Salam Ramadhan semua. Rasa
terlalu lama saya tidak berblog dan sudah lama tidak menziarahi rakan-rakan
blogger. Maafkan saya... Entahlah banyak perkara yang perlu dibuat, difikir dan
lain-lain lagi. Hari kelima Ramadhan baru ni (Ahad) saya dikejutkan dengan
berita pakcik (sebelah suami) meninggal dunia. Kami semua terkejut kerana arwah
tidak ada sakit yang teruk dan usia dalam lingkungan 50an. Pukul 2 pagi kami
bergegas ke Sg Penchala (rumah arwah) . Sebaik tiba, kami menunggu jenazah tiba
dari hospital. Dikatakan oleh makcik bahawa arwah tetiba sesak nafas di rumah
dalam jam 11 lebih (malam).
Apabila jenazah tiba, dan saya
melihat jenazah, terdetik dalam benak hati saya.
Kita sering bertanya kepada
sesiapa sahaja “Apakah perasaan anda...”
yakni kita sebagai manusia boleh bertanya kepada seseorang dan akan ada
jawapannya..contoh ” apakah perasaan anda apabila berkahwin? apakah perasaan
anda semasa melahirkan baby? apakah perasaan anda apabila dapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan?”....
Semuanya ada jawapan...”saya
berasa gembira...Saya berasa bersyukur...Oh, sangat bahagia...bla bla...
Akan tetapi...kecuali satu soalan dan anda tanya pada org yg anda kenal...”Apakah
perasaan anda semasa malaikat maut mencabut nyawa anda?”
Soalan ini tidak mampu dan
tidak akan dapat dijawab oleh tuan punya diri dan tiada jawapan yang kedengaran
...Dan bagaimanakah kita menghadapi kematian nanti? Ya Allah ya tuhan kami,
matikanlah kami dalam cahaya keimanan....Ameen...
Moga Ramadhan yang datang ini
memberi seribu makna dalam kehidupan kita. Ameen Ya Allah...
26 comments:
Salam Takziah buat kat Intan dan keluarga arwah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan ornga2 yg beriman . soalan yang sungguh kite tidak mampu menjawab. hanya untuk orang2 beriman sahaja akan merasai 100 haris ebelum kematian. itulah jawaban kepada perasaan tersebut. kan kak??
semoga kita semua dpt mengucap syahadah di akhir hayat. amin
salam ramadhan akak..;-)
mati itu pasti, jangan fikir bila, tapi fikirla bagaimana, huhu
dan adakah kita bersedia...
takziah kak....semoga ramadhan kali ini mmberi pengertian yg mendalam buat kita
amin :)
dikesempatan yang ada ni, teruslah mengumpul bekalan untuk ke Sana kelak. Jangan lalai, lupa dan cuai.
betul tuh kak..satu2nye soklan yg xdpt dijawab....
slmt berpuasa kak intan
akk baru je whats app intan. dah lama x dengar berita.
kak.. salam ramadhan.. cikna pun lama tak datang sini..
termenung jap baca entri akak.. takut sebenarnya..
alfatihah buat arwah..
takziah dari nur buat akak sekeluarga..
benar, soalan tu tidak pernah ada jawapannya...
moga ramadhan kali ini beri rahmat buat kita semua.. amin.!
amin
moga kita tergolong dlm golongan org2 yg dipermudahkan..
k.Intan sihat?
salam ramadhan akak :)
tingkatkan ibadat selagi kita masih diberi peluang merasa dan menjawab persoalan yg lain...
pernah jugak terfikir kak.
Salam ramadhan dan Selamat berpuasa.
al-fatihah bt arwah..takziah utk Intan dn jg keluarga arwah.
tiada kata terkata bila soalan itu diajukan.. mmg tak termapu nak di jawab..
p/s:tak apa Intan..utamakan dl yg penting ya..:)
salam takziah kak..AL-FATIHAH.. hurm.. soalan yg kita takkan temui jawapannya.. bila tiba masa baru terungkai segalanya..
Salam K.intan Berlian..
salam takziah buat akak sekeluarga diatas kembalinya pakcik kerahmatullah..
timbul rasa keinsafan.. kita kah seterusnya?
hmm..persoalan yg mmg tidak jumpa jawapan melainkan kita sendiri merasainya..
salam ramadhan..selamat berpuasa kak intan..
alfatihah buat arwah..
Salam Takziah Intan...
Salam takziah..
Terkedu nak menjawab soalan yg berat tu...moga amalan kita diterima dan nyawa kita diambil ketika kita dalam iman.. Salam Ramadhan....
Persoalan yg tiada jawapannya.
Takziah buat intan & family. Al-fatihah buat arwah.
innalillahiwa inna ilaihirojiun... semoga rohnya dicucuri rahmat... amin...
takziah buat keluarga arwah - AL fatihah
Al-fatihah buat arwah....
takziah dr akak...
insha Allah moga kita dijemput dlm keimanan nanti
takziah intan
mmg bayak persoalan yg tak terjawab
Takziah...
Kalu lah dpt dijawab oleh org tlh mati... Hmmm
Post a Comment