Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Tuhan
Sekalian Alam.
Maafkan saya para sahabat kerana saya belum ada masa untuk bw...saya xpernah lupa pada semua sahabat..cuma sekarang ini saya belum kuat betul-betul lagi..
Kini saya mengharungi hidup
sebagai seorang anak yatim piatu. Terima kasih kepada semua para sahabat yang
mengucapkan takziah dan mensedekahkan Al Fatihah kepada arwah ibu saya Hajjah
Fatimah binti Haji Salleh. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian.
Cuma sedikit yang ingin saya
kongsi dengan semua sahabat..Pemergian emak saya memberikan kesan yang mendalam
terhadap saya. Banyak perubahan yang ingin saya lakukan dalam diri saya.Ingin
memperbaiki diri saya terutama dalam agama. Dan saya berdoa semoga saya dan
semua orang meninggal dalam husnul khotimah. Apa
itu husnul khotimah? Boleh baca di SINI.
Hajat saya bila mati kelak dapat
saya bertemu kembali dengan arwah emak dan ayah. InsyaAllah. Doakan…
Alhamdulillah emak pergi pun dengan
penuh rahmat. Jam 7.40 petang. Sebaik meninggal, azan maghrib pun
berkumandang.. Saya tidak mahu berbangga-bangga cuma sebagai pedoman buat saya sendiri
untuk menjadi insan yang lebih baik. itu sahaja..
Dalam keadaan nazak, ibu lantang
mengucap syahadah dan doa Nabi Yunus.
Berpeluh-peluh dahi emak dan
bacaan Yaasin terus dibaca oleh makcu saya semasa saat saat akhir ibu. Saya
kakak dan abang memohon ampun dan maaf dari emak dan kedengaran suara emak
berkata-kata..”ampun” ..maknanya emak mengampunkan kami adik beradik..Dan akhir
nafas emak, berlinang air mata emak….Air mata terakhir emak..Innalillah..
Apa yang saya terkedu..setelah
jenazah ibu diangkat ke atas katil ..saya mencium wajah ibu berkali-kali
sepanjang malam..dan terbit bau wangi yang saya taktahu bau apa..Saya bertanya
kepada kakak adakah makchaq meletakkan minyak atar kepada ibu…lantas makchaq
saya kata mana ada..Allah Maha Besar..Kuasa Allah..
Pagi esok, saya menjalankan
amanah yang emak berkali-kali pesan supaya mandikan jenazah dia. Saya lakukan
dengan perasaan kasih sayang dan saya mencelakkan wajah ibu cantik-cantik untuk
bertemu Allah. Kemudian saya dan sepupu
lain mengangkat jenazah ibu untuk dikafankan.
Dan sewaktu saya membantu ustazah
yang bertanggungjawab mengkafankan emak, Alhamdulillah kain kafan terlebih-tebih
, Terbit dari mulut Ustazah tersebut..”Alhamdulillah jenazah ini penuh rahmat..”.
Saya menaiki van jenazah bersama anak saudara saya untuk menghantar jenazah ibu
buat kali terakhir.
Alhamdulillah ramai yang datang
sembahyang jenazah emak. Anak saudara yakni cucu emak yang sembahyang kan
jenazah emak. Dan satu lagi rahmat , sebaik jenazah sampai di kubur, pakcik
yang menggali kubur mengukur sekali lagi keranda dan diukur semula saiz lubang
kubur dan kubur itu terlebih luas..
Pakcik yang gali kubur tu cakap..”Alhamdulillah,,ini
sudah bagus”.. Jenazah ibu dapat disemadikan di sebelah kubur arwah ayah
seperti yang diinginkan emak. Alhamdulillah.
Yang membaca talkin, anak saudara
saya iaitu cucu emak, Ustaz Saalim Jaafar, yang membaca Qulhu pula ialah anak
saudara saya juga iaitu cucu emak, Umair Jaafar dan doa penutup dibaca oleh
abang ipar saya Ustaz Jaafar. Alhamdulillah. Kami dapat sempurnakan dengan
lancar.
Mungkin amalan-amalan emak yang
saya tahu. Ini bukan untuk dibangga-bangga ya tapi sebagai satu semangat untuk
kita buat lebih baik untuk menghadapi kematian kelak..Yang wajib memang wajib
emak buat. Selain itu apa yang saya tahu emak sentiasa berpuasa Isnin Khamis,
berpuasaa 3bulan 6 hari, solat sunat dhuha setiap pagi, sentiasa membaca Al
Quran, mewakafkan tanah /sawah untuk surau dan perkara2 berkaitan agama, suara
emak sentiasa lembut ja bila bercakap dgn orang, bersedekah setiap kali Jumaat
ke masjid dan amalan2 lain yang saya mungkin tidak tahu. Emak walaupun sakit
tak pernah merungut..sentiasa positif ..Dan paling penting, emak menjaga dan mendidik
saya dan kakak dengan baik. Terima kasih emak..
Hajat saya berhenti kerja untuk
menjaga ibu tidak kesampaian..sempat beberapa ketika sahaja menjaga ibu saya. Semoga saya mendapat kerja yang lebih baik
daripada yang ada sekarang ini. Amin.
Harap2 para sahabat tidak salah
sangka sebab apa yang saya cerita ini bukan sebagai satu kebanggaan Cuma sebagai
pedoman untuk saya dan sahabat2 sahaja. Tiada langsung rasa riak di hati kecil
saya ini.
Ya Allah, Kau matikanlah aku
dalam cahaya keimanan. Semoga kami semua pergi menghadap Mu Ya Allah dalam
keadaan yang baik dan beriman. Amin Ya Rabbalalamin..
Berbaktilah kepada ibu bapa kita
selagi mereka masih ada.
AL-FATIHAH
Subhanaallah.
ReplyDeletesama2
ReplyDeleteAlhamdulillah. Berkat amalan didunia. Al-fatihah buat arwah.
ReplyDeleteSalam Takziah dear.. Al Fatihah. Semoga roh mak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin
ReplyDeleteBanyakkan amalan di dunia, insya Allah amalan2 kita tu nanti akan bantu kita di akhirat. Mudah-mudahan..
ReplyDeleteyup.. sgt berhrp kan kita dipertemukan dgn insan yg melahirkan dan membesarkan kita kat sana nanti..juga dgn suami tercinta & saudara, sahabat tersyg..Al-fatihah buat arwah ibu akak, arwah ayah deqla & smua yg terdahulu meninggalkan kita..
ReplyDeletep/s: kak, deqla x dpt nak bkk blog kibas akak tu.. boleh bg link x??
ReplyDeleteSubhanallah.....
ReplyDeleteIntan....syahdu CiM baca petang2 hari Arafah ni. moga kita semua dimatikan dlm keadaan yg baik.
ibu Intan semestinya seorang wanita yg tinggi amalnya. begitu mudah dia pergi, impian semua ummat.
terkesan dlm diri.....
Semoga Roh arwah dicucuri Rahmat.
ReplyDelete