Friday, 29 November 2013

TIDAK HAPPY..:(

Entahlah kenapa...
IMAGE FROM GOOGLE

Tapi saya tak gembira di tempat kerja baru ini...Saya tak boleh terima environment sini. Walaupun sikit gila staff tapi saya tak boleh.. Saya sedang mencari cari peluang di tempat lain juga. Biarlah kerja yang lari dari bidang saya asalkan saya boleh keluar dari sini. 

Biarlah gaji biasa2 sahaja asalkan saya happy...Kesian dekat Encik Firdaus penat sangat dia..Hari hari hantar saya naik motor dari Bukit Jalil ke Batu Caves.. Mungkin sebab tu dia banyak lupa sekarang.penat terlampau.

Ada tak kompeni sesapa yang nak  pakai staff?? 

KISAH LUPA

Assalamualaikum..Salam semua..apa khabar hari ini? Salam Jumaat..
image from google

Cerita kisah lupa ..

Kesian Encik Firdaus banyak kali terlupa ..kelmarin kes helmet..hari ini ada lagi tau!

Pagi tadi ada orang ketuk pintu rumah kami.

Tok ! Tok! Tok!

Kami berdua berpandangan..Sapa la pagi pagi kaco ketuk pintu umah nih..Buka pintu seorang lelaki tercegat depan pintu rumah.Risau juga sebab x kenal.

“Abang ada tinggal kunci ya?”

“Kunci apa?” Tanya Encik Firdaus.

“Kereta abang plat bla…bla..”

“A ah ya,,,”

“Ni kunci kereta..abang..Abang tertinggal kat bonet belakang.”

Tudiaaaa..laki aku…nasib la yang jumpa orang yang jujur..buat kalau pencuri..tinggal parking je yang ada..

Pernah sekali dia pi byr duit nak buh minyak kat gas station, lepas byr, start motor terus derrruuuu..lepas tu baru tingat tak buh lagi minyak..patah balik..”bang! saya tak buh minyak lagi!”

Nasib dia x lupa saya ni bini dia!! Hehehe..

Doa hari ini.Amalkan doa ini setiap kali selesai sembahyang..




Thursday, 28 November 2013

PLAN SAYA

Assalamualaikum…
Cerita saya begini…banyak cerita dalam satu entry…saya mix mix..

Kerja ok di tempat baharu Cuma tidak sistematik dan  jauh. Almaklumlah saya sudah biasa dengan kerja yang sistematik dari ofis lama..dekat 6 tahun kat ofis lama. Jadi bila saya kerja sini yang tak ada sistematik saya jadi blur dan saya kurang berminat dengan kerja di sini. Tapi saya still buat kerja ini sebab kerja ialah amanah untuk kita. Tapi hakikatnya saya tidak akan lama di sini.

Yang best sini  ialah walaupun kompeni ini kecil tapi ada wif! Hehehe…

Plan saya untuk resign maybe next year mungkin bulan 3 atau 4. Kemudian insyaAllah nak balik kg ..atau mungkin akan buat part time sikit dulu d KL.

Sapa ada nak minta saya mekap untuk sebarang majlis boleh cari saya la. Kawan2 blog yang ada kawan2 nak kahwin boleh calling-calling saya.
image from google

Saya juga ada plan nak buat kelas mekap dengan harga yang murah. Rasa rasa ada orang nak tak? Weekend je.

Ok, sekian terima kasih.


Tak sangka Johan nak kahwin dengan Lana Nordin. Tapi itulah rahsia Allah..Jodoh Ajal Maut semua Hanya Allah Yang Mengetahui

KISAH HELMET

On the way gi kerja naik motor, sampai kat Jalan Sentul , husband masuk ke Petronas. Selepas isi minyak,terus deru naik motor.

Saya rasa sejuk dan nyaman..argh segar dan indah.  Sambil menikmati alam yang indah di pagi hari..Tiba-tiba ..gulp…(telan air liur) Oh patutlah terlebih segar! Kepala ringan sebab tak pakai helmet!
image from google

B! Helmet cuk! Berdesup laki ku corner melawan arus patah balik ke Petronas. Gedeguk gedeguk bunyi motor naik laluan pejalan kaki..ah akhirnya sampai ke Petronas.


Sekali baiya Bangladesh panggil kami .Nasib la baiya tu baik tolong simpankan helmet saya..Syukur, Alhamdulillah..Opss cepat rempit ke tempat kerja…Kali ni rasa lebih selamat sebab ada helmet..heeeeee

Wednesday, 27 November 2013

JIKA HENDAK MEMBERI/ BERSEDEKAH

Image from GOOGLE
Selamat pagi semua..Untuk tidak membiarkan blog saya ni sunyi sepi, saya cuma nak kongsikan sedikit je..Sebelum tu kawan-kawan semua dah makan pagi? Jangan lupa makan pagi ya...penting tu..


Ok, sedikit perkongsian sahaja... kalau kita ni nak bagi sesuatu especially makanan kepada orang biarlah makanan itu dalam keadaan yang baik. Sebab saya kalau nak bagi orang makan, saya takkan bagi makanan yang dah basi, lemau atau expired ya..hehehe..

Cerita ringkasnya begini: 

Suatu hari hamba Allah mempelawa kawan saya biskut. Kawan saya pun terimalah dengan hati yang gembira. Namun biskut tersebut lemau dan hamba Allah ini sendiri tahu dan dia sememangnya dah tak nak makan.  Dan kuantitinya cukup banyak. Dan kawan saya tidak menghampakan hamba Allah ini, maka kawan saya makan juga, kawan saya cakap sedap juga. Namun, yang kelakarnya, hamba Allah ni nak bagi semua biskut lemau ini  kepada kawan saya. Kawan saya tolak secara baik. 

image from google
Kemudian, suatu hari yang lain pula, hamba Allah ini memberi kawan saya buah epal pula. Dia cakap buah epal ni dah lama. Mungkin buah epal tu dia nak dah tak nak makan kot.. Apabila kawan saya kokak buah epal ni  sememangnya sudah lama dan sudah lebam-lebam. .Ermm...redha sahaja lah. 

Kesimpulannya, jika hendak memberi makanan, biarlah makanan tersebut berada dalam keadaan baik. Kalau tak elok, jangan bagi kepada orang, sendiri makan sudahlah. Bukan apa, kang orang tu sakit perut ke, cirit birit ke habislah kita..hehe...tu je..keh keh...:)) 


Monday, 25 November 2013

APA KHABAR SEMUA KAWAN-KAWAN?

Assalamualaikum semua...

Lamanya saya tidak menjengah blog ini. Apa khabar semua kawan2ku? 
image from google

Rindu pada semua kawan2..Rindu nak blogwalking. Tapi saya memang tak berkesempatan Sebabnya? Saya sudah bertukar kerja. Dan tempat kerja saya memang jauh dari rumah. Bukit Jalil ke Batu Caves. Travel pula by motor kapcai jer. Nak naik kereta mau jammed tak ingat.

Tak apalah kerja dulu, sambil-sambil cari cari kerja berdekatan dengan rumah. So sapa2 yang ada tahu vacancy kat belah2 cheras, puchong, dan berdekatan dengan sana bolehlah roger2 saya. Area KL pon takpa janji dkat dengan LRT, Komuter ke, senang sikit. Ikutkan memang malas nak datang kerja sini sebab jauh sangat. Tapi redha sahaja..semua ada hikmah. 

Sepanjang tak berblog ini , saya fokus kerja dan rumahtangga sahaja. Dan saya balik kampung ziarah kubur arwah ayah dan emak. Bersihkan rumah pusaka. Insya Allah nak balik kg dengan segera jika settle semua hutang piutang..huhu..

Siapa suka duduk di kampung ?? Dulu saya konon nak duk KL tapi bila dah duk KL lama rasa memang x boleh, sesak rasa di dada nih..hehe...saya suka duk kampung. Lain orang lain citarasanya kan kan. Yang da beli rumah atau memang famili orang KL memang dah biasa tak apa..Saya ni memang anak kampung sejati. 
Jadi kampung tetap di hati saya. 

Korang makan apa hari ini? 

Kepada yang belum saya bw dan belum saya follow back, bagi saya masa ya...