Saya
baru je terdengar SURIA FM…Halim Othman menceritakan bahawa satu petikan yang
terdapat dalam soalan SPM telah membuatkan ada pelajar SPM menjawab sambil
menitiskan air mata? HO memberitahu bahawa seorang budak lelaki bernama Amir di
dalam cerita tersebut sering menjadi pemain simpanan dalam bola sepak sejak
sekolah sehingga universiti. Dan datuknya sering menemaninya. Amir masuk universiti
dan sekali lagi dia menjadi simpanan. Satu hari perlawanan bola sepak di
universitinya akan bertanding namun
ditakdirkan datuknya meninggal dunia. Pada hari perlawanan tersebut tetiba Amir
datang dan kebetulan juga pasukan universitinya sedang ketinggalan jauh dari
pasukan lawan. Amir telah dimasukkan oleh coachnya dan apa yg mengejutkan Amir
bermain begitu hebat dan berjaya menjaringkan gol. Pasukan universitinya telah
menang. Selepas game tersebut, Amir duduk di satu corner dan dihampiri oleh
coachnya. Dia berkata mengapa selama ni awak x tunjuk kehebatan awak..(lebih
kurang mcm ni la kot walau ayat x sama dalam petikan) ..sudah tentu awak dah
jadi top sebelum ni kalau awk bermain macam tadi. Amir mengatakan yang dia bermain untuk
datuknya. Datuknya semasa hayatnya ialah seorang buta. Dan bila datuknya meninggal,
dia akan “melihat” Amir bermain…Cerita ini ada makna tersirat. Kan…apapun Good
Luck Untuk pelajar SPM 2012.
1 comment:
semoga berjaya kpd semua pelajar spm & fikir2kan maksud tersurat cerita itu hihi
Post a Comment