah untuk anak kecil yang baru lahir sudah ada insurans…syabas saya ucapkan atas kesedaran yang ditunjukkan oleh anda sebagai ibu bapa..:) ..hehe

Jadi dengan rasa sukacita saya ingin berkhidmat dan menolong semua yang memerlukan bantuan atau perkhidmatan dalam insurans ..InsyaAllah saya cuba membantu anda. Bagi yang hendak tau quotation saja pon boleh sebelum berkira-kira untuk membeli insurans J ..Saya tau kebanyakan kawan2 saya di sini sudah ada insurans.. Cuma saya ingin mengwar warkan sahaja. hehe.. kalu kawan2 nak tau quotation utk diri sendiri ka, anak anak ka, jangan segan2 cari saya..boleh call/sms/wasup saya  017-3218351. Tak semestinya nak beli insurans cari saya.. Nak tau quotation saja pon boleh..:) hehehe…Insuran apa? nanti kita citer lebih lanjut ya kalu nak dan berminat …:))


IMAGE FROM GOOGLE
Jangan tunggu sakit atau terjadi sesuatu pada anda baru terkapai2..sediakan lah sesuatu untuk masa depan kita dan anak2 kita. Mungkin inilah yang dapat kita tinggalkan untuk anak2 kita dan keluarga kita in case apa2 jadi pada kita selain EPF tapi itupun kalau duit EPF kita banyak giler..huuhu..…Kalau yg ada duit bertimbun setinggi gunung tu mungkin x apa lah kot..huhu..

Wednesday, 28 August 2013

KENANGAN ZAMAN “U” DULU

Kisahnya dulu sewaktu sy masih student di UiTM dulu…di Pantai Timur.. dulu masa saya sem 6 saya dan rakan sebilik bawak macam2 barang elektrik. kat sana kena daftar dulu brg elektrik dan kena sedikit caj oleh pihak pengurusan kolej..disebabkan kami malas, ada yg kami daftar ada yg kami x daftar…

Brg elektrik yg kami ada yg x daftar masa tu iron dengan rice cooker..wah seronok masa tu memasak mcm2 walaupun dengan periuk nasi tu..nasi goreng pon kami bantai buat..mcm dapur master chef pulak lagaknya..

Ok , satu hari berita tersebar mengatakan ada spot check bakal diadakan..tudddiaaaa kelam kabut semua org..rasanya setiap bilik pakat ada brg elektrik yang x di daftarkan..Masa tu berlari2 semua student buat sorok ke tempat mana yang sempat..rice cooker yg besaq gedabak tu dengan kelam kabut kami bawak lari ke tempat sidai baju belakang toilet. Ambil baldi besar ..boh rice cooker…ambil baldi satu lagi buh iron.. pastu kambus kambus dengan baju busuk..owh rupanya bukan kami ja..ramai yang mcm tu..macam duk timbus harta karun ja time tu…

Ok balik bilik buat cam biasa..sekali x ada spot cek pon….tapi masalahnya sekarang lupa ambil balik iron..Cuma ambil rice cooker ja..sampai esok nun hujan…sekali tempias abes baju dalam baldi basah..kat tempat iron tu ruang terbuka dia sangat luas …bygkan kalau hujan lebat..

Ok bila angkat dari dalam baldi..huwaaaa… iron sudah rosak daaaa…tu la balasan kot kalau x byr duit caj…haha..biasalah student kan..kisah lama dalam tahun 2000 …huhu..


Note: teringat zaman uitm dulu bersantai2 makan kuaci depan tingkap di kolej sambil tengok pemandangan.masa tu ada sorang student laki naik motor RXZ x silap duk ulang alik naik cam tunjuk tunjuk la sikit..almaklumlah lalu depan kolej pompuan..sekali gedebuk tergolek…apa lagi mau riuh dengar orang gelak..upernya ramai yg duk bertenggek depan tingkap bilik kolej..

Tuesday, 27 August 2013

INI ENTRY MELEKAT.


FANPAGE FB KOLEKSI TANTINTUN @ BLOG KOLEKSI TANTINTUN sedang buat promosi PAKEJ JIMAT KOSMETIK. 

JIMAT BANYAK ! FREE POSTAGE !! Berminat ? boleh pm kat fanpage fb atau sms ke talian 017-3218351. 

Nak tengok lebih banyak gambar pakej jimat, sila ke fanpage atau ke blog saya. Sekian, terima kasih.


RM 39 FREE POSTAGE
JIMAT RM 20!!
PEN EYELINER BROWN COLOUR
2IN 1 COMPACT & LOOSE POWDER
BB CREAM 
  

Monday, 19 August 2013

KU SIMPULKAN SEMUA SEKALI DALAM SATU ENTRY

Semalam pada tarikh 18 Ogos sudah genap usia saya yang ke 34 tahun! What? 34 …Oh sudah remaja purba dah saya rupanya..hehe.. Dan ada kejadian di hari lahir saya semalam..Happy Birthday/ Belated  Birthday to Me…Nothing special yg berlaku semasa hari lahir saya semalam but ada sesuatu yang tak best terjadi.

Saya tergelincir di dapur kelmarin.pagi.Macam nangka busuk jatuh ooo..Gedebuk!!!.Oh sakitnya dari pinggang hingga ke kaki. Dan hari ini bertambah sakit..ermm..risau juga almaklumlah kita perempuan kan..jatuh jatuh ni sensitive la sikit..sebab balik beraya hari itu sudah pergi berurut ..memang best makcik tu urut saya.

Hope saya sembuh cepat..bukan apa..mungkin sekarang kita x rasa effect nya namun kesan ni boleh kita rasa bila kita dah makin tua…Saya perlu bertindak sekarang seperti pergi berurut, minum susu untuk kalsium dan sebagainya.

Raya? Saya balik Kedah dank e KL semula dengan moto VTS 200 sahaja. Tak percaya? Ini kisah benar. Tapi seriously moto sym vts 200 tu memang tahan lasak..Hari raya saya biasa2 sahaja sebab ibu saya sudah semakin uzur. Emak pon kadang2 ingat kadang2 lupa. Rutin saya semasa raya ialah sebagai anak yang menjaga ibu yang sakit. Ermm x boleh cita banyak2 sebab kalau terlebih cerita saya sedih…uwaa rasa nak berhenti kerja dan balik kg jaga emak..:(


24 Ogos ni pula saya ada exam..wish me best of luck ok..

Sorry x ada gambar, ringkas sahaja semua cerita yg saya simpulkan dalam satu entry.

Terima kasih kepada semua rakan blogger yg wish epi besday kat saya dalam fb saya..tq so much

Tuesday, 6 August 2013

JUS ALPUKAT

Serius saya tak pernah minum jus ni, tapi saya imagine resipi ni..Orang yang pernah gi Bandung mungkin tahu jus ni ..Saya tak pernah pergi jadi terpaksalah saya imaginasi sendiri. Tapi suami saya suka sangat lepas saya try buat.

Bahan-bahan: 
Satu avocado (buang biji semua) 
Susu kotak kecil 
2 atau 3 sudu susu pekat manis
Ais batu
Coklat cair.( SAYA GUNA CHOKI CHOKI JE)

Cara-cara :
Blend semua kecuali coklat cair
Lepas dah blend tuang dalam cawan ..buh coklat cair.. saya buh choki choki je..x kuasa nyah nak g beli cekelat cair bagai..
Minum.argghhh sedappp

RESIPI OMELETTE BERKEJU

Omelette ni saya buat semalam untuk buka puasa. Apa bahan yang ada dalam peti saya masukkan je..jadilah omelette versi saya. 
sebelum digulung

Bahan-bahan : 
4 biji telur
Sosej
Bawang besar potong halus
Keju (sebarang jenis keju la yang ada)
Seaweed (boleh beli kat pasar raya) ( kalau x ada pon x apa)
Black pepper
Garam
Gula 
Minyak masak 

Cara-cara: 
  • Pukul telur dan masukkan sedikit garam. 
  • Goreng bawang besar dan masukkan sosej..sosej tu potong sederhana besar ..buh garam dan gula sikit bg ada rasa.. Lepas tu angkat dan ketepikan. 
  • Masukkan telur dalam kuali. Buat goyang inul bagi telur tu rata..hak hak hak.
  • Kemudian letakkan seaweed, letakkan sosej dengan bawang tadi, dan last sekali taburkan keju dan black pepper.
  • Kemudian telur da agak garing, golekkan telur tu supaya dia jadi bulat dan bergulung, Saya tak jadi bulat pun...hehe..janji dapat makan..boleh makan begitu saja dengan cicah sos cili atau pun makan dengan nasi..kanak-kanak mesti suka tau..cubalah..
    gulungan yang tak jadi..haha

Selamat mencuba!

Monday, 5 August 2013

REBAN AYAM TERBAKAR KE?

Kisah ini berlaku baru -baru ini masa bukan puasa, sorry x sempat nak snap gambar .


“Cuk, reban ayam terbakar ke?” tanya Encik Firdaus.

“Hoh!? mana ada reban? camner leh boleh b kata reban ayam terbakor ni ha?” sambil mata aku bulat-bulat terkejut..(camner eh mata bulat2 terkejut tu..haha)

“Ni ha, kaki ayam cuk goreng semua ni hangit2 belaka…” kata Encik Firdaus sambil pegang kaki ayam sambil wat gaya cam ayam nak cakar..

Kot kot ayam tak sempat lari dari reban abes terbakar termasuk kakinyaaaa… adeh laki aku nihhh…

Adeh adeh……kaki ayam tu jadi gitu sebab aku perap dengan pelbagai rempah termasuk kicap tu jadi cam hangit lepas digoreng..koh koh koh…

Esok lusa kalau buat sup kaki ayam, aku nak cakap kat Encik Firdaus..” Ni ha, reban ayam tenggelam dalam banjir!” hehe..


Oklah, ni mungkin entry saya yang terakhir untuk minggu hari raya..lepas balik bercuti barulah saya sambung balik up entry..jadi mungkin dalam bercuti berhari raya tu saya memang tak bw ke rumah kalian..jadi jangan marah naaa.;))


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan:


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 

Friday, 2 August 2013

RESIPI MINUMAN AVOCADO

Saya memang suka try. Saya x pernah makan avocado tapi sejak tgk org makan , saya teringin juga. Curious juga nak tau apa rasanya. Rasa? x ada rasa apa..Cuma lemak ja. Saya beli pon 3 biji ja..tu pon sebab nak juga rasa..sebelum ni bubuh dalam burger. Kemudian saya cuba buat minuman.

Saya kalau teringin saya cuba juga cari tapi kalau dah mahal gila makanan tu ,idakla saya tergedix2 nak. Biarlah kita guna bahan-bahan yang murah tapi kita pandai olah sendiri agar nampak menarik. 

Saya buat ni beberapa hari yang lalu. Ni pon sendiri sendiri je try.

Bahan-bahan:

Sebiji buah avocado buang bijinya
Susu pekat dalam 2 – 3 sudu besar
Air                                   
Alternatif lain (mungkin boleh combine sekali dengan pisang)
Ais sedikit

Cara-cara:
  • Blend semuanya sekali. Pastu tuang dalam cawan.
  • Saya taktau nak kategori minuman ni kategori jus ke. smoothie ka…x apa lah..janji boleh minum.
  • Kalau tak kena dengan selera korang, maaf la ya..selera saya ok …sebab rasa lemak2 berkrim..hehe..

RESIPI SUP KIMCHI DAGING DAN BIBIMBAP

Salam semua!! Haiii..mesti berkobar-kobar korang nak raya kan kan? Saya ala kadar ja…serius this year simple sahaja..

Ok, semalam saya ada plan nak masak sup kimchi dan bibimbap kan. Saya masak memang saya olah version saya ya. Untuk nasi bibimbap saya guna bahan yang mana ada ja ya. Kalau ikutkan nasi ni banyak guna sayur-sayuran. Tapi saya ada pun x banyak. So simple ja. Semalam buka puasa makan ni lah..hehe

Seperti yg saya janjikan, ini lah resipinya.

SUP KIMCHI DAGING LEMBU


Bahan-bahan:
Kimchi ( boleh didapati di pasar raya seperti Giant, Tesco dan lain-lain)
Daging lembu
Cili padi (saya tambah sendiri untuk dapatkan kepedasan)
Sedikit cuka
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis

Cara-cara masaknya:
  • Ambil daging dan masukkan air juga ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan kimchi (agak-agak ..nak lebih masuk lebih)
  • Masukkan cili padi (tak perlu potong, just ketuk2 ja)
  • Masukkan sedikit cuka, gula , garam dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa
  • Tutup periuk dan biarkan mereneh. Agak2 daging dah empuk ok lah. Tutup api dan hidangkan.


NASI BIBIMBAP (VERSI SAYA)


Bahan-bahan:
Nasi
Daging kisar @ daging burger yang dihancurkan
Terung dihiris nipis
Tauhu
Bawang putih
Black pepper
Gula
Garam
Serbuk pati ikan bilis
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasaknya:
  • Masak nasi
  • Goreng telur mata kerbau. Ketepikan.
  • Terung digoreng. Semasa goreng terung taburkan black pepper dan garam. Ketepikan
  • Goreng tauhu. Garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih. Masukkan daging kisar @ daging burger hancur. Masukkan lada hitam, sedikit garam dan gula dan serbuk pati ikan bilis. Goreng seketika sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan sedikit nasi dalam mangkuk. susun semua bahan-bahan yang digoreng tadi dengan cara anda. Boleh juga letak sedikit kimchi yang beli tadi di atas nasi.


Pilihan lain, anda boleh hiris nipis nipis lobak merah, timun jepun atau sayur-sayur lain yang anda inginkan. Olahkan sendiri resepi anda! hehe…

Cara makan:
Gaul semua bahan-bahan tadi dengan nasi. Makan dengan sup kimchi daging!..Saya suka! Mungkin sesetengah orang x suka kimchi jadi mungkin boleh tukar kepada sup tomyam kan! Yang penting selera anda.  





Thursday, 1 August 2013

DAGING LEMBU, KIMCHI, BIBIMBAP DAN AVOCADO

Salam Semua..Korang plan nak masak apa hari ini untuk berbuka? ke nak beli kat bazaar Ramadhan ja?

Semalam saya ke Giant. Saya ada beli daging lembu yang ada lemak dan bertulang..ala yg dipotong bentuk empat segi tu…tau? tatau buat buat tau la..x reti nak explain oowhh..

Saya duk fikir apa nak masak hari ini. Kemudian saya teringat kat Channel 728 x silap pasal makanan Korea. Orang Korea suka makan sup kimchiKimchi ni merupakan sayuran sawi putih yg dijerukkan..ada juga sayur2 lain..makanan tradisi orang Korea..

image from google : Kimchi

Kalau rajin ingat nak g beli kimchi masak dengan daging yang dibeli tu. Mereka panaskan sup kimchi dengan daging, ada sayur-sayuran dan pelbagai bahan lagi. Nampak sedap. Bila masam-masam ni boleh buka selera kan? Saya dengar Kimchi ni dikatakan baik untuk kesihatan menurut sumber dari WIKIPEDIA

Dan saya teringin nak buat nasi ni version saya. Nasi favourite orang-orang Korea. BIBIMBAP! Sihat kan..banyak sayuran di atas nasi tu..sampai x nampak nasi.. Insya Allah saya akan olah cara saya.. Nanti kalau saya buat saya up entry okeh..:))
image from google : bibimbap


Haaa lupa …semalam saya ada blend avocado dengan susu pekat..sedap juga macam avocado smoothie!
image from google

Avocado tu saya selalu taruk dalam burger atau sandwich je..sebab tgk  especially orang orang eropah suka sgt dengan buah avocado ni..Buah avocado ni banyak khasiatnya antaranya ada asid folik dan vitamin B6 ..ada banyak lagi khasiatnya saya je malas nak taip..haha.. orang barat ni, mereka masukkan avocado dalam makanan seperti:

·       buritto
buritto : image from google
·       burger
·       sandwich

Cubalah..mana lah tau sedap dan kena tekak korang..tekak saya ni ok ja....:)

Selamat Berbuka semua!