Saya orang kampung dan
saya bangga jadi anak kampung.
Pengalaman saya macam2 dan ianya sangat berharga. Sebab zaman
sekolah rendah tahun 80an hingga awal 90 an, kira banyak la pengalaman yang
dapat tngok dan ada yang budak2 zaman la x dapat tengok dan rasa dah.
1)
Pokok
kabu. Dulu selalu tengok arwah ayah kait pokok kabu.fuh tinggi tau pokok kabu
tu. Pastu ramai2 buang biji kabu untuk sumbatkan kekabu nak buat bantal dan
tilam.memang best dan empuk.
2)
Tengok
dan tolong arwah ayah pasang tangguk depan rumah. Dulu depan rumah ada parit
yang luas dan dalam airnya. Jernih lagi. Jadi arwah ayah pasang tangguk depan
rumah dan ikat di pokok. Letak tangguk dalam air, biar lama sikit. Letak di
celah dahan pokok dan ikat. Saya asyik ulang pi tengok ja..seronok punya pasal.
Bagi yang tak tahu apa itu tangguk, ni
saya sertakan gambar nya. Cilok kat google image.
|
amek dari fotomedia.com.my |
3)
Rumah
bersulamkan anyaman dari buluh dan berlantaikan batang buluh? Pernah tengok dan
naik duduk atas rumah macam tu? Saya pernah .Dulu di belakang rumah saya ada
satu keluarga duduk rumah macam tu. Jadi saya selalu pi dan anak2 Cik Endut
memang sebaya saya.
4)
Main
tuju tin. Owh ini favourite saya. Bola dia kami buh batu kecil dan balut dengan
plastik yang banyak. Ikat. Tin2 kumpul banyak. Lepas tu budak2 mai main di
halaman rumah saya ataupun kami pi main depan halaman rumah kawan lain. Dalam
satu geng ramai. Bila tin dilempar kena maka berterabur kami lari. Kah kah
kah..kenangan tu
5)
Pukul
berapa datuk harimau. Permainan yang sangat best juga
6)
Batu
tujuh atau batu seremban. Uish ni pakat duk tayang batu sendiri..ada yang bawak
jenis putih semua. Siap bawak pi sekolah tu. Bila rehat ja, ramai2 buat bulatan
tepi koridor sekolah. Sampai game ja, masuk game pangkoq (tataula hampa panggei
apa, tapi kami panggei pangkoq bila masuk game baru) masa lambung tu kan ,
masing2 nak tunjuk power lempar atau baling setinggi yang boleh..akakaka..lawak
tol ..game ni bertambah hangat time puasa.
7)
Tolong
ayah dengan mak jemur padi depan rumah. Jemuq padi ni atas kanvas. Duk hambat
ayam kalau ayam mai patuk padi. Ligan sakan. Berterabur ayam lari. Bila petang
ja, kais padi simpan, dan esok jemuq pulak.
8)
Tumbuk
emping padi. Penah tengok mak and the geng tumbuk ramai2. Sedap emping padi ni.
9)
Pernah
tengok orang menanak minyak dari kelapa? X silap air kelapa. Orang tua2 dulu
buat minyak nyoq sendiri. Depa goreng ikan pon dengan minyak nyoq buatan
sendiri. Saya tengok proses nya sangat panjang. Kena jaga api . Dulu guna dapur
kayu nak buat ni sebab banyak.
10) Pernah tengok mak kisar beras dengan
pengisar batu dan sampai sekarang ada lg. Lepas kisar beras dan jadi putih
macam susu, mak buat bedak sejuk. Mak titik atas kain. Potong daun pandan dan
simpan sekali bedak sejuk lepas bedak sejuk kering. Wangi.
Dan sekarang saya sebak pula ingat
kenangan2 ni dan saya x boleh patah
balik lagi. Yg penting sayangilah ibu bapa kita semasa depa masih ada.